Friday, January 2, 2015

Cerita Satu Petang..


Beratur amek ASB dah macam nak amek BR1M. Panjang bak hang. Duit punya hal. Berhala akhir zaman. Innalillah. Mengharap hanya di tangan, di hati jangan.

Pagi tadi, pi RHB, penuh bak hang. Dah bayar parking 6 kupang sejam, keluar balik pi Giant. Sampai kat post office (at least parking free), tanyalah kakak kaunter. Cakap nak keluar duit, dia cakap takut duit tak cukup. Tanya dia bila duit nak hantar, tak tahulah dijawabnya.

Disaran pi ke bank. Bank mana? Rhb, Public & Maybank. Tu yang ada sini ni. Rehat tadi keluar pukul 12, sekali ditahan Uneh (bukan nama sebenar), 10 minit gak habis. Sampai-sampai Maybank dekat 12.30, orang beratur panjang bak hang.

Abang kawasan dulukan bayar makan, solat Jumaat dekat masjid atas bukit, lepas solat terus 2 rakaat hajat.

Untung bawa Alif (bukan nama sebenar) teman. Dia siap tunggu di kereta. Tengok jam dekat 2.30, cakap dekat dia: Kita kena perform! Ni awal tahun kot, 1st day kerja 2015.

So ding dong sementara cari parking: Macam nilah, kita tengok ramai beratur, kau balik ofis dulu with my wife's car. I trust u!

"OK, aku drop kau sini." Makanya saya pun beraturlah ni. Dari tadi dekat depan pintu, dah depan sikit boleh sandar dinding sambil taip cerita petang ni.

Alif call: Amacam? "Macam tadi le. Takpe, kau balik ofis dulu, papehal nanti call aku dalam 3.30 insya-Allah pasal aku takdak kredit nih." Alif: Wokey!

Datang sorang pak cik ke depan pintu tingkat 2, terus jump into conclusion: Takleh jadi ni, sorang 6 minit, 10 orang 60 minit. Bank tutup kui 4. In fact la ni dah pukul 1517.

Insya-Allah sempat. Solat hajat dah tadi. Kita dah usaha. Ofis pun ramai cuti, buku banyak KIV. Pasca PBAKL2015 katanya. Pagi tadi pun dah setelkan cover sikit. Bincang photoshoot senin ni, update report novel, print pruf Hanya Dia Untukku. Ahad cover balik dengan Alif dekat Masjid Falah insya-Allah sampai ke malam.

Plannya gini. Bitau Alif: Terbaik Dari Langit baguih dok hado. Ingat nak layan 2nd time malam ni, pasai tahun lepas (kemarin je pun) takdan tengok scene awal. So nak taknak duit kena keluar hari ni gak pasai esok cuti, Ahad nak guna duit minyak bagai. Memangle turun, tapi tol tak. Ah!

I'm the 13th. Tak tau le dapat ke tak hari ni. Yang penting usaha plus optimist. Heh. Hasil tu second, effort come first ma. Biar mati berjuang, jangan kalah terlentang. Ceh, ayat...

Babak beratur ni bagus. Remind of yaumul hisab. Dekat sini dah tak tahan, sana apa lagilah. Cuma niat tu kena jaga. Kita sanggup beratur kerna duit, kerna tiket. Gimana untuk agama? Berdiri lenguh kerana-Nya.

Soalan yang patut dijawab di sepertiga malam. Kurangkan tdo, banyakkan qiam. Siang qailulah, malam tdo awal. Pas Isyak jangan cakap banyak, lepas Witir terus tdo. Dalam pukul 10 tdo, pukul 4.30 tak pun 5 bangun terus ke Subuh. Biar tahjud gajah, janji buat. Slow-slow bagi meningkat.

Insya-Allah! Untuk selamat, wawasan akhirat!

No comments: