Monday, September 24, 2012

Pesanan masyaikh selepas ijtimak sebelum mereka balik

Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

1. Hidayat datang asbab pengorbanan. Bilal berkorban, Allah beri hidayat kepada Khalid al-Walid. Dengan ke-Islaman Khalid, banyak negara berjaya di-Islamkan.

2. Allah sengaja tidak zahirkan hasil usaha kita di depan mata kita kerana kita akan melihat apa hasil usaha kita di hari akhirat nanti. Mungkin usaha kita itu berhasil ketika kita sudah tiada lagi di dunia.

3. Tertib dakwah, mesti guna harta, diri dan masa milik sendiri. Nabi SAW boleh beri bantuan kepada orang yang tidak keluar jalan Allah seperti anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin. Tapi, untuk orang yang berjihad, tertibnya perlu guna harta sendiri untuk keluar, baru Allah buat perubahan kepada diri dan masyarakat. Nabi SAW, walaupun Abu Bakar tawarkan unta percuma dalam peristiwa Hijrah, Baginda tidak mahu mengambilnya secara percuma bahkan Baginda berhutang dan berjanji untuk membeli unta itu.

4. Jangan berkasar dengan karkun kerana mereka adalah BERLIAN. Jika kita pecah hati dengan mereka, ke mana lagi mereka hendak pergi? Umat yang rugi kerana kurangnya daie.

5. Karguzari ijtimak di Johor, ada major tentera datang bertanya, “Bolehkah beliau membawa para prebet yang bermasalah untuk keluar di jalan Allah?”

6. Wanita ialah pintu. Jika wanita rosak, rosaklah masyarakat. Jika dengan orang awam, kita perlu layan macam main wau. Tapi, dengan orang perempuan, kita perlu layan macam main ular tedung. Jagalah wanita baik-baik kerana syaitan boleh menghasut kita melalui mereka. Oleh itu, buat taklim rumah, keluar masturat.

7. Buat usaha dengan mujahadah, buat kerja ikut masa yang diputuskan dalam mesyuarat, sama ada suka atau tidak. Buat dengan pengorbanan dan ikut sunah Nabi SAW.

8. Masjid adalah kilang memproses ‘daie’. Kilang proses, tapi, barang dari kilang digunakan di tempat lain. Di mana hendak guna? Di rumah, di tempat kerja dan di seluruh alam.

9. Kalau tak hasilkan orang baru, ibarat kilang ada tetapi tiada bahan mentah. Lama-lama kilang pun tutup. Siapa yang rugi? Kilang tidak beroperasi kerana karkun gagal bagi masa ziarah setiap hari (2 jam setengah).

10. Istikhlas, hanya sibuk dalam kerja dakwah, keperluan keluarga di rumah dan juga keperluan di tempat kerja.

11. Semua usaha yang berkait dengan Islam adalah USAHA-USAHA YANG HAK. Kita tidak boleh mencerca usaha-usaha lain. Tapi, masyaikh suruh kita buat kerja ini sahaja kerana inilah kerja Nabi akhir zaman. Usaha-usaha lain, anggaplah seperti usaha-usaha Nabi sebelum Nabi Muhammad SAW.

12. Ikat diri dengan mesyuarat dan amal infradi.

13. Kalau Siti Sarah, ketika beliau cuba digoda oleh Raja Mesir, Allah lumpuhkan tangan raja itu. Tetap, mengapa Nabi Muhammad SAW, Allah rela biarkan direjam dengan batu sehingga berdarah? Kerana Baginda berkorban supaya hidayat sampai kepada kita!
14. Ada Sahabat mahu mendirikan rumah di sebuah tempat yang strategik dan menjadi punca air. Dia mahu beribadat di situ sampai mati. Nabi SAW jawab, “Berdiri seketika di jalan Allah lebih baik daripada beribadat di dalam rumah selama 70 tahun.”

No comments: