Friday, January 23, 2015

I love the starting myself, pray it ended with an alright scene.

#SuamiKakiMovie
Penutup 2014 Andy tak dirancang dari awal sebenarnya. Kisahnya bermula pada malam sebelumnya. Andy dan isterinya gemar hias rumah dengan DIY (do-it-yourself). Nak jadi cerita, waktu cuba pasang lampu ruang makan, sekali elektrik short. Sah tikus baiki labu! Jadi nak tak nak kena upah orang wiring betulkan keesokan harinya (31.12 lah).
Pagi-pagi pergi kedai renovation, orang wiring katanya ada hal pagi tu, petang sikit baru ada. Walhal petang tu Andy patutnya pi teman isteri ambil mak mentua balik umrah dekat KLIA. Lalu bincang dengan isteri, pasal 1.1 orang cuti tahun baru, Andy pun tak dan ikutlah petang tu, tunggu orang datang wiring. Tak pasal-pasal kena cas RM35.00. Padahal Andy tak beritahu pun elektrik short, lepas dia pasang lampu tu, elektrik terus okey. Ceh!
Memandangkan isteri ke KLIA balik rumah lewat 6 petang jangkanya, wiring lak selesai dalam 3 lebih, Andy ada masa sekitar 2 jam ++ untuk dimanfaatkan! Lama dah fikir sebenarnya nak layan cerita ni, pasal 2014 boleh kata banyak senarai filem yang bagus tak berorientasi keuntungan semata lagi-lagi dalam bulan 12 ni. Jadi cerita yang dimaksudkan, daripada pengarah terbaik bernama sama Andy, hari yang tepat hari Rabu, waktu tayang pun ngam-ngam pukul 4.30 habis dalam sejam lebih, tadaa...!!
Ramai cakap tiket hari ni (Rabu-semalam) murah. Betullah tu, dah lama tak bayar tiket harga ni:



 Ralat juga sebenarnya pasal Asar masuk 4.41 semalam. Jenis Andy alhamdulillah minta maaf jika ada yang nak kata poyo ke apa, tapi prinsip Andy mudah: Kalau kau boleh lambatkan solat, kenapa tak boleh lambatkan bermasyarakat? Lalu lepas beratur beli tiket (mujur baloi-mungkin), Andy terus tuju surau tingkat bawah. Dan-dan lepas wuduk masuk Asar, solat jemaah dengan warga kompleks beriman (insya-Allah) yang lain, terus pi masuk hall 3.
Rasa Andy lambat setengah jam, tapi mungkin depa tayang iklan 4.30 tadi, plus cerita habis sekitar 6.45 camtu. Cuma Andy terlepas scene pengarah Bunohan dengan Bront. Masuk-masuk dah babak Ijam ditemu ramah wartawan Kil. Okeylah kot, boleh tangkap cerita lagi.
Andy kalau jadi juri lawak mungkin bukan jenis yang senang untuk ketawa. Sepanjang orang lain gelak kaw-kaw (tak tau betul ke buat-buat) Andy senang untuk sengih kerang je. Babak yang Andy terbahak bila orang kampung, Zahidril nak tangkap gambar dengan Ijam tapi tak ada kamera. Mungkin juga sebab kawan dia Khir Rahman, watak lawak kan? Kan? Kan? dalam Rock Oo jadi factor Andy gelak. Entahlah.
Spoiler alert. Bagi Andy, movie yang bagus selain ada trivia dan cameo, harus ada beberapa ayat power untuk diingati penontonnya. Bagus, Nik tak malukan orang nama Andy, terima kasih mungkin lebih dekat Redza Minhat yang jadi lakon layar filem ni. Antara ayat power dalam filem ni banyak Andy ingat daripada Ali (ya, watak gempal tak reti feeling katanya) macam buaya yang tenang jangan disangka tiada air. Bidalan ni jika terbalik rasanya lagi tepat untuk Toyu yang tuju bidalan asal ke watak Sofia Jane pasal ada sekali tu Toyu meletup dalam Jembalang (van diorang on-the-road) bikin semua yang lain diam sat.
Watak Ijam. Andy juga jenis yang tengok pelakon untuk pilih filem. Walau Andy tak tengok Ngorat (bunyi **rat Andy kira) memang tak adil Andy nak hukum filem Datuk tu yang Iedil berlakon dengan Aaron Aziz lagi. Mujur Andy ada tontonan lain lakonan beliau sebelum ni dalam Pasport Ekspres dan Migrasi (lakonan bersama Pekin-drama TV9).
Siti Saleha pandai berlakon. Stok cerita indie Aku, Dia & Tong Sampah, mata dia berkaca masa cakap, “If you turun sekarang, you want this off.” Power. Sofia Jane? Memang crush Andy sejak zaman diploma. Senior dia tu! Andy lihat Nad Nisa macam Nat Portman. Both sapot indie film. Bagus. Humble bak hang..
Overall, Andy bagi 4 bintang daripada 5 untuk filem ni. Buat kali pertama dalam hidupnya, dia tengok 2x filem melayu dekat bioskop. Memang tiket harga RM10 pun. Huh. Lalu apa je yang murah Rabu tu? Entah. Sakai..
Ikut ranking, Andy list KIL yang 500 wannabe tu nombor 1, kedua TDL, ketiga CEO. Sebab apa? Tema main peranan. Walaupun begitu, Andy bertuah dapat isteri yang bukan kaki pawagam. Terkini, depa tengok tiga orang dengan anak yang disayangi (tersayang macam tak sengaja bunyinya, haha) dalam panggung ada beanie bag. Bolehlah. Selesa sangat untuk famili.
Bagi Andy, pawagam ni untuk tengok filem yang beautifully shot, nak layan kesan khas. Tapi 3D glasses? Tak berapa nak masuk dengan Andy. Dua kali tak silap dia layan 3D tapi peninglah pulak. After all, filem seatmosfera TDL masih ada harapan dalam permintaan audiens di Malaysia. TDL sendiri bagi Andy boleh mengulang menang award best film macam Kil.
Balas Andy: Korang yang dok kutuk filem Melayu pi la sokong invest, bukan bermaksiat. #katasapot
#hidupsehiduphidupnya 
#terbaikdarilangit 
#puitisnektar 
#sayasayangmalaysia

Friday, January 2, 2015

Cerita Satu Petang..


Beratur amek ASB dah macam nak amek BR1M. Panjang bak hang. Duit punya hal. Berhala akhir zaman. Innalillah. Mengharap hanya di tangan, di hati jangan.

Pagi tadi, pi RHB, penuh bak hang. Dah bayar parking 6 kupang sejam, keluar balik pi Giant. Sampai kat post office (at least parking free), tanyalah kakak kaunter. Cakap nak keluar duit, dia cakap takut duit tak cukup. Tanya dia bila duit nak hantar, tak tahulah dijawabnya.

Disaran pi ke bank. Bank mana? Rhb, Public & Maybank. Tu yang ada sini ni. Rehat tadi keluar pukul 12, sekali ditahan Uneh (bukan nama sebenar), 10 minit gak habis. Sampai-sampai Maybank dekat 12.30, orang beratur panjang bak hang.

Abang kawasan dulukan bayar makan, solat Jumaat dekat masjid atas bukit, lepas solat terus 2 rakaat hajat.

Untung bawa Alif (bukan nama sebenar) teman. Dia siap tunggu di kereta. Tengok jam dekat 2.30, cakap dekat dia: Kita kena perform! Ni awal tahun kot, 1st day kerja 2015.

So ding dong sementara cari parking: Macam nilah, kita tengok ramai beratur, kau balik ofis dulu with my wife's car. I trust u!

"OK, aku drop kau sini." Makanya saya pun beraturlah ni. Dari tadi dekat depan pintu, dah depan sikit boleh sandar dinding sambil taip cerita petang ni.

Alif call: Amacam? "Macam tadi le. Takpe, kau balik ofis dulu, papehal nanti call aku dalam 3.30 insya-Allah pasal aku takdak kredit nih." Alif: Wokey!

Datang sorang pak cik ke depan pintu tingkat 2, terus jump into conclusion: Takleh jadi ni, sorang 6 minit, 10 orang 60 minit. Bank tutup kui 4. In fact la ni dah pukul 1517.

Insya-Allah sempat. Solat hajat dah tadi. Kita dah usaha. Ofis pun ramai cuti, buku banyak KIV. Pasca PBAKL2015 katanya. Pagi tadi pun dah setelkan cover sikit. Bincang photoshoot senin ni, update report novel, print pruf Hanya Dia Untukku. Ahad cover balik dengan Alif dekat Masjid Falah insya-Allah sampai ke malam.

Plannya gini. Bitau Alif: Terbaik Dari Langit baguih dok hado. Ingat nak layan 2nd time malam ni, pasai tahun lepas (kemarin je pun) takdan tengok scene awal. So nak taknak duit kena keluar hari ni gak pasai esok cuti, Ahad nak guna duit minyak bagai. Memangle turun, tapi tol tak. Ah!

I'm the 13th. Tak tau le dapat ke tak hari ni. Yang penting usaha plus optimist. Heh. Hasil tu second, effort come first ma. Biar mati berjuang, jangan kalah terlentang. Ceh, ayat...

Babak beratur ni bagus. Remind of yaumul hisab. Dekat sini dah tak tahan, sana apa lagilah. Cuma niat tu kena jaga. Kita sanggup beratur kerna duit, kerna tiket. Gimana untuk agama? Berdiri lenguh kerana-Nya.

Soalan yang patut dijawab di sepertiga malam. Kurangkan tdo, banyakkan qiam. Siang qailulah, malam tdo awal. Pas Isyak jangan cakap banyak, lepas Witir terus tdo. Dalam pukul 10 tdo, pukul 4.30 tak pun 5 bangun terus ke Subuh. Biar tahjud gajah, janji buat. Slow-slow bagi meningkat.

Insya-Allah! Untuk selamat, wawasan akhirat!