Thursday, September 18, 2014

Salah Parking

Borak pagi dengan Man Tayar.

MT: Satu stesen minyak, banyak kenderaan, parking lak penuh. Kau bawak kereta, nak parking cucuk ATM, nampak satu pam kosong, 97, tak ada 95, so kau pun park situ. Tambah lagi memang jarang benar orang isi 97. Okay, fine. Aku pun biasa buat lagu tu. In fact kalau time kau nak isi minyak baru kau nak cucuk duit, itu normal untuk kau parking dulu, lepas keluar duit kat ATM baru bayar. Aku ulang, itu normal.

Ahsan: Yang abnormalnya?

MT: Aku ulang, satu stesen minyak, banyak kenderaan, parking lak penuh. Kali ni kau tak bawak kereta, kau bawak motor. Kau lak tak taulah pikir apa, pergi parking dekat pam yang ada 95, minyak yang selalu orang isi. Ya, tau, kau memang nak isi minyak. First come, first serve. Tapi yang aku dan mungkin orang normal lain tak boleh terima, kami ingat kau pi bayar, tapi orang-orang yang bayar tu tak ada pun yang pergi kat motor tu. Dekat dalam kedai atau ATM, tak nampak pun yang pegang helmet, dekat motor pun tak ada helmet. Dengan tenang, lepas lima minit, tu dia, kau melangkah selamba ke motor tu. Dari jamban, sah kau berak. Ini mengundang kemarahan bang!

Ahsan: ..

MT: Kau tau kau nak berak, kau bawak motor, parking la celah mana pun, takyah la nak parking like a boss sangat! Bang ngang!

Tuesday, April 29, 2014

cover melesa

Ahsan cakap, dia nak cover buku ini ada tulisan besar melesap dengan gambar kartun beliau memakai t-shirt warna merah bertulis: real men read books
#bebaspress
ilustrator n font: confirm by otai Aie!

Kenapa judul buku ni melesap (fading)?

Tapi kalau sekali pandang, perkataan melesa lebih menyerlah. Yalah, huruf p ternyata semakin fade away atau dengan kata lain sudah pun lesap, gone, vaporize. Ada juga seakan bunyi Malaysia oh tanah airku (patriotik beb, itu mesti), dekat sikit dengan Melissa (who's that girl). Apa pun, Radzi Melissa dah pun jadi ustaz, Melissa Saila pun dah bertudung. Itu perkembangan yang positif bukan? Heh.

Sebetulnya, melesap adalah akronim kepada frasa me.strepiece le.bih sa.kedar p.icisan. Mungkin ramai orang keramaian memandang buku ini tidak lebih daripada naskhah yang sia-sia. Tak baca pun tak apa. Pinjam istilah kesukaan Pak Web, ibrah. Pembaca yang sudi meminjamkan mata hati, pasti ketemu ibrah sebalik kesemua kisah dan tulisan dalam buku ini. Ya, ia tentunya satu karya agung Andy Hamzah istimewanya buat pembaca sekalian.

Sekian. Layan. ;)



Wednesday, February 12, 2014

mu tunggu kami datang part 5


Wan

Malam tadi aku tidur rumah abang dekat sini. Pagi ini mahu jadi pemandu pelancong untuk abang dan kakak yang aku tumpang kereta mereka. Jadinya pagi dalam jam 11 lebih aku pun tunggu di Masjid Abidin, mahu ke Pasar Payang katanya.

“Assalamualaikum tuan, lama tunggu?” Tuan Ahsan menyapa aku sebaik tiba di masjid.

“Eh, takdelah. Boleh tahan jemu. So nak ke Pasar Payang la ni eh?”

Dengan lancar Tuan Ahsan berbicara, “Insya-Allah pagi ni, kita pusing-pusing kat Pasar Payang, pastu lunch kat umah akak bekas bakal Alif. Pastu beli kopok lekor, pastu balik.”

Bagus. Lega dengar, lagi cepat lagi bagus balik. Haha. Selesai pusing dengan mereka dan layan Tuan Ahsan beli-belah itu sikit ini sikit, Bonda Nor telefon Hajidah, ajak makan tengah hari. Rancangan mula bertukar sikit. Selepas makan dibelanja beliau, kami jalan tepi pantai Batu Buruk turunkan makanan dalam perut. Selepas itu menuju ke Masjid Kristal tunai solat jamak takdim Zuhur Asar. Kemudian aku pun lena beriktikaf di masjid itu.

Bangun-bangun dalam jam 4 petang menuju ke Kg. Losong, cari kedai Adik-Beradik. Sekali Ustaz Wahab ajak datang rumah pula. Rancangan semakin bertukar banyak. Sesatlah pula.

Di rumah Ustaz Wahab, Alif hubungi kakak bekas bakalnya. Tak dapat. Berkali-kali cuba, akhirnya baru dapat. Tuan Ahsan mendengus, “Dapat pulak..”

Kami pun ke rumah kakak bekas bakal Alif. Baru nak pergi beli makanan pula. Maka tunggulah makanan tersebut. Kami pusing-pusing di belakang rumah itu, lihat burung pelbagai spesis, salah satunya Merpati Belon, lagak ayam serama mendabik dada. Takbir!

Tuan Azam ajak solah di R&R. Tuan Ahsan bantah, “Itu semua bisikan syaitan.”

Makanya, kami pun bertolak Maghrib itu menuju KL. Cari masjid sebelah kiri, nampak yang pertama, terlepas pula. Dipilih juga solah jamak takdir Maghrib Isyak di masjid seterusnya. Alhamdulillah. Sekali abang aku tahu aku pergi bengkel penulisan. Tuan Khairy muat naik gambar di Facebook. Dia juga kawan abang aku di situ. Apa-apa pun, dakwah mesti terus!

Tuesday, February 11, 2014

mu tunggu kami datang part 4


Alif

“Pulak.”

“Apa hal lak ni?”

“Ustaz Wahab, eksiden.”

“Innalillah, teruk tak?”

“Dia alhamdulillah okey, motor dia la, depan hancur sikit. So malam ni dia tak dapat datang bawak jenjalan makan nasi dagang le.”

“Ha, yang tu ko tolong cakap kat Hajidah nanti.”

Hajidah pun turun. Dahlah tadi aku hilangkan kunci, mahu beritahu pasal kena bayar seorang RM50, ini kena beritahu dulu pasal Ustaz Wahab pula, cabaran sungguh.

“Ji, Ustaz Wahab eksiden,” tegar aku bersuara.

“Allah! Melepas lagilah nasi dagang aku. Huhu.. bini dia ok tak?” nasi dagang datang dulu.

“Ok je. Lagi satu ji, kitorang dah bincang pasal kunci. Kita ada lima orang kan?”

“RM50 tu Lif, duit makan seminggu kot. Ko ni cuailah,” amboi, cepat tangkap.

Ahsan tanya pasal kawan Azam yang diam sini, “So Zam, apa cerita, member ko datang bila?”

“Dia kuar ngan bapak dia sat. Kul 10 lebih baru datang. So kita pergi makan dululah. Straight ni kawasan Cina, kanan ni Melayu. Kita jalan sinilah. Takkan datang jauh-jauh makan KFC lak. Kita cari kedai makan melayu, dekat depan sana kot.”

Kami pun jalan kaki malam itu, “Aku nak jumpa Emma Maembong.” Mahu lupakan kunci.

“Azam, tu lampu limpah tu stadium kan? Mana lawan? Jom!”

“A’ala.. jom, jom! Tu macam lagu Selangor, tapi tadi siang nampak bas JDT.”

Hajidah cakap, “Wei, taknaklah tengok bola, nak makanlah.” Sampai pun kedai makan.

“Ya cikgu, duduk sini.” Ahsan macam tersihir terus duduk. Kami tiga orang ikut belakang.

Pak cik kedai bersongkok itu buat aku tergelak, “Ya Farid Kamil, nak makan apa? Remy Ishak?” merujuk kepada Azam. Hajidah pula, “Ya, Farah Fauzana nak order apa?”

Sunday, February 9, 2014

mu tunggu kami datang part 3


Ahsan

“Alhamdulillah, setel bengkel. Ni apa cerita lak ni?

“Alif hilang kunci, ko ada jumpa? Dah berkali carik. Semua pun dah tanya, receptionist pun.”

Aku dapat panggilan daripada Hajidah, “San, Bonda cakap kalau tak jumpa gak kunci, nanti dia bagi kontek kawan dia yang tau bukak pintu.”

Di luar hotel Seri Malaysia, Azam, aku, Alif, Khairy tengah cari jalan buka pintu.

“Nah, aku pinjam pembaris besi kat receptionist,” hulur Hajidah kepada Azam. Maka Azam pun bersungguh-sungguh cuba membuka pintu kereta lagak macam dah biasa.

“Lif, ko call je la Cik Man kunci, kawan Bonda ni. Cakapla apa yang patut.”

“Assalamualaikum bang, saya Alif kawan Bonda. Ni, kereta saya hilang kunci. Ingat nak tolong minta buka pintu boleh? Eh.. eh bang! Takpe takpe, dah boleh dah.”

Namun kunci masih tiada dalam but kereta. Senja itu, Alif telefon Wan, tanya pasal kunci. Dia balas, “Takdelah tuan. Apa kata, tuan solat hajat dua rakaat. Selesai masalah.”

Maghrib itu, dengan bilik hotel dalam keadaan selepas digeledah, kami solat jamak takdim Maghrib Isyak berjemaah. Aku cakap lepas solat, “Jom solat hajat, baca surah lazim.”

Dan-dan lepas solat, aku cakap, “Lif, aku dah dapat solution ni, nak dengar?”

“Coba,” balas Alif lagak P. Ramlee dalam Tiga Abdul.

“Ditakdirkanlah kunci tak jumpa lagi, dan Cik Man pun cakap RM250 kan? So kita berapa orang? Ko pikir tak apa yang aku pikir?”

“Tulah, aku dalam sujud akhir tadi pun pikir benda yang sama. Betullah, dalam solat ada ubat. Tapi Wan macam mana, takkan dia kena bayar sekali.”

Azam menyampuk, “Takpelah Lif, kita datang sekali kan. Ko bukan sengaja hilangkan kunci. Tulah semalam patut tukar mandu dengan aku. Tak pasal-pasal bayar sorang RM50. Adoi.”

“Semua ada hikmah. It happens. Apa Nabi risau, tu kita risau. Jomlah turun cepat, Ustaz Wahab dah tunggu kat bawah ni, nak tunai hajat nasi dagang Hajidah katanya. Cergas!”

Thursday, February 6, 2014

mu tunggu kami datang part 2


Azam

“San, aku nak ikut pi Terengganu.”

“Betul ni? Satgi aku tanya Alif.”

Sebenarnya, aku ada program dengan seorang kawan esok ini insya-Allah. Ada perlu tangkap gambar sikit. Aku tanyalah, apa aku dapat? Sekali dia nak belanja makan saja. Huhu, setakat belanja makan, itu yang lemah dengar. Paling kurang pergi Terengganu, tak dapat upah, dapat jalan-jalan. Nak jadikan cerita, ini perbualan Ahsan dan Alif petang itu:

“So apa cerita?” soal Ahsan.

“Tulah. Kereta aku kalau ramai-ramai dia mendak kot,” balas Alif.

“Pakailah kereta Azam,” syor Ahsan.

“Kereta dia kat kampung lak.”

“Guna kereta kompeni. Pinjam Puan Jal. Hantar dia balik. Boleh jadi macam dulu-dulu. Korang kan jiran,” syor Ahsan dengan nada gurau.

Alif macam orang dalam dilema. Padahal mahu selesaikan urusan kereta saja. Ini dah macam orang nak buat keputusan kahwin. Aku dah cakap dekat dia, aku tak kisah pun kalau tak dapat ikut. Aku tak ada niat apa pun cakap begitu, saja tak mahu susahkan kawan.

“So Alif, macam mana?” soal Ahsan lagi.

“Azam kita cantaslah,” dengan yakin Alif bersuara.

“Betul ni? Apa lagi? Bitau ar dia. Takkan aku lagi. Aku dah mintak duit kat bos, pasal kereta ko setelkan pulak ar,” Ahsan bersuara dengan nada berkira.

“Hmm... bukan apa. Ko penting, pasal ko penceramah. Wan penting, dia peserta. Aku lagi penting, pasal naik kereta aku. Azam penting, pasal dia cameraman. Hajidah?”

“Dia pentinglah, pasal nak buat berita masuk majalah.” Semua penting bagai.

“Azam takleh buat? Dia kan wartawan gak. Ko pun boleh,” nada Amy Mat Piah, Rock Oo.

“Malas aku. Azam orang baru, Ji lagi terer buat berita. So? Malam ni dah nak gerak ni.”

Monday, February 3, 2014

mu tunggu kami datang part 1


Hajidah

“San, aku nak ikut pi Terengganu boleh?” aku tanya senyum-senyum.

“Boleh, ko nak naik apa?” soal Ahsan semula.

“Aku tumpang koranglah.”

“Bereh. Boleh tong-tong minyak, heh.”

“Bayaran macam mana? Aku kena bayar berapa?”

“Insya-Allah aku tanya Cikgu Khairy, dia yang anjurkan. Aku jadi penceramah jemputan je.”

Lepas waktu rehat, Ahsan datang bahagian majalah beritahu aku, “Ji, ko dah baca facebook?”

“Baca apa?” aku agak kebingungan di situ.

“Pasal bengkel la. Semua yang ko nak tau pasal bayaran ada situ. Aku da invite ko private message dengan Khairy and Bonda Nor. Papehal beritahu balik ya.” Teknologi sungguh.

Lepas aku baca, lepas Asar pula, Ahsan naik lagi ke bahagian majalah.

“Huh, aku ingatkan free. Sekali kena bayar yuran gak. Nanti aku fikir baliklah.”

“Ok.” Ahsan jawab ringkas.

Tidak lama selepas itu, aku menyampuk dalam ‘private message’ di Facebook. Dengan selamba aku taip: Assalamualaikum semua, saya Hajidah.

Hajidah: Boleh tak beri diskaun lagi untuk saya datang bengkel esok ni insya-Allah?

Sebelum itu sebenarnya Cikgu Khairy sudah beri diskaun yuran daripada RM150, jadi RM100. Sebetulnya juga, aku saja mahu ikut, jalan-jalan ke Terengganu, setakat kongsi bayar minyak. Ingat nanti boleh tumpang tidur bilik hotel kongsi dengan Bonda Nor. Lalu tidaklah mahal sangat kos cuti-cuti ini. Itu pasal jika boleh mahu minta kurang lagi.

Bonda: Entah ustaz, mana ada orang cas media datang buat liputan.

Hajidah: Macam ni, saya buat berita untuk masukkan dalam majalah, tapi bengkel saya duduk free, boleh? Hehe..

Khairy: Oklah, free.

Wednesday, January 29, 2014

Trip UK France

Antara perkara yang menarik pasal travel negara orang, kita jumpa pelbagai manusia dari pelbagai latar belakang. Manusia dicipta untuk saling mengenali di samping tujuan utama ke arah mengenali keagungan Tuhan. Di sini Ahsan berbual dengan beberapa orang yang signifikan sepanjang travelnya.

Pertama sewaktu sampai mahu check in apartment di pekan Camden. Bini dia tegur tolong hello dan tunjuk kedai ayam goreng halal pasal sejuk di luar.

            Rupanya dia ni preacher to non-muslim di hydepark tiap Ahad. Ahmad namanya. Tinggal sini dah 14 tahun.
 
Kedua, Abd Kazim tak silap, penjual souvenir, asal India, negara Zakir Naik. Dia ni pi markaz tiap Khamis di West Ham.
 
Ketiga, pak cik berumur 52 tahun, no wife and kid, bekas ahli arkeologi, pernah sampai Thailand, jurucakap bus tour yang penuh eksperesi, origin London.
 
Keempat, mak cik Ghana yang peramah, staf Eurostar, dah 8 tahun duduk UK, dia cakap, “Women cook, men do the rest.”
 
Seronok tengok budaya dan cara mereka berfikir. Tetap manusia. Cuma sedih. Doakan hidayat semua dapat mati dalam iman.

Tuesday, January 28, 2014

Sesat di Kota London


Tiada makanan. Tiada uang. Kau berjalan bertanya orang. Di mana masjid. Mencari Tuhan.

            Saat kau kebingungan. Kau terasa keseorangan. Walau dalam keramaian.

            Kau bertemu satu taman. Mereka bilang, itu ‘heavens park’. Kau mula mengambil wuduk. Melangkah masuk kaki kanan. Dua rakaat solah ditunaikan.

            Kau kemudian menadah tangan. Mengadu mengaku segala kelemahan. Kau mula rasa kebesaran Tuhan. Kekerdilan insan.

            Air mata mengalir perlahan. Kau dhaif juga terkilan. Betapa alpa selama di jalan. Mengenang dosa tingkah dan lisan. Akal sembilan, nafsu perempuan.

            Benar hidup ini ujian. Atas nama iman.

            Lalu kini kau cari keadaan. Masih belum terlewat kawan. Selagi nyawa masih di badan. Mentari terbit di sebelah kanan. Bertaubatlah dengan penuh kesalan. Dengan azam tiada pengulangan.

            Sesat ini tanda teguran. Lahir disambut dengan azan. Ini masa untuk amalan. Kau yakin doa diperkenan. Lambat cepat jadi penantian.