Tuesday, March 12, 2024

6 nasihat Sayyidina 'Abdullah bin 'Abbas r.a.:

 1. Hendaklah kamu menaruh sepenuh harapan dan keyakinan kepada Allah SWT atas perkara yang Dia sendiri telah mengambil tanggungjawab (seumpama rezeki dll). 

2. Tunaikanlah fardu-fardu Allah SWT tepat pada waktunya. 

3. Kekalkanlah lidah kamu basah dengan zikrullah. 

4. Jangan mentaati arahan syaitan. Syaitan berdengki dengan semua manusia.

5. Jangan sibukkan diri dalam usaha untuk memakmurkan dunia kerana perbuatan itu akan memusnahkan akhirat. 

6. Selalulah mengambil berat untuk menyampaikan kebaikan kepada orang-orang Islam.

(Kitab Fadhilat Sedekah ms 234)


Sunday, February 4, 2024

Syukur ALHAMDULILLAH 🤲🏽

Rezeki itu, diizinkan-Nya dapat:

berkongsi rezeki melalui sedekah, belanja keluarga dan kenalan;

jaga solah fardu berjemaah;

istiqomah dalam kebaikan;

Terima kasih Allah 🤲🏽

Saturday, January 20, 2024

DOA HARI LAHIR

 

ISTIGHFAR, BISMILLAH, SELAWAT

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

dengan penuh rasa kesyukuran, kami berhimpun pada hari ini, untuk meraikan sambutan hari lahir ALANNA MOHD NAZIM, sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya maka kami memohon kepada-Mu agar Engkau panjangkanlah umurnya dalam rahmat, iman yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat.

 

Ya Allah ya Tuhan kami,

kami titipkan doa ini, dengan bersungguh harap agar Engkau kurniakan kepada ALANNA hati yang suci, sentiasa berbudi murni, tekad dan semangat yang tinggi, amalan yang terpuji agar dengannya dapatlah dia menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi serta mampu menghadapi cabarannya tanpa goyah jati diri.

 

Ya Allahu Ya Karim,

sejahterakanlah kehidupan ALANNA, bahagiakanlah dirinya agar kesejahteraan dan kebahagiaannya menjadi tempias berharga kepada kesejahteraan keluarga, agama, bangsa dan negara.

 

Ya Allah, kami mohon dari-Mu, Engkau jadikanlah ALANNA anak yang baik, berani, cerdas dan cergas, serta besarkanlah dia dalam Islam dengan baik. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamiin.