YM Joe
Ahsan meneruskan YM
bersama kawannya yang lain. Kali ini bersama Joekhairizam atau lebih mesra
dengan sapaan Joe. Joe ialah kawan Ahsan semasa di IPT. Hubungan tersebut
berlanjutan hingga kini. Joe pernah jadi kawan serumah, sebilik bahkan waktu
itu, Ahsan tidur katil atas, Joe pula katil bawah.
Antara kenangan bersama Joe yang
Ahsan ingat sampai sekarang, Joe pernah bawa skuter ke kolej kediaman mereka di
Puncak Perdana. Ahsan pinjam tunggang ke kampus induk Shah Alam. Sedang elok
Ahsan menunggang, dekat jalan lurus, sebelah kanan simpang naik ke bangunan
menara UiTM, ada sebuah motosikal yang ditunggang seorang perempuan, elok-elok
belok masuk ke simpang kanan itu tanpa signal. Ahsan yang tidaklah berapa laju
penunggangannya waktu itu, dalam babak seakan mengelak, hilang sedikit kawalan.
Lalu terjatuhlah skuter, Ahsan dan Maxx, kawan Ahsan yang jika tidak silap
memakai seluar jeans baharunya. Malang tidak berbau.
Walau tidak serius mana, calar di
skuter tetap ada. Joe sedih, tetapi tidak pula marah-marah. Joe jenis hati
lembut, mudah maafkan orang. Mudah juga hulur pinjaman. Ahsan tabik dengan
sikap Joe yang diibarat seorang abang walau mereka sebaya tahun, berbeza bulan.
Pagi itu, Ahsan menyapa Joe yang
sedang bertugas sebagai kakitangan kerajaan.
pinky_bleuc: Assalamualaikum
pinky_bleuc: salam pagi yg terakir..
jo khairizam: w'slm
jo khairizam: ye
pinky_bleuc: maafkn ak
jo khairizam: y?
pinky_bleuc: manusia tidak pernah lepas dari
kekhilafan
jo khairizam: aky maafkn
jo khairizam: so do i
pinky_bleuc: i'll always forgive u
jo khairizam: ye
jo khairizam: betul tu
Joe
positif, tidak kalut macam Izhar. Ditukar pula topik perbualan.
jo khairizam: aku kesejukan...!!!!
jo khairizam: m'gigil nih
jo khairizam: huhuhu
pinky_bleuc:
jo khairizam: wanna hug me??
jo khairizam: big one eh..!!!
pinky_bleuc: i love u
jo khairizam: luv u 2,3,4
jo khairizam: air cond kt opis ni sejuk sgt
jo khairizam: selalu ok je
pinky_bleuc: Dia bagi sejuk
pinky_bleuc: ak dah off kan je
jo khairizam: haaha
jo khairizam: aku pun dh kena penyakit ko mir
Ahsan lagi suka panas sikit daripada
sejuk-sejuk. Jika sesiapa pernah jadi teman biliknya, Ahsan kadang-kadang tidur
tanpa hidupkan kipas. Orang lain mungkin rimas, kepanasan, tetapi dia lebih
selesa begitu. Jimat elektrik katanya.
pinky_bleuc: Dia bagi sakit
pinky_bleuc: Dia sayang kita
pinky_bleuc: suruh ingat Dia salu
jo khairizam: betul2
jo khairizam: p'hapus dosa
Joe sudah biasa dengan tazkirah
Ahsan, justeru dia pun tidaklah kekok dengan bicara Ahsan. Setakat berbalas nasihat,
apa ada hal bagi Joe.
jo khairizam: kak anne tny apa dkt ko??
jo khairizam: aku tgk dlm link vid tu sakan dia tny
sapa ko
jo khairizam: hehehehe
pinky_bleuc: dia tanya siapa ak
jo khairizam: haah
Kak Anne ini pula kawan sekelas Joe
dan Ahsan. Mereka pernah sekumpulan semasa projek buat video klip lagu. Dalam kumpulan
itu ada lapan orang iaitu Ahsan, Joe, Sam, Kak Anne, Shiela, Mala, Nina dan
Nurul. Kali terakhir yang Ahsan tahu, tiga orang perempuan dalam kumpulannya
itu kini sudah berhijrah dengan memakai tudung sebagai permulaan. Seorang
memang dah pakai lama, seorang lagi tidak tahu pula apa cerita. Ahsan teruskan
bersangka baik.
Subjek video klip itu begini. Dalam satu
kumpulan, skrip yang terbaik akan diangkat dibuat video. Memang menarik. Ahsan jadi
jurugambar bidan terjun, dia juga yang edit video. The skill is there. Ahsan muat
naik di Youtube. Boleh kata beribu juga penonton video itu. Bilamana makin tua,
kawan-kawan pula sudah mahu tinggal dosa, Ahsan padam video tadi daripada
akaunnya.
Lirik lagu video Shiela ialah, “Waktu terasa semakin berlalu. Tinggalkan
cerita tentang kita. Akan tiada lagi kini tawamu. Tuk hapuskan semua sepi di
hati. Ada cerita tentang aku dan dia. Dan kita bersama saat dulu kala. Ada
cerita tentang masa yang indah. Saat kita berduka saat kita tertawa. Teringat
di saat kita tertawa bersama. Ceritakan semua tentang kita.”
No comments:
Post a Comment