Pengantarabangsaan bahasa Melayu bukan suatu impian. Untuk bercakap isu ini, ia memerlukan kepada tiga perkara asas iaitu tujuan, kelebihan dan cara untuk merealisasikannya. Bahasa Melayu sememangnya pernah mencapai tahap lingua franca pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang tidak boleh disangkal dalam lipatan sejarah Tanah Melayu. Ia saling berkait rapat dengan kegiatan perdagangan pada waktu itu.
Bagi mengembalikan pencapaian yang sama, penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu tidak dapat tidak harus bermula di peringkat pendidikan sekolah rendah lagi. Kerjasama institusi keluarga dalam kalangan masyarakat berbilang kaum sangat perlu diberi kesedaran lagi dan lagi dengan pelbagai kempen yang sesuai dengan kemajuan teknologi sekarang. Para pemain media, khususnya golongan pempengaruh memainkan peranan besar dalam memartabatkan bahasa Melayu dalam setiap kandungan media yang mereka sediakan di saluran masing-masing. Diperkuatkan lagi dengan bimbingan pihak berkuasa, sebagai contoh memudahkan mereka untuk membuat rujukan dan semakan, peranan badan seperti DBP yang giat aktif di media sosial sangat membantu golongan belia terutamanya untuk mengetahui istilah, ejaan dan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Tanpa mengenepikan bahkan memperkasakan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam urusan-urusan rasmi kerajaan, pihak swasta juga perlulah juga meletakkan bahasa Melayu sebagai syarat utama dalam kriteria mengambil kakitangan mereka. Perkara ini memerlukan masa yang berterusan dan bukan suatu yang mustahil. Justeru, Bahasa Jiwa Bangsa bukan sekadar slogan DBP, bahkan itulah yang sewajibnya menjadi motto hidup kita semua, bangsa Malaysia. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Melentur buluh biar dari rebung, mendidik golongan muda, golongan senior dan pemimpin haruslah menjadi contoh sebagai pejuang bahasa Melayu.Wednesday, May 29, 2024
Wednesday, May 22, 2024
MATEMATIK VERSI BARU...
Hebat....
Entah siapa yg membuat rumusan seperti ini, tp memang sangat hebat.
Jika:
A = 1
B = 2
C = 3
D = 4
E = 5
F = 6
G = 7
H = 8
I = 9
J = 10
K = 11
L = 12
M = 13
N = 14
O = 15
P = 16
Q = 17
R = 18
S = 19
T = 20
U = 21
V = 22
W = 23
X = 24
Y = 25
Z = 26
apakah yg membuat keberhasilan hidup menjadi 100%.......???:
H+A+R+D+W+O+R+K (Kerja Keras) : 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
K+N+O+W+L+E+D+G+E (Pengetahuan) :
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
L+O+V+E (Cinta) :
12+15+22+5 = 54%
L+U+C+K (Nasib) :
12+21+3+11 = 47%
Tidak ada yang jadi 100%.
Apa yang membuatnya jadi 100%..???
Adakah money..?
M+O+N+E+Y =
13+15+14+5+25 = 72% NO..!!!
Leadership..?
L+E+A+D+E+R+S+H+I+P =
12+5+1+4+5+18+19+8+9+16 = 97% NO...!!!
Ternyata apa yang membuat menjadi 100% adalah :
Cuba lihat yang ini...
S+E+D+E+K+A+H+J+A+R+I+A+H 19+5+4+5+11+1+8+10+1+18+9+1+8 = 100%
( nilai saham akhirat kita. )
KEBETULAN atau TIDAK...? tapi itulah MATEMATIK *Assalamu'alaikum...
Satu fakta angka yg menarik untuk kita fikirkan :
Adakah kita sedari...???
Aceh
Tsunami
26-12-2004
Bohemia
Gempa
26-11-1902
Jogja
Gempa
26-05-2006
Tasik - Jawa Barat
Gempa
26-06-2010
Gunung Merapi
Meletus
26-10-2010
Jambatan Tenggarong
Samarinda, Indonesia
Runtuh
26-09-2013
Mengapa semua ini
Terjadi pada Tgl. 26
Apakah ianya suatu kebetulan??
Bukalah dan bacalah
Al-Quran Juz ke: 26
Allah SWT telah berfirman.
Bunyinya :
"Sedikit waktu lagi Aku akan menggoncang kan langit dan bumi, laut dan darat".
Biar mereka semua tahu bahwa Mu'jizat Allah itu ada !!!
Jika sudi...
Sampaikanlah kepada hamba Allah yg lain... wallahu'alam...
Ternyata 1.5 jam⌚ saja Umur Kita hidup di DUNIA ini.
Mari kita lihat berdasarkan Al-Qur'an sebagai sumber kebenaran yang hakiki
1 hari akhirat = 1000 tahun dunia
24 jam akhirat = 1000 tahun dunia
3 jam akhirat = 125 tahun dunia
1.5 jam akhirat = 62.5 tahun dunia
Apabila umur manusia itu rata-rata 60-70 tahun, maka hidup manusia ini jika dilihat dari langit hanyalah 1.5 jam saja.
Sememangnya kita selalu diingatkan tentang masalah waktu. ⌛⏰
Allah berfirman : "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa saja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"
Semoga bermanfaat bagi kita semua untuk meniti perjalanan hidup kita ini.
Kuatkan berfikir utk akhirat.
Kerana dunia ini akan kita tinggalkan.
Fokus akhirat
Itulah tempat kita akan hidup seterusnya.
Ingatlah ini :
untuk diri saya sendiri.
Mayat orang Islam yang tidak solat pada 1000 tahun dulu masih diseksa hingga kini.
Allahuakbar!!! 1 waktu kita tinggalkan solat sama dengan 8000 tahun seksaan neraka. Jika kita sehari 5 waktu x solat?
5 x 8000 = 40.000
tahun.
Subhanallah...
Ringan-ringankanlah tangan untuk menyebarkan berita ini. Akan mendapat pahala mengingatkan saudara Islam...
Kirim La illaha illa Allah,
_Muhammadur Rasulullah
Moga kita mempunyai masa untuk
ALLAH 🤲🏽
Tuesday, March 12, 2024
6 nasihat Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas r.a.:
1. Hendaklah kamu menaruh sepenuh harapan dan keyakinan kepada Allah SWT atas perkara yang Dia sendiri telah mengambil tanggungjawab (seumpama rezeki dll).
2. Tunaikanlah fardu-fardu Allah SWT tepat pada waktunya.
3. Kekalkanlah lidah kamu basah dengan zikrullah.
4. Jangan mentaati arahan syaitan. Syaitan berdengki dengan semua manusia.
5. Jangan sibukkan diri dalam usaha untuk memakmurkan dunia kerana perbuatan itu akan memusnahkan akhirat.
6. Selalulah mengambil berat untuk menyampaikan kebaikan kepada orang-orang Islam.
(Kitab Fadhilat Sedekah ms 234)
Sunday, February 4, 2024
Syukur ALHAMDULILLAH 🤲🏽
Rezeki itu, diizinkan-Nya dapat:
berkongsi rezeki melalui sedekah, belanja keluarga dan kenalan;
jaga solah fardu berjemaah;
istiqomah dalam kebaikan;
Terima kasih Allah 🤲🏽
Saturday, January 20, 2024
DOA HARI LAHIR
ISTIGHFAR, BISMILLAH, SELAWAT
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
dengan penuh rasa kesyukuran, kami berhimpun pada hari ini, untuk
meraikan sambutan hari lahir ALANNA MOHD NAZIM, sebagai tanda kasih dan sayang
kami kepadanya maka kami memohon kepada-Mu agar Engkau panjangkanlah umurnya
dalam rahmat, iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki
yang tak kunjung sejat dan penuh berkat.
Ya Allah ya Tuhan kami,
kami titipkan doa ini, dengan bersungguh harap agar Engkau kurniakan
kepada ALANNA hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang
tinggi, amalan yang terpuji agar dengannya dapatlah dia menjadi insan yang
cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabarannya tanpa goyah
jati diri.
Ya Allahu Ya Karim,
sejahterakanlah kehidupan ALANNA, bahagiakanlah dirinya agar
kesejahteraan dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan
keluarga, agama, bangsa dan negara.
Ya Allah, kami mohon dari-Mu, Engkau jadikanlah ALANNA anak yang baik,
berani, cerdas dan cergas, serta besarkanlah dia dalam Islam dengan baik. Aamiin
Ya Rabbal ‘Alamiin.
Saturday, June 24, 2023
Doa majlis tunang
Bismillah..
Ya Allah Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun di majlis pertunangan ini memohon rahmat dan hidayah dari sisiMu.
Semoga dengan rahmat itu,
Engkau berikan hidayah dan petunjuk dan menyatukan hati kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau hindarkan fitnah dan pertelingkahan dalam kalangan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.
Ya Allah,
Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkaulah yang memiliki segala pemerintahan, dalam khazanah Engkaulah segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.
Ya Allah,
Ya Rahman Ya Rahim, curahkanlah berkatMu atas kedua-dua pasangan ini dan bimbinglah mereka dalam tempoh pertunangan ini. Semoga mereka mencari redhaMu dengan hati yang ikhlas dan mendapat kebaikanMu yang melimpah.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
atas ehsanMu, kedua-dua pasangan ini dapat saling bertemu. Kini mereka memohon rahmatMu untuk memasuki fasa pertunangan dan mempersiapkan diri untuk gerbang perkahwinan. Kami mohon, kuatkanlah mereka dengan berkatMu yang melimpah. Semoga dalam masa pertunangan ini, mereka kian hari kian saling menghargai dan saling mengasihi semata-mata keranaMu.
🤲🏽
Thursday, January 5, 2023
Cara claim insurans untuk tukar windscreen
4 dokumen asal dan salinan untuk claim insurans ganti windscreen:
1. Insurans kenderaan
2. Sijil pemilikan kenderaan
3. Kp
4. Lesen kenderaan
.
Pergi mana² kedai windscreen yg ada cover insurans kenderaan yg kita ambil (kedai random, tanya dekat staf kedai tu, situ cover tak insurans yg kita ambil).
.
Kalau kedai tu cover, tanya ada kena tambah duit tak & ganti windscreen termasuk tinted ke tak (kalau mmg windscreen yg retak tu tinted la).
.
Kalau kena tambah duit, cari kedai lain yg tak perlu tambah. Lain windscreen lain harga (kualiti).
.
Dalam 2 jam boleh siap tukar windscreen kalau semua okey & kedai tu tak sibuk. Alhamdulillah.
Thursday, June 16, 2022
Sproket RM45
Semalam tukar minyak hitam, minta mekanik ketatkan rantai, dia cakap, "Sproket dah kena tukar ni."
"Berapa harga tukar?"
"RM50."
Duit cukup untuk tukar minyak hitam. Biasa harga RM25, semalam kena RM26. Tauke dalam kedai siap cakap terima kasih.
Hari ini lalu bengkel yang sama, nampak mekanik tengah baiki motosikal. Pergi bengkel satu lagi, tanya berapa harga tukar sproket. Mekanik tanya, "Abang nak tukar yang biasa ke yang elok?"
"Berapa harga yang elok, berapa harga biasa?"
Mekanik, "Yang elok RM85, biasa RM45."
Bajet cukup untuk yang biasa saja. Patutlah bengkel semalam tak ramai orang. Minyak hitam beza seringgit. Sproket beza RM5. Fuh.
Thursday, March 24, 2022
Ujian selagi hidup, begitulah. 🤲🏾📚❤
https://twitter.com/melesap/status/1507009733693427713?t=eV7gUB-OQlVJxMisATZQ8w&s=19
Friday, March 18, 2022
Contoh soalan bersama penulis buku:
Ceritakan sedikit latarbelakang anda? Etc hobi, pekerjaan, bidang pelajaran, tempat kelahiran…
Mengapakah anda memilih untuk menulis? Bagaimana anda cenderung untuk menulis/ menghasilkan karya?
Siapakah penulis yang memberikan ilham kepada anda / Siapakah penulis kegemaran anda dan kenapa?
Apakah inspirasi disebalik buku berjudul ... yang anda telah terbitkan ini?
Apakah intipati yang terkandung dalam buku ini?
Adakah buku ini memberi impak yang besar kepada anda dan kenapa?
Adakah buku ni relevan untuk generasi muda? Apakah pengajaran yang boleh diambil?
Apakah bahagian yang paling sukar untuk menulis buku ini? Apakah bab (atau bahagian) kegemaran anda untuk menulis dan mengapa?
Apakah mesej yang anda ingin sampaikan kepada para pembaca?
Apakah harapan dan nasihat anda kepada para pembaca?
Sebarang nasihat untuk pembaca atau penulis yang ingin menulis sebuah buku?
Saturday, February 19, 2022
Short film/documentary
Seorang kafir lahir susah sampai mati pun susah, itu tetap syurga dunia bagi dia.
.
Seorang Islam lahir senang sampai mati pun senang, itu tetap penjara bagi dia.
.
Doa hidayat selalu buat seluruh alam, moga Dia beri taufiq hidayat kepada seluruh orang kafir, majusi, nasara, akhir kalam kita semua dapat husnul khotimah 🤲🏾
.
Monday, February 7, 2022
"Kejayaan itu manisnya pada jerih perihnya usaha bukan pada nilai hasil semata-mata."
"Ya Allah, jika Engkau redha perkara yang aku uruskan untuk keperluan hidupku, mudahkanlah. Betulkanlah niatku, caraku, yakinku dalam setiap amal agama yang aku buat hingga akhir hayatku, Ya Arhamarraahimiinn, amiinn."
Friday, January 28, 2022
Tuesday, January 25, 2022
"Muhasabahlah selagi sempat kerana pengalaman itulah guru yang paling banyak senyap."
Moga bermanfaat 👇🏻
*Kewangan*
Tip-tip Kewangan, Pelaburan, Bisnes & Hartanah
t.me/ksinar
*Nasihat Agama*
t.me/ustazmuhadirofficial
*Kedai Buku*
t.me/infogaleriilmu
*Kanak-kanak*
t.me/AsuhJomJadiBaik
Official YouTube Channel: https://www.youtube.com/channel/UCHToW1u70V00wO6RYcPB39g
Twitter: http://www.twitter.com/bukupuris
Instagram: http://instagram.com/buku_puris
Facebook: https://www.facebook.com/bukupuris
TikTok:
https://vt.tiktok.com/AVRxL6/
~ Like Share Follow Subscribe ~
Untuk belian buku/komik,
klik www.wasap.my/601110322406
Dropship: +60 11-3293 3466
#terimakasih 😊
Thursday, February 1, 2018
Mengelak Fitnah Media Sosial
Thursday, January 25, 2018
Rutin #suamihensemisteriohsem
Friday, January 19, 2018
JURNAL MINGGUAN
Thursday, January 11, 2018
Sampai bila nak bercakap soal makan dan minum?
Friday, January 5, 2018
khutbah JUMAAT expectation
Hidupkanlah masjid 24 jam dengan 4 amal utama ini:
1. dakwah
2. taklim wa taklum
3. zikir ibadat
4. khidmat
Masjid tempat menyatukan umat, bukan pecah belah rakyat. Justeru usahakan paling kurang sekali dalam 5 waktu, dapat solat fardhu. Dapat 5 waktu lagi bagus, 2 jam setengah ke arah 8 jam ke arah 24 jam gilir-gilir ambil tanggungjawab hidupkan masjid macam zaman Nabi.
Masjid kita, tanggungjawab kita, bismillah.