Untunglah, dapat bini
cantik lagi solehah
Ahsan tengah semak novel Transit Cinta. Cerita pasal seorang ustazah yang diminati pelajarnya. Suami ustazah ini pula kurang gaji dan ilmu di dada. Itu buat dia selalu rasa rendah diri. Waktu terserempak dengan pelajar lelaki isterinya, cemburu mula bertamu. Si pelajar lelaki ini pula ada masalah rumah tangga. Kahwin dengan orang putih, tak berapa kuat imannya.
Si ustazah tawar diri jadi kaunselor.
Si pelajar yang sesuai dengan situasi semasa haus dengan belaian sang isteri
mungkin sangap melihat ustazah yang cantik lagi baik. Si pelajar ini pula
dan-dan pandai buat kek coklat. Ahsan letakkan dirinya di tempat suami. Dia pernah
baca, perempuan perlu kurang tiga benda daripada suami yakni harta, pandai dan
tinggi, tetapi lebih dari sudut cantik.
Si suami tadi kurang harta dan
pandai berbanding isteri. Tinggi tak dinyatakan pula secara khusus. Satu masa
si ustazah berminat nak tahu resipi kek coklat si pelajarnya tadi. Atas kesibukan,
tak sempat dibalas. Mesej akhir ustazah kepada pelajarnya tertulis:
M.E.R.A.J.U.K.
Ahsan yang masih letak diri di tempat
suami ustazah jadi bengang. “Kejadah ko
nak merajuk ngan pelajar yang ko describe tall, dark and handsome tuh? Puii!”
Ahsan yang hobinya menasihat orang
memerlukan rasa nak cakap begini kepada perempuan sedemikian, “Kepada isteri solehah di luar sana, la ni
memang salu perempuan bekerjaya, tapi tu bukan kewajipan bagi kamu. Kewajipan bagi
kamu ialah minta izin sang suami. Lalu, untuk ustazah di atas, betullah ustazah
tu kaunselor, tapi tu bukan lesen ustazah boleh sesenang nak offer diri nasihat
orang lelaki, sms pelajar lelaki tanpa izin suami. Lagi tepat tanpa pengetahuan
suami. Betul ustazah manusia, akan ada khilaf. So tolonglah wajibkan diri minta
maaflah kat suami dan muhasabah diri sebelum tidur. Sekian.”
No comments:
Post a Comment