Wan
Malam
tadi aku tidur rumah abang dekat sini. Pagi ini mahu jadi pemandu pelancong
untuk abang dan kakak yang aku tumpang kereta mereka. Jadinya pagi dalam jam 11
lebih aku pun tunggu di Masjid Abidin, mahu ke Pasar Payang katanya.
“Assalamualaikum
tuan, lama tunggu?” Tuan Ahsan menyapa aku sebaik tiba di masjid.
“Eh,
takdelah. Boleh tahan jemu. So nak ke Pasar Payang la ni eh?”
Dengan
lancar Tuan Ahsan berbicara, “Insya-Allah pagi ni, kita pusing-pusing kat Pasar
Payang, pastu lunch kat umah akak bekas bakal Alif. Pastu beli kopok lekor,
pastu balik.”
Bagus.
Lega dengar, lagi cepat lagi bagus balik. Haha. Selesai pusing dengan mereka
dan layan Tuan Ahsan beli-belah itu sikit ini sikit, Bonda Nor telefon Hajidah,
ajak makan tengah hari. Rancangan mula bertukar sikit. Selepas makan dibelanja
beliau, kami jalan tepi pantai Batu Buruk turunkan makanan dalam perut. Selepas
itu menuju ke Masjid Kristal tunai solat jamak takdim Zuhur Asar. Kemudian aku
pun lena beriktikaf di masjid itu.
Bangun-bangun
dalam jam 4 petang menuju ke Kg. Losong, cari kedai Adik-Beradik. Sekali Ustaz
Wahab ajak datang rumah pula. Rancangan semakin bertukar banyak. Sesatlah pula.
Di
rumah Ustaz Wahab, Alif hubungi kakak bekas bakalnya. Tak dapat. Berkali-kali
cuba, akhirnya baru dapat. Tuan Ahsan mendengus, “Dapat pulak..”
Kami
pun ke rumah kakak bekas bakal Alif. Baru nak pergi beli makanan pula. Maka
tunggulah makanan tersebut. Kami pusing-pusing di belakang rumah itu, lihat
burung pelbagai spesis, salah satunya Merpati Belon, lagak ayam serama mendabik
dada. Takbir!
Tuan
Azam ajak solah di R&R. Tuan Ahsan bantah, “Itu semua bisikan syaitan.”
Makanya,
kami pun bertolak Maghrib itu menuju KL. Cari masjid sebelah kiri, nampak yang
pertama, terlepas pula. Dipilih juga solah jamak takdir Maghrib Isyak di masjid
seterusnya. Alhamdulillah. Sekali abang aku tahu aku pergi bengkel penulisan.
Tuan Khairy muat naik gambar di Facebook. Dia juga kawan abang aku di situ.
Apa-apa pun, dakwah mesti terus!