Monday, January 16, 2012
KENAPA KANAK-KANAK SUKA MAKAN FAST FOOD? (2)
(gambar dari novel "Eee... Sayur!)
Manakala bagi pasangan kembar Izyan Aina bt Zailan dan Izyan Aiza bt Zailan, pelajar Tahun 5 SK Sultan Omar, KFC, McD dan Pizza Hut menjadi kegemaran kerana:
• Makanan di sana sedap. Contoh macam pizza. Ada buah-buah apa semua. Macam-macam rasa. Burger McD pula sedap sebab banyak sayur(?). Padat.
• Ayam KFC mana nak jumpa kat restoran biasa-biasa? Lagi satu, KFC sedap sebab kadang-kadang hidangan yang kita pesan tu ada barang percuma macam mainan ke apa. Restoran biasa bila nak bagi barangan percuma begitu? Tisu percuma adalah.
• Tempat bersih. Kami tak tahulah fast food restaurant di tempat lain macam mana, tapi yang di Dungun memang terbaiklah. Kalau nak banding dengan restoran biasa, jauh bezalah. Kecualilah untuk restoran mewah-mewah yang semestinya bersih bukan?
• Bukan dapat makan selalu makanan-makanan macam ni. Bukan macam makan nasi. Jadi apabila jarang-jarang dapat, memang sedap dan nikmat tak terkatalah.
• Rasa macam bangga sikit sebab makan di Pizza Hut dan McD pasal makanan di sana agak mahal. Rakan sekelas kami pun tak semua yang dah merasa makan pizza. Ada tu tak pernah jejak pun lagi dalam restoran fast food ni.
Wartawan: Cik Farah Fauzi
Labels:
tipikal days
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment