Jumpa dua Kumar. Kumar yang pertama kerja dua orang,
bos dan dia. Betapa positifnya ada orang itu sampai keluar ayat ini, “The
answer is yes, what is your question?” Kumar beritahu kawan beliau di India,
anak orang kaya di Mumbai dididik begini. Ajar anak bezakan ‘mahu’ dan ‘perlu’.
Ibu bapa beri apa yang ‘perlu’, anak perlu usaha sendiri apa yang ‘mahu’. Kumar
juga beritahu penting ada matlamat tahunan, maksimum 8. Pertamanya senaraikan
peranan seperti ini: anak, suami, bapa, kawan, pekerja. Setiap peranan boleh
letak satu atau lebih sasaran untuk dicapai, maksimum 8 ke 10 setiap tahun.
Selepas
ada sasaran, buat gerak kerja dan jadual untuk kita pantau sama ada sudah
dicapai ikut peringkat atau belum. Rancangan yang spesifik ini bantu mudahkan
capai sasaran. Sebaiknya juga orang yang terlibat dengan sasaran atau matlamat
ini dimaklumkan agar mereka turut memudahkan sasaran ini dicapai dan tidak
bersalahan dengan jadual mereka pula.
Kumar
yang kedua beritahu pasal Almera, jimat minyak dan boleh tahan untuk cecah satu
lapan di lebuh raya. Kumar yang ketiga (tambahan) kawan penulis yang bertugas
sebagai PTD, patut bahasa melayunya bagus, orang kerajaan rupanya, sebagusnya
begitu melayunya.
Semalam
pula jumpa seorang lanun berketurunan Bugis dari Sarawak. Dia bangga dipanggil
lanun. Sebabnya? Sebut lanun terus dibayangi segala yang negatif walhal lanun
yang asal itu maknanya mereka yang pakar laut. Sebab apa lanun dikelas negatif?
Sebab tidak tunduk pada penjajah. Ya, sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Contoh
mudah kita gelarkan pejuang kemerdekaan, sebaliknya penjajah memanggil mereka
penentang sebab tidak sebulu dengan mereka. Ya, sekadar istilah yang disalah
erti sebab ikut majoriti.
Lalu?
Bertemu orang ini ibarat buku travelog yang tidak dibukukan. Pengalaman mereka
ibarat kita pergi ke mana mereka pergi. Banyak lagi kisah berlainan orang berlainan
ibrah, tinggal ambil kisah atau buat tak endah. Sama ada buku atau orang,
bacalah.
No comments:
Post a Comment