Monday, July 1, 2013

Love hate

Cinta dalam hati
“Betullah.. kadang tu, dalam ramai-ramai, masa semua orang seronok layan satu benda, teruja sangat-sangat pasal satu-satu perkara, utamanya yang berkaitan dengan nafsu dalam diri, ada satu orang rasa lain. Bengang. Geram dan boleh jatuh tak percaya, lebih-lebih lagi perkara atau benda yang dilayan tadi datang dari satu orang yang dia ingat taklah sampai macam tu kurangnya. Dia ngeluh. Angkat kaki. Tak senyum. Sedih sangat dalam hati. Satu ayat tersedik, 'Aku kesian kat kau, tapi kau..? Sigh.  Aku sayang kat kau kau tau tak. Kau tak sayang aku pun tak apa, just love yourself please..”
“Apa yang kau mengarut ni San?” Jasman yang berdiri belakang Ahsan menegur tulisan Ahsan di new post-nya.
“Hmm.. macam yang kau baca. Kau pernah tak duduk kat satu situasi, satu orang yang kau suka, tetiba dia buat benda yang kau tak suka? Di mata orang lain benda tu mungkin normal. Contoh macam menyanyi bagai, pastu slowly nari macam kucing. Bukan nak cakap kau alim ke apa.. tapi apa yang dia buat tu memang salah la dari sudut batasnya. Betul.. mula kau just percaya yang dia sedang nak berubah. Tapi bila dia buat camtu.. kau jadi tawar hati. Memang kau tak perlu give up, pasal kau rasa kaulah hero yang bakal selamatkan dia. Huh.”
Jasman teguk liur sebentar, “Entahlah San..”
“Kau just bayang benda tu jadi kat kau, apa kau buat?”
Diam sebentar. “Doa dari jauh je la kot.”
Jawapan Jasman mengingatkan Ahsan pada tahap-tahap iman. Dia pernah baca dan belajar, iman terbahagi kepada tiga tahap. Didatangkan situasi yang bertentangan syariat. Iman paling kuat, cegah dengan tangan (perbuatan). Iman sederhana, cegah dengan mulut (lisan). Iman paling lemah, cegah dengan hati yakni doa sungguh-sungguh agar si pelaku hentikan perbuatan salahnya itu.
Ahsan kesal dengan diri sendiri. Selalu apabila tiba bab agama, suka benar ambil yang sekurang-kurangnya. Bab-bab dunia tidak pula begitu. Sebut pasal doa, walau bukan sampai tahap bersungguh, Ahsan ambil doa dari jauh macam yang dijawab Jasman.
Perasaan untuk menyukai satu orang akan lahir apabila tiba masanya. Perasaan ini juga selalu keliru sama ada untuk suka-suka atau untuk bersatu. Setakat suka satu orang, tanpa sempat meluahkannya adalah perkara yang lali dalam hidup seorang Ahsan pada zaman bujangnya. Perasaan suka satu orang, cinta dalam hati, kemudian orang itu pergi entah ke mana, memang sangat biasa berlaku dalam hidup orang yang pendiam macam Ahsan.
Kali itu, Ahsan sering dikacau perasaannya oleh rakan sekelas yang Ahsan rasa, dialah hero untuk gadis itu. Tiba masa Ahsan mahu tunjuk taman dalam hati, gadis itu lebih dulu bersuara. Rupa-rupanya dia memang demikian, jenis layan semua lelaki segedik itu. Hanya Ahsan yang lambat tangkap.
Takdir itu penuh hikmah. Kasihan tetap Ahsan kasihan. Cuma dia terus doa dari jauh agar gadis tadi dijodohkan dengan lelaki yang lebih baik daripada dirinya. Pernah Ahsan dengar ustaz beritahu, jangan dakwah tanpa kias dengan tiga golongan. Pertama, mak ayah, kedua, orang alim, ketiga, perempuan.
Pernah satu waktu, Ahsan beri hadiah tudung kepada seorang kawan perempuan. Ayahnya sudah meninggal. Ujar Ahsan, “Kesian la kat ayah kau..” Punya melenting budak perempuan itu, Ahsan sendiri mati kutu. Ingatkan makin baik, sebaliknya pula yang berlaku. Tidak pasal-pasal jadi fitnah.
Untuk mereka ini, ustaz pesan, dakwah dengan akhlak. Antara dakwah terbaik, balas keburukan dengan kebaikan. “Mampu?”Ahsan tunduk lesu. Dia dalam usahanya menjadi pemaaf tegar. Ibarat memadam tulisan yang tetap meninggalkan bekas tekanan pensel itu tadi.

No comments: