Thursday, November 29, 2012

Tahukah kalian, apakah rahsianya?

Tue, October 23, 2012 11:38 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

"Aku menyaksikan di rumah pamanku (Maulana Ilyas), ayam dan kucing bercampur gaul sepanjang hari. Tiada pernah seekor pun kucing mengapa-apakan si ayam dan tak pernah seekor ayam pun berlari kerana takutkan kucing."

Maulana Zakariya- Fadilat Sedekah

Wednesday, November 28, 2012

mimpi di siang hari boleh dipakai

Thu, September 6, 2012 11:34 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Mimpi pada siang hari juga membawa erti ... peribahasa, "Jangan bermimpi di siang hari" tidak boleh dipakai.

Nabi SAW selalu tidur sebelum Zohor di rumah Ummu Haram dan suaminya, Abdullah bin Somit dan pernah bermimpi mengenai armada perang yang menggunakan kapal.:-)
 
Wallahu a'lam.

Tuesday, November 27, 2012

Himpunan 20 Kisah Keajaiban Para Sahabat

Wed, October 31, 2012 10:51 pm
Khairy Tajudin Novelis Remaja posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Jika diselak semula kitab sirah, kita akan mengetahui begitu banyak kisah pelik PARA SAHABAT NABI yang sepatutnya diketahui oleh generasi hari ini. Atas maksud itulah, buku 20 Kisah Keajaiban Sahabat ini ditulis bagi menceritakan mengenai karamah Para Sahabat yang telah mendapat pengiktirafan daripada Allah SWT dengan gelaran radiallahu anhuma.

1. Zaid bin Harisah R.A.: Bantuan Malaikat Ketika Dirompak
Mengisahkan perjalanan hidup Zaid r.a. bermula detik dirinya menjadi hamba, kemudian dinaikkan taraf menjadi anak angkat Nabi SAW. Zaid menjadi orang yang paling disayangi oleh Baginda sehingga sering dilantik menjadi panglima perang dalam setiap peperangan. Zaid pernah mengalami peristiwa aneh tatkala dirinya hampir dengan maut di tangan seorang perompak. Namun, bantuan ghaib daripada Allah SWT telah menyelamatkan beliau daripada dibunuh asbab permohonan perlindungannya kepada Allah SWT melalui amalan solat.

2. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah R.A.: Ikan Besar Untuk Tentera Yang Kelaparan
Beliau diakui sebagai orang paling amanah oleh Rasulullah SAW dan sering menjadi tempat rujukan oleh setiap khalifah pada zamannya. Beliau tergolong antara Sahabat yang paling awal memeluk Islam. Kecintaannya kepada Nabi SAW terbukti dalam Perang Uhud apabila beliau sanggup mematahkan giginya untuk mencabut besi yang terbenam di pipi Baginda. Beliau pernah memimpin sepasukan tentera yang terputus makanan di tengah perjalanan. Namun, bantuan ghaib daripada Allah datang berupa seekor ikan Ambar yang besar. Ikan tersebut menjadi santapan mereka selama beberapa minggu.

3. Jaafar bin Abi Talib At-Thayyar R.A.: Lelaki Bersayap
Beliau ialah wakil Nabi SAW untuk bertemu Raja Najasyi dalam peristiwa hijrah pertama. Beliau bijak menyusun kata sehingga akhirnya Najasyi beriman. Selepas penaklukan Khaibar, beliau dan umat Islam berhijrah ke Madinah. Jaafar r.a. pernah dilantik menjadi amir dan meninggal dunia dalam Perang Muktah dengan kedua-dua tangannya putus. Beliau dijanjikan sayap di syurga sebagai ganti tangannya yang putus itu.

4. Said bin Zaid R.A.: Doa Yang Dimakbulkan
Beliau mendapat hidayat berkat doa ayahnya walaupun ayahnya tidak sempat berjumpa Nabi SAW. Beliau adalah adik ipar Umar r.a. dan tergolong antara 10 orang Sahabat yang dijanjikan syurga dalam hadis. Beliau juga menjadi antara asbab Umar r.a. mendapat hidayat. Kebelakangan hari, beliau telah difitnah oleh seorang wanita jahat yang menuduh beliau merampas tanahnya. Asbab doa beliau, Allah telah tunjukkan siapa yang benar antara mereka dan wanita itu mati dalam keadaan yang mengaibkan.
 
5. Sayidina Hamzah bin Abdul Mutalib R.A.: Jenazah Yang Dimandikan Oleh Malaikat
Beliau menjadi pembela Rasulullah SAW ketika Baginda dihina oleh Abu Jahal. Keberaniannya itu menimbulkan gentar di hati pihak Quraisy. Tidak hairanlah beliau digelar ‘Singa Allah’. Dalam Perang Uhud, beliau telah syahid ditombak oleh Wahsyi yang akhirnya memeluk Islam. Beliau juga dijanjikan sebagai penghulu para syuhadak.

6. Tufail bin Amru Ad-Dausi R.A.: Cahaya Pada Wajahnya
Beliau adalah seorang penyair hebat yang akhirnya terpaksa mengalah dengan kehebatan ayat al-Quran. Setelah memeluk Islam, beliau terus berdakwah kepada kaumnya dan Allah mengeluarkan cahaya pada wajahnya. Akhirnya, kaum Daus ramai-ramai memeluk Islam termasuk Abu Hurairah r.a..

7. Saad bin Abi Waqqas R.A.: Menyeberangi Sungai Tigris Dengan Kuda
Beliau memeluk Islam ketika remaja, menjadi orang pertama yang melepaskan panah ke arah musuh dan orang pertama yang terkena panah musuh. Beliau sering dilantik menjadi amir dan pernah mengalami peristiwa aneh ketika bersama-sama tentera Islam menyeberangi Sungai Tigris yang bersaliran deras dengan hanya menunggang kuda. Semua ini adalah antara bantuan ghaib kepada Para Sahabat.

8. Saad bin Muaz R.A.: Matahari Madinah Yang Diziarahi Para Malaikat
Saad bin Muaz r.a. merupakan seorang Sahabat Nabi SAW dari kalangan Ansar, yakni penduduk Madinah. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan seorang pemuda yang berpengaruh di kota itu dan sangat kuat menentang dakwah Mus‘ab bin Umair r.a. Namun, akhirnya beliau memeluk Islam dan menjadi pembela yang kuat serta perancang strategi yang bijak. Beliau syahid akibat terkena panah dalam Perang Khandaq dan jenazahnya mendapat penghormatan daripada para malaikat.

9. Salman Al-Farisi R.A.: Bantuan Allah Dalam Perang Khandaq
Salman r.a. mempamerkan kebijaksanaannya dalam merancang strategi Perang Khandaq (parit). Dalam peristiwa ini juga dipaparkan bagaimana tentera Islam mendapat bantuan ghaib berupa makanan yang cukup untuk semua mereka dengan hanya sepinggan roti dan seekor anak kambing. Allah juga menghantar angin kencang untuk memporak-perandakan musuh. Juga alamat kepada kejatuhan Rom dan Parsi melalui percikan api daripada batu yang dipukul oleh Rasulullah SAW.

10. Abu Darda’ R.A.: Periuk Berzikir
Mengisahkan bagaimana beliau memeluk Islam asbab saudaranya, Abdullah bin Rawahah r.a. Asalnya, beliau ialah seorang pedagang dan kerana bimbangkan masanya dan tawajjuhnya tidak tertumpu pada Allah, beliau sanggup meninggalkan perniagaannya untuk menumpukan perhatian terhadap Allah. Beliau dikurniakan hikmah dan menjadi ikutan para ahli tasawwuf. Asbab zikir yang selalu diamalkannya, periuk di rumahnya turut mengalunkan tasbih.

11. Ala’ bin Hadhrami R.A.: Berkuda di Atas Air
Beliau menjadi panglima tentera ke Bahrain. Dalam perjalanan itu, mereka mengalami peristiwa aneh. Allah menurunkan hujan tatkala bekalan mereka kehabisan dan mereka menyeberangi laut Bahrain dengan hanya menunggang kuda. Beliau syahid dalam peperangan itu dan beliau disemadikan di sebuah tempat. Cahaya keluar dari kuburan beliau.

12. Tamim Ad-Dari R.A.: Pertemuan Dengan Dajjal
Sebelum memeluk Islam, beliau pernah bertemu dengan Dajjal tatkala beliau dan rakan-rakannya tersadai di sebuah pulau. Nabi SAW membenarkan kisah itu. Beliau juga menjadi orang pertama yang membawa lampu ke Masjid Nabawi setelah 9 tahun berada dalam kegelapan.

13. Muaz bin Jabal R.A.: Penangkap Syaitan
Mengisahkan bagaimana beliau berhadapan dengan syaitan yang menyamar untuk mencuri kurma pada waktu malam. Dalam peristiwa ini, syaitan mengkhabarkan satu amalan untuk mengelakkan rumah dimasuki syaitan iaitu dengan membaca ayatul Kursi. Kenyataan itu dibenarkan oleh Rasulullah SAW walaupun ia datang daripada syaitan.

14. Safinah: Bercakap Dengan Harimau
Mengisahkan tiga cerita yang berbeza tetapi berkaitan dialog harimau dengan Para Sahabat r.hum

15. Sayidina Umar bin Al-Khattab R.A.: Menundukkan Sungai Nil
Mengisahkan dua karamah beliau. Pertama, dengan hanya menulis surat untuk Sungai Nil, airnya yang kering melimpah ruah sehingga tidak surut lagi. Kedua, dengan bantuan Tamim ad-Dari r.a., beliau menghalau lahar gunung berapi masuk kembali ke lubangnya.

16. Hisyam bin Al-As Al-Amawi R.A.: Menggoncang Istana Hercules
Mengisahkan pertemuan beliau bersama-sama seorang lagi Sahabat bertemu Hercules. Dengan laungan takbir, istana Hercules bergoncang.

17. Hisham bin Al-As Al-Amawi R.A.: Penemuan Gambar Para Rasul
Hercules membenarkan mereka tinggal di istananya selama 3 hari. Dalam tempoh tersebut, mereka berpeluang melihat gambar para Nabi yang tersimpan di istana itu. Ia adalah gambar yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Adam a.s. tatkala Nabi Adam a.s. meminta untuk melihat keturunannya.

18. Abu Hurairah R.A.: Bantuan Ghaib Kepada Ahlus Suffah
Beliau sebatang kara dan hidup bersama-sama Ahlus Suffah. Pernah mengalami beberapa peristiwa aneh yang merupakan bantuan ghaib daripada Allah SWT untuk dirinya dan rakan-rakannya yang sentiasa sabar menahan lapar.

19. Sayidina Umar Al-Khattab R.A.: Dialog Dengan Ahli Kubur
Pada zaman kekhalifahan Sayidina Umar bin al-Khattab r.a, terdapat seorang pemuda yang sangat rajin beribadat. Beliau sangat rajin berulang-alik ke masjid sehinggakan Amirul Mukminin kagum kepadanya. Beliau mati tatkala menyelamatkan imannya daripada godaan seorang perempuan cantik. Sayidina Umar r.a. diizinkan Allah berdialog dengan pemuda itu di dalam kubur dan pemuda itu berkata bahawa dia telah dikurniakan syurga.

20. Amru bin Jamuh R.A.: Tempang Bukan Halangan
Beliau memeluk Islam setelah ketiga-tiga anak lelakinya terlebih dahulu memeluk Islam. Pada usia yang tua, beliau tetap mahu berjihad walaupun kakinya tempang sebelah. Beliau syahid dalam perang Uhud dan jasadnya tidak reput walaupun setelah beberapa puluh tahun selepas itu.

Monday, November 26, 2012

Sejak bilakah Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi nabi?

Sat, October 13, 2012 12:08 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Jawapan:
Para Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, sejak bilakah tuan dilantik menjadi nabi?"
...
"Ketika Nabi Adam berada dalam proses untuk disatukan jasad dan roh, aku telah dilantik menjadi nabi."

Keterangan:
Sebenarnya, satu istilah yang paling selamat untuk mengatakan apa yang berlaku ketika Nabi SAW berumur 40 tahun ialah, "Nabi SAW menerima wahyu al-Quran yang pertama."
Sejak kecil lagi, ciri-ciri kenabian telah wujud pada diri baginda sehingga ahli kitab sendiri mengakuinya. Pada bahagian antara dua belikat Nabi SAW, terdapatnya mohor penutup sekalian Nabi.
Dalam ilmu Usuluddin, ciptaan pertama yang ALLAH jadikan ialah Nur Muhammad.
Kemudian, barulah Allah jadikan makhluk-makhluk yang lain...

Wallahua'lam.;-)

Sunday, November 25, 2012

Jangan Pertikai Ulama

Sun, October 28, 2012 12:31 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Wasil bin Ato’ telah duduk di dalam majlis Hasan al-Basri. Meskipun begitu, Wasil tidak bersetuju dengan pendapat Hasan untuk satu perkara. Dia mencabar Hasan untuk berdebat. Namun begitu, Hasan bersabar dan tidak mahu melayan perdebatan itu.
Baginya, itu bukan satu perkara yang penting dan ia boleh merosakkan ilmu.
Akhirnya, Wasil telah keluar dari majlis Hasan. Akibatnya, Hasan berkata, “Dia telah berpisah daripada kita.” Sikap kurang ajar Wasil telah menyebabkan dia telah membawa satu fahaman sesat yang dikenali sebagai Muktazilah.

Thursday, November 22, 2012

Tahukah anda?

Sat, November 3, 2012 7:43 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki Al Hasani Berguru Dengan Ulama India: Maulana Zakariyya, Maulana Yusuf dan Maulana Inaamul Hasan...

Sekembalinya Abuya ke Makkah beliau mengisahkan segala pengalamannya di India dan beliau sangat tertarik dengan sistem pelajaran ilmu hadith di Madrasah Darul-Ulum Deoband, Uttar Pradish, India. Lalu Abuya memohon sekali lagi dengan segala kerendahan hati agar ayahanda beliau mengizinkannya berangkat ke India untuk mempelajari ilmu hadith.

Sayyid Alawi memahami hasrat anaknya yang berkobar-kobar itu sehingga beliau mengizinkannya untuk berangkat sekali lagi ke India untuk belajar ilmu hadits di Madrasah Darul-Ulum Deoband.

Abuya terus berangkat ke India dan menuju Madrasah Darul Ulum Deoband dan terus mengikuti “Daurah” khusus dengan ilmu hadith, yang bererti mengkhatamkan “Al-Kutubus-Sitt” (Kitab hadits yang enam itu, iaitu Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah) dalam masa yang singkat.

Dan semasa di India Abuya berguru dengan Maulana Syeikh Muhammad Zakaria Al Kandahlawi, pengarang Syarah Muwaththa’, Syeikh Fakhruddin Ahmad Syaikhul-Hadith di Darul-Ulum Deoband, Syeikh Habiburrahman Al A’zhami, Syeikh Abul Wafa al Afghani, Syeikh Muhammad Yusuf Al Kandahlawi, pengarang kitab Hayatus-Sahabah, Syeikh Muhammad Idris Al Kandahlawi, Syeikh Zhafar Ahmad Al Utsmani, Syeikh In’amul Hasan dan Syeikh Mufti Musthafa Bin Imam Ahmad Ridha Khan Al-Berilewi dan lain-lainnya.

Setelah menamatkan daurah hadith, beliau kembali ke Makkah dengan hati yang penuh gembira kerana apa yang beliau idam-idamkan telah tercapai. Abuya tinggal di India pada kali ini selama lima bulan.

Selain India Abuya juga pergi ke Pakistan dan Abuya juga berguru kepada Mufti Pakistan Syeikh Muhammad Syafi’ dan Syeikh Muhammad Yusuf Al Bannuri dan lain-lain lagi.

[“Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki Al Hasani Rahimahullahu Ta’ala – Sejarah Hidup dan Dasar-dasar Pemikirannya”, oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi Al Maliki (Ahmad Fahmi bin Zamzam), Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah, ISBN 983-2052-47-5, m/s 28 & 29]
_________________________________
Berdasarkan fakta di atas, jika ada puak yang mengatakan ulama ahlul bait sama ada dari Yaman atau Makkah menuduh sesat kepada ulama-ulama India (aliran Deobandi), sila ketuk kepala dia dengan penyapu dan beritahu kat dia, "Mengapa hang ni bodoh sangat?"

Wednesday, November 21, 2012

Anda tentu biasa mendengar kisah Nabi Ibrahim 'mencari tuhan' kan?

Mon, November 5, 2012 10:41 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Sebenarnya, kisah Nabi Ibrahim itu begini
- Nabi Ibrahim mahu berhujah dengan kaumnya yang menyembah bulan dan matahari. Lalu, beliau berhujah mengatakan bahawa sesuatu yang hilang dan bergerak-gerak, berubah-ubah itu bukanlah tuhan.

Kisah ini bukan menunjukkan bahawa beliau sebelumnya tidak mengenal tuhan dan tiada agama. Fahaman semacam ni salah dan boleh menggelincirkan akidah. Semoga Allah mengampunkan kita.

Tuesday, November 20, 2012

hukum makan daging binatang yg minum benda haram

Sat, November 3, 2012 12:30 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Adakah halal makan daging binatang (yang halal dimakan) atau produk daripadanya yang mana binatang itu sejak kecil minum susu daripada babi atau diberi minum arak dan seumpamanya?

Jawapan: Para ulama memfatwakan HARUS dan MAKRUH pada qaul yang sohih manakala sesetengah daripada mereka mengatakan HARAM pada qaul yang daif.

Dalil: Terdapat riwayat memberitakan bahawa Nabi SAW pernah makan keju Syam yang diberikan oleh orang lain sedangkan keju itu diperbuat daripada susu haiwan yang mana haiwan tersebut menyusu daripada babi (sejak kecil minum susu babi).

PERBINCANGAN:
HEBOH dikatakan di media massa, buah betik yang diberi baja tahi babi. Heboh juga ayam dan ikan diberi makan bangkai dan sebagainya. Semuanya heboh mengalahkan JAKIM padahal hukum asalnya yang sohih adalah HARUS atau paling berat pun MAKRUH.

Wallahu a’lam.
________________________

Ini adalah antara catatan pengajian kitab Majmuk – Risalah Ketiga (Bab najis) - yang disyarahkan oleh guru saya.

Monday, November 19, 2012

GURU

Tue, October 23, 2012 11:56 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Sesiapa yang berguru dengan internet semata-mata, sesungguhnya dia telah berguru dengan setan!

Pesanan untuk saya dan semua rakan, carilah GURU yang mursyid. Sekian

Sunday, November 18, 2012

Nasihat Imam Abu Laits as-Samarqandi

Thu, November 1, 2012 10:50 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Dengan siapa kita bergaul, itulah sifat kita.
1. Bergaul dengan orang kaya, akan bertambah kecintaan kepada harta
2. Bergaul dengan orang miskin, akan bertambah sifat redha
3. Bergaul dengan para penguasa, akan bertambah sifat takabur
4. Bergaul dengan wanita (bukan mahram), akan bertambah syahwat
5. Bergaul dengan budak-budak, akan cinta kepada permainan
6. Bergaul dengan orang fasik, bertambah keberanian berbuat maksiat dan melambatkan taubat
7. Bergaul dengan orang soleh, bertambah keseronokan untuk beramal
8. Bergaul dengan ulama, bertambah ilmu dan semangat untuk mengamalkan agama

Sebab itulah kita disuruh melakukan 7 & 8 semasa keluar.

KT - Renung-renungkan dan selamat mengambil pengajaran ^_^

Thursday, November 15, 2012

Himpunan Kisah Teladan

Wed, October 31, 2012 1:05 pm
Khairy Tajudin Novelis Remaja posted in Peminat Novel Islami

Para Sahabat RHUM adalah manusia termulia di atas muka bumi ini setelah Para Nabi dan Rasul AS. Kekuatan iman dan pegangan sunnah yang mereka miliki memang tidak ada tolok bandingnya. Merekalah manusia yang awal-awal beriman, hidup bersama-sama Rasulullah SAW dan berjuang menyebarkan kalimah Allah sehingga ke seluruh pelosok alam dalam susah atau pun senang. Jika diselak semula kitab sirah, kita akan mengetahui begitu banyak kisah kehidupan mereka yang sepatutnya menjadi panduan kepada generasi hari ini. Atas maksud itulah, buku 20 kisah ini ditulis bagi menceritakan mengenai kehebatan Para Sahabat yang telah mendapat pengiktirafan daripada Allah SWT dengan gelaran radiallahu anhuma.

Tuesday, November 13, 2012

Doa Kahwin (semasa majlis walimatul urus)

Allah Maha Kuasa, makhluk tak ada kuasa.

Istighfar
Fatihah
Doa pembuka


Ya Allah ya Rahman ya Rahim, ampunkanlah dosa-dosa kami.

Berikanlah taufik dan hidayah kepada jiwa-jiwa kami dan orang-orang yang kami sayangi.
Janganlah Engkau memalingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami
dan berikanlah kami rahmat-Mu yang besar.

Ya Allah ya Tuhan kami,
sesungguhnya hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu dan ingin mencari keredhaan-Mu.
Kayakanlah kami dengan ilmu, muliakanlah kami dengan takwa
dan elokkanlah kami dengan akhlak yang baik.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berkatilah majlis perkahwinan ini.
Limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada (nama) dan (nama).
Kurniakanlah mereka kelak zuriat yang soleh dan solehah.
Kekalkanlah jodoh mereka hingga ke jannah,
juga sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah rahmat kepada pasangan pengantin ini agar kekal abadi.
Aman damai yang berkekalan di alam rumah tangga,
sihat wal afiat, dimurahkan rezeki dan diberkatkan usia
serta mendapat syafaat daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
satukanlah hati (nama) dan (nama) seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha, juga seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Jadikanlah ya Allah, maksud hidup Nabi Muhammad SAW sekeluarga sebagai maksud hidup kami dan umat ini hingga hari kiamat.

Doa penutup.

Sunday, November 11, 2012

TAIRU

Tue, October 30, 2012 11:34 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

PADA MULANYA, aku tidak suka dengan tairu kerana rasanya yang masam. Kali pertama aku dihidangkan dengan tairu ialah ketika di Pakistan. Kami diikram nasi beriyani berlaukkan tairu. Memang aku tak boleh pi. Last, amersab Pakistan pun faham, orang Melayu kena makan nasi dengan lauk. Barulah dapat rasa beriyani berlaukkan ayam.

Selama di Raiwind, ada disedikan tairu. AKu lihat orang lain sibuk mengacau tairu dan minum dengan rasa yang masam. AKu masih belum berselera.

Route terakhir di Pakistan, ada kawan try tambah gula ke dalam tairu itu. AKu cuba.
Masya-ALlah....sedapnya! Barulah aku tahu, tairu itu adalah yogurt yang ditambah gula. Mulai hari itu, aku mula gian makan tairu tapi, sudah last route. Masuk Bangladesh, dah tak jumpa tairu.

^_^

Thursday, November 8, 2012

Amalan tahnik ni bagus.

Mon, October 29, 2012 3:00 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Ada satu cerita mengenai Hasan al-Basri. Sejak kecil, beliau dipelihara oleh Ummu Salamah, isteri Nabi SAW. Ibu dan ayahnya adalah bekas hamba. Ummu Salamah membawa Hasan kepada Sayidina Umar untuk ditahnikkan dan Amirul Mukminin berdoa untuknya sehingga beliau menjadi seorang ulama yang masyhur.

