Thursday, February 1, 2018

Mengelak Fitnah Media Sosial


Kiamat kecil, manusia mati.
Kiamat besar, hancurnya bumi.
Kubur antara taman syurga atau lubang neraka.
Taqwa jualah sebaik bekal.
Sebenar-benar taqwa mengikut kemampuan dan istiqomah sampai mati.
Tarikh lahir ramai tahu, tarikh ajal?
Yang beriman dengan perkara ghaib: perkara yang didengar tak dilihat.
Janganlah mati selain dalam Islam.
Barang percuma sukar dihargai kerana dapat tanpa pergorbanan.
Beriman dengan Allah dan hari akhirat:
Berkata baik atau diam.
Sebaik puasa, puasa Nabi Daud, puasa selang sehari. Sahabat berlumba-lumba dalam beribadah, mampu puasa sepanjang tahun.
Yang lagi penting sebelum kiamat besar, risaukan kiamat kecil iaitu mati. Tidur itu mati kecil. Siapkan bekal taqwa sebelum tidur sebelum mati sebelum kiamat.
Jahanam sudah penuh? Masih ada tambahan? Jahanam bagi yang lalai, juga yang lalai dalam solah.
Kg Pandan, umur baru 100, mampu solah terawikh 20 rakaat berdiri.
Lapang, kaya, sihat, muda, hidup.
Makan untuk hidup, hidup untuk makan, hidup untuk ibadah kepada-Nya jua.
Lagi seminggu sebelum diamanah menjadi pengacara majlis untuk adik ipar kahwin. Baca doa itu biasa, kali ini lain sikit. Layankan saja. Ilmu dan pengalaman baharu, benda baik, bismillah, jalan. Pasti ada hikmah.

Pasti.

Thursday, January 25, 2018

Rutin #suamihensemisteriohsem

Alhamdulillah, tanpa gagal pos keempat, istiqomah Jumaat berjaya dilaksana. Benda mudah, capai kejayaan. Perkara sukar, mengekalkan kejayaan. Jadi bila Hanif tanya, staf kerajaan merangkap sepupu isteri, soalan Harimau Muda boleh berjaya macam AFCU23 atau tidak bila jadi senior nanti, jawab saya: mungkin boleh dengan syarat disiplin dan mindset. Disiplin untuk kekal fit dan melawan, mindset utama bukan duit, tapi negara. Sekadar dua sen kata homo sapiens.
            Okey mana rutinnya? Setakat awal 2018, anak baru masuk sekolah, lalu pagi usaha bangun jam 5, mengaji, subuh di tempat azan dilaungkan, taklim kalau malam tadi tak buat, mandikan anak, buang sampah, hantar anak ke sekolah, pi opis, asmaul husna, buat kerja sambil dengar nasihat sifu najib asaddok, update IG, faks sekolah, rancang PBAKL2018.
            Balik jadi drebar, jumaat cuti, wiken pulun lepas subuh dan usaha istiqomah Dhuha harian. Itu rutin awal 2k18. Alhamdulillah masih dalam kawalan.
            Khutbah tadi cakap pasal godaan syaitan, mudah hasut bila kita marah, layankan nafsu walau asalnya halal, terburu-buru ibarat kesatria papan kekunci yang saling berlumba siapa dulu tahu dan beritahu tanpa kaji betul ke bohong.
            Bercakap pasal drebar, dakwah mengajar untuk jumpa paling kurang 25 orang sebagai medan cakap iman untuk diri sendiri. Paling tidak sebar sebanyak salam yang boleh dalam sehari. Dek dakwah iman pun tidak, sebar salam pun dan tak dan, makanya kerisauan itu lahir bila ketemu dengan non-muslim yang jadi rider.

            Benar bagai dikata, dunia ini syurga orang kafir. Kasihan melihat nikmat ilusi duniawi yang mereka kecapi di sini andai Tuhan masih tak dikenali. Istighfar untuk saya, semoga tuan puan yang baca pos ini dan semua orang yang pernah kita kenali dan berhubung dengan kita akhir kalam semuanya husnul khotimah. Itu saja kita mahu, mati dalam iman, bangkit sana juga dengan iman yang soheh. Aamiinn.

Friday, January 19, 2018

JURNAL MINGGUAN


Jumpa dua Kumar. Kumar yang pertama kerja dua orang, bos dan dia. Betapa positifnya ada orang itu sampai keluar ayat ini, “The answer is yes, what is your question?” Kumar beritahu kawan beliau di India, anak orang kaya di Mumbai dididik begini. Ajar anak bezakan ‘mahu’ dan ‘perlu’. Ibu bapa beri apa yang ‘perlu’, anak perlu usaha sendiri apa yang ‘mahu’. Kumar juga beritahu penting ada matlamat tahunan, maksimum 8. Pertamanya senaraikan peranan seperti ini: anak, suami, bapa, kawan, pekerja. Setiap peranan boleh letak satu atau lebih sasaran untuk dicapai, maksimum 8 ke 10 setiap tahun.
            Selepas ada sasaran, buat gerak kerja dan jadual untuk kita pantau sama ada sudah dicapai ikut peringkat atau belum. Rancangan yang spesifik ini bantu mudahkan capai sasaran. Sebaiknya juga orang yang terlibat dengan sasaran atau matlamat ini dimaklumkan agar mereka turut memudahkan sasaran ini dicapai dan tidak bersalahan dengan jadual mereka pula.
            Kumar yang kedua beritahu pasal Almera, jimat minyak dan boleh tahan untuk cecah satu lapan di lebuh raya. Kumar yang ketiga (tambahan) kawan penulis yang bertugas sebagai PTD, patut bahasa melayunya bagus, orang kerajaan rupanya, sebagusnya begitu melayunya.
            Semalam pula jumpa seorang lanun berketurunan Bugis dari Sarawak. Dia bangga dipanggil lanun. Sebabnya? Sebut lanun terus dibayangi segala yang negatif walhal lanun yang asal itu maknanya mereka yang pakar laut. Sebab apa lanun dikelas negatif? Sebab tidak tunduk pada penjajah. Ya, sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Contoh mudah kita gelarkan pejuang kemerdekaan, sebaliknya penjajah memanggil mereka penentang sebab tidak sebulu dengan mereka. Ya, sekadar istilah yang disalah erti sebab ikut majoriti.

            Lalu? Bertemu orang ini ibarat buku travelog yang tidak dibukukan. Pengalaman mereka ibarat kita pergi ke mana mereka pergi. Banyak lagi kisah berlainan orang berlainan ibrah, tinggal ambil kisah atau buat tak endah. Sama ada buku atau orang, bacalah.

Thursday, January 11, 2018

Sampai bila nak bercakap soal makan dan minum?


Begitu lebih lagi dengan solat. Selagi ada kewajipan solat, selagi itu wajib bicara soal solat. Hakikatnya semua makhluk itu bersolat, dengan berzikir kepada-Nya.
Berapa ramai orang yang azam tahun baharunya seperti ini:
1)      Baiki solat
2)      Meng-Islam-kan orang kembali Islam
Pertama, fahamilah makna bacaan dalam solat sedari niat, takbir, fatihah, rukuk, iktidal, sujud, duduk, tahyat hingga ke salam.
Ambil contoh makna bacaan dalam duduk antara dua sujud, dimulai dengan minta ampun, di akhirnya pula minta dimaafkan-Nya, di tengah-tengah doa itu kita minta 6 perkara penting dalam hidup: kasih sayang-Nya, ditutupkan aib, ditingkatkan darjat, diberi rezeki, dipimpin ke jalan yang benar dan diafiatkan-Nya.

Buku #solatmukminvssolatmuslim tulisan Ustaz Muhammad Nasib Zawawi bukan bicarakan soal hukum-hakam solat, sebaliknya bagaimana untuk mendapat ruh dan pertingkatkan adab dalam solat.
Bila tidak faham bacaan dalam solat, perasan khusyuk bukanlah perasaan khusyuk yang sebenar. Itu mungkin tipu daya syaitan untuk seseorang itu seronok saja-saja dengan solatnya yang sia-sia.
Solat muslim kagum dengan diri sendiri selepas solat. Solat mukmin kagum dengan Allah yang mengizinkan solat, iktimad hanya pada Allah.

Seorang yang jujur pada Allah, pasti jujur dengan manusia. Solat jemaah saling menyempurnakan. Pilih antara luruskan saf atau hati dihancurkan. Betulkan saf macam kawad dalam perang, bukan sekadar imam cukupkan syarat.


Solat pastikan mulut tak berbau, jangan ganggu jemaah lain, syok sendiri bacaan kuat. Jangan keraskan badan, beri ruang kepada jemaah lain. Kita semua azam perbaiki solat, insya-Allah?

Friday, January 5, 2018

khutbah JUMAAT expectation

Tunggu juga khutbah Jumaat tadi, cakap pasal masjid, sentuh pasal ni, tapi tak sebut direct, so ini expectation yang dimaksudkan.

Hidupkanlah masjid 24 jam dengan 4 amal utama ini:
1. dakwah
2. taklim wa taklum
3. zikir ibadat
4. khidmat

Masjid tempat menyatukan umat, bukan pecah belah rakyat. Justeru usahakan paling kurang sekali dalam 5 waktu, dapat solat fardhu. Dapat 5 waktu lagi bagus, 2 jam setengah ke arah 8 jam ke arah 24 jam gilir-gilir ambil tanggungjawab hidupkan masjid macam zaman Nabi.

Masjid kita, tanggungjawab kita, bismillah.