Tuesday, March 8, 2011

Karangan saya, keluarga dan mengapa saya memilih kerjaya polis sebagai keperluan semata

"Nama penuh saya ialah kamarul bin kamarudin. Saya dilahirkan pada 12 jun 1986.di sekolah, saya aktif dalam sukan bola baling dan pernah menganggotai jabatan perkhidmatan awam (jpa) sebagai aktiviti ko-kurikulum saya. Selain itu, saya juga pernah menjawat jawatan presiden untuk kelab catur sekolah. Di kelas, saya memegang jawatan sebagai penolong ketua tingkatan sewaktu di tingkatan empat.
Saya merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Ibu saya merupakan seorang suri rumah sepenuh masa manakala bapa saya pula seorang peneroka felda di jengka 17, Pahang.
Saya memilih kerjaya polis kerana saya amat sukakan pakaian seragam polis. apabila melihat pakaian seragam polis, saya berasa seperti seorang yang berbakti kepada rakyat. apabila melihat polis mengenakan pakaian seragam, saya rasa bersemangat untuk membantu mereka mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
Kedua, saya sukakan kerjaya polis kerana menganggap ianya sebagai cabaran. Cabaran dari segi mental dan fizikal.
Ketiga, kerjaya polis menuntut disiplin yang tinggi. Saya mahu pupuk disiplin polis masuk ke dalam diri saya. Kerjaya polis dengan izin Allah mampu menjadikan diri saya lebih bermotivasi.
Keempat, saya mahu mengubah persepsi masyarakat berkenaan kerjaya polis, juga mahu menonjolkan kepada para sahabat bahawa pekerjaan ini mampu membawa saya kepada peluang yang lebih cerah pada masa hadapan.
Seterusnya, saya berharap dengan peluang menjadi polis yang diberikan, seterusnya apabila diterima nanti, saya mahu menaikkan imej polis yang tepat, cekap dan amanah.
Menjadi seorang polis juga adalah peluang terbaik saya untuk berkhidmat kepada negara. Paling utama ialah berkhidmat kepada agama.
Saya juga melihat kerjaya polis amatlah sesuai untuk seorang yang sukakan cabaran seperti saya. Sifat ingin tahu dan peka kepada keadaan sekeliling. Saya pernah menonton sebuah cerita bertajuk SPL(filem cina) yang mana watak hero merupakan ketua polis yang baru dipindahkan ke satu cawangan polis di sana. Dia yang tidak mengenali latar anak-anak buahnya mula kehilangan mereka seorang demi seorang akibat dibunuh oleh sebuah kongsi gelap di sana. Akhirnya, si hero tadi menuntut bela atas kematian anak-anak buahnya, dan berjaya menumpaskan kumpulan tersebut dengan menewaskan ketua kongsi gelap berkenaan. Walaupun agak klise, saya rasa memang itulah hakikat kehidupan. Tupai pasti akan jatuh ke tanah jua akhirnya.
+-350pp
Saya berdoa kepada Allah agar dibukakan hati penemuduga yang membaca karangan ini untuk menerima saya menjadi polis. wallahua’lam."

No comments: