Ihsan: Hospital UMRA
1. Basuh uri dengan air sehingga bersih.
2. Lumur uri dengan garam serta air asam jawa.
3. Pasti dibilas tanpa ketulan darah dan bau.
4. Lumur sekali lagi dengan garam serta air asam jawa/asam gelugur.
5. Balut dan ikat dengan kkain putih.
6. Masukkan ke dalam bekas periuk tanah atau beg plastik biodegrable.
7. Ikat bekas itu dengan kemas.
8. Tanam sedalam 2 kaki lebih, supaya tidak dihidu oleh binatang.
9. Selawat sebelum menutup tanah tersebut.
Sila rujuk ustaz yang mursyid untuk keterangan lanjut.
Thursday, February 21, 2013
Tuesday, February 19, 2013
7 Rabiulakhir 1434
http://www.al-azim.com/masjid/rabiulakhir/home.htm
Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim
bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan
ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.
Pada waktu itu biasanya
tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum
musim sejuk tiba. Selain daripada Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama
Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.
Perlu diketahui bahawa itu
adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud
sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati
nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w
mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada
perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.
Cuaca, iklim, suhu dan musim
adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain
sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan
mengelilingi bumi.
Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
Tamar berbunga maka sempena
kebetulan ini umat Arab dahulu menamakan bulan ini dengan Rabiulakhir.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul
Akhir
Peperangan - ada beberapa peperangan yang
dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir
diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan
Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
Pengepungan Damsyik - pada
zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah
dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada
pembukaan Damsyik.
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah
yang kedua.
Peperangan Jamal - tahun
fitnah di mana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang
Khalifah Ali r.a.
Ramai sahabat yang
gugur syahid di antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
Imam Ghazali r.h meninggal
dunia.
Ada pendapat yang mengatakan
27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh
difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di
Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu
atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj
Rasulullah s.a.w.
Fadhilat
Berbahagialah bagi yang
sentiasa membaca dan menghayati al-Qur`an.
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu
mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang
lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan
ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari semasa ke
semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan
sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini
adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita
tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Di samping kita menjaga dan
meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan
amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung
atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.
Di antara amalan-amalan sunat
yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat
qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan
lain-lain lagi.
Sumber Rujukan;
1. Jab. Mufti Terengganu,
http://mufti.islam.gov.my/terengganu
2. Dr.(H) Hj. Kassim bin
Bahali, Jab. Mufti Melaka, jkmmufti@tm.net.my
3. Shaykh Muhammad Saleem
Dhorat, Riyadul Jannah ; Gardens of Paradise issue 1 (2004),
http://www.riyaduljannah.com
4. Majlis Ugama Islam
Singapura,Warita 1996, http://www.muis.gov.sg
Disemak oleh;
1. Dr.(H) Hj. Kassim bin
Bahali, Peg. Falak dan Sumber Maklumat, Jab. Mufti Negeri Melaka.
2. Ust. Mohd Nazri bin Abd.
Majid, Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka.
3. Ust. Mohd Ali bin Zainal,
Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka
Pengunjung / pembaca boleh
menghubungi penulis untuk pertanyaan, maklumat lanjut, cadangan atau berkongsi
pendapat di alamat jkmmufti@tm.net.my.
Tuesday, January 22, 2013
Mengenai pahala solat berjemaah,
Sun, December 23, 2012 9:53
pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
TG Haji Yusuf Kara (Penanti) menyatakan begini:
Wanita solat berjemaah di masjid dapat 1 pahala.
Wanita solat seorang diri di rumah dapat 27 pahala.
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
TG Haji Yusuf Kara (Penanti) menyatakan begini:
Lelaki solat berjemaah di
masjid dapat 500 pahala.
Lelaki solat berjemaah di
surau/musolla dapat 27 pahala.Wanita solat berjemaah di masjid dapat 1 pahala.
Wanita solat seorang diri di rumah dapat 27 pahala.
Sunday, January 20, 2013
SERBAN NABI
Tue, October 23,
2012 7:35 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
b - lepas di kiri (ahli sufi)
c - lepas di kanan (ahli ilmu)
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
1. Serban baginda
yang paling panjang ialah 12 hasta, paling pendel 6 hasta
2. Ekor serban
paling pendek 4 jari, paling panjang 1 hasta (jangan melebihi)
3. Nabi, dalam
perang, masih membalut topi perangnya dengan serban.
4. Mengenai ekor,
ada 3 cara lepasan,
a - lepas di
belakang (mujahid)b - lepas di kiri (ahli sufi)
c - lepas di kanan (ahli ilmu)
5. Sunnah pakai
serban ekor dua sekalipun ekor yang di atas lebih panjang daripada ekor yang pertama.
