Showing posts with label My Dreams “Love Story”.. Show all posts
Showing posts with label My Dreams “Love Story”.. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Majalah Q&A: Q&A Bil 13 : Rasulullah Bukan Manusia Biasa (" AKU NABI PEMBAWA RAHMAT")


Mon, December 24, 2012 11:25 am
Mohd Azlan Ismail posted in RAKAN SEPERJUANGAN

1. Isu : Sayang dan Rindu Kepada Rasulullah (m.s 12)

Kita tahu bahawa mencintai Rasulullah SAW termasuk dalam kesempurnaan iman. Rasullullah bersabda, daripada Anas bin Malik, mafhumnya, “Tidak sempurna iman seorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dikasihinya lebih daripada dia sayang pada dirinya, ibu bapanya, anak-anaknya atau manusia lain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Apabila perasaan kasih dan sayang kepada Rasulullah SAW merupakan persoalan iman, ia perlu dibaja dengan sebaik mungkin. Perasaan rindu sebagai bukti bahawa adanya perasaan sayang di dalam hati seseorang. Ada rindu ada sayang, tiada rindu tiadalah sayang.
http://www.facebook.com/l/NAQEtd4e7AQHtI02wRHNfz1M-ISq8PLWVZPo59TW1iow8rg/mymajalahqna.blogspot.com/2012/12/q-bil-13-rasulullah-bukan-manusia-biasa.html

Apa pengajaran daripada kisah ini?

Sat, September 1, 2012 11:23 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
 
Ketika Nabi Ibrahim a.s. hendak meninggalkan Hajar dan Ismail anak kesayangannya di
Makkah, Hajar bertanya kepada suaminya, “Wahai Ibrahim, ‘Adakah Allah memerintahkan
dirimu melakukan hal ini (meninggalkan isteri dan anak kesayangan di Makkah yang
belum berpenghuni)? Ibrahim menjawab, “Ya.” Hajar berkata, “Kalau demikian, Allah
Azza wa Jalla pasti tidak akan membiarkan kami.”
 

Tuesday, February 19, 2013

7 Rabiulakhir 1434

http://www.al-azim.com/masjid/rabiulakhir/home.htm
      
 Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.

Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain daripada Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.

Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.

Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.

Tamar berbunga maka sempena kebetulan ini umat Arab dahulu menamakan bulan ini dengan Rabiulakhir.    

  Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Akhir
 
 Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.

Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.

Peperangan Jamal - tahun fitnah di mana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.

Ramai sahabat yang gugur syahid di antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.

Imam Ghazali r.h meninggal dunia.

Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w.

  Fadhilat

Berbahagialah bagi yang sentiasa membaca dan menghayati al-Qur`an.

 Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari semasa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.

Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.

  Sumber Rujukan;

1. Jab. Mufti Terengganu, http://mufti.islam.gov.my/terengganu

2. Dr.(H) Hj. Kassim bin Bahali, Jab. Mufti Melaka, jkmmufti@tm.net.my

3. Shaykh Muhammad Saleem Dhorat, Riyadul Jannah ; Gardens of Paradise issue 1 (2004), http://www.riyaduljannah.com

4. Majlis Ugama Islam Singapura,Warita 1996, http://www.muis.gov.sg

Disemak oleh;

1. Dr.(H) Hj. Kassim bin Bahali, Peg. Falak dan Sumber Maklumat, Jab. Mufti Negeri Melaka.

2. Ust. Mohd Nazri bin Abd. Majid, Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka.

3. Ust. Mohd Ali bin Zainal, Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka

Pengunjung / pembaca boleh menghubungi penulis untuk pertanyaan, maklumat lanjut, cadangan atau berkongsi pendapat di alamat jkmmufti@tm.net.my.

Wednesday, January 9, 2013

Maulana Zuber, Maulana Inaamul Hasan berzikir kalimah LAA ILAHA ILLALLAH > 70 ribu kali


Wed, September 19, 2012 12:07 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

Baru ni terdengar satu bayan, pembayan menukilkan perkataan Hadrat Aisyah r.anha, "Bidaah pertama yang berlaku dalam kehidupan umat Islam ialah makan lebih daripada sekali dalam sehari."

Sebelum ni, pernah dengar juga, Hadrat Aisyah berkata ketika Nabi SAW wafat, "Inilah perut yang tidak pernah kenal erti kenyang."

Jika kita perhalusi perjalanan hidup Nabi saw setiap hari, adakah tuan-tuan pernah berjumpa Nabi saw makan sehingga kenyang?

Thursday, December 27, 2012

Sejak sertai tabligh juga rezeki saya bertambah. (tempias)

Fri, December 28, 2012 12:09 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

UCAPAN Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa. Bermacam-macam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

“Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah,” katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah ‘Bismillah.’

“Anugerah paling hebat ialah kalimah ‘Lailahaillallah,’ jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad,” ucap Pierre dalam majlis itu.

 Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
“Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan. Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya,” katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

 Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan mengikuti kumpulan tabligh.

 “Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya ‘kosong.’ Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.

 “Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh. Biasanya kami keluar selama tiga hari dan bermalam di masjid dan surau yang kami singgah. Alhamdulillah, Allah telah membuka pintu hati saya,” katanya menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

 Berikut sedikit perbualan Sensasi Bintang bersama Pierre.

 Mendalami agama itu banyak jalannya, kenapa pilih tabligh?
 Orang selalu salah faham terhadap tabligh, tak kurang juga yang menuding jari masuk tabligh sebagai ikut ajaran sesat. Kita kena ingat, tabligh itu sifat Rasulullah.

Rasulullah berdakwah selama bertahun-tahun sebelum turunnya hukum bersolat, puasa dan menunaikan zakat.

 Bagaimana pula dengan kerja-kerja seni anda. Dunia hiburan sendiri dilihat lebih banyak mendedahkan seseorang itu ke jalan negatif?

 Mulanya saya fikir begitu, tapi sahabat saya larang. Saya masih boleh berdakwah dalam bidang filem tapi kena lebih berhati-hati dalam bab agama. Paling utama kena masukkan unsur dakwah. Sekarang saya tiada karya terbaharu selain filem-filem yang telah dibikin sebelum saya berhijrah, jadi, jangan nilai siapa saya ketika dahulu, tapi nilai siapa saya ketika ini.

 Mungkin ada perkembangan terbaharu yang lain?
 Sekarang saya terlibat dengan projek filem pendek bersama kawan-kawan, selebihnya (saya) buat kerja-kerja penulisan. Saya mahu siapkan novel pertama, mungkin judulnya berbunyi Perjalanan Ke Darul Salam. Ia tentang penghijrahan seorang lelaki yang selama ini hidupnya kosong.

 Adakah itu kisah sebenar yang berlaku kepada diri sendiri?
 Tidak juga. Itu pemerhatian yang saya lihat selama ini.

Bagaimana amalan agama anda sebelum ini?
Selama ini pun saya percaya kepada Allah, tapi tahap keyakinan itu tidak seperti sekarang. Dahulu, saya Islam kerana dilahirkan sebagai orang Islam, sekarang saya Islam kerana kefahaman dan keyakinan saya terhadap agama Allah ini.  

Ada sebarang sasaran?
Saya berminat mahu jadi pendakwah. Sebenarnya saya ada azam. Jika selama ini saya keluar selama beberapa hari sahaja, selepas ini saya mahu keluar rumah selama 40 hari pula. Kalau diizinkan Allah mungkin boleh sampai empat bulan dan kalau ada kekuatan mungkin dipanjangkan lagi selama setahun dan bukan hanya di Malaysia sahaja.

 Apa rancangan Pierre dalam tabligh?
Nikah itu sebahagian daripada iman, saya juga mahu ke arah itu. Bagi saya, pengisian tabligh tidak boleh dilihat secara luaran sahaja, lihat juga dalaman. Ibaratnya, kalau hendak tinggalkan keluarga selama empat hari, bekalan yang ditinggalkan juga harus cukup untuk empat hari.

 Apa kata kedua-dua ibu bapa anda setakat ini?
Mummy (Khatijah Tan) sangat menyokong keputusan saya, ayah juga begitu sebab saya bukan buat perkara tidak baik, sebaliknya saya belajar dan mahu mengenal agama.

Tuesday, November 13, 2012

Doa Kahwin (semasa majlis walimatul urus)

Allah Maha Kuasa, makhluk tak ada kuasa.

Istighfar
Fatihah
Doa pembuka


Ya Allah ya Rahman ya Rahim, ampunkanlah dosa-dosa kami.

Berikanlah taufik dan hidayah kepada jiwa-jiwa kami dan orang-orang yang kami sayangi.
Janganlah Engkau memalingkan hati kami setelah Engkau memberi petunjuk kepada kami
dan berikanlah kami rahmat-Mu yang besar.

Ya Allah ya Tuhan kami,
sesungguhnya hati-hati ini berkumpul kerana mengasihi-Mu dan ingin mencari keredhaan-Mu.
Kayakanlah kami dengan ilmu, muliakanlah kami dengan takwa
dan elokkanlah kami dengan akhlak yang baik.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim, berkatilah majlis perkahwinan ini.
Limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada (nama) dan (nama).
Kurniakanlah mereka kelak zuriat yang soleh dan solehah.
Kekalkanlah jodoh mereka hingga ke jannah,
juga sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, kurniakanlah rahmat kepada pasangan pengantin ini agar kekal abadi.
Aman damai yang berkekalan di alam rumah tangga,
sihat wal afiat, dimurahkan rezeki dan diberkatkan usia
serta mendapat syafaat daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad .

Ya Allah ya Rahman ya Rahim,
satukanlah hati (nama) dan (nama) seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha, juga seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah.
Jadikanlah ya Allah, maksud hidup Nabi Muhammad ﷺ sekeluarga sebagai maksud hidup kami dan umat ini hingga hari kiamat.

Doa penutup.

Wednesday, October 24, 2012

Amalan Malam Raya

Thu, August 16, 2012 12:54 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
raya @ GISB
Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, “Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati.” (Riwayat Imam at-Thabrani daripada ‘Ubadah r.a.)

Amalan zikir berikut dipetik daripada kitab Jamik al-Fawaid wa Jauhar al-Qola’id karangan asy-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, halaman 117:

AMALAN PERTAMA (dibaca 300 kali):
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم
Barang siapa membaca pada malam hari raya fitrah 300 kali kemudian dihadiahkan kepada kaum Muslimin yang telah meninggal dunia, dimasukkan dalam tiap-tiap kubur mereka 1000 cahaya dan dijadikan dalam kuburnya nanti 1000 cahaya.

AMALAN KEDUA (dibaca 400 kali):
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهْ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَىْ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
Barang siapa membacanya pada tiap-tiap satu daripada dua hari raya,
· Dikahwinkan Allah dengan 400 orang Hurul Ain (bidadari).
· Seperti memerdekakan 100 hamba.
· Malaikat membuat baginya beberapa dusun dan ditanamkan beberapa pohon kayu sehingga Hari Kiamat.

Nota: Menurut Imam az-Zuhri (wafat 124H), beliau tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak mendengarnya daripada Anas r.a. manakala Anas sendiri tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak mendengarnya daripada Rasulullah SAW.

* Bagi kedua-dua amalan, waktu mengamalkannya adalah antara lepas Maghrib malam raya hingga didirikan solat sunat hari raya.

Risalah ini diperkemaskan daripada naskhah asal yang diedarkan oleh Maahad Raudhatul Ulum, Ulu Rening, Batang Kali serta diperpanjangkan oleh al-Fadhil Ustaz Azhar Hasyim dalam pengajian di kediaman beliau di Subang Bestari pada 12 Ogos 2012.

Thursday, October 11, 2012

Pesanan Asy Syaikh Ad Da'iyah Maulana Muhammad Saad Al Kandahlawi

Tue, August 14, 2012 4:32 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
..dan amal
Assalamu'alaikum..

Tuan-tuan yang mulia,
Satu perkara yang perlu kita yakin apabila umat ini secara ijtimae (collectively) meninggalkan kerja menyeru kepada agama, maka umat akan meninggalkan agama dan tidak mampu untuk istiqamah dalam amalan. Ini adalah perkara yang hak.

Tuan-tuan yang mulia,
Hadrat Abdullah Jaafar r.a. buat usaha di Rome. Raja Rome telah tangkap mereka dan seru mereka kepada agama nasrani. Kalau mereka setuju setengah daripada negara akan diserahkan kepada Hadrat Abdullah. Hadrat Abdullah berkata, 'Bukan setengah, malahan seluruh negara kamu, bahkan semua negara Arab diserahkan kepada kami untuk kami meninggalkan agama Nabi s.a.w. sekelip mata pun, kami tidak akan sedia'. Pengakuan ini akan ada dalam diri umat ini jika setiap individu menyeru manusia kepada agama.

Maulana Saad menekankan lagi bahawa dakwah Illallah ialah bukan fardhu kifayah tetapi fardhu ain. Jika umat faham dakwah adalah fardhu ain mereka akan mengamalkannya tetapi jika mereka faham ia adalah fardhu kifayah, susah bagi mereka untuk membuat usaha dakwah. Perkara ini kita perlu faham dan masukkan dalam hati kita. Umat ini dahulu ijtimae (secara berjemaah), mengapa kini ia berpecah-belah dan bagaimana mereka mudah tukar agama. Pada hal Sahabat r.a. sanggup dicampak dalam api tetapi untuk tukar agama tidak sekali-kali mereka sanggupi. Ini merupakan keistimewaan dakwah, kesan daripada dakwah, bahawa dakwah adalah untuk istiqomah dalam agama.

Dalam kehidupan seseorang individu amat bahaya jika kehidupan sekelilingnya tanpa agama. Oleh kerana tidak ada dakwah dia tidak mampu mengawal dirinya daripada kesesatan. Oleh itu kita perlu fahamkan dalam hati bahawa dakwah adalah ibadah.
Kedua-dua perkara ini (yakni dakwah dan ibadah) adalah selari dan berterusan, ia berjalan serentak.

Dengan dakwah akan mewujudkan kemampuan mengamalkan agama dari sudut akidah, syariat, kehidupan, muamalat bahkan keseluruhan agama. Dia akan menjadi benar-benar orang Islam (apabila ia dapat kumpulkan dakwah dan ibadah). Dalam al-Quran jelas disebut

ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله وعمل صالحا وقال إنني من المسلمين

Tiada siapa yang terlebih elok agamanya daripada orang yang ada kedua-duanya sekali iaitu menyeru kepada Allah dan amal. Ayat ini memberi makna penekanan, selain daripada orang yang mengumpulkan dakwah dan ibadah tidak mungkin seseorang itu lebik elok agamanya. Ketinggian usaha dakwah menyebabkan ibadat saya, muamalat saya, hubungan dengan Allah memberi kesan iaitu istiqomah dalam agama. Ia menjadi perkara asas, menjadikan umat ini secara ijtimae menyeru kepada yang hak, setiap individu menjadi da'ie menyeru kepada hak sehingga dia terselamat daripada menjadi orang yang diseru kepada batil.

Tuan-tuan yang mulia,
Setiap orang beriman kita perlu membawa mereka kepada agama. Ramai orang salah faham, mereka fikir dakwah untuk orang lain. Zaman sekarang banyak saluran boleh digunakan untuk dakwah orang lain, sebab itu mereka fikir dakwah dari rumah ke rumah, lorong ke lorong, pintu ke pintu tidak perlu dilakukan lagi. Dakwah iman untuk diri Mukmin itu sendiri. 'Ya aiyuhallazi naamanu aminu' ertinya 'wahai orang beriman, berimanlah kamu'. Orang beriman lebih berhak atas Kalimah. Allah yang memerintahkan, wahai orang-orang beriman jadilah orang beriman. Maksudnya, yang penting kita kendak memperkuatkan iman dan yakin dalam diri kita. Maulana Ilyas rah.a berkata kalau hendak diletakkan nama ke atas usaha ini, dia lebih suka dinamakan ‘Usaha Atas Iman’.

Ingin saya mengingatkan tuan-tuan yang mulia, langkah pertama usaha ini ialah membetulkan iman dan yakin kita. Dalam majlis-majlis sama ada ijtimae (secara jemaah) atau infradi (secara individu) keimanan mestilah mengatasi daripada yang lain.

Hendaklah lagi dan lagi, berulang-ulang kali kita hendaklah memperkatakan tentang keimanan, yakin dengan janji-janji Allah walaupun tidak nampak dengan mata zahir.

Untuk wujudkan perkara ini kita perlu dakwah, cerita, cakap lagi dan lagi berkaitan kehebatan dan kebesaran Allah swt. Dengan dakwah akan wujud peningkatan dalam amal.

Dakwah dan amal saling memerlukan antara satu sama lain. Apabila dakwah kurang, amal akan menjadi kurang. Hari ini apabila kita tertinggal dalam dakwah, kita terasa kekurangan dalam amal. Apabila amal kurang bermakna kita kurang berdakwah. Iman jadi lemah, godaan syaitan akan menjadi kuat. Dakwah menjadi sumber kekuatan dalam amalan. Dakwah menjadi pemangkin kepada amal. Apa-apa asbab yang bertentangan dengan amal, rupa bentuk benda yang bertentangan dengan amal dan bertentangan dengan akhirat tidak dapat kita memahami hakikatnya tanpa kita takluk kepada Allah swt.

Kita perlu tahu melalui dakwah apa faedah yang akan kita dapat, ada kesempurnaan amal yang kita dapat laksanakan.

Untuk mendapatkan, memperbaharui iman ialah dengan mengenal Allah SWT, memahami kudrat Allah SWT, semua makhluk perlu diperkenalkan dengan kekuatan, kebesaran Allah SWT. Akan datang satu masa, kiamat akan berlaku, pada masa itu semua peraturan alam akan binasa. Semua makhluk dicipta untuk mengenal Allah SWT. Kita mengenal yang mencipta daripada ciptaannya. Semua benda Allah cipta untuk kita lihat akan kehebatan Allah. Makhluk Allah dijadikan untuk menghubungkan antara dia dengan kehebatan Allah SWT, dia menafikan apa yang dia nampak pada zahirnya. Ibrahim a.s. mengingkari semua rupa bentuk makhluk sama ada yang bergerak atau tidak bergerak, kita perlu menafikan segala rupa bentuk makhluk yang zahir dan mensabitkan dengan kudrat, kebesaran dan kehebatan Allah SWT, dengan ini kita berjalan menuju penghampiran kepada Allah SWT.

Kemudian Ibrahim a.s. diuji hendak dicampakkan ke dalam api yang besar sehingga burung-burung pun tidak dapat terbang atasnya. Dalam keadaan begitu Ibrahim a.s. dengan segala kekuatannya bersama malaikat gunung dan malaikat laut ingin membantu tetapi Ibrahim a.s. menolak seraya berkata, "Saya tidak perlu pada bantuan tuan, cukup pada hanya Allah." Ibrahim a.s. terang-terang mengingkari apa yang dia lihat pada zahirnya. Allah kemudian perintahkan api yang panas menjadi sejuk. Apabila seseorang mengambil zat sepenuhnya daripada Allah SWT, maka Allah juga terus membuat keputusan/perintah, api menjadi sejuk dan sejahtera ke atas Ibrahim a.s. maka Ibrahim a.s sejahtera dalam api tersebut.

Untuk mengambil faedah dari Allah SWT, kita perlu menafikan semua makhluk yang ada.

Ini merupakan amalan harian. Setiap hari kita berzikir dengan kalimah "Laillaha illallah" dan bergerak dalam kalangan umat untuk menerangkan mahfum maksud kalimah ini.

Kita zikir kalimah ini dan menyeru manusia kepada kalimah ini. Dua-dua perkara ini dituntut. Setiap hari kita perlu dakwah "Laillaha illallah," yang berkausa hanya Allah yang lain tidak boleh buat apa-apa. Setiap hari kita perlu mengingkari semua rupa bentuk zahir yang ada. Ini adalah perkara asas, tauhid adalah ibu kepada ketaatan. Ilmu tauhid ceritakan kudrat dan kebesaran Allah swt, semua nizam atau peraturan alam ini Allah yang cipta, Allah arahkan Nabi-Nabi mengingatkan pada manusia bahawa Allah menjadikan bumi, langit dan seluruh alam ini. Jika kita tidak kenal pencipta, kita akan yakin dengan apa yang dicipta. Orang kafir tenggelam dalam apa yang dicipta Allah seperti bulan, bintang, matahari, tetapi orang Mukmin tenggelam dengan pencipta yakni Allah SWT.

Untuk memperkuatkan iman kita, Maulana kata ada 4 saluran:

1. Ceritakan kebesaran Allah, keagungan Allah, kehebatan Allah semasa ziarah dan apabila sembang-sembang bersama kawan-kawan dalam masjid. Ini adalah amalan para sahabat. Hadrat Maulana Yusuf rah. menulis dalam Hayatus Sahabah, di mana sahabat-sahabat membuat majlis-majlis zikir, halaqah-halaqah Iman. Hari ini halaqah-halaqah iman telah tiada di masjid-masjid. Dalam masjid ada cerita-cerita dunia, business dan politik. Sahabat-sahabat mengajak satu sama lain duduk seketika untuk muzakarah (bincang) iman.

2. Ceritakan bantuan ghaib Allah kepada Nabi-nabi. Kita perlu baca kisah-kisah Nabi bukan kisah sejarah bahkan untuk dibawa sebagai tazkirah untuk memperkuatkan yakin bahawa pada hari ini juga Allah akan membantu orang Islam sepertimana Allah bantu Nabi-nabi terdahulu. Allah berfirman bahawa, "Kami menceritakan kepada kamu kisah-kisah nabi dan rasul terdahulu untuk memantapkan keyakinan hati kamu."

Kisah-kisah nabi itu adalah sebagai iktibar kepada kaum Mukmin untuk memantapkan yakin kepada Allah. Kita perlu meyakini bantuan Allah kepada Nabi-nabi, Allah yang sama juga yang akan membantu umat ini apabila kita membuat kerja Nabi-nabi.

3. Menceritakan bantuan Allah kepada para Sahabat. Kita perlu baca kisah-kisah sahabat itu untuk memperkuatkan Iman kita. Kita perlu menyakini bantu-bantuan ghaib Allah kepada para Sahabat r.a. Dalam keadaan sekarang apa yang berlaku dalam pemikiran umat bahawa bantuan itu telah berlalu. Ini yang menyebabkan syak dalam agama kita. Keadaan itu menyebabkan kita berasa maazur atau uzur atau malas untuk mengamalkan syariat kerana keyakinan kepada janji Allah telah keluar dari hati-hati kita. Perkara perkhabaran dari Nabi adalah Hak, dan nadar iaitu perkhabaran dari apa yang nampak. Seorang sahabat memberitahu Abu Darda r.a. bahawa rumahnya terbakar, Abu Darda diam, seterusnya orang kedua memberitakan perkhabaran yang sama, begitu juga orang ketiga yang menceritakan perkhabaran yang serupa tetapi orang yang keempat mengkhabarkan rumah tuan tidak terbakar. Abu Darda berkata, "Aku dah yakin bahawa rumah aku tidak terbakar kerana aku telah membaca doa yang diajar oleh Nabi SAW bahawa barang siapa yang membaca doa itu pada waktu pagi nescaya rumahnya tidak terbakar dan Abu Darda r.a telah membaca doa tersebut. Allah bertindak atas sangkaan hamba-Nya. Keadaan-keadaan yang ada sekarang, keyakinan dengan bantuan Allah telah terkeluar dalam kalangan orang Islam. Ini akan membuat kita uzur atau malas untuk mengamalkan agama secara sempurna. Sedangkan Nabi SAW bersabda bahawa bantuan Allah kepada umat akhir zaman sepuluh kali ganda sebagaimana Allah membantu para Sahabat. Kita ceritakan bantuan ghaib Allah kepada Sahabat supaya kita bersangka baik dengan Allah SWT. Allah akan berurusan dengan kita atas sangkaan kita. Bantuan Allah tidak berhubung kait pada masa yang berlalu tetapi begantung kepada amal kita.

4. Menceritakan iman dengan alamat-alamatnya. Usaha wujudkan iman bersama dengan alamatnya sekali. Sahabat-sahabat bertanya Rasulullah SAW, "Iman itu apa?"

Rasulullah SAW bersabda, "Ketaatan menggembirakan kamu dan kemaksiatan, menyedihkan kamu". Iman adalah taqwa, apabila ada iman, taqwa akan datang sekali.

Tidak mungkin seorang itu beriman tetapi tidak bertaqwa. Dalam al-Quran Allah sebut kalimah ini sebagai kalimah taqwa. Alamat iman yang pertama ialah taqwa, apa itu taqwa? Taqwa ialah takut kepada Allah ketika berseorangan, ketika bersunyi diri.

Misalnya seseorang hendak buat dosa, tetapi depan orang ramai dia tidak buat atau seseorang itu hendak buat dosa tetapi takut orang nampak, itu pun sudah dosa. Semua asas amalan baik ialah taqwa. Taqwa dan sabar adalah sama, kedua-duanya dituntut.
Jika kita taqwa dan sabar serta-merta akan datang bantuan Allah. Sekarang orang ada sabar tetapi tidak ada taqwa. Kalau ada sabar tetapi tidak ada taqwa nusrah (bantuan) Allah tidak akan datang. Walaupun umat ditimpa kesusahan dan kesempitan, mereka bersabar tetapi nusrah Allah masih tidak turun kerana mereka tidak taqwa.

Di mana Allah cerita dalam al-Quran, sabar dan taqwa, kedua-duanya perlu. Hanya sabar tanpa taqwa ia tidak sempurna. Dengan sabar ada janji Allah iaitu perlu taqwa. Taqwa pun ada janji-Nya iaitu perlu sabar.

5 janji Allah dengan taqwa.

1. Orang yang takut dengan Allah, Allah akan buka jalan-jalan penyelesaian, keluarkan dia daripada kesusahan seperti Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf sabar apabila dikhianati oleh saudara-saudaranya. Kemudian dia jadi budak suruhan Zulaikha. Namun sebab Nabi Yusuf sabar dan taqwa, maka saudara-saudaranya pula berhajat kepadanya, datang minta makanan dan bantuan daripadanya.

2. Allah akan mudahkan rezekinya. Allah SWT mudahkan Nabi Daud a.s. dalam mencari rezeki di mana besi untuk membuat pedang lembut seperti tepung diuli, kerana untuk usaha dakwah dia tidak perlu guna harta dan kerajaan.

3. Allah memberi ganjaran.

4. Allah ampunkan semua dosanya yang lalu.

5. Mendapat rezeki yang halal.

Oleh itu perkara yang pertama kita lakukan ialah kita perlu bawa taqwa dalam muamalat pekerjaan/perniagaan) kita. Kita perlu sedar diri kita beribadah, jadi makanan kita mesti jauh daripada yang haram. Kita perlu yakin dengan memakan makanan yang haram, akan rosak amalan kita. Saidina Abu Bakar r.a termakan satu suap daripada hasil tukang tilik, dia terus muntahkan balik. Beliau sedia mati disebabkan makanan itu. Sebab itu dalam usaha kita cari rezeki, perlu bawa taqwa, supaya kita dapat rezeki yang halal. Apa yang kita yakin itulah yang akan datang dalam amalan kita. Dalam ibadat bukan sahaja pakaian suci, makanan suci, tempat suci, tapi darah kita yang mengalir pun mesti jauh daripada yang haram yakni mesti suci. Ini penting kerana ia termasuk taqwa zahir.

Maka kita mesti jauhkan daripada riba', jauhkan daripada penipuan. Dalam muamalat mesti ada taqwa supaya terhindar daripada makanan haram kerana darah yang mengalir mesti suci untuk kita jaga amalan agama kita.

Oleh itu usaha cari makan ini kita perlu berlandaskan agama dengan cara letakkan amal di hadapan berbanding asbab. Asbab bukan maksud tetapi kita perlu letak hukum dalam asbab, Allah SWT bagi asbab untuk kita letakkan hukum dan daripada hukum ini Allah wujudkan keberkatan. Dalam perniagaan tiada keuntungan, pemeliharaan, dalam ubat tidak ada kesihatan, untuk dapat terus dari zat Allah ialah dengan amal. Allah hendak lihat kita yakin pada asbab atau yakin pada Allah. Ubat belum tentu boleh bagi kita sihat tanpa izin Allah, makanan tak boleh mengenyangkan kalau Allah tak izinkan, kerja kuat siang malam belum tentu boleh buat kita kaya tanpa izin Allah, harta belum tentu buat kita bahagia tanpa izin Allah. Allah nak lihat kita pilih asbab atau pilih hukum. Misalnya seseorang hendak keluar pergi berniaga, dia solah 2 rakaat dahulu. Allah telah beritahu bahawa Allah jadikan dunia ini dengan perhiasan-perhiasan untuk ujian. Seperti Nabi Sulaiman a.s. Allah beri asbab yang banyak, beri dia kuasa, ada kerajaan yang luas, ada harta yang banyak, istana Ratu Balqis datang padanya sekelip mata; Allah hendak lihat dia bersyukur atau kufur. Oleh itu semua asbab yang kita nampak atau tidak nampak perlu kita kembalikan kepada Allah SWT. Apabila kita tumpukan ghairullah daripada Allah, Allah akan tarik keberkatan dan manfaat daripadanya. Sebab itu kita perlu yakin dengan janji Allah, yakin dengan kudrat Allah dan yakin dengan hukum-hakam Allah SWT. Dengan hukum-hakam Allah SWT, ada janji Allah SWT.

Untuk datangkan yakin ini kita perlu dakwah, dakwah dan dakwah. Dengan dakwah wujud suasana, yakin akan berubah tetapi dengan syara umat ini datang dengan cara majmuknya atau seluruhnya pada dakwah. Jadi orang beriman yang meyakini bahawa tanpa dakwah tidak akan keluar daripada kerugian. "Demi masa, semua manusia dalam kerugian kecuali orang beriman dan amal soleh, dan yang berpesan-pesan dengan hak dan yang berpesan-pesan dengan sabar." (Surah al-Asr), kedua-duanya perlu. Setiap orang beriman ada 4 tanggungjawab ini. Allah akan mengeluarkan umat ini daripada segala kerugian apabila kita membuat kerja dakwah.

Orang Mukmin perlu mengambil pelajaran daripada keadaan yang menimpa dia, dia tidak dapat keluar tanpa iman. Orang Mukmin perlu sedar bahawa tidak ada jalan lain untuk mengeluarkan mereka daripada musibah yang datang, kecuali membuat hanya satu usaha iaitu membuat usaha atas iman dan amal, dan mengajak orang lain juga untuk membuat usaha iman dan amal, dan laksanakannya dengan penuh kesabaran. Tanggungjawab ini perlu dilakukan secara ijtimae (berjemaah), kita perlu jadikan setiap umat ini da'ei. Bilamana ada umat yang tidak datang kepada usaha dakwah, maka usaha akan pincang, umat akan tidak selamat.

Untuk membawa agama dalam kehidupan kita, setiap orang Mukmin perlu membuat usaha atas agama. Ulama' beritahu bahawa ada orang tidak membuat dakwah yang makruf sebab dia tidak beramal lagi dengan amal tersebut. Sebetulnya kita perlu seru kepada makruf juga walaupun kita tidak amal. Jika dia buat dakwah dan juga amal, itulah yang sebaik-baiknya. Apabila kita buat kerja dakwah, akan timbul keinginan melakukan makruf dan Allah akan wujudkan kebencian dalam melakukan yang mungkar. Maka jadilah dia sebaik-baik Mukmin yang diredhai oleh Allah swt. Oleh sebab itu kita perlu niat, kita perlu buat dan bawa seluruh umat kepada kerja ini.

Maka marilah kita semua berdoa, "Ya, Allah, apa-apa kesalahan dan kekurangan yang telah berlaku sehingga sekarang maafkanlah kami. Ya Allah, untuk masa akan datang pilihlah kami ya Allah untuk kami ambil tanggungjawab Nabi sebagai tanggungjawab kami Ya Allah."

"Wahai Robb, jika umat tidak datang kepada kerja Nabi, umat ini akan rosak, ya Allah kasihanilah kami. Orang Islam di seluruh dunia terimalah mereka buat usaha Nabi dengan cara Nabi. Semua orang bukan Islam juga keluarga kamu ya Allah, kalau mereka tidak diselamatkan, mereka selama-lamanya akan masuk neraka. Di dalam kubur 99 ekor yang akan patuk mereka Ya Allah, semua orang bukan Islam masukkanlah mereka dalam Islam. Kami tidak mahu apa-apa ya Allah. Apa kehendak kamu ya Allah untuk orang Islam dan yang bukan Islam, itulah hendak kami penuhi."

"Ya Allah, terimalah saya dan rakan-rakan saya yang buat usaha agama sepertimana yang Kamu kehendaki. Terimalah doa kami ya Allah, amin ya Rabbal Alamin."

Semua azam untuk buat dakwah insya-Allah?

Friday, October 5, 2012

CERPEN: CARILAH JODOH DALAM DIRIMU

Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN

penang

Pernah seorang ustaz memberitahu aku, “Carilah jodoh kamu di dalam diri kamu.” Pada mulanya, aku tidak faham dengan maksud kata-kata itu. Bagaimana aku mahu mencari jodoh dalam jasad aku?
“Jangan kamu cari wanita solehah itu di masjid, kamu tidak akan berjumpanya.” Aku bertambah-tambah tidak faham. Jika tidak di masjid, di manakah wanita solehah berada?
“Carilah pasangan yang sekufu dengan kamu?”
“Sekufu? Apakah maknanya, ustaz?”
“Sekufu itu maknanya, sama tahap iman dan taqwa. Allah menjadikan seseorang sebagai pasangan untuk kamu sesuai dengan tahap iman dan taqwa yang kamu miliki. Jika kamu mahu melihat tahap iman dan takwa seseorang, lihatlah siapa pasangannya.” Aku mulai faham sedikit tapi tidak begitu jelas.
“Jadi, apa yang perlu saya lakukan, ustaz?”
“Jika kamu mahukan isteri yang solehah, terlebih dahulu perbaikilah amal soleh kamu dahulu. Insya-Allah, Allah akan mudahkan kamu untuk mendapat isteri yang solehah. Yakinlah dengan janji Allah.
Itulah maksud saya. Carilah pasangan yang solehah dalam diri kamu.”
Barulah aku faham apa yang ustaz itu cuba jelaskan.
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”(Surah At-Taubah ayat 129)

***
MASA berlalu begitu pantas. Sama ada sedar atau tidak, sudah beberapa tahun aku meninggalkan universiti. Namun, kenangan pahit dan manis itu sentiasa terpahat dalam memori. Aku tidak mungkin melupakan bandar ini. Bandar ini begitu sentimental buat diriku walaupun pada orang lain, ia tidak beerti apa-apa. Hanya sekadar hutan batu kota raya. Pepatah ada mengatakan, ‘Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat belajar.’ Niat asalnya, aku datang ke sini untuk memburu cita-cita duniawi tetapi Allah telah menyelamatkan aku daripada perangkap itu. Aku mula membetulkan niat bahawa segala cinta dan cita-cita aku hanya untuk menyukakan Allah. Aku mahu Allah sentiasa menyayangi aku.
Selama ini aku mencari dua perkara dalam kehidupan. Aku mahukan kesenangan yang tidak ada kesulitan. Aku mahukan ketenangan yang tidak ada kegusaran. Kedua-duanya hanya akan diperolehi dengan mengamalkan agama dengan ikhlas. Jika aku rasa Allah sentiasa bersama-sama aku, mengapa perlu aku gusar dan sulit? Aku perlu betulkan yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik Penolong dan Penyelamat.
Aku telah melalui sebuah perjalanan yang mematangkan dan mendewasakan keremajaan. Benarlah ungkapan satu bait lagu yang pernah aku dengar;
Pengalaman telah mendewasakan, mematangkan fikiran,
Pahit getir yang dilalui, guruku sejati.
Setiap manusia menempuh ujian yang berbeza-beza dalam hidup mereka.
Setiap ujian itu, Allah berikan kepada setiap seseorang sesuai dengan kemampuannya. Perkara tersebut telah Allah beritahu menerusi firman-Nya dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud; “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
Dan, aku diuji dengan perkara yang menjadi kesayangan dan kesukaan aku. Meskipun pada mulanya aku tidak dapat menerima hakikat, lama-kelamaan pintu hakikat itu terbuka juga. Mungkin Allah mahu mengingatkan aku, hanya Allah yang lebih layak untuk dicintai, bukannya makhluk.
Namun, itu tidak bermakna aku harus terus keseorangan. Allah juga menciptakan aku hati, di dalamnya ada perasaan. Dengan perasaan itu, timbulnya cinta, kasih dan sayang. Cuma, aku perlu salurkan cinta, kasih dan sayang itu betul pada tempatnya. Bukan sekadar itu, bahkan perlu betul caranya.
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solah; dan sesungguhnya solah itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah Al-Baqarah ayat 45)

***
HARI itu adalah hari yang aku tunggu-tunggu. Hari itu, dua hati akan bersatu. Akan sempurnalah separuh daripada agamaku saat aku melafazakan kalimah itu. Hati aku berdebar-debar. Semakin hampir ke tempatnya, hati semakin bergetar. Adakah benar si dia akan menjadi milikku?
Aku mencubit pipi berkali-kali. Ternyata aku bukan bermimpi. Di depan aku tuan imam. Di sebelah aku saksi dan wali. Di suatu sudut, bakal isteri.
“Aku nikahkan dikau dengan Solehah Binti Ismail dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit, tunai!”
“Aku terima nikahnya Solehah Binti Ismail dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit, tunai!” Sekali lafaz, menghalalkan perkara-perkara yang sebelum ini terbatas.

***
HARI ini, rutin hidup aku berubah. Aku bukan lagi orang bujang yang hidup keseorangan. Di sisiku sekarang ada seorang isteri yang tugasnya membantu suami menghidupkan sunnah Nabi.
“Sebenarnya, abang ada satu rahsia untuk diberitahu,” kataku kepadanya pada suatu hari ketika kami berdua sedang berjalan-jalan di tepi pantai.
“Apa dia? Cakaplah.”
“Dulu, sewaktu abang berada di tingkatan empat, abang mendapat tawaran belajar di sekolah lain yang agak bagus tapi abang tolak tawaran itu.”
“Kenapa?”
“Bagi abang, bersekolah di mana-mana pun sama sahaja. Lihatlah kehidupan kita pada hari ini. Dulu, kita hanya bersekolah di sekolah biasa. Boleh juga masuk universiti. Keluar universiti, dapat juga hidup seperti orang lain. Sama sahaja, bukan?”
Dia tersenyum. “Tapi, mengapa abang tidak menerima tawaran itu? Adakah kerana jawapan tadi?”
“Sebenarnya, waktu itu, abang sudah jatuh hati pada seseorang. Tapi, abang tidak pernah memberitahu dia. Zaman persekolahan bukan masa yang sesuai untuk bercinta. Lagipun, tidak lama selepas itu, si dia berpindah ke luar negara. Sejak dia berpindah, abang terus lupakan perasaan itu. Namun, Allah Maha Berkuasa. Garam di laut, asam di darat, dalam periuk bertemu juga.”
“Erm. Seperti tahu-tahu sahaja siapa orang itu.” Isteriku menguntum senyum.
“Itulah ketentuan Allah kepada manusia,” balasku sambil tersenyum juga.
“Sebenarnya, ana pun ada rahsia yang hendak diberitahu.”
“Eh, ada rahsia juga? Apa dia?”
“Sebenarnya, orang yang abang minat itu pun sudah lama sukakan abang.”

***
DETIK lafaz ijab dan kabul bukanlah destinasi terakhir untuk aku.
Bagi aku, perjalanan hidup ini masih panjang. Alam perkahwinan sekadar menyempurnakan separuh daripada agama bagi seorang lelaki. Aku masih ada lagi separuh tuntutan yang belum dipenuhi. Perkahwinan adalah sebahagian jambatan untuk menuju ke destinasi tersebut. Jambatan bukanlah tempat terakhir dalam sesuatu perjalanan. Tidak mungkin ada manusia yang sanggup bermastautin di atas jambatan.
Matlamat hidup adalah mencari keredhaan Allah sebelum sakaratul maut datang menjemput. Maka, selepas itu, manusia akan melalui alam barzakh, padang mahsyar, titian sirat dan destinasi terakhir sama ada syurga atau neraka. Di situlah terletaknya destinasi yang kekal abadi.
Selalu aku berpesan kepada isteriku, “Seorang isteri yang berkorban untuk suaminya atas maksud agama, kerana Allah, dia akan masuk syurga lima ratus tahun lebih awal berbanding suaminya. Seorang isteri yang ditinggalkan oleh suaminya ketika keluar ke jalan Allah, maka Allah menjadi Pemelihara yang menjaganya. Orang yang paling bahagia ialah orang yang suaminya keluar di jalan Allah kerana dia bukan hidup dengan kekasih Allah tetapi dengan Allah.”
Itulah yang aku maksudkan, ‘seorang isteri yang membantu suami menghidupkan sunnah Nabi.’
Hidup perlu ada tujuan. Apabila manusia tahu tujuan hidup, dia akan tahu untuk siapa dia hidup. Aku hidup untuk mencari redha Allah. Aku hidup untuk mengajak manusia kepada Allah. Aku hidup untuk menyambung risalah kenabian. Itulah maksud hidup aku.
Sekiranya ada sesiapa yang bertanya, “Boleh kamu perkenalkan diri? Kami mahu berkenalan dengan kamu.”
Aku suka menjawabnya, “Saya umat Nabi. Kerjaya utama saya ialah pendakwah. Saya mencari rezeki dengan sekadar menjadi seorang pendidik penulis.”
Sekian. Selamat berkenalan denganku!

Friday, September 28, 2012

Ofis baharu

Buku GISB dibahagi kepada 3 kategori:
1.Agama (Ust. Shahrul, Ust. Shafie, Pn. Siti)
2.Motivasi (Pn. Suraiya, Pn. Jun, Pn. Baizura)
3.Kreatif (Tn. Amir, Tn. Alif)

Masalah kami, bilamana majalah masuk deadline, dtp buku selalu 'dikacau', maka terhentilah proses buku itu, huhu. Namun kini tidak lagi! Janji ditepati, insya-Allah jabatan buku dipisahkan terus dengan majalah dan akan berhijrah ke bangunan baharu. Jika 3 bulan ini kami dapat buktikan produk buku yg disasar berjaya diterbitkan, insya-Allah, mahu naik gaji pun boleh, heh.
ini En. Halim, bos pentadbiran dan kewangan

Lawatan ke ofis baharu Jabatan Buku GISB

Mungkin sedang bincang pasal kedudukan tempat

Tempat ambil wuduk, dulu sini kelas budak-budak IPTS belajar.

Bos buku baharu, Hj. Zakaria Sungib @ Pak Ya.

Hanya jabatan buku dan dtp artisnya akan berada di sini.

Ini bos dtp, Hj. Badrul Hisham @ Pak Cik Bad @ Hang Jebat (? hj. bad da..)
rumah syaitan!

Tuesday, August 14, 2012

Ada apa dengan cantik?

Dipetik daripada: http://muscom.iluvislam.com/?p=24

"Bunga yang kembang dan cantik itu jarang yang wangi… Begitulah orang yang cantik jarang berbudi..” Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “Awak ni cantiklah,” maka akan menguntumlah sebutir senyuman di bibirnya dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.


Ah… siapa yang tidak seronok apabila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resam manusia, seronok apabila dipuji kecewa apabila dikeji.

Akan tetapi lain halnya bagi si mukmin yang berasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia.

Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya punya kelebihan. Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi dunia mahu digenggamnya. Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu. Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang didekat dan ditangkap lari. Jika ia seorang isteri yang sedar dan bangga dengan kecantikannya maka suamilah yang menjadi mangsa. Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan kerenahnya. Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya. Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya. Jadilah suami laksana lembu yang dicucuk hidungnya. Ke mana diarah di situlah perginya, alangkah dayusnya dia. Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut, merajuk hendak balik kampung atau minta cerai. Na 'uzubillah.

Alangkah indahnya jika si isteri tadi, kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin. Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak, adalah pada AKHLAKNYA. Kalau ia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik tetapi derhaka pada suami adalah ibarat bunga raya. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, taat suaminya, sentiasa mencari keredhaanNya, ibarat bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.

Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah cempaka diminati orang. Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang. Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan. Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan. Wanita yang tidak cantik pula jika tidak berakhlak akan meyakitkan hati dan mata. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.

Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia, tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Sesungguhnya Allah swt Maha Adil… Nescaya disayangi Allah serta makhluk- makhlukNya. Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan sentiasa resah jiwanya. Bukan kerana takut luput kurniaan itu daripada dirinya. Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau menandingi kejelitaannya.

Resah adalah kerana menghitung-hitung pahala-pahala yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan dirinya ke jurang neraka.

Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah akibat daripada kecantikan diri yang dijulang bagaikan mahkota.

Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.

Menjadi mainan nafsu dan syaitan.

Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan. Baik buruk,cantik hodoh itu adalah pemberiNya, yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.

Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi. Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat iman dan Islam itulah sebenar-benar nikmat?

Wallahua'lam.

Thursday, July 5, 2012

Tuesday, May 15, 2012

Kahwinlah kamu bagi yang mampu.

Petang itu, balik kerja, bini saya buat kejutan.
Sebelum itu, saya sudah terima hadiah kamera yang merakam gambar ini sebagai kejutan.
Kejutan berterusan sempena hari lahir saya.
Saya suka makan, bini saya pandai masak, betul.
Terima kasih bini. "Layan Avengers malam itu macam baca cerpen Kalut saya, huhu," ujar saya. Senyum =)

Tuesday, March 6, 2012

nikahwin


terkadang manusia lupa
selalu lena
yg jaga dia
nabi kita

Definisi nikahwin= nikah itu satu kemenangan (win). Benarlah menyempurnakan perintah yg satu ini diberitahu separuh daripada agama. Wallahua'lam.

Saya melihat orang yg mampu nikahwin ini satu orang yg hebat. Hanya mereka yg berani dan sedia menyahut cabaran mampu melaksanakan tanggungjawab ini. Sedangkan diri sendiri lagikan terkial, inikan pula menyara anak orang, mengambil alih tugas melengkapi yg lain. Walau apa pun, ianya tetap berkaitan dengan jodoh. Duit dah ada, pilihan ramai, serta pelbagai kemungkinan yg DIA kuasa cipta, selagi jodohnya belum. Tidak jadi juga.

Lalu, kata-kata pembuka bicara di atas sekadar ingatan untuk diri sendiri jua, bilamana DIA beri taufiq, hidayah, kekuatan, peluang dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya, jangan sesekali alpa atau leka, semua itu dengan izin-Nya semata. Jangan biar ada hati terasa dengan nikmat ujian yg dikecapi.

Kita cuma hamba, lemah, dhaif, hina, dina, asal pula daripada setitik air jijik. Renung-renungkanlah.

Berbalik pada isu nikahwin, tahniah, harungilah dengan syukur dan sabar, takut dan harap. Doa kalian kami tagih. Sokongan moral lebih diperlukan berbanding nilai material.

Inilah ujian, cubaan, dugaan nikahwin. Bak kata seorang penceramah kursus kahwin, kahwin itu syurga, baiti jannati. Tidak layak masuk syurga-Mu. Letakkanlah kepercayaan kita pada pasangan masing-masing walau apa kata-kata orang lain tidak searus, namun selagi tidak bertentang syarak, dan ajaran agama, pertahankanlah. Kalian cuma ada kalian dan DIA.

Tuesday, February 28, 2012

12 orang pertama yg perlu saya doa:


1. Abd Hamid Hasan
2. Rosminah Ma'sum
3. Renee Abd Hamid
4. Mohd Resha Abd Hamid
5. Kamarudin Mansor
6. Muhammad Aidil Aiman Kamarudin
7. Yasmin Hanani Kamarudin
8. Hasan Taib
9. Ma'sum Abd Jalil
10. Dijah Abdullah
11. Juriah Imam
12. Nazirah Mohd Saleh

Monday, January 17, 2011

“What’s Hot is Gettin Hotter”



