Rezeki itu, diizinkan-Nya dapat:
berkongsi rezeki melalui sedekah, belanja keluarga dan kenalan;
jaga solah fardu berjemaah;
istiqomah dalam kebaikan;
Terima kasih Allah 🤲🏽
Rezeki itu, diizinkan-Nya dapat:
berkongsi rezeki melalui sedekah, belanja keluarga dan kenalan;
jaga solah fardu berjemaah;
istiqomah dalam kebaikan;
Terima kasih Allah 🤲🏽
ISTIGHFAR, BISMILLAH, SELAWAT
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
dengan penuh rasa kesyukuran, kami berhimpun pada hari ini, untuk
meraikan sambutan hari lahir ALANNA MOHD NAZIM, sebagai tanda kasih dan sayang
kami kepadanya maka kami memohon kepada-Mu agar Engkau panjangkanlah umurnya
dalam rahmat, iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki
yang tak kunjung sejat dan penuh berkat.
Ya Allah ya Tuhan kami,
kami titipkan doa ini, dengan bersungguh harap agar Engkau kurniakan
kepada ALANNA hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang
tinggi, amalan yang terpuji agar dengannya dapatlah dia menjadi insan yang
cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabarannya tanpa goyah
jati diri.
Ya Allahu Ya Karim,
sejahterakanlah kehidupan ALANNA, bahagiakanlah dirinya agar
kesejahteraan dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan
keluarga, agama, bangsa dan negara.
Ya Allah, kami mohon dari-Mu, Engkau jadikanlah ALANNA anak yang baik,
berani, cerdas dan cergas, serta besarkanlah dia dalam Islam dengan baik. Aamiin
Ya Rabbal ‘Alamiin.
Bismillah..
Ya Allah Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun di majlis pertunangan ini memohon rahmat dan hidayah dari sisiMu.
Semoga dengan rahmat itu,
Engkau berikan hidayah dan petunjuk dan menyatukan hati kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau hindarkan fitnah dan pertelingkahan dalam kalangan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.
Ya Allah,
Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkaulah yang memiliki segala pemerintahan, dalam khazanah Engkaulah segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.
Ya Allah,
Ya Rahman Ya Rahim, curahkanlah berkatMu atas kedua-dua pasangan ini dan bimbinglah mereka dalam tempoh pertunangan ini. Semoga mereka mencari redhaMu dengan hati yang ikhlas dan mendapat kebaikanMu yang melimpah.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
atas ehsanMu, kedua-dua pasangan ini dapat saling bertemu. Kini mereka memohon rahmatMu untuk memasuki fasa pertunangan dan mempersiapkan diri untuk gerbang perkahwinan. Kami mohon, kuatkanlah mereka dengan berkatMu yang melimpah. Semoga dalam masa pertunangan ini, mereka kian hari kian saling menghargai dan saling mengasihi semata-mata keranaMu.
🤲🏽
4 dokumen asal dan salinan untuk claim insurans ganti windscreen:
1. Insurans kenderaan
2. Sijil pemilikan kenderaan
3. Kp
4. Lesen kenderaan
.
Pergi mana² kedai windscreen yg ada cover insurans kenderaan yg kita ambil (kedai random, tanya dekat staf kedai tu, situ cover tak insurans yg kita ambil).
.
Kalau kedai tu cover, tanya ada kena tambah duit tak & ganti windscreen termasuk tinted ke tak (kalau mmg windscreen yg retak tu tinted la).
.
Kalau kena tambah duit, cari kedai lain yg tak perlu tambah. Lain windscreen lain harga (kualiti).
.
Dalam 2 jam boleh siap tukar windscreen kalau semua okey & kedai tu tak sibuk. Alhamdulillah.
Semalam tukar minyak hitam, minta mekanik ketatkan rantai, dia cakap, "Sproket dah kena tukar ni."
"Berapa harga tukar?"
"RM50."
Duit cukup untuk tukar minyak hitam. Biasa harga RM25, semalam kena RM26. Tauke dalam kedai siap cakap terima kasih.
Hari ini lalu bengkel yang sama, nampak mekanik tengah baiki motosikal. Pergi bengkel satu lagi, tanya berapa harga tukar sproket. Mekanik tanya, "Abang nak tukar yang biasa ke yang elok?"
"Berapa harga yang elok, berapa harga biasa?"
Mekanik, "Yang elok RM85, biasa RM45."
Bajet cukup untuk yang biasa saja. Patutlah bengkel semalam tak ramai orang. Minyak hitam beza seringgit. Sproket beza RM5. Fuh.
https://twitter.com/melesap/status/1507009733693427713?t=eV7gUB-OQlVJxMisATZQ8w&s=19
Ceritakan sedikit latarbelakang anda? Etc hobi, pekerjaan, bidang pelajaran, tempat kelahiran…
Mengapakah anda memilih untuk menulis? Bagaimana anda cenderung untuk menulis/ menghasilkan karya?
Siapakah penulis yang memberikan ilham kepada anda / Siapakah penulis kegemaran anda dan kenapa?
Apakah inspirasi disebalik buku berjudul ... yang anda telah terbitkan ini?
Apakah intipati yang terkandung dalam buku ini?
Adakah buku ini memberi impak yang besar kepada anda dan kenapa?
Adakah buku ni relevan untuk generasi muda? Apakah pengajaran yang boleh diambil?
Apakah bahagian yang paling sukar untuk menulis buku ini? Apakah bab (atau bahagian) kegemaran anda untuk menulis dan mengapa?
Apakah mesej yang anda ingin sampaikan kepada para pembaca?
Apakah harapan dan nasihat anda kepada para pembaca?
Sebarang nasihat untuk pembaca atau penulis yang ingin menulis sebuah buku?
Seorang kafir lahir susah sampai mati pun susah, itu tetap syurga dunia bagi dia.
.
Seorang Islam lahir senang sampai mati pun senang, itu tetap penjara bagi dia.
.
Doa hidayat selalu buat seluruh alam, moga Dia beri taufiq hidayat kepada seluruh orang kafir, majusi, nasara, akhir kalam kita semua dapat husnul khotimah 🤲🏾
.
Moga bermanfaat 👇🏻
*Kewangan*
Tip-tip Kewangan, Pelaburan, Bisnes & Hartanah
t.me/ksinar
*Nasihat Agama*
t.me/ustazmuhadirofficial
*Kedai Buku*
t.me/infogaleriilmu
*Kanak-kanak*
t.me/AsuhJomJadiBaik
Official YouTube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCHToW1u70V00wO6RYcPB39g
Twitter: http://www.twitter.com/bukupuris
Instagram: http://instagram.com/buku_puris
Facebook: https://www.facebook.com/bukupuris
TikTok:
https://vt.tiktok.com/AVRxL6/
~ Like Share Follow Subscribe ~
Untuk belian buku/komik,
klik www.wasap.my/601110322406
Dropship: +60 11-3293 3466
#terimakasih 😊