Sunday, May 15, 2011

Lelaki yang menyukai mufin

Dia lelaki yang menyukai Muffin. Beritahulah muffin apa, pasti dia ingin merasanya. Muffin berbentuk bulat, bujur, kecil, sederhana comel dan tidak terkecuali muffin daripada bakal tunangnya adalah yang paling disukainya sekali. Lalu pada saat hari jadinya semalam dia menerima kejutan itu. Satu kejutan di waktu pagi. Semasa semua manusia semua mahu ke tempat kerja. Dia menerima muffin daripada bakal tunangnya dengan begitu romantis. Pada jam sembilan pagi muffin itu tiba di atas mejanya.

"Siapa yang menghantar muffin ini dan meletakkannya pada meja saya. Bagaimana muffin boleh berada disini? Siapa yang melakukannya. Bagaimana dia menghantarnya?"

Lalu saya yang berada di hadapannya berkata"Adalah seseorang yang menghantarnya, cuba buka dahulu apa nota yang ditulisnya. Saya menyambung sebagai pemudah cara dan kata walhal siapa sebenarnya yang menghantar amat saya ketahui. Tetapi saya hanya diam. Saya tidak mahu mengganggu perasaannya yang sedang gembira dan terus gembira.

Saya dapat rasakan sepenuh hati. Jika saya ditempatnya ibarat saya adalah sang kumbang yang menerima madu sebagai hadiah paling berharga. Lalu saya akan berkata. "Terima kasih atas madu yang diberi ini. Saya akan menghargai detik pemberian ini. Akan saya baluti dan kasihi ia sehingga saya dapat mengerti betapa siapalah diri saya untuk dihargai cara sebegini.

Dialah lelaki yang suka pada muffin. Ia sederhana comelnya. Berbalut dengan plastik yang comel serta bungkusan yang 'manis' juga. Kini saya tahu secara betul, memang benarlah cara ini membuat kejutan yang besar pada dia. Saya gembira kerana bakal tunangnya bijak membuat satu kejutan yang luar biasa. Pasti apabila mereka berumahtangga, pelbagai jenis muffin terhias indah di halaman rumah. Penuh kemanisan dan kesejahteraan. Sahabat saya ini kreatif orangnya, sehingga saya ketahui bahawa 'sticker' tunang yang terhasil untuk majlis pertunangannya adalah hasil seni tangannya.

Eloklah, yang seorang pandai memasak dan seorang pandai pula menggunakan seni tangan menghasilkan sesuatu. Mereka sepadan dan bijak mencari kesepadanan itu. Saya tidak cemburu, malah saya bangga kerana mereka dipertemukan.

Itulah dia sahabat saya. Dia suka pada cara kekasih hatinya mengambil hati dan perasaannya. Tidak saya tahu, dia adalah lelaki yang suka pada muffin. Tetapi saya tahu, akibat daripada kepandaian kekasih hatinya memasak pelbagai makanan yang sedap dia begitu senang dan gembira. Benar, bertuahnya si jejaka apabila ada seseorang iaitu kekasihnya pandai menggunakan kuali, oven, api dapur, senduk dan segala alatan dapur yang memerlukan teknik kesenian memasak untuk mengendalikannya.

Teramat benar, kepandaian memasak ini begitu penting. Mak saya sering mengingatkan saya apabila saya bercerita mengenai jodoh saya. "Jika mahu mencari bakal isteri, carilah yang tahu memasak. Jangan sampai mahu siang ikan pun dia tidak tahu". Saya pada masa itu hanya tergelak dan ketawa keci sayal. Masih merakan perkara itu lucu. Tetapi saya pegang kuat katanya. Bukan saya mahukan si isteri nanti tahu masak segalanya. Tetapi jika tahu segalanya itu bonus.

Bertuahnya saya nanti.

Mudah saja. Hanya pandai memasak nasi, menyiang ikan. menggoreng telur, itu pun sudah mencukupi. Itu kata-kata saya pada waktu remaja dahulu. Iyalah gila-gila juga saya. Tetapi apabila sudah dewasa saya kini memahami. Alangkah bertuah jika menjadi seperti sahabat saya. Dia mempunyai seorang kekasih yang begitu mengambil berat perihal masakan. Sehingga muffin dan kek begitu mudah saja cara menyediakannya.

Selepas sahabat saya mengetahui secara benar siapa yang menghantar muffin itu saya hanya tersenyum. Dia memandang saya dan berkata "Pandai berlakon mengatakan bahawa bukan kau yang meletakkan hadiah itu dia atas meja. Saya diam dan terus menidakkan. Saya bukan tidak mahu megiyakan tetapi biarlah perasaan kejutan itu lebih lama dia rasakan. Pasti lama-kelamaan perasaan itu akan menyebabkan semangat adrenalinnya berjalan lancar. Selancar cara kekasihnya mengadun bahan untuk menghasilkan beberapa ketul muffin. Seseni cara kekasihnya menuang perisa muffin ke dalam cawan kecil. Ah, romantiknya.

"Sebenarnya saya yang meletakkan di atas meja tadi. Sengaja mahu melakukan kejutan kepada kamu'.

Semalam saya mengambil muffin itu daripada kekasihnya.

Kata bakal tunangya itu, letakkanlah hadiah ini di atas mejanya.

Pantas saya berkata letakkan sedikit surat cinta atau sedikit nota pada hadiah itu. Pasti sahabat saya itu akan menghargainya. Akhirnya perkara yang saya katakan itu benar-benar berlaku. Dia suka dan segera menelefon kekasihya itu.

Pasti bukan sahaja ucapan terima kasih yang diterimanya. Saya tahu, ianya pasti lebih daripada itu.

Selamat Hari lahir yang ke-25 kepada sahabat saya.

Akhirnya Pie dan Muffin akan bersama.

yg benar:lalan

Tuesday, May 3, 2011