Tuesday, January 22, 2013

Mengenai pahala solat berjemaah,

Sun, December 23, 2012 9:53 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

TG Haji Yusuf Kara (Penanti) menyatakan begini:

Lelaki solat berjemaah di masjid dapat 500 pahala.
Lelaki solat berjemaah di surau/musolla dapat 27 pahala.

Wanita solat berjemaah di masjid dapat 1 pahala.
Wanita solat seorang diri di rumah dapat 27 pahala.

Sunday, January 20, 2013

SERBAN NABI

Tue, October 23, 2012 7:35 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

1. Serban baginda yang paling panjang ialah 12 hasta, paling pendel 6 hasta

2. Ekor serban paling pendek 4 jari, paling panjang 1 hasta (jangan melebihi)

3. Nabi, dalam perang, masih membalut topi perangnya dengan serban.

4. Mengenai ekor, ada 3 cara lepasan,
a - lepas di belakang (mujahid)
b - lepas di kiri (ahli sufi)
c - lepas di kanan (ahli ilmu)

5. Sunnah pakai serban ekor dua sekalipun ekor yang di atas lebih panjang daripada ekor yang pertama.

6. Ulama berpendapat, HARUS pakai serban tanpa ekor.

Wallahua'lam.

*Isi pengajian Syamail Muhammadi bersama-sama Syeikh Nazrul al-Azhary..
cc ust Abdul Rahman mungkin kenal Syeikh Nazrul kot..

Thursday, January 17, 2013

Pesakit Iman

Katakanlah, ketika tuan2 sedang khuruj di sesuatu kampung, ada di'nusrah' oleh seseorang. "Penusrah" itu akan memberikan "nusrahnya" ketika makan sahaja. Maknanya, dia sedia untuk "nusrah" tuan-tuan dengan makan bersama-sama tuan-tuan.

Waktu ghast hilang...
Waktu taklim hilang...
Waktu ijtimaie hilang...

Orang buat taklim, dia buat hal dia...

Jika anda amersab, anda nak buat apa?
 
*buatlah solat hajat khas untuk orang sebegini dan semua umat puri alam insya-Allah

mujur aku pi salam dengan ustaz tu...


Mon, December 24, 2012 12:48 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

"Islam bukan hanya di masjid."
"Kerja pun ibadat."
"Islam ni syumul...ada politik, ada riadah, ada ekonomi dan sebagainya. Bukan amalan di masjid saja."

Itulah mukadimah kuliah seorang ustaz di sebuah masjid time kami keluar aritu. Dia memakai rafla Bebaskan Palestin dan meminta jemaah masjid buat qunut nazilah...
Ada sorang dua karkun yang panas tapi mujur aku pi salam dengan ustaz tu...

Monday, January 14, 2013

Sejarah Maulana Ilyas Menggerakkan Jemaah Tabligh

Mon, October 22, 2012 12:41 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Hampir menghabiskan bacaan buku, "Sejarah Maulana Ilyas Menggerakkan Jemaah Tabligh", hasil tulisan Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi (mantan rektor Nadwatul Ulama, Lucknow, mantan pengasas bersama Jamiatul Islami bersama-sama al-Maududi).

Apa yang ditulis, begitu menarik sehingga saya terasa betapa risau dan gigihnya Maulana Ilyas membangunkan usaha ini. Meskipun beliau mengalami sakit perut sepanjang hayatnya tetapi sakit itu seakan-akan hilang apabila beliau terlibat dalam dakwah.

Apa yang dibangunkan oleh Maulana Ilyas mendapat pengiktirafan daripada masyaikh2 tareqat dan ulama2 tersohor termasuklah mufti India, Maulana Kifayatullah serta ulama-ulama lain di Darul Ulum Deoband, Mazahirul Ulum Saharanpur dan Nadwatul Ulama Lucknow.

Maulana Nasrullah, seorang ulama India pernah berkata kepada Maulana Ilyas, "Tuan adalah mujaddid"

Jawab Maulana Ilyas, "Jemaah-jemaahku yang sedang bergerak itulah sebenarnya mujaddid."

*Kalau kita tak bergerak, maka tiadalah pengislahan umat. Ayuh, pakat-pakat buat 5 amal...hentikan provokasi, tingkatkan prestasi!

Sunday, January 13, 2013

Apakah iktibar daripada kisah ini?

Sat, September 1, 2012 11:20 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Satu langkah ke masjid, ditambah satu pahala, diangkat satu darjat dan diampunkan satu dosa... Disebabkan itu, para Sahabat sanggup memendekkan langkah mereka untuk mendapat fadilat tersebut.

(bukan seperti aku, kalau parking, depan-depan tangga. Kalau boleh parking dalam masjid, aku masuk parking dlm tu)

Seorang sahabat yang buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum bertanya, "Adakah orang seperti saya juga perlu datang bersolat di masjid?"

Jawab Baginda (lebih kurang ertinya), "Selagi kamu mendengar azan."

Maka, Sahabat ini datang juga ke masjid walaupun dalam keadaan buta. Beliau memasang tali dari rumahnya sampai ke masjid supaya beliau boleh berpaut pada tali itu untuk memudahkan beliau berjalan.

Sampai satu hari, beliau terjatuh, maka seseorang membangunkannya. Kemudian, beliau jatuh lagi dan sebelum sampai ke masjid, belum sempat beliau rebah lagi sekali, lelaki yang sama tadi menyambutnya daripada terjatuh.
 
Maka, beliau bertanya, "Siapakah kamu?"

Jawab lelaki itu, "Akulah syaitan."

Beliau bertanya, "Kenapa kau menolong aku?"

Jawab syaitan, "Sewaktu kau rebah kali pertama, maka dosamu diampunkan. Sewaktu kau rebah kali kedua, penduduk Madinah ini diampunkan. Aku risau jika kau jatuh lagi sekali, semua dosa orang Islam akan diampunkan. Maka, sia-sialah kerja aku menyesatkan kamu semua!"

Thursday, January 10, 2013

Selangkah dalam memahami sunnah...

Sat, September 1, 2012 11:39 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Maulana Inaamul Hasan berkata, "Kadangkala, meninggalkan suatu sunnah juga termasuk dalam sunah."
Maulana Mansur beri contoh, "Cara Nabi saw simpan rambut ada 3 jenis. Pertama, rambut separas cuping telinga. Kedua, panjang sampai mencecah bahu dan ketiga, antara bahu dan telinga. Pada masa sekarang, adakah masyarakat boleh terima rambut panjang mencecah bahu? Jika ia boleh mendatangkan fitnah, maka eloklah kita simpan rambut yang biasa-biasa sahaja."

Contoh kedua, saya pernah lihat Maulana Saad makan dengan duduk bersila di sebelah Maulana Zubir... Agak-agak, kenapa Maulana Saad duduk dengan cara itu? ^_^

Wednesday, January 9, 2013

Maulana Zuber, Maulana Inaamul Hasan berzikir kalimah LAA ILAHA ILLALLAH > 70 ribu kali


Wed, September 19, 2012 12:07 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Baru ni terdengar satu bayan, pembayan menukilkan perkataan Hadrat Aisyah r.anha, "Bidaah pertama yang berlaku dalam kehidupan umat Islam ialah makan lebih daripada sekali dalam sehari."

Sebelum ni, pernah dengar juga, Hadrat Aisyah berkata ketika Nabi SAW wafat, "Inilah perut yang tidak pernah kenal erti kenyang."

Jika kita perhalusi perjalanan hidup Nabi saw setiap hari, adakah tuan-tuan pernah berjumpa Nabi saw makan sehingga kenyang?

Tuesday, January 8, 2013

Syeikh Zainul Asri menyebut mengenai Gua Tsur

Mon, October 15, 2012 10:51 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Tadi, bersama-sama dalam majlis Syeikh Zainul Asri. Beliau mengajar Syamail Muhammadi. Tatkala masuk bab Hijrah Nabi SAw bersama-sama Abu Bakar, beliau menyebut mengenai Gua Tsur.

Katanya, "Saya lihat di Makkah, pabila pergi umrah atau haji, orang yang suka panjat Gua Tsur ialah orang India. Mereka hendak merasai kesusahan Nabi dan Para Sahabat."

KAIN SARUNG, RIDA' DAN SELUAR NABI


Tue, October 23, 2012 9:30 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

1. Para muhadis menyatakan bahawa tiada ditemui riwayat Nabi SAW memakai seluar tetapi baginda pernah dihadiahkan seluar dan membeli seluar dan baginda menghadiahkannya kepada orang lain. Di sini, ulama menyatakan bahawa boleh pakai seluar dan sunnah pakai kain.
2. Nabi pertama yang pakai seluar ialah Nabi Ibrahim as.
3. Kain sarung baginda panjangnya 4 hasta, tanpa dijahit (macam orang Arab pakai, tanpa jahitan)
4. Saiz rida' 4 hasta x 2 setengah hasta. (1 hasta = 60 cm, 4 hasta = +- 2 meter)
5. Semua Ahli Badar memakai 'suf' (kain yang kasar). Mungkin sebab itu, orang yang memakai 'suf' digelar ahli sufi.
6. Sunnah pakai kain / seluar sehingga ke tengah betis (bagi lelaki).
7. Sunnah melabuhkan kain melebihi buku lali bagi wanita, paling labuh, sehasta (pakaian Sayidatina Hajar).
8. Harus pakai kain / seluar melebihi tengah betis hingga buku lali (lelaki).
9. Makruh pakai kain / seluar melebihi buku lali tanpa niat riak.
10. Haram pakai kain / seluar melebihi buku lali dengan niat riak.

Sama-sama kita amal dan sampaikan.

Thursday, January 3, 2013

move on


Thu, October 18, 2012 10:52 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

"Sesiapa yang bersusah payah demi agama KAMI, nescaya KAMI akan bukakan kepada mereka betapa banyaknya jalan-jalan (subulana) menuju KAMI."

"Katakanlah wahai Muhammad, inilah jalanku (sabili). Mengajak manusia kepada Allah atas BASIROH. Aku dan mereka yang mengikutiku."

*Jalan menuju Allah itu banyak tetapi jalan dakwah itu adalah jalan para Nabi dan Rasul. Oleh itu, tidak perlu nak bergaduh dan bertengkar jemaah mana paling bagus.

Benarlah kata XPDC, "Syurga bukan satu hala..aku masih di sini...setelah sekian lama..." (maknanya, jalan menuju ALLAH itu terbentang luas, cuma aku yang tak buat mende pun!)