25 X AT LEAST A DAY INSYA-ALLAH
Thursday, April 19, 2012
Monday, April 16, 2012
saja (mana ada)
Teruskanlah memberi peringatan kerana peringatan itu memberi manfaat bagi orang yg yakin adanya hidup selepas mati (akhirat).
Dunia ini ibarat satu biji bumi yg dipenuhi dengan biji-bijian, dalam satu tempoh tertentu, katakanlah setiap seribu tahun, datang satu ekor burung ke atas bumi tadi lalu mengambil satu biji sahaja setiap kali datang, lalu dipindahkan ke tempat lain, jauh dari bumi. Walaupun mengambil masa yg lama, yakinlah, pasti dan pasti biji-bijian itu tadi akan habis satu masa nanti.
Begitulah tamsil dunia ini, tempoh hayatnya pasti akan menemui noktah. Namun akhirat, abadan abada. Berapa lama? Selama-lamanya? Sampai bila? Bila-bila. No turning back. Senang kekal, sengsara pun sama. Malah bertambah. Tempat untuk usaha? Di dunia.
Pilihan di tangan masing-masing, mahu senang kejap, susah lama-lama, atau sebaliknya. Itulah dunia, penjara Mukmin, syurga kafirin. Muda, lapang, senang, kaya bagaimanapun tetap penjara bagi Mukmin. Begitu pula dengan yg kafir, tua, sempit, susah, miskin bagaimanapun tetap syurga bagi mereka. Think then act. Insya-Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)