Sunday, December 30, 2012

JANGAN GOPOH DALAM BERDAKWAH

Wed, October 17, 2012 2:55 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

“Sebenarnya kalian gopoh dalam melakukan kerja dakwah ini. Kamu juga tidak melakukannya dengan pendekatan yang lemah lembut. Akibatnya, kerja ini menjadi seperti seorang perempuan tua yang tidak pernah beranak ketika muda. Setelah dia beranak pada usia tua, maka dia mahu bayinya membesar dengan cepat. Lalu diberinya bayi yang baru menyusu itu makan roti sedangkan bayi itu belum tahu memakan roti sehingga roti itu tertinggal di dalam perut bayi itu, tidak dapat dihadam. Tidakkah kamu berdua pernah mendengar bahawa tergesa-gesa itu amalan syaitan dan bersabar itu daripada Tuhan ar-Rahman?”
Nasihat daripada Syam'un kepada Yuhana dan Bulus, iaitu utusan yang dihantar oleh Nabi Isa kepada penduduk Antakiah. Syam'un menyampaikan nasihat itu kepada dua orang sahabatnya yang dipenjarakan kerana menimbulkan kemarahan Raja Antakiah yang menyembah berhala.
Kisah ini terkandung dalam "Himpunan 20 Kisah Wali Allah" - Khairy Tajudin - masih dalam pembikinan.
Moral: Dalam dakwah, perlu ada kesabaran dan pendekatan yang lemah lembut. Perlu bersabar untuk melihat perubahan. Jangan menjadi seperti perempuan tua yang baru dapat anak ketika tua dan mahu anaknya membesar dengan cepat seperti dalam kisah di atas.

Thursday, December 27, 2012

Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah. (tempias)

Fri, December 28, 2012 12:09 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam-macam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

“Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,” katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah ‘Bismillah.’

“Anugerah paling hebat ialah kalimah ‘Lailahaillallah,’ jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad,” ucap Pierre dalam majlis itu.

 Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
“Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,” katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

 Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan mengikuti kumpulan tabligh.

 “Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya ‘kosong.’ Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

 “Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya,” katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

 Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.

 Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?
 Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah.

Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

 Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?

 Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

 Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
 Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.

 Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?
 Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.

Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.  

Ada sebarang sasaran?
Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

 Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.

 Apa kata kedua-dua ibu bapa anda setakat ini?
Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama.

Wednesday, December 26, 2012

Madrasah Tahfiz Teluk Intan Al-Warisi, Perak

Thu, December 27, 2012 10:16 am
Mukminin Taslam posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Tuan2  yang dirahmati Allah.. Madrasah Tahfiz Teluk Intan Al-Warisi, Perak mencari pelajar lelaki fakir miskin & anak yatim (umur bwh 10thn) yg kematian ibu bapa/bapa/ibu untuk belajar & halal Al-Quran. Semua kos wajib Akan dibiayai madrasah. Terima kasih. Any enquires please call ustaz Firdaus: 017-4418384

"Put ourself into someone booth"

Mon, December 24, 2012 9:36 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Orang awam bertanya kepada Maulana Ilyas, "Mengapa alim ulama xnak keluar dengan kita?"
Maulana jawab, "Kamu sendiri berat untuk tinggalkan kerja dunia kamu, adakah kamu menyangka alim ulama senang-senang nak tinggalkan kerja yang mereka yakin bermanfaat untuk akhirat mereka (menyampaikan ilmu di madrasah etc)?"

Tuesday, December 25, 2012

Nota kuliah: Ust Zainol Asri

Wed, October 10, 2012 11:20 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

1. Sesiapa yang menuduh orang beriman sebagai kafir, maka penuduh itu kafir
2. Sesiapa yang menuduh orang beriman sebagai munafik, maka penuduh itu kafir
3. Sesiapa yang meragui kekafiran seseorang yang jelas-jelas kafir, maka orang yang meragui itu kafir (contohnya dia berkata, "Jangan kata dia kafir, entah-entah dia beriman."


 

 

 

 

 



 

 

 

 

Sunday, December 23, 2012

Apa yang anda faham mengenai pesanan ini?

Sun, December 23, 2012 8:54 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Saya terdengar laporan nasihat Maulana Saad yang dibacakan di markaz, beliau menyebut: "Sesiapa yang menghantar anaknya ke sekolah atau aliran selain aliran agama, sebenarnya dia sedang merosakkan masa depan anaknya."

Kemudian, hadrat membawakan 2 dalil iaitu kisah Sayidina Umar yang dimarahi oleh Rasulullah SAW kerana membaca Kitab Taurat dan kisah Imam Nawawi yang berkeinginan untuk mempelajari kitab perubatan Ibnu Sina.
Dalam kisah Imam Nawawi yang memang sudah lama bergelumang dalam ILMU AGAMA, pada suatu hari beliau berhasrat mempelajari kitab perubatan Ibnu Sina..Apabila beliau mula membaca kitab tersebut, beliau seakan-akan kehilangan segala ilmu agama yang dikuasainya. Akhirnya, beliau menghentikan pelajaran kitab itu dan Allah kembalikan semula ilmu yang hak kepadanya.

Thursday, December 20, 2012

'20 Kisah Keajaiban Sahabat'

Tue, December 18, 2012 9:28 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Para Sahabat R.HUM adalah manusia termulia di atas muka bumi ini setelah Para Nabi dan Rasul AS. Kekuatan iman dan pegangan sunnah yang mereka miliki memang tidak ada tolok bandingnya. Merekalah manusia yang awal-awal beriman, hidup bersama-sama Rasulullah SAW dan berjuang menyebarkan kalimah Allah sehingga ke seluruh pelosok alam dalam susah atau pun senang. Jika diselak semula kitab sirah, kita akan mengetahui begitu banyak kisah kehidupan mereka yang sepatutnya menjadi panduan kepada generasi hari ini. Atas maksud itulah, buku '20 Kisah Keajaiban Sahabat' ini ditulis bagi menceritakan mengenai kehebatan para Sahabat yang telah mendapat pengiktirafan daripada Allah SWT dengan gelaran radiallahu anhuma.
 

Wednesday, December 19, 2012

asbab

Thu, December 20, 2012 9:56 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

"Antara sebab seseorang itu tidak mampu buat 5 amal masjid walaupun baru balik dr khuruj adalah kerana khurujnya tidak diterima." (Bhai Wahab)

Thursday, December 13, 2012

Invitation: Seminar on "AFGHANISTAN: PRESENT REALITIES AND FUTURE PROSPECTS"

on 21 December 2012 (Friday) @ 10:00am - 12:00pm @ IAIS Malaysia, insya-Allah
From:   "Mohd Nuruddin"
Date:   Fri, December 14, 2012 11:09 am
Priority:   Normal
Options:   View Full Header | View Printable Version  | Download this as a file

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh and Greetings of Peace,

Dear all,

We are pleased to invite you and your esteemed-organization to join the Seminar on "Afghanistan: Present Realities and Future Prospects".

The details are as follows:

Date                      : 21 December 2012 (Friday)
Time                      : 10:00am - 12:00pm
Moderator          : Professor Dr Mohammad Hashim Kamali

  Founding Chairman & CEO, IAIS Malaysia

Speakers:

1)      Dr Abdul-Qayum Mohmand
Visiting Fellow, IAIS Malaysia and Instructor, Middle East Studies and Political Science, University of Utah, United States of America (USA)

2)      Associate Professor Dr Wahabuddin Ra'ees
International Islamic University Malaysia (IIUM)

Venue                  : IAIS Malaysia, Jalan Elmu, Off Jalan Universiti, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.
(IAIS Malaysia located inside INTAN Wilayah Tengah; beside MAHSA College and UNIVERSITY of MALAYA)
(Map: http://www.iais.org.my/en/map.html)

The seminar is open to all, registration and participation are free.

Useful links;
1)      To register and view the program website, kindly click here
on-afghanistan-present-realities-and-future-prospects.html>

2)      For further information about IAIS Malaysia, kindly visit here
 
 
3)      To visit Facebook 'IAIS Malaysia', kindly click here


4)      To keep you updated with our future events; kindly click here


All are welcome to attend and we look forward to your participation in the seminar. Wassalam and Thank you very much.

On behalf of;

ProfESSOR DR MOHAMED HASHIM KAMALI
Founding Chairman and CEO, IAIS MALAYSIA (http://www.iais.org.my/e/)
cc:           Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi
Patron of IAIS Malaysia and former Prime Minister of Malaysia

Nasihat Untuk Penuntut Ilmu...

Thu, October 11, 2012 11:42 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Untuk memahami ilmu, ia memakan masa yang lama. Bukan sekadar membaca satu dua buku atau menghadiri satu dua kali kuliah atau 3 empat tahun belajar di universiti atau mana-mana pusat pengajian agama.

Orang yang baru berjinak-jinak dengan ilmu, sifatnya lebih gemar untuk berpegang kepada satu pendapat sahaja iaitu pendapat yang dia dengar dahulu. Dia akan cenderung untuk menafikan pendapat-pendapat yang lain.

Tidak dihairankan, penuntut ilmu yang berbalah adalah daripada golongan yang baru-baru nak belajar sedangkan ulama yang sudah berpuluh-puluh tahun mengajar dan khatam kitab, mereka lebih berlapang dada.

Imam Syafie, berketurunan Quraisy masih belajar mendalami bahasa Arab selama 10 tahun...

"Janganlah kamu menuntut ilmu untuk berbalah dengan orang alim."

Allah Allah Allah..^_^

Wednesday, December 12, 2012

Maulana Inaamul Hasan dan Maulana Umar pernah buat ghast di sekitar Masjid India.

Sat, September 29, 2012 8:10 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Ada dalam 6-7 orang buat ghast. Kemudian, yang duduk dlm bayan tak sampai 10 orang..
Tapi, selepas bayan, Maulana Inam berdoa supaya Allah bangunkan usaha di M'sia..sekarang lihatlah, dah ada markaz sendiri...di seluruh negara...
Dari M'sia, jemaah dihantar buat usaha di seluruh Asia Tenggara..sehinggakan usaha di negara2 jiran lebih maju drpd M'sia...skrg jemaah negara jiran pulak datang taskel orang M'sia untuk keluar..:-)))

Tuesday, December 11, 2012

Tanggungjawab yang tak mampu ditunaikan oleh seorang suami (karkun) kepada keluarga kerana kerap kali khuruj

Mon, September 24, 2012 10:16 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Maulana Yusuf rah. ditanya oleh ibunya mengenai t/jawab yang tak mampu ditunaikan oleh seorang suami (karkun) kepada keluarga kerana kerap kali khuruj...

Jawab Maulana, "Pada hari kiamat nanti, Allah swt akan memberikan peluang kepada si isteri untuk menuntut hal tersebut terus dengan Allah swt."

Saya tercari-cari hujah yang menyokong kenyataan itu. Akhirnya, saya menemuinya dalam MA. Ia sebuah hadis daripada Huzaifah r.a. bahawa Nabi saw bersabda, "Solah, sedekah serta amar makruf nahi mungkar menjadi kafarah kepada seseorang kerana kecuaiannya dalam menunaikan hukum-hukum Allah terhadap keluarganya, hartanya, anak-anaknya serta jiran-jirannya." (al-Bukhari)

Maka, buatlah usaha sungguh-sungguh...^_^

Sunday, December 9, 2012

Ada sesiapa nak tambah?

Sat, September 29, 2012 7:38 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Sebenarnya, beberapa orang wali Allah sebelum kedatangan Maulana Ilyas diberikan firasat atau kashaf mengenai usaha ini.

