Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Situasi di bawah ini boleh menjadi jawapan
kepada persoalan, "Mengapa kita selalu ditohmah, dihina, diumpat dan difitnah dalam
usaha agama?"
Aku: Ustaz, kenapa kita tengok ada
anak-anak ULAMA yang anak-anak mereka tidak seperti ayah dan ibu mereka? Ayahnya ustaz,
anaknya samseng...ayahnya imam, anaknya tahi ganja. Abahnya guru Quran, anaknya
artis.. (sama juga situasi bapa karkun tapi anak kartun)
Ustaz: Itulah tanda kasih-sayang Allah.
Aku: Kenapa pulak?
Ustaz: Bukan senang nak didik anak. Mereka
telah usaha beri didikan tetapi hidayat bukan di tangan mereka. Maka,mereka sudah
terlepas daripada tanggungjawab jika sudah benar-benar memberi didikan yang cukup.
Apabila orang mengata-ngata mereka, mengumpat mereka, maka secara PERCUMA
mereka mendapat PAHALA kalau mereka bersabar atas tohmahan itu. ^_^
*Jangan cepat melatah jika anda diumpat,
ditohmah atau dikeji. Allah mahu berikan anda pahala atas kesabaran anda asalkan
anda sudah melakukan perkara yang betul.Tapi, jangan pula sengaja atau berbangga-bangga dengan perbuatan buruk anda itu.
Nanti dosa pula yang dapat.
*Selalu tengok gelagat karkun saling bidas
membidas dengan orang awam yang mengkritik tabligh sehingga menimbulkan
kemarahan dan pecah hati..Bersabarlah tuan-tuan, biar Allah yang jawab untuk
pihak kita...^_^
No comments:
Post a Comment