Showing posts with label gi. Show all posts
Showing posts with label gi. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Himpunan Kisah Teladan

Wed, October 31, 2012 1:05 pm
Khairy Tajudin Novelis Remaja posted in Peminat Novel Islami

Para Sahabat RHUM adalah manusia termulia di atas muka bumi ini setelah Para Nabi dan Rasul AS. Kekuatan iman dan pegangan sunnah yang mereka miliki memang tidak ada tolok bandingnya. Merekalah manusia yang awal-awal beriman, hidup bersama-sama Rasulullah SAW dan berjuang menyebarkan kalimah Allah sehingga ke seluruh pelosok alam dalam susah atau pun senang. Jika diselak semula kitab sirah, kita akan mengetahui begitu banyak kisah kehidupan mereka yang sepatutnya menjadi panduan kepada generasi hari ini. Atas maksud itulah, buku 20 kisah ini ditulis bagi menceritakan mengenai kehebatan Para Sahabat yang telah mendapat pengiktirafan daripada Allah SWT dengan gelaran radiallahu anhuma.

Friday, September 28, 2012

Ofis baharu

Buku GISB dibahagi kepada 3 kategori:
1.Agama (Ust. Shahrul, Ust. Shafie, Pn. Siti)
2.Motivasi (Pn. Suraiya, Pn. Jun, Pn. Baizura)
3.Kreatif (Tn. Amir, Tn. Alif)

Masalah kami, bilamana majalah masuk deadline, dtp buku selalu 'dikacau', maka terhentilah proses buku itu, huhu. Namun kini tidak lagi! Janji ditepati, insya-Allah jabatan buku dipisahkan terus dengan majalah dan akan berhijrah ke bangunan baharu. Jika 3 bulan ini kami dapat buktikan produk buku yg disasar berjaya diterbitkan, insya-Allah, mahu naik gaji pun boleh, heh.
ini En. Halim, bos pentadbiran dan kewangan

Lawatan ke ofis baharu Jabatan Buku GISB

Mungkin sedang bincang pasal kedudukan tempat

Tempat ambil wuduk, dulu sini kelas budak-budak IPTS belajar.

Bos buku baharu, Hj. Zakaria Sungib @ Pak Ya.

Hanya jabatan buku dan dtp artisnya akan berada di sini.

Ini bos dtp, Hj. Badrul Hisham @ Pak Cik Bad @ Hang Jebat (? hj. bad da..)
rumah syaitan!

Wednesday, February 9, 2011

Pilihan Popular Februari 2011


Putera Lembah Bakkah
Kategori: Novel Sirah Remaja
Penulis : Zuraimi Ismail
Harga: RM 13.00

Himpunan 40 Kisah Mukjizat Nabi Muhammad SAWKategori: Teladan Sepanjang Zaman
Penulis : Zuraimi Ismail
Harga: RM 12.00

Single Unavailable
Kategori: Novel Tarbiah Remaja
Penulis : Nurina Izzati
Harga: RM 14.00

Remaja Harapan
Kategori: Novel Tarbiah Awal Remaja
Penulis : Hilal Asyraf
Harga: RM 12.00

Monday, February 7, 2011

BUKU BARU!


HARGA: RM19.00
GENRE: ANTOLOGI CERPEN
TARGET READER: UMUM

HARGA: RM14.00
GENRE: MISTIK
TARGET READER: REMAJA

Friday, February 4, 2011

1st ANNUAL DINNER STORMREADERS “THE POWER TO INSPIRE HOPE”

Bersempena dengan ulang tahun pertama (1st) Stormreaders Network Sdn Bhd, sebuah Majlis Makan Malam akan diadakan dengan tema yang bertajuk “THE POWER TO INSPIRE HOPE”. Majlis “Annual Dinner” ini akan dihadiri oleh wakil-wakil syarikat penerbitan, penulis-penulis, tokoh-tokoh terkemuka bidang ilmiah, wakil-wakil “stockist”, “mobile stockist”, pengedar, ahli serta kakitangan Stormreaders Network Sdn. Bhd.

Tarikh : 4 Februari 2011
Masa : 8.00 pm
Tempat : Hotel De Palma Ampang (Syaria’h Compliance)

Majlis yang julung-julung kali diadakan ini adalah untuk memberi penghargaan kepada kumpulan dan individu yang terlibat dalam aktiviti penyebaran bahan-bahan ilmiah kepada masyarakat serta memberi cetusan harapan kepada generasi yang akan datang untuk terus menikmati dan hidup dalam tamaddun yang terbina dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.

Rantaian usaha daripada keluarga penulis, penerbit, pengedar & pembaca ini telah membina sebuah rangkaian yang penting untuk masa hadapan di samping mempertingkatkan kuasa ekonomi.

Anugerah-Anugerah yang akan disampaikan adalah:
1. Jualan Online (e-Store) Bulanan Terbanyak

2. Jualan Online (e-Store) Terbanyak Tahun 2010

3. Jualan Buku (Online) Terbanyak 2010

4. Penajaan Ahli Terbanyak Tahun 2010

5. Pencapaian ‘Sales Directors’

6. Pencapaian ‘Network Directors’

7. ‘Mobile Stockist’ Bulanan Terpilih

8. Cabutan Bertuah Penerbit

9. Cabutan Bertuah Panggilan Umrah

Majlis terbuka kepada semua, khususnya ahli-ahli Stormreaders, penerbit & penulis yang telah bersama menyertai serta memberi dokongan & sokongan rangkaian penyebaran bahan ilmiah Stormreaders Network.

Tiket Masuk & Cara Pembelian
Tiket-tiket boleh dibeli melalui Sistem eNet dengan cara pembayaran eWallet. Pilihan Tiket Masuk adalah seperti berikut:

1 Tiket (KOD: MMSR1001): RM 100.00 (20CP)
3 Tiket (KOD: MMSR1002): RM 270.00 (20CP)
5 Tiket (KOD: MMSR1003): RM 400.00 (20CP)
Cara-cara pembelian Tiket Masuk adalah:

1. Log-in ke akaun eNet anda.

2. Klik pada menu eNet > ‘New Repurchace Sales’.

3. Kosongkan bahagian DPF No. dan pilih ‘Self Collect’.

4. Pada bahagian ‘Product Code’, masukan kod tiket yang anda mahukan.

MMSR1001 (1 tiket)
MMSR1002 (3 tiket)
MMSR1003 (5 tiket)
5. Klik butang 'ADD' dan 'SUBMIT'.

6. Masukan ‘eWallet password’ untuk pengesahan.

7. Apabila selesai, sila cetak dan bawa ke program untuk pengesahan.

Tarikh Akhir untuk pembelian tiket telah dilanjutkan kepada 1 Februari 2011.

Sebarang pertanyaan sila hubungi HQ atau:

En. Mahir Saidi (012-5278684)
En. Nazri Sahat (017-568 4815)
En. Hafiz Toha (017-253 0700)
Cik. Cahaya Ibrahim (012-480 1651)

Tuesday, February 1, 2011

Sedikit panduan untuk suntingan manuskrip novel Islam

Hari ini saya akan senaraikan beberapa butir penting berkaitan suntingan yang dibuat oleh penyunting novel Islami. Untuk makluman penulis, novel Islami sangat teliti dari segi penyampaiannya, di mana penggunaan bahasanya dijaga supaya nilai-nilai Islam di dalamnya tidak lari.
Saya secara peribadinya suka cara sebegini, memandangkan hasil dari pembacaan ini akan menyerap ke dalam benak pembaca secara halus. Tentu elok jika pembaca muda kita sentiasa diserap dengan pemikiran-pemikiran yang terjaga dan penuh hikmah.
Sedikit senarai yang sempat saya lampirkan seperti di bawah. Terima kasih pada En Amir Hamzah, Editor perolehan GISB dan kumpulan Editor yang mengusahakannya. Mudah-mudahan panduan ini bermanfaat pada penulis-penulis kita.

