Tuesday, April 29, 2014

cover melesa

Ahsan cakap, dia nak cover buku ini ada tulisan besar melesap dengan gambar kartun beliau memakai t-shirt warna merah bertulis: real men read books
#bebaspress
ilustrator n font: confirm by otai Aie!

Kenapa judul buku ni melesap (fading)?

Tapi kalau sekali pandang, perkataan melesa lebih menyerlah. Yalah, huruf p ternyata semakin fade away atau dengan kata lain sudah pun lesap, gone, vaporize. Ada juga seakan bunyi Malaysia oh tanah airku (patriotik beb, itu mesti), dekat sikit dengan Melissa (who's that girl). Apa pun, Radzi Melissa dah pun jadi ustaz, Melissa Saila pun dah bertudung. Itu perkembangan yang positif bukan? Heh.

Sebetulnya, melesap adalah akronim kepada frasa me.strepiece le.bih sa.kedar p.icisan. Mungkin ramai orang keramaian memandang buku ini tidak lebih daripada naskhah yang sia-sia. Tak baca pun tak apa. Pinjam istilah kesukaan Pak Web, ibrah. Pembaca yang sudi meminjamkan mata hati, pasti ketemu ibrah sebalik kesemua kisah dan tulisan dalam buku ini. Ya, ia tentunya satu karya agung Andy Hamzah istimewanya buat pembaca sekalian.

Sekian. Layan. ;)



Wednesday, February 12, 2014

mu tunggu kami datang part 5


Wan

Malam tadi aku tidur rumah abang dekat sini. Pagi ini mahu jadi pemandu pelancong untuk abang dan kakak yang aku tumpang kereta mereka. Jadinya pagi dalam jam 11 lebih aku pun tunggu di Masjid Abidin, mahu ke Pasar Payang katanya.

“Assalamualaikum tuan, lama tunggu?” Tuan Ahsan menyapa aku sebaik tiba di masjid.

“Eh, takdelah. Boleh tahan jemu. So nak ke Pasar Payang la ni eh?”

Dengan lancar Tuan Ahsan berbicara, “Insya-Allah pagi ni, kita pusing-pusing kat Pasar Payang, pastu lunch kat umah akak bekas bakal Alif. Pastu beli kopok lekor, pastu balik.”

Bagus. Lega dengar, lagi cepat lagi bagus balik. Haha. Selesai pusing dengan mereka dan layan Tuan Ahsan beli-belah itu sikit ini sikit, Bonda Nor telefon Hajidah, ajak makan tengah hari. Rancangan mula bertukar sikit. Selepas makan dibelanja beliau, kami jalan tepi pantai Batu Buruk turunkan makanan dalam perut. Selepas itu menuju ke Masjid Kristal tunai solat jamak takdim Zuhur Asar. Kemudian aku pun lena beriktikaf di masjid itu.

Bangun-bangun dalam jam 4 petang menuju ke Kg. Losong, cari kedai Adik-Beradik. Sekali Ustaz Wahab ajak datang rumah pula. Rancangan semakin bertukar banyak. Sesatlah pula.

Di rumah Ustaz Wahab, Alif hubungi kakak bekas bakalnya. Tak dapat. Berkali-kali cuba, akhirnya baru dapat. Tuan Ahsan mendengus, “Dapat pulak..”

Kami pun ke rumah kakak bekas bakal Alif. Baru nak pergi beli makanan pula. Maka tunggulah makanan tersebut. Kami pusing-pusing di belakang rumah itu, lihat burung pelbagai spesis, salah satunya Merpati Belon, lagak ayam serama mendabik dada. Takbir!

Tuan Azam ajak solah di R&R. Tuan Ahsan bantah, “Itu semua bisikan syaitan.”

Makanya, kami pun bertolak Maghrib itu menuju KL. Cari masjid sebelah kiri, nampak yang pertama, terlepas pula. Dipilih juga solah jamak takdir Maghrib Isyak di masjid seterusnya. Alhamdulillah. Sekali abang aku tahu aku pergi bengkel penulisan. Tuan Khairy muat naik gambar di Facebook. Dia juga kawan abang aku di situ. Apa-apa pun, dakwah mesti terus!

Tuesday, February 11, 2014

mu tunggu kami datang part 4


Alif

“Pulak.”

“Apa hal lak ni?”

“Ustaz Wahab, eksiden.”

“Innalillah, teruk tak?”

“Dia alhamdulillah okey, motor dia la, depan hancur sikit. So malam ni dia tak dapat datang bawak jenjalan makan nasi dagang le.”

“Ha, yang tu ko tolong cakap kat Hajidah nanti.”

Hajidah pun turun. Dahlah tadi aku hilangkan kunci, mahu beritahu pasal kena bayar seorang RM50, ini kena beritahu dulu pasal Ustaz Wahab pula, cabaran sungguh.

“Ji, Ustaz Wahab eksiden,” tegar aku bersuara.

“Allah! Melepas lagilah nasi dagang aku. Huhu.. bini dia ok tak?” nasi dagang datang dulu.

“Ok je. Lagi satu ji, kitorang dah bincang pasal kunci. Kita ada lima orang kan?”

“RM50 tu Lif, duit makan seminggu kot. Ko ni cuailah,” amboi, cepat tangkap.

Ahsan tanya pasal kawan Azam yang diam sini, “So Zam, apa cerita, member ko datang bila?”

“Dia kuar ngan bapak dia sat. Kul 10 lebih baru datang. So kita pergi makan dululah. Straight ni kawasan Cina, kanan ni Melayu. Kita jalan sinilah. Takkan datang jauh-jauh makan KFC lak. Kita cari kedai makan melayu, dekat depan sana kot.”

Kami pun jalan kaki malam itu, “Aku nak jumpa Emma Maembong.” Mahu lupakan kunci.

“Azam, tu lampu limpah tu stadium kan? Mana lawan? Jom!”

“A’ala.. jom, jom! Tu macam lagu Selangor, tapi tadi siang nampak bas JDT.”

Hajidah cakap, “Wei, taknaklah tengok bola, nak makanlah.” Sampai pun kedai makan.

“Ya cikgu, duduk sini.” Ahsan macam tersihir terus duduk. Kami tiga orang ikut belakang.

Pak cik kedai bersongkok itu buat aku tergelak, “Ya Farid Kamil, nak makan apa? Remy Ishak?” merujuk kepada Azam. Hajidah pula, “Ya, Farah Fauzana nak order apa?”

Sunday, February 9, 2014

mu tunggu kami datang part 3


Ahsan

“Alhamdulillah, setel bengkel. Ni apa cerita lak ni?

“Alif hilang kunci, ko ada jumpa? Dah berkali carik. Semua pun dah tanya, receptionist pun.”

Aku dapat panggilan daripada Hajidah, “San, Bonda cakap kalau tak jumpa gak kunci, nanti dia bagi kontek kawan dia yang tau bukak pintu.”

Di luar hotel Seri Malaysia, Azam, aku, Alif, Khairy tengah cari jalan buka pintu.

“Nah, aku pinjam pembaris besi kat receptionist,” hulur Hajidah kepada Azam. Maka Azam pun bersungguh-sungguh cuba membuka pintu kereta lagak macam dah biasa.

“Lif, ko call je la Cik Man kunci, kawan Bonda ni. Cakapla apa yang patut.”

“Assalamualaikum bang, saya Alif kawan Bonda. Ni, kereta saya hilang kunci. Ingat nak tolong minta buka pintu boleh? Eh.. eh bang! Takpe takpe, dah boleh dah.”

Namun kunci masih tiada dalam but kereta. Senja itu, Alif telefon Wan, tanya pasal kunci. Dia balas, “Takdelah tuan. Apa kata, tuan solat hajat dua rakaat. Selesai masalah.”

Maghrib itu, dengan bilik hotel dalam keadaan selepas digeledah, kami solat jamak takdim Maghrib Isyak berjemaah. Aku cakap lepas solat, “Jom solat hajat, baca surah lazim.”

Dan-dan lepas solat, aku cakap, “Lif, aku dah dapat solution ni, nak dengar?”

“Coba,” balas Alif lagak P. Ramlee dalam Tiga Abdul.

“Ditakdirkanlah kunci tak jumpa lagi, dan Cik Man pun cakap RM250 kan? So kita berapa orang? Ko pikir tak apa yang aku pikir?”

“Tulah, aku dalam sujud akhir tadi pun pikir benda yang sama. Betullah, dalam solat ada ubat. Tapi Wan macam mana, takkan dia kena bayar sekali.”

Azam menyampuk, “Takpelah Lif, kita datang sekali kan. Ko bukan sengaja hilangkan kunci. Tulah semalam patut tukar mandu dengan aku. Tak pasal-pasal bayar sorang RM50. Adoi.”

“Semua ada hikmah. It happens. Apa Nabi risau, tu kita risau. Jomlah turun cepat, Ustaz Wahab dah tunggu kat bawah ni, nak tunai hajat nasi dagang Hajidah katanya. Cergas!”

Thursday, February 6, 2014

mu tunggu kami datang part 2


Azam

“San, aku nak ikut pi Terengganu.”

“Betul ni? Satgi aku tanya Alif.”

Sebenarnya, aku ada program dengan seorang kawan esok ini insya-Allah. Ada perlu tangkap gambar sikit. Aku tanyalah, apa aku dapat? Sekali dia nak belanja makan saja. Huhu, setakat belanja makan, itu yang lemah dengar. Paling kurang pergi Terengganu, tak dapat upah, dapat jalan-jalan. Nak jadikan cerita, ini perbualan Ahsan dan Alif petang itu:

“So apa cerita?” soal Ahsan.

“Tulah. Kereta aku kalau ramai-ramai dia mendak kot,” balas Alif.

“Pakailah kereta Azam,” syor Ahsan.

“Kereta dia kat kampung lak.”

“Guna kereta kompeni. Pinjam Puan Jal. Hantar dia balik. Boleh jadi macam dulu-dulu. Korang kan jiran,” syor Ahsan dengan nada gurau.

Alif macam orang dalam dilema. Padahal mahu selesaikan urusan kereta saja. Ini dah macam orang nak buat keputusan kahwin. Aku dah cakap dekat dia, aku tak kisah pun kalau tak dapat ikut. Aku tak ada niat apa pun cakap begitu, saja tak mahu susahkan kawan.

“So Alif, macam mana?” soal Ahsan lagi.

“Azam kita cantaslah,” dengan yakin Alif bersuara.

“Betul ni? Apa lagi? Bitau ar dia. Takkan aku lagi. Aku dah mintak duit kat bos, pasal kereta ko setelkan pulak ar,” Ahsan bersuara dengan nada berkira.

“Hmm... bukan apa. Ko penting, pasal ko penceramah. Wan penting, dia peserta. Aku lagi penting, pasal naik kereta aku. Azam penting, pasal dia cameraman. Hajidah?”

“Dia pentinglah, pasal nak buat berita masuk majalah.” Semua penting bagai.

“Azam takleh buat? Dia kan wartawan gak. Ko pun boleh,” nada Amy Mat Piah, Rock Oo.

“Malas aku. Azam orang baru, Ji lagi terer buat berita. So? Malam ni dah nak gerak ni.”

Monday, February 3, 2014

mu tunggu kami datang part 1


Hajidah

“San, aku nak ikut pi Terengganu boleh?” aku tanya senyum-senyum.

“Boleh, ko nak naik apa?” soal Ahsan semula.

“Aku tumpang koranglah.”

“Bereh. Boleh tong-tong minyak, heh.”

“Bayaran macam mana? Aku kena bayar berapa?”

“Insya-Allah aku tanya Cikgu Khairy, dia yang anjurkan. Aku jadi penceramah jemputan je.”

Lepas waktu rehat, Ahsan datang bahagian majalah beritahu aku, “Ji, ko dah baca facebook?”

“Baca apa?” aku agak kebingungan di situ.

“Pasal bengkel la. Semua yang ko nak tau pasal bayaran ada situ. Aku da invite ko private message dengan Khairy and Bonda Nor. Papehal beritahu balik ya.” Teknologi sungguh.

Lepas aku baca, lepas Asar pula, Ahsan naik lagi ke bahagian majalah.

“Huh, aku ingatkan free. Sekali kena bayar yuran gak. Nanti aku fikir baliklah.”

“Ok.” Ahsan jawab ringkas.

Tidak lama selepas itu, aku menyampuk dalam ‘private message’ di Facebook. Dengan selamba aku taip: Assalamualaikum semua, saya Hajidah.

Hajidah: Boleh tak beri diskaun lagi untuk saya datang bengkel esok ni insya-Allah?

Sebelum itu sebenarnya Cikgu Khairy sudah beri diskaun yuran daripada RM150, jadi RM100. Sebetulnya juga, aku saja mahu ikut, jalan-jalan ke Terengganu, setakat kongsi bayar minyak. Ingat nanti boleh tumpang tidur bilik hotel kongsi dengan Bonda Nor. Lalu tidaklah mahal sangat kos cuti-cuti ini. Itu pasal jika boleh mahu minta kurang lagi.

Bonda: Entah ustaz, mana ada orang cas media datang buat liputan.

Hajidah: Macam ni, saya buat berita untuk masukkan dalam majalah, tapi bengkel saya duduk free, boleh? Hehe..

Khairy: Oklah, free.

Wednesday, January 29, 2014

Trip UK France

Antara perkara yang menarik pasal travel negara orang, kita jumpa pelbagai manusia dari pelbagai latar belakang. Manusia dicipta untuk saling mengenali di samping tujuan utama ke arah mengenali keagungan Tuhan. Di sini Ahsan berbual dengan beberapa orang yang signifikan sepanjang travelnya.

Pertama sewaktu sampai mahu check in apartment di pekan Camden. Bini dia tegur tolong hello dan tunjuk kedai ayam goreng halal pasal sejuk di luar.

            Rupanya dia ni preacher to non-muslim di hydepark tiap Ahad. Ahmad namanya. Tinggal sini dah 14 tahun.
 
Kedua, Abd Kazim tak silap, penjual souvenir, asal India, negara Zakir Naik. Dia ni pi markaz tiap Khamis di West Ham.
 
Ketiga, pak cik berumur 52 tahun, no wife and kid, bekas ahli arkeologi, pernah sampai Thailand, jurucakap bus tour yang penuh eksperesi, origin London.
 
Keempat, mak cik Ghana yang peramah, staf Eurostar, dah 8 tahun duduk UK, dia cakap, “Women cook, men do the rest.”
 
Seronok tengok budaya dan cara mereka berfikir. Tetap manusia. Cuma sedih. Doakan hidayat semua dapat mati dalam iman.

Tuesday, January 28, 2014

Sesat di Kota London


Tiada makanan. Tiada uang. Kau berjalan bertanya orang. Di mana masjid. Mencari Tuhan.

            Saat kau kebingungan. Kau terasa keseorangan. Walau dalam keramaian.

            Kau bertemu satu taman. Mereka bilang, itu ‘heavens park’. Kau mula mengambil wuduk. Melangkah masuk kaki kanan. Dua rakaat solah ditunaikan.

            Kau kemudian menadah tangan. Mengadu mengaku segala kelemahan. Kau mula rasa kebesaran Tuhan. Kekerdilan insan.

            Air mata mengalir perlahan. Kau dhaif juga terkilan. Betapa alpa selama di jalan. Mengenang dosa tingkah dan lisan. Akal sembilan, nafsu perempuan.

            Benar hidup ini ujian. Atas nama iman.

            Lalu kini kau cari keadaan. Masih belum terlewat kawan. Selagi nyawa masih di badan. Mentari terbit di sebelah kanan. Bertaubatlah dengan penuh kesalan. Dengan azam tiada pengulangan.

            Sesat ini tanda teguran. Lahir disambut dengan azan. Ini masa untuk amalan. Kau yakin doa diperkenan. Lambat cepat jadi penantian.

Sunday, October 13, 2013

Perjalanan ke Changloon (2)

Hujan. Doa afdhol dan makbul. Malam tadi gerak jam 11.30. Patutnya jam 11.00. Adik ipar Ahsan tolong hantar. Dari Keramat ke Jalan Duta katanya otw ke tempat kerja dia, Republika.

"Ya kot," jawab Ahsan.
Amcik, "Tapi dia dekat-dekat masjid wilayah kan?"
"Mahkamah syariah?"
"Ha'ah."
"Yalah tu, betul sangatlah tu," Ahsan mengeyakan.

Sampai stesen Ahsan tanya brader kaunter. Dia tulis nombor plat bas lalu cakap, "Nanti saya panggil, tunggu je depan ni." Even tiket mahal sikit (patut RM40++, ni RM50++) maybe pasal last minit, tapi tempat duduk dia terbaik. Memang selesalah.

Dah 6.30 pagi, sampai-sampai stesen bas Sg. Petani, pemandu turunkan penumpang yang nak turun dekat situ. Ahsan turun sekali nak solah Subuh. Nak cakap berhenti sat solah, iman terlampau lemah. Tak tahulah depa yang lain tu solah ke tak. Sedih! Itu pasal sekarang Ahsan kena naik bas tambang pi Alor Setar. Nanti sampai sana ambil bas lain ke Changloon.

Program start jam 9.00, la ni dah dekat pukul 8.00. Untung slot Ahsan petang. Yang sadis dekat stesen Sg. Petani tadi, tandas tak tahu dekat mana. Akak kaunter cakap tak ada. Untung ada surau walau dah kunci masih boleh solah dekat beranda luar. Ujian iman.

Bagi Ahsanlah, negara Islam, negeri Islam, Islam itu tiangnya solah. Kemudahan, kerisauan patutnya beri lebih ke arah itu. Lainlah jika menterinya, pemandunya, orangnya bukan Islam. Betullah ustaz cakap, yang jatuhkan Islam itu bukan orang lain, melainkan orang Islam sendiri. Dirikan solah, dirilah agama. Tinggalkan solah, runtuhlah agama.

Lu pikirlah sendiri. Sini bukan tempat nafsi-nafsi. Nanti dekat sana tak pasal-pasal tuntut-menuntut.

Perjalanan ke Changlun (1)

Sebelum kisah ini ditulis, dalam Malaysia, empat negeri Ahsan tak pernah sampai lagi. Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kedah. Tapi dalam dua bulan ini saja, ini kali ketiga Ahsan naik Kedah. Amek!

First masa hantar abangnya ke Kuala Nerang belajar agama. Second ikut pak mentua pi kenduri kahwin dia dekat Sungai Petani. Yang la ni, bengkel novel dekat Changlun.

Ikutkan tiga minggu berturut-turut patutnya tiap hujung minggu Ahsan ada program buku. First dengan penulis Lisa buku Andalusia dekat SACC Mall. Program ni first time company dia buat approach bedah buku penulis bersama editor. Kata penulis, "Memang dia cakap first time, tapi macam dah pro je." Huh, ayat ikhlas atau ambil hati Ahsan tak ambil port. Yang pasti muka Ahsan selepas dengar, ada senyum. =)

Second program dengan penulis Bonda buku Awak dekat Kuantan, Ekspo Buku Islam. Yang ni Ahsan tak dapat pi pasai anak masuk sepital. Ahsan belajar hard way jangan bagi baby peramah sangat tegur dan pegang baby lain. Tak pasal-pasal dapat HFM (hand, feet, mouth disease). BANYAK hikmahnya. Warded dua hari dekat Ampang Puteri dekat 3K. Amek! Untung company bini ada AIA, mak mentua lak dulukan bayar, tq, huhu.

La ni, program dengan penulis Khairy mantan bengkel company Ahsan buat. Bagus Khairy ni, dia upgrade bengkel company Ahsan tu, solidkan lagi elemen dakwah, berlatih beri bengkel free dekat sekolah-sekolah, la ni dah ada e-book dan kenakan cas dan Ahsan sebagai wakil untuk side slot penerbit. Keren!

Tuesday, August 20, 2013

Kotak pun boleh

Tudung
Tudung. Ahsan perasan dan ramai juga yang tahu, pakai tudung itu tidak wajib, yang wajib itu tutup aurat. Ahsan pernah dengar, ustaz beritahu, “Paling kurang, tiga benda ni kena tutup. Aurat, makanan, duit. Aurat memang dah wajib tutup. Tang makanan tu, jika tak tutup, syaitan akan kencing kat makanan atau minuman tu. Paling kurang ambil satu kayu letak melintang atas periuk atau jag yang tak ada penutup tu. Duit pulak kenapa kena tutup nak elak musibah. Nunjuk-nunjuk ni undang padah. Pencuri memerhati. Lagi bagus simpan dalam uncang, time amik duit, tak kira depan-depan orang. Contoh masa kuar duit kat atm. Pakai uncang, orang tengok pun tak pikir kita ni berduit. Yalah, nak beli wallet pun berkira. Bukan berkira, zuhud sebenarnya.”

            Tadi pagi, sewaktu doa pagi memulakan tugas, selepas bacaan hadis dan tazkirah pengarah urusan, amalan harian di ofis Ahsan, dia perasan seorang staf wanita bertudung litup, lebih syariah berbanding hari-hari sebelum ini. Ikutkan Ahsan, mahu saja dia tegur, “Tudung akak cantik, steady ar.” Namun jenis Ahsan, dia selalu letak diri dalam kasut orang lain. Jika dia suami staf itu, dia tidak suka lelaki asing puji isterinya demikian. Sebab apa?

            Ahsan kenal suami staf itu, perawakannya melambangkan sunnah. Seorang yang kuat agama jika dinilai dari luar. Justeru, mungkin staf itu berpakaian lebih syariah atas saranan seorang suami yang baik. Ahsan terfikir, jika dia puji staf itu terus depan-depan, kemungkinan niat staf tadi kini untuk orang lain, bukan untuk sukakan suaminya lagi kerana Allah.

            Jika diizinkan suami staf itu ada di tempat kejadian, mahu saja Ahsan berdialog begini, “Bang, molek cara akak pakai tudung. Camner abang suruh? Nak gak suruh bini saya pakai tudung lagu tu. Heh.” Ini soal niat. Ustaz pesan, “Buat kebaikan kerana makhluk, itu syirik. Tinggal kebaikan kerana takut orang cakap riyak, itulah riyak. Nak tak nak untuk dapat ikhlas, kena lalu jalan riyak. Lama-lama biasalah. Periksa niat sebelum, sedang, selepas beramal.”

Thursday, July 4, 2013

Tentang kita


YM Joe
Ahsan meneruskan YM bersama kawannya yang lain. Kali ini bersama Joekhairizam atau lebih mesra dengan sapaan Joe. Joe ialah kawan Ahsan semasa di IPT. Hubungan tersebut berlanjutan hingga kini. Joe pernah jadi kawan serumah, sebilik bahkan waktu itu, Ahsan tidur katil atas, Joe pula katil bawah.

            Antara kenangan bersama Joe yang Ahsan ingat sampai sekarang, Joe pernah bawa skuter ke kolej kediaman mereka di Puncak Perdana. Ahsan pinjam tunggang ke kampus induk Shah Alam. Sedang elok Ahsan menunggang, dekat jalan lurus, sebelah kanan simpang naik ke bangunan menara UiTM, ada sebuah motosikal yang ditunggang seorang perempuan, elok-elok belok masuk ke simpang kanan itu tanpa signal. Ahsan yang tidaklah berapa laju penunggangannya waktu itu, dalam babak seakan mengelak, hilang sedikit kawalan. Lalu terjatuhlah skuter, Ahsan dan Maxx, kawan Ahsan yang jika tidak silap memakai seluar jeans baharunya. Malang tidak berbau.

            Walau tidak serius mana, calar di skuter tetap ada. Joe sedih, tetapi tidak pula marah-marah. Joe jenis hati lembut, mudah maafkan orang. Mudah juga hulur pinjaman. Ahsan tabik dengan sikap Joe yang diibarat seorang abang walau mereka sebaya tahun, berbeza bulan.

            Pagi itu, Ahsan menyapa Joe yang sedang bertugas sebagai kakitangan kerajaan.

pinky_bleuc: Assalamualaikum

pinky_bleuc: salam pagi yg terakir..

jo khairizam: w'slm

jo khairizam: ye

pinky_bleuc: maafkn ak

jo khairizam: y?

pinky_bleuc: manusia tidak pernah lepas dari kekhilafan

jo khairizam: aky maafkn

jo khairizam: so do i

pinky_bleuc: i'll always forgive u

jo khairizam: ye

jo khairizam: betul tu

Joe positif, tidak kalut macam Izhar. Ditukar pula topik perbualan.

jo khairizam: aku kesejukan...!!!!

jo khairizam: m'gigil nih

jo khairizam: huhuhu

pinky_bleuc:

jo khairizam: wanna hug me??

jo khairizam: big one eh..!!!

pinky_bleuc: i love u

jo khairizam: luv u 2,3,4

jo khairizam: air cond kt opis ni sejuk sgt

jo khairizam: selalu ok je

pinky_bleuc: Dia bagi sejuk

pinky_bleuc: ak dah off kan je

jo khairizam: haaha

jo khairizam: aku pun dh kena penyakit ko mir

            Ahsan lagi suka panas sikit daripada sejuk-sejuk. Jika sesiapa pernah jadi teman biliknya, Ahsan kadang-kadang tidur tanpa hidupkan kipas. Orang lain mungkin rimas, kepanasan, tetapi dia lebih selesa begitu. Jimat elektrik katanya.

pinky_bleuc: Dia bagi sakit

pinky_bleuc: Dia sayang kita

pinky_bleuc: suruh ingat Dia salu

jo khairizam: betul2

jo khairizam: p'hapus dosa

            Joe sudah biasa dengan tazkirah Ahsan, justeru dia pun tidaklah kekok dengan bicara Ahsan. Setakat berbalas nasihat, apa ada hal bagi Joe.

jo khairizam: kak anne tny apa dkt ko??

jo khairizam: aku tgk dlm link vid tu sakan dia tny sapa ko

jo khairizam: hehehehe

pinky_bleuc: dia tanya siapa ak

jo khairizam: haah

            Kak Anne ini pula kawan sekelas Joe dan Ahsan. Mereka pernah sekumpulan semasa projek buat video klip lagu. Dalam kumpulan itu ada lapan orang iaitu Ahsan, Joe, Sam, Kak Anne, Shiela, Mala, Nina dan Nurul. Kali terakhir yang Ahsan tahu, tiga orang perempuan dalam kumpulannya itu kini sudah berhijrah dengan memakai tudung sebagai permulaan. Seorang memang dah pakai lama, seorang lagi tidak tahu pula apa cerita. Ahsan teruskan bersangka baik.

            Subjek video klip itu begini. Dalam satu kumpulan, skrip yang terbaik akan diangkat dibuat video. Memang menarik. Ahsan jadi jurugambar bidan terjun, dia juga yang edit video. The skill is there. Ahsan muat naik di Youtube. Boleh kata beribu juga penonton video itu. Bilamana makin tua, kawan-kawan pula sudah mahu tinggal dosa, Ahsan padam video tadi daripada akaunnya.

            Lirik lagu video Shiela ialah, “Waktu terasa semakin berlalu. Tinggalkan cerita tentang kita. Akan tiada lagi kini tawamu. Tuk hapuskan semua sepi di hati. Ada cerita tentang aku dan dia. Dan kita bersama saat dulu kala. Ada cerita tentang masa yang indah. Saat kita berduka saat kita tertawa. Teringat di saat kita tertawa bersama. Ceritakan semua tentang kita.”

Wednesday, July 3, 2013

Amboih!


YM dengan Izhar
Ahsan ada seorang kawan. Nama dia Izhar. Dulu masa sekolah, Ahsan pernah satu sekolah dengan Izhar. Izhar budak pandai. Dia selalu merungut kerana dihantar belajar di sekolah yang tidak berapa boleh pergi jauh. Izhar hebat berdebat. Ahsan pernah ikut Izhar berdebat di sekolah lain. Jika tidak silap semasa di tingkatan empat.

            Izhar pernah pasang cita-cita mahu jadi perdana menteri. Pernah juga mahu jadi peguam. Kemudian dia sambung tingkatan enam. Ketika mahu mohon masuk universiti, dia mahu ambil masscomm. Macam Ahsan. Ahsan waktu itu sedang ambil diploma masscomm dekat Puncak Perdana.

            Ayah Izhar tidak mengizinkan. Dia saran ambil bidang pendidikan. Dengan paksa rela, Izhar pun menyambung pengajiannya dalam bidang pilihan bapanya itu. Alhamdulillah, sekarang Izhar sudah pun bergelar sebagai pendidik. Isterinya juga seorang guru. Sudah dapat anak pun. Untunglah..

            Dipendekkan cerita, Ahsan satu masa ber-YM dengan Izhar. Ahsan memulakan:

pinky_bleuc: Assalamualaikum

pinky_bleuc: salam pagi terakhir

            Rentetan YM sebelum ini dengan Nizam, Ahsan terbawa-bawa ke dalam persembangannya dengan Izhar.

izhar_milo: salam

izhar_milo: pagi terakhir?

            Hairanlah kawannya itu. Dibalas sapaan dengan soalan.

izhar_milo: dh nk jiun ke?

izhar_milo: haha

            ‘Jiun’ ini adik-beradik dengan ‘kiok’ atau padam atau mati atau mampus atau mangkat.

pinky_bleuc: ye

            Benarlah kenyataan Ahsan ini. Umpama pesalah dalam 8 jam. Lumpuh tatkala hampir dihukum gantung. Bertuahlah berpeluang untuk bertaubat. Hakikatnya, semua manusia sudah ada tarikh mati. Berapa ramai yang tahu tarikh lahir Rasul Junjungan yang juga tahu tarikh wafat Baginda? Radzi cakap, “Orang macam taknak tau kan?”

            Ahsan pernah dengar, orang paling kuat, bukan yang tidak pernah sakit, tetapi mereka yang mampu menahan amarah. Ustaz pernah beritahu, orang paling bijak, mereka yang sering fikir mati serta buat persiapan untuk menghadapi kematian. Untuk itu, Ahsan taip seperti berikut:

pinky_bleuc: maafin

            Ahsan minta ampun dengan Tuhan, minta maaf dengan manusia. Juga Ahsan taip: pinky_bleuc: halalkanlah semua yang ter ngan kamu

            Makan minum, ilmu, hutang. Jika mampu lunas, Ahsan minta beritahu awal. Juga lain-lain yang sewaktu dengannya. Ahsan hanya mampu taip:

pinky_bleuc: plz..

            Sewaktu taip cerita ini, Ahsan memang agak cuak pasal orang Melayu selalu cakap, “Kau dah buang tebiat ke apa ni?” Apabila difikir-fikirkan semula, itu satu tabu. Manusia cuba elak atau istilah kasarnya mahu lari daripada realiti yang kita semua akan mati. Topik ini tidak sejuk. This is not cool.

            Ahsan balas, “Chill.” Ahsan baru lepas tonton Kil. Perasaannya persis menonton cerita 500 Days Of Summer. Jarang dia rasa begini selepas tonton filem. Mesej tentang hidup, mesej tentang kesan rumah hitam. Justeru perlu satu lagi filem yang jika ada yang mampu arah, buatlah yang setanding cuaca dalam dua filem tadi dari segi sinematografinya, konsepnya, lagu latarnya, paling penting temanya kali ini, tentang mati. Bukan macam filem In Time. Rugi. Mati jadi tanah. Amboi.. Life must be more than this, right?

Tuesday, July 2, 2013

Wawasan akhirat


Yahoo! Messenger dengan Nizam
Satu pagi yang biasa lewat tahun 2010, Ahsan membuka akaun YM-nya. Satu orang kawannya, bekas kawan rumahnya di Seksyen 7 Shah Alam, sudi bertamu menyapa Ahsan pagi itu.

syedshahrulnizam: hye

pinky_bleuc: salam

Ahsan dulu guna model 3310. Bagi yang perasan, hanya 10 abjad boleh digunakan untuk beri nama pada profil handphone itu. Antara nama profil 3310-nya ialah pinkybleuc. Kenapa Ahsan pilih pinky? Pasal dia suka perhatian, mahu lain daripada lain. Kenapa pilih bleuc? Nokianya itu berwarna biru. Blue become bleuc become his yahoo email address eventually.

syedshahrulnizam: selamat pagi

pinky_bleuc: pagi terakhir thn ini

syedshahrulnizam: wow ayat yg mengingati kematian

pinky_bleuc: begitulah

Nizam ialah satu orang kawan surau yang banyak beri input akhirat kepada Ahsan. Bilamana berbual dengan Nizam, Ahsan sendiri terdorong berbual ke arah itu. Ini baru betul kawan baik dunia akhirat namanya.

syedshahrulnizam: so apa arah tuju anta hari ni..

pinky_bleuc: biasalah

syedshahrulnizam: adakah anta begitu bertenang dgn tahap kebiasaan sekarang

pinky_bleuc: astaghfirullah

pinky_bleuc: ketenangan datang dengan mengingati-Nya

Ahsan tersilap dengan ‘kebiasaan’, kembali mengarah ke perbualan yang sepatutnya.

syedshahrulnizam: wow

pinky_bleuc: semua kata akan dihitung

pinky_bleuc: melainkan yg mengajak kepada ma'ruf

syedshahrulnizam: oh..saya begitu terharu

pinky_bleuc: setiap pertemuan pasti ada perpisahan

pinky_bleuc: setiap yg bernyawa pasti akan mati

pinky_bleuc: sebanyak pasir di bumi

pinky_bleuc: banyak lagi bintang di langit

pinky_bleuc: banyak lagilah dosa saya yg hina ini

pinky_bleuc: rahmat Allah Maha Luas daripada itu

syedshahrulnizam:

Terus-terusan pula Ahsan bertazkirah menyebabkan hanya baris kosong yang di-enter Nizam.

pinky_bleuc: menangislah apabila harus menangis

syedshahrulnizam: tapi bagaimana keaadan 7 bilion umat tu      

Nizam mula menimbulkan persoalan yang membuahkan kerisauan. Fikir seorang da’i tegar.

pinky_bleuc: ini semua salah saya

syedshahrulnizam: saya nak 7 bilion sedar jugak

pinky_bleuc: tugas kita hanya menyampaikan

syedshahrulnizam: bukan salah anta tetapi salah syaitan yg hasut anta..

pinky_bleuc: sesungguhnya mereka telah berkompromi dengan nafsu serakah yang diam dalam diri ini sekian lamanya..

Ayat di atas dirasakan ayat penyimpul segala kelemahan diri Ahsan. Dia akur, dia lemah iman. Dia juga akui, dia gemar berbual dengan Nizam. Pada sela waktu yang kebanyakan remaja lelaki lain lebih suka berbicara soal bola, wanita serta lagha yang sewaktu dengannya, Ahsan memilih untuk topik noktah. Bukan topik entah apa-apa yang tidak membawa ke mana. Terus pada topik mati. Itu noktah. Itu juga matlamat. Bukan takat 2020. Ya. Wawasan akhirat.