Alif
“Pulak.”
“Apa
hal lak ni?”
“Ustaz
Wahab, eksiden.”
“Innalillah,
teruk tak?”
“Dia
alhamdulillah okey, motor dia la, depan hancur sikit. So malam ni dia tak dapat
datang bawak jenjalan makan nasi dagang le.”
“Ha,
yang tu ko tolong cakap kat Hajidah nanti.”
Hajidah
pun turun. Dahlah tadi aku hilangkan kunci, mahu beritahu pasal kena bayar
seorang RM50, ini kena beritahu dulu pasal Ustaz Wahab pula, cabaran sungguh.
“Ji,
Ustaz Wahab eksiden,” tegar aku bersuara.
“Allah!
Melepas lagilah nasi dagang aku. Huhu.. bini dia ok tak?” nasi dagang datang dulu.
“Ok
je. Lagi satu ji, kitorang dah bincang pasal kunci. Kita ada lima orang kan?”
“RM50
tu Lif, duit makan seminggu kot. Ko ni cuailah,” amboi, cepat tangkap.
Ahsan
tanya pasal kawan Azam yang diam sini, “So Zam, apa cerita, member ko datang
bila?”
“Dia
kuar ngan bapak dia sat. Kul 10 lebih baru datang. So kita pergi makan dululah.
Straight ni kawasan Cina, kanan ni Melayu. Kita jalan sinilah. Takkan datang
jauh-jauh makan KFC lak. Kita cari kedai makan melayu, dekat depan sana kot.”
Kami
pun jalan kaki malam itu, “Aku nak jumpa Emma Maembong.” Mahu lupakan kunci.
“Azam,
tu lampu limpah tu stadium kan? Mana lawan? Jom!”
“A’ala..
jom, jom! Tu macam lagu Selangor, tapi tadi siang nampak bas JDT.”
Hajidah
cakap, “Wei, taknaklah tengok bola, nak makanlah.” Sampai pun kedai
makan.
“Ya
cikgu, duduk sini.” Ahsan macam tersihir terus duduk. Kami tiga orang ikut
belakang.
Pak
cik kedai bersongkok itu buat aku tergelak, “Ya Farid Kamil, nak makan apa?
Remy Ishak?” merujuk kepada Azam. Hajidah pula, “Ya, Farah Fauzana nak order
apa?”
No comments:
Post a Comment