Antaranya, ada seorang wali Allah di Syria yang hidup hampir 200 tahun lepas. Dia menuliskan surat wasiat yang terkandung di dalamnya, "Suatu masa nanti di India, akan lahir dua orang yang bernama Ilyas dan Yusuf, mereka akan menghidupkan amalan fardhu dan sunnah di seluruh dunia." Satu jemaah telah dihantar ke Syria dan penduduk Syria menunjukkan kepada para jemaah surat wasiat itu lalu mereka terharu dan menangis.

Selain itu, terdapat juga syair-syair wali Songo yang menyebut (lebih kurang):

Apabila sungai hilang hulunya,
Apabila pasar hilang riuhnya,
Apabila wanita hilang malunya,
Maka keluarlah kamu 4 bulan,
ketuk pintu ke pintu,
Jangan balik-balik sehingga kamu mendapat iman yang sempurna.

Thursday, December 6, 2012

Cuba anda fikirkan perkara ini. Kita bincang secara ilmiah tanpa ada prejudis dan emosi

Fri, September 28, 2012 8:21 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

1. Sewaktu Sayidina Umar (sebelum memeluk Islam), hendak pegang mashaf surah Toha, adiknya menyuruhnya mandi utk menyucikannya...dan beliau mandi...erm.. ajaran agama apa yang menekankan untuk mandi sebelum memegang mushaf al-Quran?
2. Masyarakat Arab Jahiliah masih menyebut nama 'ALLAH' meskipun mereka menyembah berhala. Mereka kata, Allah adalah Tuhan tetapi menjadikan berhala sebagai perantara / tuhan2 selain Allah. SEbab itu mereka dipanggil Musyrikin (kaum yang mensyirikkan Allah). Maka, Nabi SAW datang untuk menyuruh mereka menafikan tuhan-tuhan lain dan mengaku hanya Allah sebagai Tuhan.

3. Nabi SAW memulakan dakwah kepada masyarakat Musyrikin Arab dahulu sebelum mendakwahi orang Kristian (Rom) dan Majusi (Parsi).
4. Bukan semua para Sahabat yang menyembah berhala. Antara mereka yang tidak menyembah berhala ialah Sayidina Abu Bakar dan Sayidina Ali r.a.

 Jika anda faham situasi yang sebenar pada zaman Arab jahiliah, anda akan faham mengapa elders suruh kita berdakwah kepada orang Islam dahulu.
^_^

Wednesday, December 5, 2012

Jangan Guna Harta Orang Tanpa Izin Walaupun Ketika Sedang Berjuang!

Wed, October 3, 2012 10:37 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Asmak binti Yazid meriwayatkan bahawa pada suatu ketika, Rasulullah SAW mendelegasikan satu pasukan Islam untuk menjalankan misi ke-Islaman. Dalam perjalanan, pasukan Islam ini singgah di sebuah dusun (perkampungan) yang ada di tengah-tengah gurun sahara. Mereka mengambil secara paksa kambing-kambing milik penduduk tempatan untuk disembelih untuk mengisi perut mereka.

Kemudian, mereka melanjutkan perjalanan kerana cuaca sedang berada pada puncak musim panas. Mereka tidak tahan terkena sengatan matahari lantas melihat kandang kambing milik orang Badwi yang ada di tengah-tengah padang pasir. Mereka berkata, “Kami (pasukan Islam) lebih berhak daripada kambing-kambing itu untuk berteduh. Kami sedang berjuang membela agama Allah.” Mereka lantas mengeluarkan kambing dari kandangnya untuk mereka berteduh dan menyelamatkan diri mereka daripada sengatan matahari.

Melihat hal tersebut, si pemilik kambing membangkang seraya berkata, “Kalian dengan semena-mena mengusir kambing-kambing saya dari kandangnya, padahal kambing-kambing itu sedang menyusui anak-anaknya. Kambing-kambingku akan mati akibat tindakan kalian ini.” Dengan kasar, salah seorang pasukan Islam berkata, “Kami sedang menjalankan misi di jalan Allah. Apalah erti kambing-kambingmu jika dibandingkan dengan misi yang mulia ini?” Mendengar alasan tersebut, orang Badwi itu lantas menemui Rasulullah SAW untuk mengadukan kerugian yang dialaminya dan sikap kasar pasukan Islam.

Sesudah mendengar pengaduan si Badwi, Rasulullah SAW tersangat marah. Wajah Baginda kelihatan merah kerana kemarahannya. Setelah pasukan Islam pulang daripada menjalankan misi yang ditugaskan oleh Rasulullah SAW, Rasulullah SAW berkata kepada mereka, “Kalian menzalimi hamba Allah dan merampas hak-haknya hanya dengan dalih sedang menjalankan tugas berjuang membela agama Allah? Kalian menjadikan perjuangan kalian sebagai dalih amalan kalian merampas hak orang lain dan menzalimi mereka? Sungguh kalian benar-benar celaka.” 261
Wallahu a'lam

Tuesday, December 4, 2012

Mengapa kita selalu ditohmah, dihina, diumpat dan difitnah dalam usaha agama?

Sat, September 22, 2012 11:18 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Situasi di bawah ini boleh menjadi jawapan kepada persoalan, "Mengapa kita selalu ditohmah, dihina, diumpat dan difitnah dalam usaha agama?"
Aku: Ustaz, kenapa kita tengok ada anak-anak ULAMA yang anak-anak mereka tidak seperti ayah dan ibu mereka? Ayahnya ustaz, anaknya samseng...ayahnya imam, anaknya tahi ganja. Abahnya guru Quran, anaknya artis.. (sama juga situasi bapa karkun tapi anak kartun)
Ustaz: Itulah tanda kasih-sayang Allah.
Aku: Kenapa pulak?

Ustaz: Bukan senang nak didik anak. Mereka telah usaha beri didikan tetapi hidayat bukan di tangan mereka. Maka,mereka sudah terlepas daripada tanggungjawab jika sudah benar-benar memberi didikan yang cukup. Apabila orang mengata-ngata mereka, mengumpat mereka, maka secara PERCUMA mereka mendapat PAHALA kalau mereka bersabar atas tohmahan itu. ^_^
*Jangan cepat melatah jika anda diumpat, ditohmah atau dikeji. Allah mahu berikan anda pahala atas kesabaran anda asalkan anda sudah melakukan perkara yang betul.
Tapi, jangan pula sengaja atau berbangga-bangga dengan perbuatan buruk anda itu.
Nanti dosa pula yang dapat.

*Selalu tengok gelagat karkun saling bidas membidas dengan orang awam yang mengkritik tabligh sehingga menimbulkan kemarahan dan pecah hati..Bersabarlah tuan-tuan, biar Allah yang jawab untuk pihak kita...^_^

Monday, December 3, 2012

HABIB AN-NAJAR

Mon, September 17, 2012 1:02 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Habib an-Najar ialah seorang lelaki yang tinggal di negeri Antakiah, terletak di negara Turki. Pekerjaan harian beliau adalah sebagai pembuat patung. Banyak patungnya diperbuat daripada kayu. Beliau hidup pada zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW. Meskipun beliau seorang pembuat patung, sebenarnya beliau tidak menyembah patung-patung itu kerana beliau seorang lelaki yang beriman kepada Allah.

Beliau melakukan pekerjaan tersebut untuk menyembunyikan keimanannya kerana masyarakat negeri Antakiah pada masa itu hidup dalam kesesatan.
Pada suatu hari, datanglah tiga orang Rasul ke negeri Antakiah. Mereka bernama Yuhana, Bulus dan Sham‘un. Ketiga-tiga orang Rasul tersebut menyeru rakyat Antakiah supaya beriman kepada Allah. Bagi membuktikan kerasulan mereka, ketiga-tiga orang Rasul itu menunjukkan mukjizat mereka. Mereka dikurniakan mukjizat oleh Allah untuk menghidupkan orang mati, menghilangkan penyakit sopal dan mencelikkan orang buta.

