Alhamdulillah, tanpa gagal pos keempat, istiqomah
Jumaat berjaya dilaksana. Benda mudah, capai kejayaan. Perkara sukar,
mengekalkan kejayaan. Jadi bila Hanif tanya, staf kerajaan merangkap sepupu
isteri, soalan Harimau Muda boleh berjaya macam AFCU23 atau tidak bila jadi
senior nanti, jawab saya: mungkin boleh dengan syarat disiplin dan mindset. Disiplin
untuk kekal fit dan melawan, mindset utama bukan duit, tapi negara. Sekadar dua
sen kata homo sapiens.
Okey mana
rutinnya? Setakat awal 2018, anak baru masuk sekolah, lalu pagi usaha bangun
jam 5, mengaji, subuh di tempat azan dilaungkan, taklim kalau malam tadi tak
buat, mandikan anak, buang sampah, hantar anak ke sekolah, pi opis, asmaul
husna, buat kerja sambil dengar nasihat sifu najib asaddok, update IG, faks
sekolah, rancang PBAKL2018.
Balik
jadi drebar, jumaat cuti, wiken pulun lepas subuh dan usaha istiqomah Dhuha
harian. Itu rutin awal 2k18. Alhamdulillah masih dalam kawalan.
Khutbah
tadi cakap pasal godaan syaitan, mudah hasut bila kita marah, layankan nafsu
walau asalnya halal, terburu-buru ibarat kesatria papan kekunci yang saling
berlumba siapa dulu tahu dan beritahu tanpa kaji betul ke bohong.
Bercakap
pasal drebar, dakwah mengajar untuk jumpa paling kurang 25 orang sebagai medan
cakap iman untuk diri sendiri. Paling tidak sebar sebanyak salam yang boleh
dalam sehari. Dek dakwah iman pun tidak, sebar salam pun dan tak dan, makanya
kerisauan itu lahir bila ketemu dengan non-muslim yang jadi rider.
Benar
bagai dikata, dunia ini syurga orang kafir. Kasihan melihat nikmat ilusi
duniawi yang mereka kecapi di sini andai Tuhan masih tak dikenali. Istighfar untuk
saya, semoga tuan puan yang baca pos ini dan semua orang yang pernah kita
kenali dan berhubung dengan kita akhir kalam semuanya husnul khotimah. Itu saja
kita mahu, mati dalam iman, bangkit sana juga dengan iman yang soheh. Aamiinn.
No comments:
Post a Comment