Tuesday, July 2, 2013

Wawasan akhirat


Yahoo! Messenger dengan Nizam
Satu pagi yang biasa lewat tahun 2010, Ahsan membuka akaun YM-nya. Satu orang kawannya, bekas kawan rumahnya di Seksyen 7 Shah Alam, sudi bertamu menyapa Ahsan pagi itu.

syedshahrulnizam: hye

pinky_bleuc: salam

Ahsan dulu guna model 3310. Bagi yang perasan, hanya 10 abjad boleh digunakan untuk beri nama pada profil handphone itu. Antara nama profil 3310-nya ialah pinkybleuc. Kenapa Ahsan pilih pinky? Pasal dia suka perhatian, mahu lain daripada lain. Kenapa pilih bleuc? Nokianya itu berwarna biru. Blue become bleuc become his yahoo email address eventually.

syedshahrulnizam: selamat pagi

pinky_bleuc: pagi terakhir thn ini

syedshahrulnizam: wow ayat yg mengingati kematian

pinky_bleuc: begitulah

Nizam ialah satu orang kawan surau yang banyak beri input akhirat kepada Ahsan. Bilamana berbual dengan Nizam, Ahsan sendiri terdorong berbual ke arah itu. Ini baru betul kawan baik dunia akhirat namanya.

syedshahrulnizam: so apa arah tuju anta hari ni..

pinky_bleuc: biasalah

syedshahrulnizam: adakah anta begitu bertenang dgn tahap kebiasaan sekarang

pinky_bleuc: astaghfirullah

pinky_bleuc: ketenangan datang dengan mengingati-Nya

Ahsan tersilap dengan ‘kebiasaan’, kembali mengarah ke perbualan yang sepatutnya.

syedshahrulnizam: wow

pinky_bleuc: semua kata akan dihitung

pinky_bleuc: melainkan yg mengajak kepada ma'ruf

syedshahrulnizam: oh..saya begitu terharu

pinky_bleuc: setiap pertemuan pasti ada perpisahan

pinky_bleuc: setiap yg bernyawa pasti akan mati

pinky_bleuc: sebanyak pasir di bumi

pinky_bleuc: banyak lagi bintang di langit

pinky_bleuc: banyak lagilah dosa saya yg hina ini

pinky_bleuc: rahmat Allah Maha Luas daripada itu

syedshahrulnizam:

Terus-terusan pula Ahsan bertazkirah menyebabkan hanya baris kosong yang di-enter Nizam.

pinky_bleuc: menangislah apabila harus menangis

syedshahrulnizam: tapi bagaimana keaadan 7 bilion umat tu      

Nizam mula menimbulkan persoalan yang membuahkan kerisauan. Fikir seorang da’i tegar.

pinky_bleuc: ini semua salah saya

syedshahrulnizam: saya nak 7 bilion sedar jugak

pinky_bleuc: tugas kita hanya menyampaikan

syedshahrulnizam: bukan salah anta tetapi salah syaitan yg hasut anta..

pinky_bleuc: sesungguhnya mereka telah berkompromi dengan nafsu serakah yang diam dalam diri ini sekian lamanya..

Ayat di atas dirasakan ayat penyimpul segala kelemahan diri Ahsan. Dia akur, dia lemah iman. Dia juga akui, dia gemar berbual dengan Nizam. Pada sela waktu yang kebanyakan remaja lelaki lain lebih suka berbicara soal bola, wanita serta lagha yang sewaktu dengannya, Ahsan memilih untuk topik noktah. Bukan topik entah apa-apa yang tidak membawa ke mana. Terus pada topik mati. Itu noktah. Itu juga matlamat. Bukan takat 2020. Ya. Wawasan akhirat.

No comments: