Jalan raya yang tidak
disukai
Dulu masa habis SPM,
Ahsan terus ambil lesen motosikal kelas B2. Ahsan sangkut bab brek kecemasan.
Terlepas garisanlah pula.
Semasa
belajar diploma, Ahsan ambil pula lesen kereta, kelas D. Niat Ahsan ambil lesen
kereta, agar mudah mahu hantar isteri jika mahu bersalin. Kali ini Ahsan perlu
ulang kerana kesalahan yang paling asas. Masuk-masuk kereta, Ahsan periksa tali
pinggang keledar. Keluar-keluar pandu kereta melepasi pagar sekolah memandu,
pegawai JPJ minta Ahsan berhentikan kereta ke tepi. Elok-elok parkir sebelah
pokok, ditunjuknya oleh pegawai tadi kepada lampu yang menyala pada cermin
pandang belakang. Ahsan kurang mengerti. Ditunjuknya pula pintu kereta. Sedih.
Pintu tidak rapat rupanya.
Biasalah
apabila belajar bukan niat amal, belajar pandu kereta manual setakat mahu lulus
dengan JPJ. Ahsan tinggalkan pemanduan hampir tiga ke empat tahun. Mula pandu
semula pun dengan kereta auto, kawan empunya kereta yang tolong ajar dekat
Stadium Shah Alam.
Perkara
yang paling kurang disenangi Ahsan ialah roundabout. Pernah dulu Ahsan tunggang
motosikal dengan kawan waktu mula-mula dipindahkan dari kampus Arau ke kampus
Puncak Perdana, ada urusan di UiTM induk sekitar tahun 2005, boleh pula sesat
arah. Mahu tidak mahu terpaksalah bertembung dengan roundabout untuk buat
pusingan U.. huhu.
Maka
dengan itu Ahsan senang menggelar Shah Alam sebagai Bandar Roundabout.
Perjalanan
paling jauh Ahsan menunggang motosikal ialah dari Sri Petaling ke Melaka.
Situasinya begini, si kawan yang punya motor tidak pula memiliki lesen. Ahsan
dengan rela menungganglah motor tersebut untuk ke destinasi yang mereka tuju.
Dengan helmet tanpa visor, mata terkebil-kebil mula merah dan berair disapa
angin, dengan kelajuan sekitar 80 ke 100 km/j, melalui Lebuhraya Utara Selatan
petang itu, kawan Ahsan tadi menegur, “Awak
ni sentimental ek? Bawak motor cool je..”
Hati Ahsan agak panas di situ..
“Eish brader ni.. takde lesen cakap banyak lak..
pakkal aku ni penyabar..” hati Ahsan terus
berbicara..
Tup
tup sekarang Ahsan sudah pun berkahwin. Namun belum lagi didatangkan situasi
kalut isteri mahu bersalin. Isteri Ahsan bersalin dibedah pasal bayi mereka
songsang. Boleh bual-bual dengan mak lagi, sedih-sedih sikit waktu dalam
perjalanan ke hospital.
Mungkin
juga jalan raya Ahsan teka klisenya tidak disukai ramai orang disebabkan sesak.
Kereta rosak, kemalangan, waktu puncak, atau juga lampu isyarat rosak. Namun
kadang-kadang, apabila lampu isyarat tidak berfungsi, semua orang jadi baik. Masing-masing
beri masa untuk lalu. Pasal lampu trafik yang ada bukan punya perasaan pun, ada
masa jadi merah, ada masa tukar hijau.
Itulah
dia Ahsan perasan, kadang-kadang, apabila lampu isyarat tidak berfungsi,
masing-masing jadi baik, tengok okey, boleh jalan, pandu perlahan-lahan,
masing-masing hormat satu sama lain, pasal tahu bukan diri sendiri saja mahu pergi
kerja.
Akan
tetapi, banyak lagi Ahsan perhatikan golongan mangkuk hayun, apabila lampu
isyarat tidak berfungsi, mulalah mahu tunjuk gila. Seperti tidak menyempat mahu
jalan dulu. Tahulah kamu itu mahu cepat. Orang lain pun mahu cepat juga, tapi tiadalah
potong barisan orang. “Lek-lek sudah,
nanti dapat gak jalan, bukannya tak pun. Pasal spesis-spesis nilah perkataan
'eksiden' tu ada dalam Kamus Dewan.” Ahsan tulis, ‘sigh’.
Rupa-rupanya
Ahsan silap. Ustaz beritahu, “Kadang kita
cakap, cakaplah terima kasih ke, angkat tangan ke, bukan kena bayar pun. Orang ikhlas
ni, penghargaan orang pun dia tanak pasal dia memang ikhlas.” Situasi ini sering
berlaku ketika Ahsan ‘memberi laluan’ kepada pengguna jalan raya yang lain. Waktu
itu dia mahu dihargai. Kini Ahsan sudah insaf.
No comments:
Post a Comment