Thursday, March 1, 2012
hidup berkecuali
?
kau kau, aku aku, nafsi-nafsi
Kenyataan di atas seringkali kita dengar dalam masyarakat la ni. Silap besar tuan. Bukan begitu, bukan di sini. Sana. Itu pasal saya suka guna kata kunci bijak sana.
Di sini buatlah apa yg kamu suka, akhirnya mati. Tang mati tu yg full stop tu. Orang putih cakap, no turning back.
Di sini tempat menanam, sana tempat menuai hasil. Sini buat, sana dapat.
Berbalik pada kenyataan "none of my business", umat Islam diibaratkan seperti satu badan, cubit paha kiri, paha kanan terasa. Terus cakap, tiap kita punya hak untuk ditunaikan. Satu soalan popular dalam kubur, siapa saudara kamu? Bukan dengan mulut bai, amal. Tahu sudah. Dah tu? Masa raya saja ziarah? Mana cukup. Jiran-jiran, kawan-kawan ofis, masyarakat keliling sedari lahir yg dok tahu kita wujud, 40 kiri kanan depan belakang atas bawah tu apa cerita bai?
Inilah maksud saya, nafsi-nafsi itu di sana. Hinggakan seorang ibu sanggup pijak bayi sendiri masa di mahsyar, suami tidak kenal isteri, anak tidak mengaku bapak, dan macam-macam lagi situasi yg tidak terfikirkan dek akal terbatas manusia hurufiah (harfiah) macam kita ni. Jika ada istilah dahsyat, sana itu atas lagi. Astaghfirullah.
Lalu, ingatan untuk diri sendiri jua, cukup-cukuplah gunakan istilah lantaklah dia. Sini boleh, sana merana, mahu? Na'uzubillahiminzalik. Task kill (tasykil-ajak-sediakan orang lain untuk tunaikan hak semua orang, wallahua'lam) insya-Allah! Doa tuan.
Labels:
the shot,
tipikal days
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment