Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
kami memohon perlindungan-Mu dan menyerahkan kepada-Mu agama kami, jiwa kami, keluarga kami,
anak-anak kami, harta kami, dan segala sesuatu yang Engkau berikan kepada kami.
Ya Allah, tempatkanlah kami dan mereka dalam lindungan-Mu, dalam keamanan-Mu,
dan dalam perlindungan-Mu daripada setiap syaitan yang durhaka, daripada orang yang sombong dan zalim,
daripada mata yang jahat, daripada segala kejahatan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, hiasilah kami dengan kesihatan yang baik dan keselamatan, serta teguhkanlah kami dengan ketaqwaan.
Lindungilah kami daripada perkara-perkara yang menyebabkan penyesalan. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.
Ya Allah, ampunilah kami, kedua-dua ibu bapa kami, anak-anak kami, saudara-mara kami dalam agama, sahabat-sahabat kami, orang yang mencintai kami kerana-Mu, orang yang berbuat baik kepada kami juga bagi semua orang beriman lelaki dan perempuan, serta orang-orang Islam lelaki dan perempuan,
wahai Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, jagalah Naufal Alamar bin Aiman daripada segala keburukan dan maksiat. Jagalah dia dengan penjagaan dan tanggungan-Mu yang terpuji, dengan kebaikan dan perlindungan-Mu. Hiasi Naufal Alamar dengan akhlak mulia dan anugerah yang paling indah.
Ya Allah, jadikan kami semua sebagai ahli ilmu, ahli kebaikan, dan ahli al-Quran. Jangan kau jadikan kami dalam kalangan mereka yang Engkau murka dan sesat.
Semoga Allah mencurahkan selawat kepada junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, keluarganya, serta para sahabatnya, dan kurniakanlah kepada kami kesempurnaan dalam mengikuti ajarannya secara zahir dan batin, dengan keselamatan dan kesejahteraan, dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.