Begitu
lebih lagi dengan solat. Selagi ada kewajipan solat, selagi itu wajib bicara soal
solat. Hakikatnya semua makhluk itu bersolat, dengan berzikir kepada-Nya.
Berapa
ramai orang yang azam tahun baharunya seperti ini:
1) Baiki solat
2) Meng-Islam-kan orang kembali Islam
Pertama,
fahamilah makna bacaan dalam solat sedari niat, takbir, fatihah, rukuk,
iktidal, sujud, duduk, tahyat hingga ke salam.
Ambil
contoh makna bacaan dalam duduk antara dua sujud, dimulai dengan minta ampun,
di akhirnya pula minta dimaafkan-Nya, di tengah-tengah doa itu kita minta 6
perkara penting dalam hidup: kasih sayang-Nya, ditutupkan aib, ditingkatkan
darjat, diberi rezeki, dipimpin ke jalan yang benar dan diafiatkan-Nya.
Buku
#solatmukminvssolatmuslim tulisan Ustaz Muhammad Nasib Zawawi bukan bicarakan
soal hukum-hakam solat, sebaliknya bagaimana untuk mendapat ruh dan
pertingkatkan adab dalam solat.
Bila
tidak faham bacaan dalam solat, perasan khusyuk bukanlah perasaan khusyuk yang
sebenar. Itu mungkin tipu daya syaitan untuk seseorang itu seronok saja-saja
dengan solatnya yang sia-sia.
Solat
muslim kagum dengan diri sendiri selepas solat. Solat mukmin kagum dengan Allah
yang mengizinkan solat, iktimad hanya pada Allah.
Seorang
yang jujur pada Allah, pasti jujur dengan manusia. Solat jemaah saling
menyempurnakan. Pilih antara luruskan saf atau hati dihancurkan. Betulkan saf
macam kawad dalam perang, bukan sekadar imam cukupkan syarat.
Solat
pastikan mulut tak berbau, jangan ganggu jemaah lain, syok sendiri bacaan kuat.
Jangan keraskan badan, beri ruang kepada jemaah lain. Kita semua azam perbaiki
solat, insya-Allah?
No comments:
Post a Comment