Wednesday, February 29, 2012

life is not about blaming


Ini semua salah awak!
Kenapa saya? Salah awaklah!
vs
Stop pointing finger, the blame is on me.
I've only got myself to blame.
So you can put the blame on me.


Antara 2 situasi di atas, solusinya begini. Ada istilah ikramul muslimin. Lebih kurang konsepnya ialah, tunaikan hak saudara kamu, tanpa tuntut hak atas dasar iman. Jika bukan orang Islam sekalipun, akhlak itu dakwah tidak berlisan, lagi mudah terkesan, dengan tingkah laku yg dipamerkan. Jadi tidak terlintaslah frasa cakap tidak serupa bikin.

Hidup ini qisas. What you give, you get back. Bumi ini bulat, macam glob, sfera. Ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Roller coaster.

Enough said: Apabila masing-masing fokus untuk tunaikan hak orang lain, tidak timbul soal hak yg tidak tertunai. Jika ada sekalipun, periksa balik hak yg sudah tertunai, syukur tambah nikmat, sabar ada hikmah. Ujian iman. Wallahua'lam.

Tuesday, February 28, 2012

12 orang pertama yg perlu saya doa:


1. Abd Hamid Hasan
2. Rosminah Ma'sum
3. Renee Abd Hamid
4. Mohd Resha Abd Hamid
5. Kamarudin Mansor
6. Muhammad Aidil Aiman Kamarudin
7. Yasmin Hanani Kamarudin
8. Hasan Taib
9. Ma'sum Abd Jalil
10. Dijah Abdullah
11. Juriah Imam
12. Nazirah Mohd Saleh

Monday, February 27, 2012

Why so serius?


Ada satu golongan manusia yg suka kacau-bilau. Dah elok-elok aman, saja-saja bikin panas buat satu isu mahu tarik perhatian. Antara medium paling mudah dan cepat semestinya video di laman sesawang perkongsian video atau muat naik di laman sosial. Motifnya jelas. Publisiti murahan. Sukakan pecah-belah. Bodoh yg amat. Suka benar jadi pintu dosa. Cuba-cubalah bijak sana. Suka sangatkah darah daging sendiri jadi mangsa silap sendiri yg sengaja dicetus tanpa secuil rasa bersalah? Sarkastik yg tak kena tempat, berkoma bala. Istighfar selagi sempat. Ada benda boleh gurau, ada masa perlu serius. Astaghfirullah.

Sunday, February 26, 2012

Sesuatu perlu ditulis


Sesuatu perlu dikongsi, atas nama rasa, pendapat, atau sisi pandang seorang manusia.
Kehidupan dan anda, perkara yg tidak terpisahkan. Bulan itu terang, mentari itu asbab. Jadilah pencetus keceriaan orang lain, penyebab kebaikan dan juga seseorang yg menginspirasikan individu lain agar menghargai tiap masa dalam jasad yg dinafasi. Cuma yg indah-indah saja!

Tuesday, February 21, 2012

random

Sebetulnya tiada istilah random, bebelan itu mungkin terlahir atas maksud perkongsian. Kesibukan itu makhluk. Bukan suatu yg berkuasa untuk beri mudarat. Seperkara yg pasti, bilamana kita disibukkan dengan sesuatu tugas atau tanggungjawab, lihatlah ia dari sudut positif.

Dunia semata-mata ujian, akhirnya mati. Mati itu pula merupakan satu transisi ke alam yg sebenar tiada noktah. Wallahua'alam.