Hajidah
“San,
aku nak ikut pi Terengganu boleh?” aku tanya senyum-senyum.
“Boleh,
ko nak naik apa?” soal Ahsan semula.
“Aku
tumpang koranglah.”
“Bereh.
Boleh tong-tong minyak, heh.”
“Bayaran
macam mana? Aku kena bayar berapa?”
“Insya-Allah
aku tanya Cikgu Khairy, dia yang anjurkan. Aku jadi penceramah jemputan je.”
Lepas
waktu rehat, Ahsan datang bahagian majalah beritahu aku, “Ji, ko dah baca
facebook?”
“Baca
apa?” aku agak kebingungan di situ.
“Pasal
bengkel la. Semua yang ko nak tau pasal bayaran ada situ. Aku da invite ko
private message dengan Khairy and Bonda Nor. Papehal beritahu balik ya.”
Teknologi sungguh.
Lepas
aku baca, lepas Asar pula, Ahsan naik lagi ke bahagian majalah.
“Huh,
aku ingatkan free. Sekali kena bayar yuran gak. Nanti aku fikir baliklah.”
“Ok.”
Ahsan jawab ringkas.
Tidak
lama selepas itu, aku menyampuk dalam ‘private message’ di Facebook. Dengan
selamba aku taip: Assalamualaikum semua, saya Hajidah.
Hajidah:
Boleh tak beri diskaun lagi untuk saya datang bengkel esok ni insya-Allah?
Sebelum
itu sebenarnya Cikgu Khairy sudah beri diskaun yuran daripada RM150, jadi
RM100. Sebetulnya juga, aku saja mahu ikut, jalan-jalan ke Terengganu, setakat
kongsi bayar minyak. Ingat nanti boleh tumpang tidur bilik hotel kongsi dengan
Bonda Nor. Lalu tidaklah mahal sangat kos cuti-cuti ini. Itu pasal jika boleh
mahu minta kurang lagi.
Bonda:
Entah ustaz, mana ada orang cas media datang buat liputan.
Hajidah:
Macam ni, saya buat berita untuk masukkan dalam majalah, tapi bengkel saya
duduk free, boleh? Hehe..
Khairy:
Oklah, free.
No comments:
Post a Comment