Sunday, June 9, 2013

Handphone hilang

I lost my phone and it on silent
Ahsan baru perasan yang dia kehilangan handphone. Nokia 1280. Lama juga dia hadapi hari-harinya tanpa handphone. Waktu menunggu isteri datang ofis, barulah terasa fungsi handphone murahnya itu. Terfikir dia sejenak.. bagaimanalah orang dulu-dulu berurusan, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan bab masa. Lalu bilamana masuk saja gaji, dengan pantas dia membeli handphone baharu. Model sama, harga murah sikit. Dulu 100, sekarang tinggal 75, baru ini dia perasan 65. Hmm.. dunia dunia..
Ahsan beli nombor baharu. Sms beberapa orang maklumkan nombor baharunya. Dalam ramai-ramai, satu orang kawan perihatin lebih. Sms dibalas lebih kurang berikut:
San, baik ko pi beli balik no. lama tu. Rugi san. Ramai dah tau no. tu. Pergi beli balik ya.
Berulang-ulang kali ulang sms lebih kurang sama. Ahsan tak berapa ambil pusing. Satu hari isterinya beritahu, ada kejutan mahu diberi kepada Ahsan. “Apa dia?”
“Sayang teman adik beli handphone and nombor. Tanya budak jual tu boleh tak beli balik nombor lama. Boleh, bayar dua puluh ringgit. Nah cubalah.”
Ahsan tak fikir panjang terus pakai semula nombor lama. Dia terfikir satu benda. Hikmah di sebalik kejadian handphone hilang. Masa dia buat umrah, dia sempat doa semua nama yang ada dalam buku telefon handphone-nya itu. Sekarang ini, dia fikir mungkin dia tak tunaikan hak semua nama yang ada dalam handphone-nya itu. Itu pasal Allah bagi hilang.
Bagi Ahsan senang, apabila hilang satu-satu benda dunia, Allah akan ganti lebih baik. Jadi dia tiadalah melatah sangat. Ralat itu tetap ada.

            Kesimpulan yang Ahsan buat, setiap nama dalam handphone anda ialah tanggungjawab masing-masing. Paling kurang doakanlah mereka, mati kelak dalam iman, moga tak bergaduh dekat sana nanti. Selamat berdoa.

Thursday, April 18, 2013

Majalah Q&A: Q&A Bil 13 : Rasulullah Bukan Manusia Biasa (" AKU NABI PEMBAWA RAHMAT")


Mon, December 24, 2012 11:25 am
Mohd Azlan Ismail posted in RAKAN SEPERJUANGAN

1. Isu : Sayang dan Rindu Kepada Rasulullah (m.s 12)

Kita tahu bahawa mencintai Rasulullah SAW termasuk dalam kesempurnaan iman. Rasullullah bersabda, daripada Anas bin Malik, mafhumnya, “Tidak sempurna iman seorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihinya lebih daripada dia sayang pada dirinya, ibu bapanya, anak-anaknya atau manusia lain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Apabila perasaan kasih dan sayang kepada Rasulullah SAW merupakan persoalan iman, ia perlu dibaja dengan sebaik mungkin. Perasaan rindu sebagai bukti bahawa adanya perasaan sayang di dalam hati seseorang. Ada rindu ada sayang, tiada rindu tiadalah sayang.
http://www.facebook.com/l/NAQEtd4e7AQHtI02wRHNfz1M-ISq8PLWVZPo59TW1iow8rg/mymajalahqna.blogspot.com/2012/12/q-bil-13-rasulullah-bukan-manusia-biasa.html

Apa pengajaran daripada kisah ini?

Sat, September 1, 2012 11:23 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
 
Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak meninggalkan Hajar dan Ismail anak kesayangannya di
Makkah, Hajar bertanya kepada suaminya, “Wahai Ibrahim, ‘Adakah Allah memerintahkan
dirimu melakukan hal ini (meninggalkan isteri dan anak kesayangan di Makkah yang
belum berpenghuni)? Ibrahim menjawab, “Ya.” Hajar berkata, “Kalau demikian, Allah
Azza wa Jalla pasti tidak akan membiarkan kami.”
 

Thursday, February 21, 2013

Cara Asas Pengurusan Uri

Ihsan: Hospital UMRA

1. Basuh uri dengan air sehingga bersih.
2. Lumur uri dengan garam serta air asam jawa.
3. Pasti dibilas tanpa ketulan darah dan bau.
4. Lumur sekali lagi dengan garam serta air asam jawa/asam gelugur.
5. Balut dan ikat dengan kkain putih.
6. Masukkan ke dalam bekas periuk tanah atau beg plastik biodegrable.
7. Ikat bekas itu dengan kemas.
8. Tanam sedalam 2 kaki lebih, supaya tidak dihidu oleh binatang.
9. Selawat sebelum menutup tanah tersebut.

Sila rujuk ustaz yang mursyid untuk keterangan lanjut.

Tuesday, February 19, 2013

7 Rabiulakhir 1434

http://www.al-azim.com/masjid/rabiulakhir/home.htm
      
 Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.

Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain daripada Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.

Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.

Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.

Tamar berbunga maka sempena kebetulan ini umat Arab dahulu menamakan bulan ini dengan Rabiulakhir.    

  Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir
 
 Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.

Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.

Peperangan Jamal - tahun fitnah di mana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.

Ramai sahabat yang gugur syahid di antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.

Imam Ghazali r.h meninggal dunia.

Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.

  Fadhilat

Berbahagialah bagi yang sentiasa membaca dan menghayati al-Qur`an.

 Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari semasa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.

Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.

  Sumber Rujukan;

1. Jab. Mufti Terengganu, http://mufti.islam.gov.my/terengganu

2. Dr.(H) Hj. Kassim bin Bahali, Jab. Mufti Melaka, jkmmufti@tm.net.my

3. Shaykh Muhammad Saleem Dhorat, Riyadul Jannah ; Gardens of Paradise issue 1 (2004), http://www.riyaduljannah.com

4. Majlis Ugama Islam Singapura,Warita 1996, http://www.muis.gov.sg

Disemak oleh;

1. Dr.(H) Hj. Kassim bin Bahali, Peg. Falak dan Sumber Maklumat, Jab. Mufti Negeri Melaka.

2. Ust. Mohd Nazri bin Abd. Majid, Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka.

3. Ust. Mohd Ali bin Zainal, Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka

Pengunjung / pembaca boleh menghubungi penulis untuk pertanyaan, maklumat lanjut, cadangan atau berkongsi pendapat di alamat jkmmufti@tm.net.my.

Tuesday, January 22, 2013

Mengenai pahala solat berjemaah,

Sun, December 23, 2012 9:53 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

TG Haji Yusuf Kara (Penanti) menyatakan begini:

Lelaki solat berjemaah di masjid dapat 500 pahala.
Lelaki solat berjemaah di surau/musolla dapat 27 pahala.

Wanita solat berjemaah di masjid dapat 1 pahala.
Wanita solat seorang diri di rumah dapat 27 pahala.

Sunday, January 20, 2013

SERBAN NABI

Tue, October 23, 2012 7:35 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

1. Serban baginda yang paling panjang ialah 12 hasta, paling pendel 6 hasta

2. Ekor serban paling pendek 4 jari, paling panjang 1 hasta (jangan melebihi)

3. Nabi, dalam perang, masih membalut topi perangnya dengan serban.

4. Mengenai ekor, ada 3 cara lepasan,
a - lepas di belakang (mujahid)
b - lepas di kiri (ahli sufi)
c - lepas di kanan (ahli ilmu)

5. Sunnah pakai serban ekor dua sekalipun ekor yang di atas lebih panjang daripada ekor yang pertama.

6. Ulama berpendapat, HARUS pakai serban tanpa ekor.

Wallahua'lam.

*Isi pengajian Syamail Muhammadi bersama-sama Syeikh Nazrul al-Azhary..
cc ust Abdul Rahman mungkin kenal Syeikh Nazrul kot..

Thursday, January 17, 2013

Pesakit Iman

Katakanlah, ketika tuan2 sedang khuruj di sesuatu kampung, ada di'nusrah' oleh seseorang. "Penusrah" itu akan memberikan "nusrahnya" ketika makan sahaja. Maknanya, dia sedia untuk "nusrah" tuan-tuan dengan makan bersama-sama tuan-tuan.

Waktu ghast hilang...
Waktu taklim hilang...
Waktu ijtimaie hilang...

Orang buat taklim, dia buat hal dia...

Jika anda amersab, anda nak buat apa?
 
*buatlah solat hajat khas untuk orang sebegini dan semua umat puri alam insya-Allah

mujur aku pi salam dengan ustaz tu...


Mon, December 24, 2012 12:48 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

"Islam bukan hanya di masjid."
"Kerja pun ibadat."
"Islam ni syumul...ada politik, ada riadah, ada ekonomi dan sebagainya. Bukan amalan di masjid saja."

Itulah mukadimah kuliah seorang ustaz di sebuah masjid time kami keluar aritu. Dia memakai rafla Bebaskan Palestin dan meminta jemaah masjid buat qunut nazilah...
Ada sorang dua karkun yang panas tapi mujur aku pi salam dengan ustaz tu...

Monday, January 14, 2013

Sejarah Maulana Ilyas Menggerakkan Jemaah Tabligh

Mon, October 22, 2012 12:41 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Hampir menghabiskan bacaan buku, "Sejarah Maulana Ilyas Menggerakkan Jemaah Tabligh", hasil tulisan Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi (mantan rektor Nadwatul Ulama, Lucknow, mantan pengasas bersama Jamiatul Islami bersama-sama al-Maududi).

Apa yang ditulis, begitu menarik sehingga saya terasa betapa risau dan gigihnya Maulana Ilyas membangunkan usaha ini. Meskipun beliau mengalami sakit perut sepanjang hayatnya tetapi sakit itu seakan-akan hilang apabila beliau terlibat dalam dakwah.

Apa yang dibangunkan oleh Maulana Ilyas mendapat pengiktirafan daripada masyaikh2 tareqat dan ulama2 tersohor termasuklah mufti India, Maulana Kifayatullah serta ulama-ulama lain di Darul Ulum Deoband, Mazahirul Ulum Saharanpur dan Nadwatul Ulama Lucknow.

Maulana Nasrullah, seorang ulama India pernah berkata kepada Maulana Ilyas, "Tuan adalah mujaddid"

Jawab Maulana Ilyas, "Jemaah-jemaahku yang sedang bergerak itulah sebenarnya mujaddid."

*Kalau kita tak bergerak, maka tiadalah pengislahan umat. Ayuh, pakat-pakat buat 5 amal...hentikan provokasi, tingkatkan prestasi!

Sunday, January 13, 2013

Apakah iktibar daripada kisah ini?

Sat, September 1, 2012 11:20 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Satu langkah ke masjid, ditambah satu pahala, diangkat satu darjat dan diampunkan satu dosa... Disebabkan itu, para Sahabat sanggup memendekkan langkah mereka untuk mendapat fadilat tersebut.

(bukan seperti aku, kalau parking, depan-depan tangga. Kalau boleh parking dalam masjid, aku masuk parking dlm tu)

Seorang sahabat yang buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum bertanya, "Adakah orang seperti saya juga perlu datang bersolat di masjid?"

Jawab Baginda (lebih kurang ertinya), "Selagi kamu mendengar azan."

Maka, Sahabat ini datang juga ke masjid walaupun dalam keadaan buta. Beliau memasang tali dari rumahnya sampai ke masjid supaya beliau boleh berpaut pada tali itu untuk memudahkan beliau berjalan.

Sampai satu hari, beliau terjatuh, maka seseorang membangunkannya. Kemudian, beliau jatuh lagi dan sebelum sampai ke masjid, belum sempat beliau rebah lagi sekali, lelaki yang sama tadi menyambutnya daripada terjatuh.
 
Maka, beliau bertanya, "Siapakah kamu?"

Jawab lelaki itu, "Akulah syaitan."

Beliau bertanya, "Kenapa kau menolong aku?"

Jawab syaitan, "Sewaktu kau rebah kali pertama, maka dosamu diampunkan. Sewaktu kau rebah kali kedua, penduduk Madinah ini diampunkan. Aku risau jika kau jatuh lagi sekali, semua dosa orang Islam akan diampunkan. Maka, sia-sialah kerja aku menyesatkan kamu semua!"

Thursday, January 10, 2013

Selangkah dalam memahami sunnah...

Sat, September 1, 2012 11:39 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Maulana Inaamul Hasan berkata, "Kadangkala, meninggalkan suatu sunnah juga termasuk dalam sunah."
Maulana Mansur beri contoh, "Cara Nabi saw simpan rambut ada 3 jenis. Pertama, rambut separas cuping telinga. Kedua, panjang sampai mencecah bahu dan ketiga, antara bahu dan telinga. Pada masa sekarang, adakah masyarakat boleh terima rambut panjang mencecah bahu? Jika ia boleh mendatangkan fitnah, maka eloklah kita simpan rambut yang biasa-biasa sahaja."

Contoh kedua, saya pernah lihat Maulana Saad makan dengan duduk bersila di sebelah Maulana Zubir... Agak-agak, kenapa Maulana Saad duduk dengan cara itu? ^_^

Wednesday, January 9, 2013

Maulana Zuber, Maulana Inaamul Hasan berzikir kalimah LAA ILAHA ILLALLAH > 70 ribu kali


Wed, September 19, 2012 12:07 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Baru ni terdengar satu bayan, pembayan menukilkan perkataan Hadrat Aisyah r.anha, "Bidaah pertama yang berlaku dalam kehidupan umat Islam ialah makan lebih daripada sekali dalam sehari."

Sebelum ni, pernah dengar juga, Hadrat Aisyah berkata ketika Nabi SAW wafat, "Inilah perut yang tidak pernah kenal erti kenyang."

Jika kita perhalusi perjalanan hidup Nabi saw setiap hari, adakah tuan-tuan pernah berjumpa Nabi saw makan sehingga kenyang?

Tuesday, January 8, 2013

Syeikh Zainul Asri menyebut mengenai Gua Tsur

Mon, October 15, 2012 10:51 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Tadi, bersama-sama dalam majlis Syeikh Zainul Asri. Beliau mengajar Syamail Muhammadi. Tatkala masuk bab Hijrah Nabi SAw bersama-sama Abu Bakar, beliau menyebut mengenai Gua Tsur.

Katanya, "Saya lihat di Makkah, pabila pergi umrah atau haji, orang yang suka panjat Gua Tsur ialah orang India. Mereka hendak merasai kesusahan Nabi dan Para Sahabat."

KAIN SARUNG, RIDA' DAN SELUAR NABI


Tue, October 23, 2012 9:30 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

1. Para muhadis menyatakan bahawa tiada ditemui riwayat Nabi SAW memakai seluar tetapi baginda pernah dihadiahkan seluar dan membeli seluar dan baginda menghadiahkannya kepada orang lain. Di sini, ulama menyatakan bahawa boleh pakai seluar dan sunnah pakai kain.
2. Nabi pertama yang pakai seluar ialah Nabi Ibrahim as.
3. Kain sarung baginda panjangnya 4 hasta, tanpa dijahit (macam orang Arab pakai, tanpa jahitan)
4. Saiz rida' 4 hasta x 2 setengah hasta. (1 hasta = 60 cm, 4 hasta = +- 2 meter)
5. Semua Ahli Badar memakai 'suf' (kain yang kasar). Mungkin sebab itu, orang yang memakai 'suf' digelar ahli sufi.
6. Sunnah pakai kain / seluar sehingga ke tengah betis (bagi lelaki).
7. Sunnah melabuhkan kain melebihi buku lali bagi wanita, paling labuh, sehasta (pakaian Sayidatina Hajar).
8. Harus pakai kain / seluar melebihi tengah betis hingga buku lali (lelaki).
9. Makruh pakai kain / seluar melebihi buku lali tanpa niat riak.
10. Haram pakai kain / seluar melebihi buku lali dengan niat riak.

Sama-sama kita amal dan sampaikan.

Thursday, January 3, 2013

move on


Thu, October 18, 2012 10:52 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

"Sesiapa yang bersusah payah demi agama KAMI, nescaya KAMI akan bukakan kepada mereka betapa banyaknya jalan-jalan (subulana) menuju KAMI."

"Katakanlah wahai Muhammad, inilah jalanku (sabili). Mengajak manusia kepada Allah atas BASIROH. Aku dan mereka yang mengikutiku."

*Jalan menuju Allah itu banyak tetapi jalan dakwah itu adalah jalan para Nabi dan Rasul. Oleh itu, tidak perlu nak bergaduh dan bertengkar jemaah mana paling bagus.

Benarlah kata XPDC, "Syurga bukan satu hala..aku masih di sini...setelah sekian lama..." (maknanya, jalan menuju ALLAH itu terbentang luas, cuma aku yang tak buat mende pun!)

Sunday, December 30, 2012

JANGAN GOPOH DALAM BERDAKWAH

Wed, October 17, 2012 2:55 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

“Sebenarnya kalian gopoh dalam melakukan kerja dakwah ini. Kamu juga tidak melakukannya dengan pendekatan yang lemah lembut. Akibatnya, kerja ini menjadi seperti seorang perempuan tua yang tidak pernah beranak ketika muda. Setelah dia beranak pada usia tua, maka dia mahu bayinya membesar dengan cepat. Lalu diberinya bayi yang baru menyusu itu makan roti sedangkan bayi itu belum tahu memakan roti sehingga roti itu tertinggal di dalam perut bayi itu, tidak dapat dihadam. Tidakkah kamu berdua pernah mendengar bahawa tergesa-gesa itu amalan syaitan dan bersabar itu daripada Tuhan ar-Rahman?”
Nasihat daripada Syam'un kepada Yuhana dan Bulus, iaitu utusan yang dihantar oleh Nabi Isa kepada penduduk Antakiah. Syam'un menyampaikan nasihat itu kepada dua orang sahabatnya yang dipenjarakan kerana menimbulkan kemarahan Raja Antakiah yang menyembah berhala.
Kisah ini terkandung dalam "Himpunan 20 Kisah Wali Allah" - Khairy Tajudin - masih dalam pembikinan.
Moral: Dalam dakwah, perlu ada kesabaran dan pendekatan yang lemah lembut. Perlu bersabar untuk melihat perubahan. Jangan menjadi seperti perempuan tua yang baru dapat anak ketika tua dan mahu anaknya membesar dengan cepat seperti dalam kisah di atas.

Thursday, December 27, 2012

Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah. (tempias)

Fri, December 28, 2012 12:09 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam-macam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

“Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,” katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah ‘Bismillah.’

“Anugerah paling hebat ialah kalimah ‘Lailahaillallah,’ jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad,” ucap Pierre dalam majlis itu.

 Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
“Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,” katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

 Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan mengikuti kumpulan tabligh.

 “Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya ‘kosong.’ Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

 “Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya,” katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

 Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.

 Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?
 Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah.

Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

 Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?

 Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

 Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
 Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.

 Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?
 Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.

Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.  

Ada sebarang sasaran?
Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

 Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.

 Apa kata kedua-dua ibu bapa anda setakat ini?
Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama.

Wednesday, December 26, 2012

Madrasah Tahfiz Teluk Intan Al-Warisi, Perak

Thu, December 27, 2012 10:16 am
Mukminin Taslam posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Tuan2  yang dirahmati Allah.. Madrasah Tahfiz Teluk Intan Al-Warisi, Perak mencari pelajar lelaki fakir miskin & anak yatim (umur bwh 10thn) yg kematian ibu bapa/bapa/ibu untuk belajar & halal Al-Quran. Semua kos wajib Akan dibiayai madrasah. Terima kasih. Any enquires please call ustaz Firdaus: 017-4418384

"Put ourself into someone booth"

Mon, December 24, 2012 9:36 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Orang awam bertanya kepada Maulana Ilyas, "Mengapa alim ulama xnak keluar dengan kita?"
Maulana jawab, "Kamu sendiri berat untuk tinggalkan kerja dunia kamu, adakah kamu menyangka alim ulama senang-senang nak tinggalkan kerja yang mereka yakin bermanfaat untuk akhirat mereka (menyampaikan ilmu di madrasah etc)?"