Wednesday, November 7, 2012

Apa iktibar daripada hadis ini?

Wed, September 5, 2012 8:48 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Pada hari kiamat kelak, Allah SWT akan memanggil seorang hamba-Nya. Kemudian, hamba itu diberikan 99 buah buku catatan amalan yang setiap satunya mempunyai lembaran sejauh mata memandang. Kemudian, Allah bertanya, “Adakah kamu mahu menafikan apa-apa yang telah ditulis oleh malaikat dalam buku catatan amalanmu ini?”

Jawab si hamba, “Tidak (semua yang ditulis ini adalah benar).”

Si hamba itu juga tidak dapat menafikan dosa-dosa yang dilakukannya semasa di dunia.

Semuanya dicatat dengan teliti dan betul sehingga tiada alasan untuk memohon maaf.

Kemudian, Allah berkata, “Pada hari ini, kamu tidak akan dizalimi. Ada kebaikan yang terdapat padamu.”

Lalu, Allah mengeluarkan sekeping kertas yang tertulis di atasnya Kalimah Syahadah.

Kemudian, Allah berkata, “Mulakan penghisaban (timbang amalan di mizan).”

Hamba itu berkata, “Apalah yang ada pada sekeping kertas ini jika dibandingkan dengan 99 buah catatan amalanku itu.”

Tatkala ditimbang di atas neraca (mizan), maka sekeping kertas yang tertulis Kalimah Syahadah tadi lebih berat berbanding 99 buah buku catatan amalannya.

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya, “Sesungguhnya tiada sesuatu yang lebih berat berbanding nama Allah.”

(Riwayat Tirmizi, hadis hasan gharib)

Tuesday, November 6, 2012

kekurangan

Tue, November 6, 2012 11:46 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

"Usaha kamu sudah betul tetapi ada 2 kekurangan ;
1. Dakwah kepada Allah, kurang...
2. Tidak menghayati kebesaran kerja dakwah."

Ikhlas Niat

Sun, November 4, 2012 10:37 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

"Meninggalkan sesuatu amalan kerana bimbang dilihat oleh orang lain adalah RIAK
manakala melakukan sesuatu amalan untuk dilihat oleh orang lain adalah SYIRIK."
(Fudhail bin Iyadh)

Mula-mula nak buat sesuatu amalan, mungkin kita akan malu-malu, segan-segan dan risau nanti orang kata kita ni alim, warak etc. Maka, kita pun tinggalkan amalan baik tu. Ini sebenarnya satu muslihat iblis agar kita tidak melakukan amalan yang baik itu. Maka, ulama suruh kita buat juga secara istiqamah sehingga rasa riak itu hilang lama-kelamaan.

Dalam masa yang sama, berhati-hati juga, kalau tetiba datang sifat bangga diri kerana kita sudah berjaya buat sesuatu amalan baik. Ini juga muslihat iblis. Sebab itulah ulama suruh kita cek amalan kita sebelum buat, ketika buat dan sesudahnya.

Jika rasa ada riak, segera kita istighfar. Takut Allah tidak terima amalan kita.

Wallahua'lam ^_^
*bebanyaklah ucap

Thursday, November 1, 2012

Hamzah

Wed, September 19, 2012 2:58 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
tasykil
Diceritakan kepada saya oleh Cikgu Abdul Razak, "Maulana Amir Hamzah tu anak menakan saya. Sejak kecik lagi dia dok dengan saya. Waktu saya hantaq dia pi Raiwind, saya pesan, 'Hang jangan balik selagi belum habis mengaji.' Lepas 11 tahun baru dia balik M'sia. Baru boleh jadi ULAMAK."

Diceritakan kepada saya oleh Pak Mahmud (ayah mentua Maulana Hamzah) bahawa Maulana Hamzah turut belajar di Raiwind dan tak pernah balik sehinggalah habis mengaji alim 8 tahun.

*Untuk menjadi seorang alim yang benar-benar alim, bukan jenis part-time atau jenis, sket-sket nak balik...sket-sket nak balik... tak kata kat sapa...^_^