Menggunakan perkataan mujurlah, syukurlah dan bukannya perkataan nasib baik [percaya kepada qada dan qadar (takdir), bukan nasib]

Menggunakan perkataan jika, andai, sekiranya, apabila dan bukannya perkataan kalau (kurangkan penggunaan kalau)

Sebagaimana yang anda maklum, Novel Islami amat mementingkan nilai tarbiah di dalamnya. Pemilihan kata yang kurang sesuai juga memainkan peranan yang penting kepada pemahaman sesuatu ayat yang dibuat.
Contoh kesilapan: Andai sahaja mereka berasal daripada orang berada, Mutharah pasti lagi di sisi.
* Penggunaan perkataan pasti membawa maksud bahawa sekiranya mereka mempunyai banyak duit, pasti Mutharah masih lagi hidup, seolah-olah membawa maksud bahawa duit mempunyai kuasa untuk menyelamatkan nyawa seseorang.
Sepatutnya: Andai sahaja mereka berasal daripada orang berada, Mutharah mungkin lagi di sisi.
Perkataan mungkin dicadangkan kerana perkataan ini lebih sesuai untuk memberitahu pembaca bahawa duit merupakan perantara semata-mata yang tidak menentukan hidup mati seseorang.

Penggunaan istilah tiba-tiba diharapkan dapat dikurangkan (jika boleh). Walaupun penggunaannya untuk mewujudkan perasaan cemas atau kejutan kepada pembaca, penulis boleh menggantikannya dengan frasa seperti tidak semena-semena, tanpa diduga, dengan mengejut, secara mendadak, entah dari mana atau sebagainya. Ini kerana, istilah tiba-tiba seolah-olah menunjukkan sesuatu kejadian itu berlaku dengan sendirinya. Maksudnya di sini, istilah ini memberi makna tanpa kiasan. Walau apa pun, kita semua tahu bahawa setiap kejadian itu berlaku melainkan yang telah ditetapkan-Nya. Itulah dia, tiada satu perkara yang berlaku dengan tiba-tiba. Jadi, frasa yang saya beri sebagai contoh itu sebagai kiasan supaya pembaca tidak lupa akan hakikat sesuatu kejadian yang berlaku itu adalah sudah pun ditetapkan oleh-Nya.

Istilah solat lebih wajar digunakan sekiranya merujuk kepada ibadat orang Islam berbanding sembahyang. Perkataan sembahyang digunakan apabila merujuk kepada amalan orang bukan Islam.

Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubungan dengan kitab suci dan nama Allah, termasuk kata ganti untuk Allah. solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak; nama subjek seperti Matematik, Bahasa Melayu dll.
Contoh kesilapan: Seperti aku mencintaimu
Sepatutnya: Seperti aku mencintai-Mu
Contoh kesilapan: Jagalah amanah Tuhan dan tinggalkan larangannya.
Sepatutnya: Jagalah amanah Tuhan dan tinggalkanlah larangan-Nya.
* Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan kata dengan kata ganti nama Allah

Bilangan ayat al-Quran ditulis begini
Contoh kesilapan: ‘Surah Yusuf ayat 92’
Sepatutnya: (Yusuf 12:92)
Contoh kesilapan: Surah al-Baqarah ayat 53
Sepatutnya: (Al-Baqarah 2:53)
Firman Allah SWT, “Janganlah kamu lemah dan jangan pula berduka cita, sedang kamu orang yang lebih tinggi jika kamu beriman.” (Ali Imran 3:139)

Bagi hadis pula, ditulis begini- Sabda Rasulullah SAW, daripada Fadhalah bin Ubaid r.a., “Berbahagialah orang yang diberikan hidayat kepada Islam. Manakala kehidupannya pula sentiasa mencukupi dan berpada.” (Riwayat al-Tarmizi dan Ahmad)
Sabda Rasulullah SAW, “Dinikahi perempuan itu kerana hartanya dan keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang beragama, nescaya kamu akan beroleh keuntungan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pemilihan nama yang islami juga adalah dititikberatkan. Watak seperti Razak dan Rahim (nama-nama Allah) diharap dapat ditukarkan kepada nama lain yang tidak memerlukan panggilan Abdul atau nama penuh apabila ditulis. Jika masih ingin menggunakan nama-nama seperti ini juga, hendaklah ditulis penuh.

*credit to:http://nurulsham-saidin.blogspot.com/2010/12/sedikit-panduan-untuk-suntingan.html

Monday, December 13, 2010

Tuesday, December 7, 2010

Kaedah Adaptasi (2)

sebagai penulis baru yg tidak punya kredibiliti, kita boleh cipta kredibiliti itu begini: credibility by association
cth: menurut (nama penulis) di dalam (nama buku) - untuk menunjukkan bahawa kita seorang yang banyak membaca dan pengetahuan dalam subjek yang ditulis, bukan cakap kosong, bukan ideologi syok sendiri yang direka-reka

Sunday, December 5, 2010

Kaedah Adaptasi (1)

Undang-undang hakcipta bertujuan untuk melindungi harta intelek, harta intelek wujud dalam persepsi Islam.

perkara yg tidak dilindungi:
-idea
-frasa singkat, bukan ayat lengkap, cth: judul buku/sub-judul/bab kecuali yg ada simbol tm
-fakta
-karya hak awam, cth: al-Quran

perkara yg dilindungi:
-ayat lengkap, ayat dilindungi, terjemahan pun sama
-susunan idea dalam ayat
-susunan idea dalam perenggan
-susunan perenggan dalam bab
-susunan bab dalam buku

Teknik surah Yusuf (1)

kenapa surah Yusuf:
1. kisah yg paling indah, ayat ke-3
kisah lain ada pengajaran
kisah nabi lain dalam banyak surah
2. kisah nabi Yusuf hanya dalam surah Yusuf
3. kisah paling lengkap, dari kecil ke tua dalam satu surah
4. plot dan sub-plot surah Yusuf paling kompleks
*sebuah kisah cinta terlarang

KJ method (1)

Kaedah KJ : dapat menghasilkan sesuatu dengan lebih efektif
contoh untuk buku non-fiksyen:
1. senaraikan 5 judul buku yang ingin ditulis
2. kenalpasti bahan/bab dalam setiap judul
a)senaraikan contoh 5 bab ingin ditulis dalam buku-buku tersebut
b)gunakan bahan yang sama untuk setiap buku tersebut (jika berkaitan), tetapi beri contoh yg berbeza, sesuai dengan judul masing-masing
3. cari bahan rujukan
4. guna kaedah adaptasi
*Jiro KAWAKITA lahir pada tarikh 11 Mei, 1920.

Tuesday, November 9, 2010

IKLAN JAWATAN KOSONG

JAWATAN YANG DIPERLUKAN SEGERA


Galeri Ilmu Sdn Bhd, sebuah syarikat penerbitan milik penuh bumiputera mempelawa calon-calon berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:





EKSEKUTIF IT (1 kekosongan)

(Website, Network, Database, PC Troubleshooting (hardware/software), System)

Kelayakan:


•Sekurang-kurangnya memiliki Sijil/Diploma dalam bidang Sains Komputer/IT atau yang setaraf dengannya.
•Boleh melaksanakan tugasan dalam pengawasan yang minimum.
•Kreatif dan inovatif dalam perlaksanaan tugasan yang diberi.
•Calon yang boleh menggunakan perisian berkaitan Microsoft Office dan Adobe akan diberi keutamaan.
•Bersedia menerima tugasan yang akan diberi dari semasa ke semasa.
•Personaliti yang baik, kemas dan komited dengan kerjaya dan agama.




CARA MEMOHON

1. Surat

Sila tulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat anda. Semua permohonan boleh dihantar kepada alamat:

PENGARAH JABATAN PENTADBIRAN

Galeri Ilmu Sdn Bhd

No 44, Astana Karya, Jalan Pekaka 8/3

Seksyen 8, Kota Damansara

47810 Petaling Jaya,

Selangor

2. E-mel

Nyatakan jawatan yang dipohon di tajuk emel anda. Emel permohonan ke alamat: info@galeriilmu.com.my.

Semua permohonan perlu disertakan dengan:

• Surat permohonan

• Resume pemohon

• Gambar terkini pemohon.

Tarikh Tutup Permohonan: 15 November 2010

http://bukugaleri.blogspot.com/2010/11/iklan-jawatan-kosong.html