Sunday, October 13, 2013

Perjalanan ke Changloon (2)

Hujan. Doa afdhol dan makbul. Malam tadi gerak jam 11.30. Patutnya jam 11.00. Adik ipar Ahsan tolong hantar. Dari Keramat ke Jalan Duta katanya otw ke tempat kerja dia, Republika.

"Ya kot," jawab Ahsan.
Amcik, "Tapi dia dekat-dekat masjid wilayah kan?"
"Mahkamah syariah?"
"Ha'ah."
"Yalah tu, betul sangatlah tu," Ahsan mengeyakan.

Sampai stesen Ahsan tanya brader kaunter. Dia tulis nombor plat bas lalu cakap, "Nanti saya panggil, tunggu je depan ni." Even tiket mahal sikit (patut RM40++, ni RM50++) maybe pasal last minit, tapi tempat duduk dia terbaik. Memang selesalah.

Dah 6.30 pagi, sampai-sampai stesen bas Sg. Petani, pemandu turunkan penumpang yang nak turun dekat situ. Ahsan turun sekali nak solah Subuh. Nak cakap berhenti sat solah, iman terlampau lemah. Tak tahulah depa yang lain tu solah ke tak. Sedih! Itu pasal sekarang Ahsan kena naik bas tambang pi Alor Setar. Nanti sampai sana ambil bas lain ke Changloon.

Program start jam 9.00, la ni dah dekat pukul 8.00. Untung slot Ahsan petang. Yang sadis dekat stesen Sg. Petani tadi, tandas tak tahu dekat mana. Akak kaunter cakap tak ada. Untung ada surau walau dah kunci masih boleh solah dekat beranda luar. Ujian iman.

Bagi Ahsanlah, negara Islam, negeri Islam, Islam itu tiangnya solah. Kemudahan, kerisauan patutnya beri lebih ke arah itu. Lainlah jika menterinya, pemandunya, orangnya bukan Islam. Betullah ustaz cakap, yang jatuhkan Islam itu bukan orang lain, melainkan orang Islam sendiri. Dirikan solah, dirilah agama. Tinggalkan solah, runtuhlah agama.

Lu pikirlah sendiri. Sini bukan tempat nafsi-nafsi. Nanti dekat sana tak pasal-pasal tuntut-menuntut.

Perjalanan ke Changlun (1)

Sebelum kisah ini ditulis, dalam Malaysia, empat negeri Ahsan tak pernah sampai lagi. Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kedah. Tapi dalam dua bulan ini saja, ini kali ketiga Ahsan naik Kedah. Amek!

First masa hantar abangnya ke Kuala Nerang belajar agama. Second ikut pak mentua pi kenduri kahwin dia dekat Sungai Petani. Yang la ni, bengkel novel dekat Changlun.

Ikutkan tiga minggu berturut-turut patutnya tiap hujung minggu Ahsan ada program buku. First dengan penulis Lisa buku Andalusia dekat SACC Mall. Program ni first time company dia buat approach bedah buku penulis bersama editor. Kata penulis, "Memang dia cakap first time, tapi macam dah pro je." Huh, ayat ikhlas atau ambil hati Ahsan tak ambil port. Yang pasti muka Ahsan selepas dengar, ada senyum. =)

Second program dengan penulis Bonda buku Awak dekat Kuantan, Ekspo Buku Islam. Yang ni Ahsan tak dapat pi pasai anak masuk sepital. Ahsan belajar hard way jangan bagi baby peramah sangat tegur dan pegang baby lain. Tak pasal-pasal dapat HFM (hand, feet, mouth disease). BANYAK hikmahnya. Warded dua hari dekat Ampang Puteri dekat 3K. Amek! Untung company bini ada AIA, mak mentua lak dulukan bayar, tq, huhu.

La ni, program dengan penulis Khairy mantan bengkel company Ahsan buat. Bagus Khairy ni, dia upgrade bengkel company Ahsan tu, solidkan lagi elemen dakwah, berlatih beri bengkel free dekat sekolah-sekolah, la ni dah ada e-book dan kenakan cas dan Ahsan sebagai wakil untuk side slot penerbit. Keren!

Tuesday, August 20, 2013

Kotak pun boleh

Tudung
Tudung. Ahsan perasan dan ramai juga yang tahu, pakai tudung itu tidak wajib, yang wajib itu tutup aurat. Ahsan pernah dengar, ustaz beritahu, “Paling kurang, tiga benda ni kena tutup. Aurat, makanan, duit. Aurat memang dah wajib tutup. Tang makanan tu, jika tak tutup, syaitan akan kencing kat makanan atau minuman tu. Paling kurang ambil satu kayu letak melintang atas periuk atau jag yang tak ada penutup tu. Duit pulak kenapa kena tutup nak elak musibah. Nunjuk-nunjuk ni undang padah. Pencuri memerhati. Lagi bagus simpan dalam uncang, time amik duit, tak kira depan-depan orang. Contoh masa kuar duit kat atm. Pakai uncang, orang tengok pun tak pikir kita ni berduit. Yalah, nak beli wallet pun berkira. Bukan berkira, zuhud sebenarnya.”

            Tadi pagi, sewaktu doa pagi memulakan tugas, selepas bacaan hadis dan tazkirah pengarah urusan, amalan harian di ofis Ahsan, dia perasan seorang staf wanita bertudung litup, lebih syariah berbanding hari-hari sebelum ini. Ikutkan Ahsan, mahu saja dia tegur, “Tudung akak cantik, steady ar.” Namun jenis Ahsan, dia selalu letak diri dalam kasut orang lain. Jika dia suami staf itu, dia tidak suka lelaki asing puji isterinya demikian. Sebab apa?

            Ahsan kenal suami staf itu, perawakannya melambangkan sunnah. Seorang yang kuat agama jika dinilai dari luar. Justeru, mungkin staf itu berpakaian lebih syariah atas saranan seorang suami yang baik. Ahsan terfikir, jika dia puji staf itu terus depan-depan, kemungkinan niat staf tadi kini untuk orang lain, bukan untuk sukakan suaminya lagi kerana Allah.

            Jika diizinkan suami staf itu ada di tempat kejadian, mahu saja Ahsan berdialog begini, “Bang, molek cara akak pakai tudung. Camner abang suruh? Nak gak suruh bini saya pakai tudung lagu tu. Heh.” Ini soal niat. Ustaz pesan, “Buat kebaikan kerana makhluk, itu syirik. Tinggal kebaikan kerana takut orang cakap riyak, itulah riyak. Nak tak nak untuk dapat ikhlas, kena lalu jalan riyak. Lama-lama biasalah. Periksa niat sebelum, sedang, selepas beramal.”

Thursday, July 4, 2013

Tentang kita


YM Joe
Ahsan meneruskan YM bersama kawannya yang lain. Kali ini bersama Joekhairizam atau lebih mesra dengan sapaan Joe. Joe ialah kawan Ahsan semasa di IPT. Hubungan tersebut berlanjutan hingga kini. Joe pernah jadi kawan serumah, sebilik bahkan waktu itu, Ahsan tidur katil atas, Joe pula katil bawah.

            Antara kenangan bersama Joe yang Ahsan ingat sampai sekarang, Joe pernah bawa skuter ke kolej kediaman mereka di Puncak Perdana. Ahsan pinjam tunggang ke kampus induk Shah Alam. Sedang elok Ahsan menunggang, dekat jalan lurus, sebelah kanan simpang naik ke bangunan menara UiTM, ada sebuah motosikal yang ditunggang seorang perempuan, elok-elok belok masuk ke simpang kanan itu tanpa signal. Ahsan yang tidaklah berapa laju penunggangannya waktu itu, dalam babak seakan mengelak, hilang sedikit kawalan. Lalu terjatuhlah skuter, Ahsan dan Maxx, kawan Ahsan yang jika tidak silap memakai seluar jeans baharunya. Malang tidak berbau.

            Walau tidak serius mana, calar di skuter tetap ada. Joe sedih, tetapi tidak pula marah-marah. Joe jenis hati lembut, mudah maafkan orang. Mudah juga hulur pinjaman. Ahsan tabik dengan sikap Joe yang diibarat seorang abang walau mereka sebaya tahun, berbeza bulan.

            Pagi itu, Ahsan menyapa Joe yang sedang bertugas sebagai kakitangan kerajaan.

pinky_bleuc: Assalamualaikum

pinky_bleuc: salam pagi yg terakir..

jo khairizam: w'slm

jo khairizam: ye

pinky_bleuc: maafkn ak

jo khairizam: y?

pinky_bleuc: manusia tidak pernah lepas dari kekhilafan

jo khairizam: aky maafkn

jo khairizam: so do i

pinky_bleuc: i'll always forgive u

jo khairizam: ye

jo khairizam: betul tu

Joe positif, tidak kalut macam Izhar. Ditukar pula topik perbualan.

jo khairizam: aku kesejukan...!!!!

jo khairizam: m'gigil nih

jo khairizam: huhuhu

pinky_bleuc:

jo khairizam: wanna hug me??

jo khairizam: big one eh..!!!

pinky_bleuc: i love u

jo khairizam: luv u 2,3,4

jo khairizam: air cond kt opis ni sejuk sgt

jo khairizam: selalu ok je

pinky_bleuc: Dia bagi sejuk

pinky_bleuc: ak dah off kan je

jo khairizam: haaha

jo khairizam: aku pun dh kena penyakit ko mir

            Ahsan lagi suka panas sikit daripada sejuk-sejuk. Jika sesiapa pernah jadi teman biliknya, Ahsan kadang-kadang tidur tanpa hidupkan kipas. Orang lain mungkin rimas, kepanasan, tetapi dia lebih selesa begitu. Jimat elektrik katanya.

pinky_bleuc: Dia bagi sakit

pinky_bleuc: Dia sayang kita

pinky_bleuc: suruh ingat Dia salu

jo khairizam: betul2

jo khairizam: p'hapus dosa

            Joe sudah biasa dengan tazkirah Ahsan, justeru dia pun tidaklah kekok dengan bicara Ahsan. Setakat berbalas nasihat, apa ada hal bagi Joe.

jo khairizam: kak anne tny apa dkt ko??

jo khairizam: aku tgk dlm link vid tu sakan dia tny sapa ko

jo khairizam: hehehehe

pinky_bleuc: dia tanya siapa ak

jo khairizam: haah

            Kak Anne ini pula kawan sekelas Joe dan Ahsan. Mereka pernah sekumpulan semasa projek buat video klip lagu. Dalam kumpulan itu ada lapan orang iaitu Ahsan, Joe, Sam, Kak Anne, Shiela, Mala, Nina dan Nurul. Kali terakhir yang Ahsan tahu, tiga orang perempuan dalam kumpulannya itu kini sudah berhijrah dengan memakai tudung sebagai permulaan. Seorang memang dah pakai lama, seorang lagi tidak tahu pula apa cerita. Ahsan teruskan bersangka baik.

            Subjek video klip itu begini. Dalam satu kumpulan, skrip yang terbaik akan diangkat dibuat video. Memang menarik. Ahsan jadi jurugambar bidan terjun, dia juga yang edit video. The skill is there. Ahsan muat naik di Youtube. Boleh kata beribu juga penonton video itu. Bilamana makin tua, kawan-kawan pula sudah mahu tinggal dosa, Ahsan padam video tadi daripada akaunnya.

            Lirik lagu video Shiela ialah, “Waktu terasa semakin berlalu. Tinggalkan cerita tentang kita. Akan tiada lagi kini tawamu. Tuk hapuskan semua sepi di hati. Ada cerita tentang aku dan dia. Dan kita bersama saat dulu kala. Ada cerita tentang masa yang indah. Saat kita berduka saat kita tertawa. Teringat di saat kita tertawa bersama. Ceritakan semua tentang kita.”

Wednesday, July 3, 2013

Amboih!


YM dengan Izhar
Ahsan ada seorang kawan. Nama dia Izhar. Dulu masa sekolah, Ahsan pernah satu sekolah dengan Izhar. Izhar budak pandai. Dia selalu merungut kerana dihantar belajar di sekolah yang tidak berapa boleh pergi jauh. Izhar hebat berdebat. Ahsan pernah ikut Izhar berdebat di sekolah lain. Jika tidak silap semasa di tingkatan empat.

            Izhar pernah pasang cita-cita mahu jadi perdana menteri. Pernah juga mahu jadi peguam. Kemudian dia sambung tingkatan enam. Ketika mahu mohon masuk universiti, dia mahu ambil masscomm. Macam Ahsan. Ahsan waktu itu sedang ambil diploma masscomm dekat Puncak Perdana.

            Ayah Izhar tidak mengizinkan. Dia saran ambil bidang pendidikan. Dengan paksa rela, Izhar pun menyambung pengajiannya dalam bidang pilihan bapanya itu. Alhamdulillah, sekarang Izhar sudah pun bergelar sebagai pendidik. Isterinya juga seorang guru. Sudah dapat anak pun. Untunglah..

            Dipendekkan cerita, Ahsan satu masa ber-YM dengan Izhar. Ahsan memulakan:

pinky_bleuc: Assalamualaikum

pinky_bleuc: salam pagi terakhir

            Rentetan YM sebelum ini dengan Nizam, Ahsan terbawa-bawa ke dalam persembangannya dengan Izhar.

izhar_milo: salam

izhar_milo: pagi terakhir?

            Hairanlah kawannya itu. Dibalas sapaan dengan soalan.

izhar_milo: dh nk jiun ke?

izhar_milo: haha

            ‘Jiun’ ini adik-beradik dengan ‘kiok’ atau padam atau mati atau mampus atau mangkat.

pinky_bleuc: ye

            Benarlah kenyataan Ahsan ini. Umpama pesalah dalam 8 jam. Lumpuh tatkala hampir dihukum gantung. Bertuahlah berpeluang untuk bertaubat. Hakikatnya, semua manusia sudah ada tarikh mati. Berapa ramai yang tahu tarikh lahir Rasul Junjungan yang juga tahu tarikh wafat Baginda? Radzi cakap, “Orang macam taknak tau kan?”

            Ahsan pernah dengar, orang paling kuat, bukan yang tidak pernah sakit, tetapi mereka yang mampu menahan amarah. Ustaz pernah beritahu, orang paling bijak, mereka yang sering fikir mati serta buat persiapan untuk menghadapi kematian. Untuk itu, Ahsan taip seperti berikut:

pinky_bleuc: maafin

            Ahsan minta ampun dengan Tuhan, minta maaf dengan manusia. Juga Ahsan taip: pinky_bleuc: halalkanlah semua yang ter ngan kamu

            Makan minum, ilmu, hutang. Jika mampu lunas, Ahsan minta beritahu awal. Juga lain-lain yang sewaktu dengannya. Ahsan hanya mampu taip:

pinky_bleuc: plz..

            Sewaktu taip cerita ini, Ahsan memang agak cuak pasal orang Melayu selalu cakap, “Kau dah buang tebiat ke apa ni?” Apabila difikir-fikirkan semula, itu satu tabu. Manusia cuba elak atau istilah kasarnya mahu lari daripada realiti yang kita semua akan mati. Topik ini tidak sejuk. This is not cool.

            Ahsan balas, “Chill.” Ahsan baru lepas tonton Kil. Perasaannya persis menonton cerita 500 Days Of Summer. Jarang dia rasa begini selepas tonton filem. Mesej tentang hidup, mesej tentang kesan rumah hitam. Justeru perlu satu lagi filem yang jika ada yang mampu arah, buatlah yang setanding cuaca dalam dua filem tadi dari segi sinematografinya, konsepnya, lagu latarnya, paling penting temanya kali ini, tentang mati. Bukan macam filem In Time. Rugi. Mati jadi tanah. Amboi.. Life must be more than this, right?

Tuesday, July 2, 2013

Wawasan akhirat


Yahoo! Messenger dengan Nizam
Satu pagi yang biasa lewat tahun 2010, Ahsan membuka akaun YM-nya. Satu orang kawannya, bekas kawan rumahnya di Seksyen 7 Shah Alam, sudi bertamu menyapa Ahsan pagi itu.

syedshahrulnizam: hye

pinky_bleuc: salam

Ahsan dulu guna model 3310. Bagi yang perasan, hanya 10 abjad boleh digunakan untuk beri nama pada profil handphone itu. Antara nama profil 3310-nya ialah pinkybleuc. Kenapa Ahsan pilih pinky? Pasal dia suka perhatian, mahu lain daripada lain. Kenapa pilih bleuc? Nokianya itu berwarna biru. Blue become bleuc become his yahoo email address eventually.

syedshahrulnizam: selamat pagi

pinky_bleuc: pagi terakhir thn ini

syedshahrulnizam: wow ayat yg mengingati kematian

pinky_bleuc: begitulah

Nizam ialah satu orang kawan surau yang banyak beri input akhirat kepada Ahsan. Bilamana berbual dengan Nizam, Ahsan sendiri terdorong berbual ke arah itu. Ini baru betul kawan baik dunia akhirat namanya.

syedshahrulnizam: so apa arah tuju anta hari ni..

pinky_bleuc: biasalah

syedshahrulnizam: adakah anta begitu bertenang dgn tahap kebiasaan sekarang

pinky_bleuc: astaghfirullah

pinky_bleuc: ketenangan datang dengan mengingati-Nya

Ahsan tersilap dengan ‘kebiasaan’, kembali mengarah ke perbualan yang sepatutnya.

syedshahrulnizam: wow

pinky_bleuc: semua kata akan dihitung

pinky_bleuc: melainkan yg mengajak kepada ma'ruf

syedshahrulnizam: oh..saya begitu terharu

pinky_bleuc: setiap pertemuan pasti ada perpisahan

pinky_bleuc: setiap yg bernyawa pasti akan mati

pinky_bleuc: sebanyak pasir di bumi

pinky_bleuc: banyak lagi bintang di langit

pinky_bleuc: banyak lagilah dosa saya yg hina ini

pinky_bleuc: rahmat Allah Maha Luas daripada itu

syedshahrulnizam:

Terus-terusan pula Ahsan bertazkirah menyebabkan hanya baris kosong yang di-enter Nizam.

pinky_bleuc: menangislah apabila harus menangis

syedshahrulnizam: tapi bagaimana keaadan 7 bilion umat tu      

Nizam mula menimbulkan persoalan yang membuahkan kerisauan. Fikir seorang da’i tegar.

pinky_bleuc: ini semua salah saya

syedshahrulnizam: saya nak 7 bilion sedar jugak

pinky_bleuc: tugas kita hanya menyampaikan

syedshahrulnizam: bukan salah anta tetapi salah syaitan yg hasut anta..

pinky_bleuc: sesungguhnya mereka telah berkompromi dengan nafsu serakah yang diam dalam diri ini sekian lamanya..

Ayat di atas dirasakan ayat penyimpul segala kelemahan diri Ahsan. Dia akur, dia lemah iman. Dia juga akui, dia gemar berbual dengan Nizam. Pada sela waktu yang kebanyakan remaja lelaki lain lebih suka berbicara soal bola, wanita serta lagha yang sewaktu dengannya, Ahsan memilih untuk topik noktah. Bukan topik entah apa-apa yang tidak membawa ke mana. Terus pada topik mati. Itu noktah. Itu juga matlamat. Bukan takat 2020. Ya. Wawasan akhirat.

Monday, July 1, 2013

Love hate

Cinta dalam hati
“Betullah.. kadang tu, dalam ramai-ramai, masa semua orang seronok layan satu benda, teruja sangat-sangat pasal satu-satu perkara, utamanya yang berkaitan dengan nafsu dalam diri, ada satu orang rasa lain. Bengang. Geram dan boleh jatuh tak percaya, lebih-lebih lagi perkara atau benda yang dilayan tadi datang dari satu orang yang dia ingat taklah sampai macam tu kurangnya. Dia ngeluh. Angkat kaki. Tak senyum. Sedih sangat dalam hati. Satu ayat tersedik, 'Aku kesian kat kau, tapi kau..? Sigh.  Aku sayang kat kau kau tau tak. Kau tak sayang aku pun tak apa, just love yourself please..”
“Apa yang kau mengarut ni San?” Jasman yang berdiri belakang Ahsan menegur tulisan Ahsan di new post-nya.
“Hmm.. macam yang kau baca. Kau pernah tak duduk kat satu situasi, satu orang yang kau suka, tetiba dia buat benda yang kau tak suka? Di mata orang lain benda tu mungkin normal. Contoh macam menyanyi bagai, pastu slowly nari macam kucing. Bukan nak cakap kau alim ke apa.. tapi apa yang dia buat tu memang salah la dari sudut batasnya. Betul.. mula kau just percaya yang dia sedang nak berubah. Tapi bila dia buat camtu.. kau jadi tawar hati. Memang kau tak perlu give up, pasal kau rasa kaulah hero yang bakal selamatkan dia. Huh.”
Jasman teguk liur sebentar, “Entahlah San..”
“Kau just bayang benda tu jadi kat kau, apa kau buat?”
Diam sebentar. “Doa dari jauh je la kot.”
Jawapan Jasman mengingatkan Ahsan pada tahap-tahap iman. Dia pernah baca dan belajar, iman terbahagi kepada tiga tahap. Didatangkan situasi yang bertentangan syariat. Iman paling kuat, cegah dengan tangan (perbuatan). Iman sederhana, cegah dengan mulut (lisan). Iman paling lemah, cegah dengan hati yakni doa sungguh-sungguh agar si pelaku hentikan perbuatan salahnya itu.
Ahsan kesal dengan diri sendiri. Selalu apabila tiba bab agama, suka benar ambil yang sekurang-kurangnya. Bab-bab dunia tidak pula begitu. Sebut pasal doa, walau bukan sampai tahap bersungguh, Ahsan ambil doa dari jauh macam yang dijawab Jasman.
Perasaan untuk menyukai satu orang akan lahir apabila tiba masanya. Perasaan ini juga selalu keliru sama ada untuk suka-suka atau untuk bersatu. Setakat suka satu orang, tanpa sempat meluahkannya adalah perkara yang lali dalam hidup seorang Ahsan pada zaman bujangnya. Perasaan suka satu orang, cinta dalam hati, kemudian orang itu pergi entah ke mana, memang sangat biasa berlaku dalam hidup orang yang pendiam macam Ahsan.
Kali itu, Ahsan sering dikacau perasaannya oleh rakan sekelas yang Ahsan rasa, dialah hero untuk gadis itu. Tiba masa Ahsan mahu tunjuk taman dalam hati, gadis itu lebih dulu bersuara. Rupa-rupanya dia memang demikian, jenis layan semua lelaki segedik itu. Hanya Ahsan yang lambat tangkap.
Takdir itu penuh hikmah. Kasihan tetap Ahsan kasihan. Cuma dia terus doa dari jauh agar gadis tadi dijodohkan dengan lelaki yang lebih baik daripada dirinya. Pernah Ahsan dengar ustaz beritahu, jangan dakwah tanpa kias dengan tiga golongan. Pertama, mak ayah, kedua, orang alim, ketiga, perempuan.
Pernah satu waktu, Ahsan beri hadiah tudung kepada seorang kawan perempuan. Ayahnya sudah meninggal. Ujar Ahsan, “Kesian la kat ayah kau..” Punya melenting budak perempuan itu, Ahsan sendiri mati kutu. Ingatkan makin baik, sebaliknya pula yang berlaku. Tidak pasal-pasal jadi fitnah.
Untuk mereka ini, ustaz pesan, dakwah dengan akhlak. Antara dakwah terbaik, balas keburukan dengan kebaikan. “Mampu?”Ahsan tunduk lesu. Dia dalam usahanya menjadi pemaaf tegar. Ibarat memadam tulisan yang tetap meninggalkan bekas tekanan pensel itu tadi.

Tuesday, June 25, 2013

E-Class

Jalan raya yang tidak disukai
Dulu masa habis SPM, Ahsan terus ambil lesen motosikal kelas B2. Ahsan sangkut bab brek kecemasan. Terlepas garisanlah pula.
Semasa belajar diploma, Ahsan ambil pula lesen kereta, kelas D. Niat Ahsan ambil lesen kereta, agar mudah mahu hantar isteri jika mahu bersalin. Kali ini Ahsan perlu ulang kerana kesalahan yang paling asas. Masuk-masuk kereta, Ahsan periksa tali pinggang keledar. Keluar-keluar pandu kereta melepasi pagar sekolah memandu, pegawai JPJ minta Ahsan berhentikan kereta ke tepi. Elok-elok parkir sebelah pokok, ditunjuknya oleh pegawai tadi kepada lampu yang menyala pada cermin pandang belakang. Ahsan kurang mengerti. Ditunjuknya pula pintu kereta. Sedih. Pintu tidak rapat rupanya.
Biasalah apabila belajar bukan niat amal, belajar pandu kereta manual setakat mahu lulus dengan JPJ. Ahsan tinggalkan pemanduan hampir tiga ke empat tahun. Mula pandu semula pun dengan kereta auto, kawan empunya kereta yang tolong ajar dekat Stadium Shah Alam.
Perkara yang paling kurang disenangi Ahsan ialah roundabout. Pernah dulu Ahsan tunggang motosikal dengan kawan waktu mula-mula dipindahkan dari kampus Arau ke kampus Puncak Perdana, ada urusan di UiTM induk sekitar tahun 2005, boleh pula sesat arah. Mahu tidak mahu terpaksalah bertembung dengan roundabout untuk buat pusingan U.. huhu.
Maka dengan itu Ahsan senang menggelar Shah Alam sebagai Bandar Roundabout.
Perjalanan paling jauh Ahsan menunggang motosikal ialah dari Sri Petaling ke Melaka. Situasinya begini, si kawan yang punya motor tidak pula memiliki lesen. Ahsan dengan rela menungganglah motor tersebut untuk ke destinasi yang mereka tuju. Dengan helmet tanpa visor, mata terkebil-kebil mula merah dan berair disapa angin, dengan kelajuan sekitar 80 ke 100 km/j, melalui Lebuhraya Utara Selatan petang itu, kawan Ahsan tadi menegur, “Awak ni sentimental ek? Bawak motor cool je..”
Hati Ahsan agak panas di situ..
“Eish brader ni.. takde lesen cakap banyak lak.. pakkal aku ni penyabar..” hati Ahsan terus berbicara..
Tup tup sekarang Ahsan sudah pun berkahwin. Namun belum lagi didatangkan situasi kalut isteri mahu bersalin. Isteri Ahsan bersalin dibedah pasal bayi mereka songsang. Boleh bual-bual dengan mak lagi, sedih-sedih sikit waktu dalam perjalanan ke hospital.
Mungkin juga jalan raya Ahsan teka klisenya tidak disukai ramai orang disebabkan sesak. Kereta rosak, kemalangan, waktu puncak, atau juga lampu isyarat rosak. Namun kadang-kadang, apabila lampu isyarat tidak berfungsi, semua orang jadi baik. Masing-masing beri masa untuk lalu. Pasal lampu trafik yang ada bukan punya perasaan pun, ada masa jadi merah, ada masa tukar hijau.
Itulah dia Ahsan perasan, kadang-kadang, apabila lampu isyarat tidak berfungsi, masing-masing jadi baik, tengok okey, boleh jalan, pandu perlahan-lahan, masing-masing hormat satu sama lain, pasal tahu bukan diri sendiri saja mahu pergi kerja.
Akan tetapi, banyak lagi Ahsan perhatikan golongan mangkuk hayun, apabila lampu isyarat tidak berfungsi, mulalah mahu tunjuk gila. Seperti tidak menyempat mahu jalan dulu. Tahulah kamu itu mahu cepat. Orang lain pun mahu cepat juga, tapi tiadalah potong barisan orang. “Lek-lek sudah, nanti dapat gak jalan, bukannya tak pun. Pasal spesis-spesis nilah perkataan 'eksiden' tu ada dalam Kamus Dewan.” Ahsan tulis, ‘sigh’.
Rupa-rupanya Ahsan silap. Ustaz beritahu, “Kadang kita cakap, cakaplah terima kasih ke, angkat tangan ke, bukan kena bayar pun. Orang ikhlas ni, penghargaan orang pun dia tanak pasal dia memang ikhlas.” Situasi ini sering berlaku ketika Ahsan ‘memberi laluan’ kepada pengguna jalan raya yang lain. Waktu itu dia mahu dihargai. Kini Ahsan sudah insaf.

Wednesday, June 12, 2013

Human idol


Berhala paling besar

Pagi itu Ahsan masuk awal ke tempat keperluannya. Tempat keperluan untuknya mencari nafkah buat keluarga. Dari Keramat terus ke Kota Damansara, kadang-kadang lalu MRR2, tetapi jika rasa dah lewat, terus lalu DUKE. Berdukalah Ahsan jika selalu begitu.

            Seperti kebiasaannya, apabila tiba ke ofis awal, pintu bangunan menuju ke tingkat tiga, aras pejabat penerbitan masih lagi berkunci mangganya. Selepas finger print di bangunan sebelah, Ahsan duduk sementara di ruang legar bangunan pentadbiran itu menunggu pemegang kunci datang untuk finger print pula. Sedang belek sebuah buku yang berada di rak buku di situ, orang yang ditunggu pun tiba. Lalu Ahsan menurutinya, kemudian naik ke aras tiga menuju ke tempat duduknya.

            Sambil membaca doa mendapat idea baik yang dihafalnya, tangan kanan Ahsan pantas menekan suis komputer, bersedia untuk meneruskan tugasnya hari itu. Tadi sewaktu menunggu pintu dibuka, Ahsan menerima SMS berkenaan mesyuarat jawatankuasa penilai yang perlu dihadirinya petang ini. Justeru, menyediakan powerpoint untuk mesyuarat itu menjadi tugasan pertamanya pagi itu.

            Sedang Ahsan copy paste sinopsis cerita, buang itu buang ini ke dalam powerpoint, datang teman sepejabat mengucapkan, “Pagi!” Ahsan balas dengan beri salam. Salam dijawab, lalu temannya menyoal pula Ahsan, “Siapa yang patut beri salam? Orang kat luar ke.. orang kat dalam?”

            “Orang Islam..”

            Terdekah teman Ahsan itu. Dia meneruskan dialog seterusnya, “Dah makan? Jom!”

            Ahsan okey saja. “Kat mana?”

            “Kerusi merah.”

            Terpapar imej kereta evo, model apa Ahsan tidak pasti kerana itu bukan minatnya. Teman Ahsan berkata, “Tunggulah nanti, kalau gaji dua puluh empat ribu, bolehlah aku beli..”

            “Betul! Aku bolehlah kerja dengan kau, kau bayar gaji empat ribu pun, apa ada hal, ada lagi dua puluh ribu..”

            “Haha.. lepas tu aku bagi kau seratus, pi beli roti. Balik-balik tengok.. mahalnya!”

            “Heh, sekali-sekala berangan jadi orang kaya cambest gak, cam bangang pun ada..”

            “Haha! Ko ni sakaila..”

            Sampai di kedai berkerusi merah, Ahsan menyoal temannya itu, “Kau makan apa?”

            “Kau amek la dulu, ti aku pulak.”

            Rambang mata Ahsan tengok kuetiau, sardin, begedel.. kacang pis? “Lauk baru ni, apa je dia letak?” sambil tangan Ahsan menguis dengan senduk dalam bekas lauk yang agak baharu baginya itu. “Laa.. ikan bilis..”

            Menu Ahsan pagi itu, nasi lemak, sambal kacang, begedel kegemaran dengan teh o panas. “Tak panas pun, ni suam ni, kak tambah air panas, tak panaslah air ni..” elok Ahsan dah minum suku dari cawan, ditambahlah air panas yang diminta. “Ha, baru betul panas..”

            Teman Ahsan itu makan roti kosong dengan teh o ais. Dia mula buka cerita, “Aku nak tanya kau sikitlah, kau rasa ada ke orang macam dalam drama, mula-mula dorang gaduh, pastu dijodohkan orang tua, pastu suka sama suka, ada ke orang macam tu?”

            Ahsan dah telan dua tiga suapan nasi lemak berbegedel, lalu membalas, “Ada kot. Kenapa? Mak kau ada nak jodohkan dengan sesape ke?”

            “Takla.. aku cuma tak tau jalan cerita aku ngan Yuyu ni..”

