Tuesday, November 13, 2012

Doa Kahwin (semasa majlis walimatul urus)

Allah Maha Kuasa, makhluk tak ada kuasa.

Istighfar
Fatihah
Doa pembuka


Ya Allah ya Rahman ya Rahim, ampunkanlah dosa-dosa kami.

Berikanlah taufik dan hidayah kepada jiwa-jiwa kami dan orang-orang yang kami sayangi.
Janganlah Engkau memalingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami
dan berikanlah kami rahmat-Mu yang besar.

Ya Allah ya Tuhan kami,
sesungguhnya hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu dan ingin mencari keredhaan-Mu.
Kayakanlah kami dengan ilmu, muliakanlah kami dengan takwa
dan elokkanlah kami dengan akhlak yang baik.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berkatilah majlis perkahwinan ini.
Limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada (nama) dan (nama).
Kurniakanlah mereka kelak zuriat yang soleh dan solehah.
Kekalkanlah jodoh mereka hingga ke jannah,
juga sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah rahmat kepada pasangan pengantin ini agar kekal abadi.
Aman damai yang berkekalan di alam rumah tangga,
sihat wal afiat, dimurahkan rezeki dan diberkatkan usia
serta mendapat syafaat daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
satukanlah hati (nama) dan (nama) seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha, juga seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Jadikanlah ya Allah, maksud hidup Nabi Muhammad SAW sekeluarga sebagai maksud hidup kami dan umat ini hingga hari kiamat.

Doa penutup.

2 comments:

Amir Abd Hamid said...

Malaysia, United States, Russia, Indonesia, Germany, Brunei, France, Singapore, United Kingdom, Canada, dll semoga ukhuwah kita ikhlas, wassalam hamzah125@gmail.com",

Muhammad Khalid bin Ali said...

terima kasih atas perkongsian ini.