6. Ulama
berpendapat, HARUS pakai serban tanpa ekor.
Wallahua'lam.
*Isi pengajian
Syamail Muhammadi bersama-sama Syeikh Nazrul al-Azhary..
cc ust Abdul Rahman
mungkin kenal Syeikh Nazrul kot..
Thursday, January 17, 2013
Pesakit Iman
Katakanlah, ketika tuan2 sedang khuruj di sesuatu kampung,
ada di'nusrah' oleh seseorang. "Penusrah" itu akan memberikan
"nusrahnya" ketika makan sahaja. Maknanya, dia sedia untuk "nusrah" tuan-tuan dengan makan
bersama-sama tuan-tuan.
Waktu ijtimaie hilang...
Waktu ghast hilang...
Waktu taklim hilang...Waktu ijtimaie hilang...
Orang buat taklim, dia buat hal dia...
Jika anda amersab, anda nak buat apa?
*buatlah solat hajat khas untuk orang sebegini dan semua umat puri alam insya-Allah
mujur aku pi salam dengan ustaz tu...
Mon, December 24, 2012 12:48 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
"Islam bukan hanya di masjid."
"Kerja pun ibadat.""Islam ni syumul...ada politik, ada riadah, ada ekonomi dan sebagainya. Bukan amalan di masjid saja."
Itulah mukadimah kuliah seorang ustaz di sebuah
masjid time kami keluar aritu. Dia memakai rafla Bebaskan Palestin dan meminta
jemaah masjid buat qunut nazilah...
Ada sorang dua karkun yang panas tapi mujur aku
pi salam dengan ustaz tu...
Monday, January 14, 2013
Sejarah Maulana Ilyas Menggerakkan Jemaah Tabligh
Mon, October 22,
2012 12:41 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Hampir menghabiskan
bacaan buku, "Sejarah Maulana Ilyas Menggerakkan Jemaah Tabligh", hasil
tulisan Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi (mantan rektor Nadwatul Ulama, Lucknow,
mantan pengasas bersama Jamiatul Islami bersama-sama al-Maududi).
Apa yang ditulis,
begitu menarik sehingga saya terasa betapa risau dan gigihnya Maulana Ilyas
membangunkan usaha ini. Meskipun beliau mengalami sakit perut sepanjang hayatnya
tetapi sakit itu seakan-akan hilang apabila beliau terlibat dalam dakwah.
Apa yang dibangunkan
oleh Maulana Ilyas mendapat pengiktirafan daripada masyaikh2 tareqat dan ulama2
tersohor termasuklah mufti India, Maulana Kifayatullah serta ulama-ulama lain di
Darul Ulum Deoband, Mazahirul Ulum Saharanpur dan Nadwatul Ulama Lucknow.
Maulana Nasrullah,
seorang ulama India pernah berkata kepada Maulana Ilyas, "Tuan adalah
mujaddid"
Jawab Maulana Ilyas,
"Jemaah-jemaahku yang sedang bergerak itulah sebenarnya mujaddid."
*Kalau kita tak
bergerak, maka tiadalah pengislahan umat. Ayuh, pakat-pakat buat 5 amal...hentikan
provokasi, tingkatkan prestasi!
Sunday, January 13, 2013
Apakah iktibar daripada kisah ini?
Sat, September 1,
2012 11:20 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Satu langkah ke
masjid, ditambah satu pahala, diangkat satu darjat dan diampunkan satu dosa...
Disebabkan itu, para Sahabat sanggup memendekkan langkah mereka untuk mendapat fadilat
tersebut.
(bukan seperti aku,
kalau parking, depan-depan tangga. Kalau boleh parking dalam masjid, aku masuk
parking dlm tu)
Seorang sahabat yang
buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum bertanya, "Adakah orang seperti saya juga perlu
datang bersolat di masjid?"
Jawab Baginda (lebih
kurang ertinya), "Selagi kamu mendengar azan."
Maka, Sahabat ini
datang juga ke masjid walaupun dalam keadaan buta. Beliau memasang tali dari
rumahnya sampai ke masjid supaya beliau boleh berpaut pada tali itu untuk memudahkan beliau
berjalan.
Sampai satu hari,
beliau terjatuh, maka seseorang membangunkannya. Kemudian, beliau jatuh lagi dan
sebelum sampai ke masjid, belum sempat beliau rebah lagi sekali, lelaki yang sama
tadi menyambutnya daripada terjatuh.
Maka, beliau
bertanya, "Siapakah kamu?"
Jawab lelaki itu,
"Akulah syaitan."
Beliau bertanya,
"Kenapa kau menolong aku?"
Jawab syaitan,
"Sewaktu kau rebah kali pertama, maka dosamu diampunkan. Sewaktu kau rebah kali kedua,
penduduk Madinah ini diampunkan. Aku risau jika kau jatuh lagi sekali, semua dosa
orang Islam akan diampunkan. Maka, sia-sialah kerja aku menyesatkan kamu
semua!"
Thursday, January 10, 2013
Selangkah dalam memahami sunnah...
Sat, September 1, 2012 11:39 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Maulana Inaamul Hasan berkata, "Kadangkala,
meninggalkan suatu sunnah juga termasuk dalam sunah."
Maulana Mansur beri contoh, "Cara Nabi saw
simpan rambut ada 3 jenis. Pertama, rambut separas cuping telinga. Kedua, panjang
sampai mencecah bahu dan ketiga, antara bahu dan telinga. Pada masa sekarang,
adakah masyarakat boleh terima rambut panjang mencecah bahu? Jika ia boleh mendatangkan
fitnah, maka eloklah kita simpan rambut yang biasa-biasa sahaja."
Contoh kedua, saya pernah lihat Maulana Saad
makan dengan duduk bersila di sebelah Maulana Zubir... Agak-agak, kenapa Maulana Saad
duduk dengan cara itu? ^_^
Wednesday, January 9, 2013
Maulana Zuber, Maulana Inaamul Hasan berzikir kalimah LAA ILAHA ILLALLAH > 70 ribu kali
Wed, September 19, 2012 12:07 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Baru ni terdengar satu bayan, pembayan menukilkan
perkataan Hadrat Aisyah r.anha, "Bidaah pertama yang berlaku dalam kehidupan
umat Islam ialah makan lebih daripada sekali dalam sehari."
Sebelum ni, pernah dengar juga, Hadrat Aisyah
berkata ketika Nabi SAW wafat, "Inilah perut yang tidak pernah kenal erti
kenyang."
Jika kita perhalusi perjalanan hidup Nabi saw
setiap hari, adakah tuan-tuan pernah berjumpa Nabi saw makan sehingga kenyang?
Tuesday, January 8, 2013
Syeikh Zainul Asri menyebut mengenai Gua Tsur
Mon, October 15, 2012 10:51 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Katanya, "Saya lihat di Makkah, pabila pergi umrah atau haji, orang yang suka panjat Gua Tsur ialah orang India. Mereka hendak merasai kesusahan Nabi dan Para Sahabat."
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Tadi, bersama-sama dalam majlis Syeikh Zainul Asri.
Beliau mengajar Syamail Muhammadi. Tatkala masuk bab Hijrah Nabi SAw bersama-sama
Abu Bakar, beliau menyebut mengenai Gua Tsur.
Katanya, "Saya lihat di Makkah, pabila pergi umrah atau haji, orang yang suka panjat Gua Tsur ialah orang India. Mereka hendak merasai kesusahan Nabi dan Para Sahabat."
KAIN SARUNG, RIDA' DAN SELUAR NABI
Tue, October 23, 2012 9:30 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
1. Para muhadis menyatakan bahawa tiada ditemui
riwayat Nabi SAW memakai seluar tetapi baginda pernah dihadiahkan seluar dan
membeli seluar dan baginda menghadiahkannya kepada orang lain. Di sini,
ulama menyatakan bahawa boleh pakai seluar dan sunnah pakai kain.
2. Nabi pertama yang pakai seluar ialah Nabi
Ibrahim as.3. Kain sarung baginda panjangnya 4 hasta, tanpa dijahit (macam orang Arab pakai, tanpa jahitan)
4. Saiz rida' 4 hasta x 2 setengah hasta. (1 hasta = 60 cm, 4 hasta = +- 2 meter)
5. Semua Ahli Badar memakai 'suf' (kain yang kasar). Mungkin sebab itu, orang yang memakai 'suf' digelar ahli sufi.
6. Sunnah pakai kain / seluar sehingga ke tengah betis (bagi lelaki).
7. Sunnah melabuhkan kain melebihi buku lali bagi wanita, paling labuh, sehasta (pakaian Sayidatina Hajar).
8. Harus pakai kain / seluar melebihi tengah betis hingga buku lali (lelaki).
9. Makruh pakai kain / seluar melebihi buku lali tanpa niat riak.
10. Haram pakai kain / seluar melebihi buku lali dengan niat riak.
Sama-sama kita amal dan sampaikan.
Thursday, January 3, 2013
move on
Thu, October
18, 2012 10:52 am
Khairy
Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
"Sesiapa
yang bersusah payah demi agama KAMI, nescaya KAMI akan bukakan kepada mereka
betapa banyaknya jalan-jalan (subulana) menuju KAMI."
"Katakanlah
wahai Muhammad, inilah jalanku (sabili). Mengajak manusia kepada Allah atas
BASIROH. Aku dan mereka yang mengikutiku."
*Jalan
menuju Allah itu banyak tetapi jalan dakwah itu adalah jalan para Nabi dan Rasul. Oleh
itu, tidak perlu nak bergaduh dan bertengkar jemaah mana paling bagus.
Benarlah
kata XPDC, "Syurga bukan satu hala..aku masih di sini...setelah sekian lama..."
(maknanya, jalan menuju ALLAH itu terbentang luas, cuma aku yang tak buat mende pun!)
Sunday, December 30, 2012
JANGAN GOPOH DALAM BERDAKWAH
Wed, October 17, 2012 2:55 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Kisah ini terkandung dalam "Himpunan 20 Kisah Wali Allah" - Khairy Tajudin - masih dalam pembikinan.
Moral: Dalam dakwah, perlu ada kesabaran dan pendekatan yang lemah lembut. Perlu bersabar untuk melihat perubahan. Jangan menjadi seperti perempuan tua yang baru dapat anak ketika tua dan mahu anaknya membesar dengan cepat seperti dalam kisah di atas.
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
“Sebenarnya kalian gopoh dalam
melakukan kerja dakwah ini. Kamu juga tidak melakukannya dengan pendekatan yang
lemah lembut. Akibatnya, kerja ini menjadi seperti seorang perempuan tua yang
tidak pernah beranak ketika muda. Setelah dia beranak pada usia tua, maka dia
mahu bayinya membesar dengan cepat. Lalu diberinya bayi yang baru menyusu itu makan
roti sedangkan bayi itu belum tahu memakan roti sehingga roti itu tertinggal di
dalam perut bayi itu, tidak dapat dihadam. Tidakkah kamu berdua pernah mendengar bahawa
tergesa-gesa itu amalan syaitan dan bersabar itu daripada Tuhan ar-Rahman?”
Nasihat daripada Syam'un kepada
Yuhana dan Bulus, iaitu utusan yang dihantar oleh Nabi Isa kepada penduduk Antakiah.
Syam'un menyampaikan nasihat itu kepada dua orang sahabatnya yang dipenjarakan kerana
menimbulkan kemarahan Raja Antakiah yang menyembah berhala.Kisah ini terkandung dalam "Himpunan 20 Kisah Wali Allah" - Khairy Tajudin - masih dalam pembikinan.
Moral: Dalam dakwah, perlu ada kesabaran dan pendekatan yang lemah lembut. Perlu bersabar untuk melihat perubahan. Jangan menjadi seperti perempuan tua yang baru dapat anak ketika tua dan mahu anaknya membesar dengan cepat seperti dalam kisah di atas.
Thursday, December 27, 2012
Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah. (tempias)
Fri, December 28, 2012 12:09 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin
disampaikannya, kata Pierre:
“Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang
minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya
diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi
anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan
sedikit dakwah saya,” katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.
Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap
perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan
dia bergerak aktif dengan mengikuti kumpulan tabligh.
“Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21
tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup
saya ‘kosong.’ Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.
“Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh.
Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar
mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam
di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu
hati saya,” katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.
Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama
Pierre.
Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih
tabligh?
Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak
kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena
ingat, tabligh itu sifat Rasulullah.
Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia
hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?
Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya
larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati
dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya
terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan
nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.
Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek
bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu
siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang
penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.
Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri
sendiri?
Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama
ini.
Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu
ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja,
lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat
hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.
Apa kata kedua-dua ibu bapa anda setakat ini?
Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan
saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya
belajar dan mahu mengenal agama.
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah
Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam-macam persoalan
dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan
Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.
“Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan
untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan
berlaku secara drastik, saya takut fitnah,” katanya membuka cerita tentang kehidupan
baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.
Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan
lebih empat juta penonton dengan kalimah ‘Bismillah.’
“Anugerah paling hebat ialah kalimah
‘Lailahaillallah,’ jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad,” ucap
Pierre dalam majlis itu.
Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum
turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.
Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi
tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan
sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap
agama Allah ini.
Ada sebarang sasaran?
Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya
ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini
saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh
sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun
dan bukan hanya di Malaysia sahaja.Wednesday, December 26, 2012
Madrasah Tahfiz Teluk Intan Al-Warisi, Perak
Thu, December 27, 2012 10:16 am
Mukminin Taslam posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Tuan2 yang dirahmati Allah.. Madrasah Tahfiz Teluk Intan Al-Warisi, Perak mencari pelajar lelaki fakir miskin & anak yatim (umur bwh 10thn) yg kematian ibu bapa/bapa/ibu untuk belajar & halal Al-Quran. Semua kos wajib Akan dibiayai madrasah. Terima kasih. Any enquires please call ustaz Firdaus: 017-4418384
Mukminin Taslam posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Tuan2 yang dirahmati Allah.. Madrasah Tahfiz Teluk Intan Al-Warisi, Perak mencari pelajar lelaki fakir miskin & anak yatim (umur bwh 10thn) yg kematian ibu bapa/bapa/ibu untuk belajar & halal Al-Quran. Semua kos wajib Akan dibiayai madrasah. Terima kasih. Any enquires please call ustaz Firdaus: 017-4418384
"Put ourself into someone booth"
Mon, December 24, 2012 9:36 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Orang awam bertanya kepada Maulana Ilyas,
"Mengapa alim ulama xnak keluar dengan kita?"
Maulana jawab, "Kamu sendiri berat untuk
tinggalkan kerja dunia kamu, adakah kamu menyangka alim ulama senang-senang nak
tinggalkan kerja yang mereka yakin bermanfaat untuk akhirat mereka (menyampaikan ilmu di
madrasah etc)?"
Tuesday, December 25, 2012
Nota kuliah: Ust Zainol Asri
Wed, October 10, 2012
11:20 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
3. Sesiapa yang meragui kekafiran seseorang yang jelas-jelas kafir, maka orang yang meragui itu kafir (contohnya dia berkata, "Jangan kata dia kafir, entah-entah dia beriman."
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
1. Sesiapa yang
menuduh orang beriman sebagai kafir, maka penuduh itu kafir
2. Sesiapa yang
menuduh orang beriman sebagai munafik, maka penuduh itu kafir3. Sesiapa yang meragui kekafiran seseorang yang jelas-jelas kafir, maka orang yang meragui itu kafir (contohnya dia berkata, "Jangan kata dia kafir, entah-entah dia beriman."
Sunday, December 23, 2012
Apa yang anda faham mengenai pesanan ini?
Sun, December 23, 2012 8:54 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Saya terdengar laporan nasihat Maulana Saad yang dibacakan di markaz, beliau menyebut: "Sesiapa yang menghantar anaknya ke sekolah atau aliran selain aliran agama, sebenarnya dia sedang merosakkan masa depan anaknya."
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Saya terdengar laporan nasihat Maulana Saad yang dibacakan di markaz, beliau menyebut: "Sesiapa yang menghantar anaknya ke sekolah atau aliran selain aliran agama, sebenarnya dia sedang merosakkan masa depan anaknya."
Kemudian, hadrat membawakan 2 dalil iaitu kisah
Sayidina Umar yang dimarahi oleh Rasulullah SAW kerana membaca Kitab Taurat dan
kisah Imam Nawawi yang berkeinginan untuk mempelajari kitab perubatan Ibnu Sina.
Dalam kisah Imam Nawawi yang memang sudah lama
bergelumang dalam ILMU AGAMA, pada suatu hari beliau berhasrat mempelajari kitab
perubatan Ibnu Sina..Apabila beliau mula membaca kitab tersebut, beliau seakan-akan
kehilangan segala ilmu agama yang dikuasainya. Akhirnya, beliau menghentikan
pelajaran kitab itu dan Allah kembalikan semula ilmu yang hak kepadanya.
Thursday, December 20, 2012
'20 Kisah Keajaiban Sahabat'
Tue, December 18, 2012 9:28 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Para Sahabat R.HUM adalah manusia termulia di atas
muka bumi ini setelah Para Nabi dan Rasul AS. Kekuatan iman dan
pegangan sunnah yang mereka miliki memang tidak ada tolok bandingnya.
Merekalah manusia yang awal-awal beriman, hidup bersama-sama
Rasulullah SAW dan berjuang menyebarkan kalimah Allah sehingga ke seluruh
pelosok alam dalam susah atau pun senang. Jika diselak semula kitab sirah,
kita akan mengetahui begitu banyak kisah kehidupan mereka yang
sepatutnya menjadi panduan kepada generasi hari ini. Atas maksud itulah,
buku '20 Kisah Keajaiban Sahabat' ini ditulis bagi menceritakan mengenai
kehebatan para Sahabat yang telah mendapat pengiktirafan daripada Allah
SWT dengan gelaran radiallahu anhuma.
Subscribe to:
Posts (Atom)