            “Hmm.. entahlah Zi.. dia kalau sebelum kahwin pun dah berat lepas lahwin lagi berat ujian dia. Pasal kes kau ni, kalau dia kat tempat kau, kau kat tempat dia, lain. Yalah, baru ni aku tanya sepupu aku, dia teman kawan dia pi majlis kahwin. Aku tanya, muda betul kawan kau kahwin. Dia cakap bukan kawan dia kahwin, sepupu apa entah yang kahwin. Tapi dia cakap, ala Abang Asan, standard la sekarang orang kahwin muda. Aku tanya balik, orang laki kahwin muda? Tabikla.. banyak tul duit dia.. Dia balas, ala.. mak ayah support la.. Huh, patula. Tapi bagus jugek, nak elak maksiat.”

            Razi balas, “Kawan aku laki ramai je dah kahwin.”

            “Famili dia biasa-biasa macam kau ke macam Yuyu?”

            “Macam aku la, tapi dorang murah, lima ribu dah boleh jalan. Jenis famili mudahkan la.”

            “Heh.. rezeki la tu. Tapi betul gak cam ko cakap, belanja nak turun singapore bukan sikit, aku pun tak mampu nak bawak rombongan macam tu.”

            “Entahlah San.. Aku kadang-kadang fikir yang Yuyu tu bukan jodoh aku..”

            “Dia bagi aku korang ni dah comel dah..”

            “Aku comel?”

            “Maksud aku dari sudut rupa, dah macam pinang dibelah dua la kan.. tapi tu la.. soalnya sekarang duit. Kalau famili dia biasa-biasa macam ko takpe, ni dengan ada degree lagi. Tabik la cara kau fikir, kalau ada orang lain, baik lepaskan la. Dia layak macam kau cakap.”

            Razi mengangguk lemah sambil mata merenung entah ke mana.

            “Biasa kita dengar nak kahwin kena tengok empat kan? Cantik, agama, harta ngan keturunan kan? Aku pernah baca ada lagi satu empat, yang ni tak silap, first memang kena lagi cantik la, tapi harta, ilmu ngan tinggi, laki kena lebih daripada perempuan. Nak soheh kau pi tanya ustaz. Dalam kes sekarang ni, orang mungkin tak pandang sangat ilmu, yalah ada master pun kena tipu. So halangan terbesar yang aku nampak, kewanganlah..”

            “Tulah, aku pun rasa camtu gak.”

            “Tapi bagi aku, kau tak boleh give up. Mana tahu jodoh korang kuat, esok lusa kau dapat durian runtuh, siapa tahu. Layan je la.. cuma kalau dah sampai masa dia nak kahwin sangat, ada pulak orang lain, terpaksa la.. kesian kat dia je.”

            “Aku pun fikir camtu.”

            “Bukan apa, kau anak sulung, banyak lagi tanggungjawab. Lain la kau sorang, tak ada siapa nak tanggung, itu lain cerita.”

            “Betul la.. kita sayang orang tu.. kadang kita kena lepaskan dia kalau ada orang lain boleh buat dia bahagia..”

            Ahsan menghembus nafas berat. “Balik bab duit, nak kaya kena balik pada sunnah. Berapa ramai Melayu kaya pasal bisnes. Bukan nak cakap dorang menipu ke apa, dah memang orang Islam sembilan persepuluh rezeki datang dari bisnes, nak tunggu apa lagi?”

            “Aku memang nak buat bisnes pun..”

            “Dia bila keadaan mendesak, kita kena buat apa yang patut kita buat. Dah tak boleh nak rilek sangat..”

            Duit itu apa? Duit itu makhluk. Disimpan untuk dihabiskan. Kadang-kadang Ahsan terfikir, dia mungkin cuak mahu berkongsi ilmu depan orang semasa bengkel penulisan bukan sebab apa, sebab orang yang datang bayar ratusan ringgit untuk datang bengkel tersebut. Dia fikir semula, dia sebenarnya bukan berdepan dengan peserta bengkel, dia sebetulnya berdepan dengan berhala terbesar manusia sekarang ini iaitu duit.

            Mahu keluarkan kebesaran duit daripada hati ada ustaz beritahu Ahsan, “Jangan cerita sangat bab dunia. Selalu cerita kebesaran akhirat. Jangan pegang kerap sangat duit (literally). Kalau nak bayar apa-apa, bagi duit yang paling elok. Jangan bagi yang dah buruk. Sedekah tanpa tengok apa dalam kocek. Misal kata dalam kocek ada seringgit dengan sepuluh ringgit, seluk terus, kalau yang keluar tu sepuluh, halal. Lagi besar lagi bagus. Belanja orang time sengkek. Tiap malam sebelum tidur baca kitab fadhilat sedekah.”