Namun begitu, penduduk Antakiah enggan mempercayai mereka kerana terpedaya dengan nafsu mereka yang sangat keras. Kemudian, ketiga-tiga orang Rasul itu telah ditangkap. Perkara itu diketahui oleh Habib an-Najar. Beliau keluar dari tempat kediamannya menuju kepada orang ramai. Lalu, beliau berkata, “Wahai penduduk Antakiah. Ikutilah mereka ini. Sesungguhnya mereka ini adalah Rasul utusan Allah.”
Maka, penduduk tempatan telah melaporkan kata-kata Habib an-Najar itu kepada raja.

Raja mengarahkan supaya Habib an-Najar ditangkap dan dibawa menghadapnya. Raja menyoalnya, “Adakah kamu ini sudah menjadi pengikut mereka?”
Jawab Habib an-Najar, “Apakah sebab yang menghalang aku untuk mengikut mereka?”

Orang Antakiah berterusan mendesak beliau. Mereka berkata, “Mereka inilah yang telah menyesatkan kamu. Kembalilah kepada agama nenek moyang kamu. Jika kamu tidak mahu kembali, kami akan bunuh kamu dengan sehabis-habis azab!”
Ugutan tersebut tidak sedikit pun menggugat iman Habib an-Najar. Malahan, beliau menjawab, “Jika aku kembali kepada agama kamu, sebenarnya aku dalam kesesatan yang nyata.”

Kemudian, Habib an-Najar berkata kepada tiga orang Rasul itu, “Aku telah percaya kepada Tuhan kamu sekalian. Maka, saksilah pengakuan keimananku ini.” Apa yang dapat difahami daripada kata-kata beliau itu, sesungguhnya Habib an-Najar telah beriman sebelum kedatangan Rasul-rasul itu lagi. Beliau berpegang kuat dengan pesanan-pesanan Rasul-rasul dan kitab-kitab yang diperturunkan sebelum itu.
Sama keadaannya dengan berita kedatangan Rasulullah SAW yang disebut-sebut semenjak zaman Rasul-rasul yang terdahulu. Kerasulan Nabi Muhammad SAW juga turut disentuh dalam kitab Taurat, Injil dan Zabur. Maka, setelah Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul, ramailah para penganut agama Yahudi dan Kristian yang memeluk Islam kerana meyakini Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah yang dimaksudkan dalam kitab-kitab mereka. Inilah yang dimaksudkan, beriman sebelum kedatangan.

Akibat daripada keimanan Habib an-Najar, beliau telah dikenakan seksaan yang berat.
Sewaktu mereka menyeksa Habib an-Najar, beliau tidak henti-henti berdoa, “Ya Allah! Berilah hidayat kepada kaumku ini.” Sifat mulia yang ada pada Habib an-Najar itu merupakan satu bukti bahawa beliau seorang wali Allah. Wali Allah tidak pernah berdendam dengan sesiapa walaupun orang lain memperlakukan perkara yang kejam terhadap mereka.

Para ulama tafsir menyatakan bahawa, Habib an-Najar diseksa dengan salah satu daripada tiga cara. Mungkin beliau diseksa dengan cara dibakar atau dilontar dengan batu bertubi-tubi. Ada juga ulama tafsir menyatakan bahawa berkemungkinan beliau digergaji daripada kepala sehingga ke celahan peha sehingga putus dua. Ya Allah!
Tidak sanggup kita membayangkan kezaliman yang menimpanya itu.

Itulah tanda-tanda keimanan. Seseorang itu tidak akan dikira beriman sebelum dia diuji oleh Allah SWT. Lihatlah Habib an-Najar. Beliau telah diuji dan keimanannya diterima oleh Allah. Buktinya, Allah SWT telah merakamkan kisah pengorbanan Habib an-Najar ini dalam surah Yasin ayat 22 hingga 24. Bersama-samalah kita menghayati kisah ini ketika membaca surah Yasin.
Wallahu a'lam.