Tudung. Ahsan perasan dan ramai juga yang tahu, pakai tudung itu tidak wajib, yang wajib itu tutup aurat. Ahsan pernah dengar, ustaz beritahu, “Paling kurang, tiga benda ni kena tutup. Aurat, makanan, duit. Aurat memang dah wajib tutup. Tang makanan tu, jika tak tutup, syaitan akan kencing kat makanan atau minuman tu. Paling kurang ambil satu kayu letak melintang atas periuk atau jag yang tak ada penutup tu. Duit pulak kenapa kena tutup nak elak musibah. Nunjuk-nunjuk ni undang padah. Pencuri memerhati. Lagi bagus simpan dalam uncang, time amik duit, tak kira depan-depan orang. Contoh masa kuar duit kat atm. Pakai uncang, orang tengok pun tak pikir kita ni berduit. Yalah, nak beli wallet pun berkira. Bukan berkira, zuhud sebenarnya.”
Tadi pagi, sewaktu doa pagi
memulakan tugas, selepas bacaan hadis dan tazkirah pengarah urusan, amalan
harian di ofis Ahsan, dia perasan seorang staf wanita bertudung litup, lebih
syariah berbanding hari-hari sebelum ini. Ikutkan Ahsan, mahu saja dia tegur, “Tudung akak cantik, steady ar.” Namun jenis
Ahsan, dia selalu letak diri dalam kasut orang lain. Jika dia suami staf itu,
dia tidak suka lelaki asing puji isterinya demikian. Sebab apa?
Ahsan kenal suami staf itu,
perawakannya melambangkan sunnah. Seorang yang kuat agama jika dinilai dari
luar. Justeru, mungkin staf itu berpakaian lebih syariah atas saranan seorang
suami yang baik. Ahsan terfikir, jika dia puji staf itu terus depan-depan,
kemungkinan niat staf tadi kini untuk orang lain, bukan untuk sukakan suaminya
lagi kerana Allah.
Jika diizinkan suami staf itu ada di
tempat kejadian, mahu saja Ahsan berdialog begini, “Bang, molek cara akak pakai tudung. Camner abang suruh? Nak gak suruh
bini saya pakai tudung lagu tu. Heh.” Ini soal niat. Ustaz pesan, “Buat kebaikan kerana makhluk, itu syirik. Tinggal
kebaikan kerana takut orang cakap riyak, itulah riyak. Nak tak nak untuk dapat
ikhlas, kena lalu jalan riyak. Lama-lama biasalah. Periksa niat sebelum,
sedang, selepas beramal.”