-pinkybleuc-

Bermulanya satu kisah. Awek aktif – balak pasif
Si balak bukanlah seorang yang pendiam, cuma dia lebih suka bersendirian
Baginya, dia punya kepala sendiri, buat apa asyik nak ikut orang jer?
Si awek pulak berperwatakan happy-go-lucky, mesra dengan semua orang
Sebab tu ramai yang suka dia
Tapi, bagi si balak, dia lebih suka melihat aweknya dari pelbagai segi/persepsi
Bukan sekadar pergaulan, paras rupa, IQ dan segala apa yang orang lain nampak
Jadi, dia cuba selami dari dalam,
sebab utamanya, apa yang menyebabkan dia sangkut dengan si awek ni
Walau apa pun, mana datangnya dalam kalau tidak dari luar?
Orang kata, “dari mana datangnya cinta . .-dari mata turun ke hati
bagi si awek pulak,
semestinya ada yang menarik perhatiannya untuk sangkut pula pada si balak
satu perkataan untuk dia menggambarkan balaknya -tersendiri
mungkin ya, dan sememangnya itulah yang selama ini cuba diituju oleh si balak, mencari suatu kelainan, tidak mahu dirinya disamakan dengan orang lain
Cuma kadangkala orang lain tak faham
Dan mulalah membuat tafsiran itu, ini
Yang entah betul dan mungkin tidak
Dan ini jugalah alasan bagi si balak untuk bersikap hipokrit,
dia tak berjaya menjadi apa yang diingininya
Masih belum cukup baginya untuk membolehkan dia sampai ke tahap itu
Dan rasa protesnya cuba disalurkan dengan betul
Dia membina satu medium yang sudah tersedia lama
Muzik, ia amat mempengaruhi hidupnya
Jadi, dia lebih selesa layan kepala dengannya berbanding dengan kawan-kawan di luar
Dia bukan sombong (mungkin?), tapi sebaliknya dia cuba bersikap baik
dengan semua orang di sekelilingnya yang dianggapnya teman
Yang bukan diperintah tapi cuma menunjuk arah kepada mereka jika
diperlukan
Menganggap diri sendiri sebagai seorang pemimpin sebenar
Individu yang beranggapan kawan itu teman
‘kita semua sama, cubalah untuk hilangkan diskriminasi,
jangan hanya tahu cakap belakang,
kalau dah tak suka janganlah pula nak kecoh2 dengan semua orang’
berbalik kepada si awek tadi, kekadang tu dirinya terasa, umpama diabaikan
bila melihat couple lain, terasa dunia ini sungguh indah
dia cuba mengerti sikap balaknya yang tidak suka dikongkong
si awek lalu berkata,
“bukan mengongkong, tapi saya sayang awak.
So itu boleh dijadikan lesen untuk saya rasa cemburu..”
Balaknya terus tersenyum.
Situasi yang sedikit tegang itu kendur sedikit dengan seloroh yang berbaur serius itu
“ni lah satu-satunya sebab kenapa saya suka awak sangat-sangat,
pandai amik hati orang. tak macam ada orang tu, cakap pun selalu tersasul,
nak berlagak macho konon, x boleh blah..heh.”
Si awek tu pun membalas dengan senyuman bila mendengar balaknya
berkata sebegitu, dan dengan segera menyegarkan kembali ingatannya
tentang kata-kata si balak yang menyatakan dia paling benci berlagak
sedemikian
‘apa nak buat, dah kehendak situasi’, katanya. ‘yelatu’, balas si awek..
dan pada satu ketika, entah bagaimana tiba-tiba terpacul soalan ini daripada si balak,
“macam mana ‘ek awak boleh sangkut kat saya?”, sambil matanya masih memfokus pada perlawanan football di tengah padang.
Si awek lantas menoleh tepat ke arah muka si balak.
Setelah agak lama, si balak yang cuba buat tak nampak pada mulanya
terpaksa juga beralah dek wajah kiut lagi innocent si awek.
“Kenapa tenung saya macam tu?”. Ada sedikit gabra dalam intonasinya.
Si awek tidak menjawab soalan itu, sebaliknya dia menjawab soalan yang
pertama tadi dengan menampakkan sikapnya yang riang-selalu dalam
nadanya,
“awak ni uniklah=)!”
“unik?”
hu’uh
si balak mengangkat kepala dan keningnya serentak untuk memberitahu si awek yang dia kurang faham (konon jer tu).
I mean, banyak benda yang awak buat is different. Awak berbeza dari budak lelaki lain yang saya kenal.
That’s the main reason why saya ske & luv u the most. Rasanya bukan saya sorang jer yang ‘nampak’ awak camtu, but the other girls too. So sebelum saya terlepas awak, it’s better to me untuk mintak couple dengan awak..”
“what do you mean?”“ok, kalau awak masih confuse, yang sebenarnya ramai gurls ske kat awak includin’ me, for sure. _Betul.
..Janganlah buat muka tak faham. K, diorang just a lil’ scared nak tegur awak pasal awak ni tak macam budak lain. Entah apa yang awak fikir pun saya tak tahu. Then, tu jer la sebab camner saya leh sangkut kat awak..”
huuuish..tak panjang la pulak, kan jawapan dia. Tau le awak tu pendebat. Tapi kan, betul ke apa yang dia cakap ni? Ahh, apa2 la, kalau betul pun apa salahnya, ya tak? Hmm, lantak ar.’, keluh si balak dalam hati.
hullooo..apa yang awak menungkan tu?”
“oh, saya? Ha, erm..nothing! apsal? Did I miss sumthin’?”
“tak, saja tegur.”
………
“hmm, team diorang tengah leading la..”
takpe, herokan biasanya kalah dulu, tak gitu?”
masing-masing ketawa sendiri mengakhiri dialog c.i.n.t.a. dua individu yang tak begitu kisah dengan hubungan yang dijalin. entahlah..
yang pasti, hidup ni akan lebih besar definisinya jika bila kita tahu
menghargai sesuatu yang sudah, sedang dan bakal belong to us.
That’s it!
20030725
11.20 p.m.
_home sweet home!
Trivia:
Special dedicated to Clark Kent favourite’s game- football1 jam siap/ mungkin kurang dari tu_(tak termasuk masa penyuntingan)
cadang, ingat nak buat dalam bentuk karangan/ format: berperenggan
*dejavu kepada kisah benar penulis11.52 a.m. 25 Disember 2004

fuh! pas saya tgk http://vimeo.com/16698604 n baca note cik Lyanna Ramlee, i just noticed that zaman skang memang serius xde istilah perigi n timba no more. heh. wow! sumerg pun deserve to win. b4 saya citer lg pnjg, reminder: BMT x di-filter di sini ya, all i can do is ital n bold those words yg x sesuai utk formal purpose. ya, saya sekarang tgh pegang title editor novel (baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan=). harap tiada siapa yg tersinggung pasal Bahasa Melayu Tinggi tu ya"

cakap pasal dejavu, as stated above, cerita ni saya tulis sebelum saya kenal cik mufin a.k.a. my-future-wife"

cara kami kenal pun via hp, bila kawan saya gne hp saya, sms kawan perempuan dia. then saya pun pi kat sent item n walla, "ko x delete bro msg ko, heheh(senyum shin chan)". then, saya pun kaco la budak perempuan kawan saya tu. huhu. nak definisikan jodoh, si mufin @ kawan budak perempuan pula dijadikan umpan untuk usha saya balik. punk d!

dipendekkan cerita, kami pun terus-meneruslah bersms. camner leh lekat? gini, saya mmg type yg ske challenge! At first, mufin ske skiping London je. jual mahal la konon. Okey.. saya mmg ske yg jual mahal pun(pronounce jozan), tp jgn ar mahal sgt, kang x laku pulak si penjual tu..huhu.

jmpe punya jmpe, sampailah satu moment, scene kat pudu, saya saja main sorong papan vs tarik tali. Hari tu, ktorg tengok filem cinta, okla nak compare ngan movie 1st yg ktorg layan dulu, ciplak-wat d student project movie duh?-. Ya-masih segar di ingatan:30november2007. Esoknya, birthday mufin ni.

So malam tu, after a long messaging time with her, I gave her my love sentence-let’s couple mufin!

Hahaha! Sedar x sedar, no 12 mmg byk kait ngan ktorg, yg ter-type di sini, antaranya:

1.Kami declare our relationship on 1/12/2007
2.Mufin birthdate: 1/12/1986
3.Pie bithdate:12/5/1986
4.Youhoo saya (my love piece) keluar kat Remaja: 1/12/2010
5.Pie buat buku(novel), mufin lak start susun buku(jadi library asst) kat sunway:1/12/2010
6.NazirahSaleh:12huruf
7.AmirAbdHamid:12huruf
8.Pie start praktikal kat UTHM:1/12/2008
9.Family mufin+family pie=12org(termasuk irdina ye=)

pie n irdina=)
10. Ktorg nk kawin:2012

11. Hadiah ini valid sehingga 1 Jan 2012 sahaja(?)

12. Our fav no. is 12. Hahaha! (x idea la wei..=p)




http://melesap.blogspot.com/2011/01/pinkybleuc-bermulanya-satu-kisah.html


again, this is my kinda true story=)

saya memang x expect yg citer saya karang ni will happen to me and us.

now, the story goes to http://lyndarahim.com/blog/?p=305




*oh ya! cerita pinkybleuc di atas juga ditulis pada bulan 12 ya!




link ke www.facebook.com/cstproduction & www.facebook.com/LYNDARAHIMKUALALUMPUR