Thursday, November 22, 2012

Tahukah anda?

Sat, November 3, 2012 7:43 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki Al Hasani Berguru Dengan Ulama India: Maulana Zakariyya, Maulana Yusuf dan Maulana Inaamul Hasan...

Sekembalinya Abuya ke Makkah beliau mengisahkan segala pengalamannya di India dan beliau sangat tertarik dengan sistem pelajaran ilmu hadith di Madrasah Darul-Ulum Deoband, Uttar Pradish, India. Lalu Abuya memohon sekali lagi dengan segala kerendahan hati agar ayahanda beliau mengizinkannya berangkat ke India untuk mempelajari ilmu hadith.

Sayyid Alawi memahami hasrat anaknya yang berkobar-kobar itu sehingga beliau mengizinkannya untuk berangkat sekali lagi ke India untuk belajar ilmu hadits di Madrasah Darul-Ulum Deoband.

Abuya terus berangkat ke India dan menuju Madrasah Darul Ulum Deoband dan terus mengikuti “Daurah” khusus dengan ilmu hadith, yang bererti mengkhatamkan “Al-Kutubus-Sitt” (Kitab hadits yang enam itu, iaitu Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah) dalam masa yang singkat.

Dan semasa di India Abuya berguru dengan Maulana Syeikh Muhammad Zakaria Al Kandahlawi, pengarang Syarah Muwaththa’, Syeikh Fakhruddin Ahmad Syaikhul-Hadith di Darul-Ulum Deoband, Syeikh Habiburrahman Al A’zhami, Syeikh Abul Wafa al Afghani, Syeikh Muhammad Yusuf Al Kandahlawi, pengarang kitab Hayatus-Sahabah, Syeikh Muhammad Idris Al Kandahlawi, Syeikh Zhafar Ahmad Al Utsmani, Syeikh In’amul Hasan dan Syeikh Mufti Musthafa Bin Imam Ahmad Ridha Khan Al-Berilewi dan lain-lainnya.

Setelah menamatkan daurah hadith, beliau kembali ke Makkah dengan hati yang penuh gembira kerana apa yang beliau idam-idamkan telah tercapai. Abuya tinggal di India pada kali ini selama lima bulan.

Selain India Abuya juga pergi ke Pakistan dan Abuya juga berguru kepada Mufti Pakistan Syeikh Muhammad Syafi’ dan Syeikh Muhammad Yusuf Al Bannuri dan lain-lain lagi.

[“Sayyid Muhammad Bin Alawi Al Maliki Al Hasani Rahimahullahu Ta’ala – Sejarah Hidup dan Dasar-dasar Pemikirannya”, oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi Al Maliki (Ahmad Fahmi bin Zamzam), Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah, ISBN 983-2052-47-5, m/s 28 & 29]
_________________________________
Berdasarkan fakta di atas, jika ada puak yang mengatakan ulama ahlul bait sama ada dari Yaman atau Makkah menuduh sesat kepada ulama-ulama India (aliran Deobandi), sila ketuk kepala dia dengan penyapu dan beritahu kat dia, "Mengapa hang ni bodoh sangat?"

No comments: