Saturday, June 24, 2023

Doa majlis tunang

Bismillah.. 

Ya Allah Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun di majlis pertunangan ini memohon rahmat dan hidayah dari sisiMu.

Semoga dengan rahmat itu,

Engkau berikan hidayah dan petunjuk dan menyatukan hati kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau hindarkan fitnah dan pertelingkahan dalam kalangan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.

Ya Allah,

Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkaulah yang memiliki segala pemerintahan, dalam khazanah Engkaulah segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.

Ya Allah,

Ya Rahman Ya Rahim, curahkanlah berkatMu atas kedua-dua pasangan ini dan bimbinglah mereka dalam tempoh pertunangan ini. Semoga mereka mencari redhaMu dengan hati yang ikhlas dan mendapat kebaikanMu yang melimpah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

atas ehsanMu, kedua-dua pasangan ini dapat saling bertemu. Kini mereka memohon rahmatMu untuk memasuki fasa pertunangan dan mempersiapkan diri untuk gerbang perkahwinan. Kami mohon, kuatkanlah mereka dengan berkatMu yang melimpah. Semoga dalam masa pertunangan ini, mereka kian hari kian saling menghargai dan saling mengasihi semata-mata keranaMu. 

🤲🏽

Thursday, January 5, 2023

Cara claim insurans untuk tukar windscreen

 4 dokumen asal dan salinan untuk claim insurans ganti windscreen:

1. Insurans kenderaan 

2. Sijil pemilikan kenderaan 

3. Kp

4. Lesen kenderaan 

.

Pergi mana² kedai windscreen yg ada cover insurans kenderaan yg kita ambil (kedai random, tanya dekat staf kedai tu, situ cover tak insurans yg kita ambil). 

.

Kalau kedai tu cover, tanya ada kena tambah duit tak & ganti windscreen termasuk tinted ke tak (kalau mmg windscreen yg retak tu tinted la).

.

Kalau kena tambah duit, cari kedai lain yg tak perlu tambah. Lain windscreen lain harga (kualiti). 

.

Dalam 2 jam boleh siap tukar windscreen kalau semua okey & kedai tu tak sibuk. Alhamdulillah.