Ihsan: Hospital UMRA
1. Basuh uri dengan air sehingga bersih.
2. Lumur uri dengan garam serta air asam jawa.
3. Pasti dibilas tanpa ketulan darah dan bau.
4. Lumur sekali lagi dengan garam serta air asam jawa/asam gelugur.
5. Balut dan ikat dengan kkain putih.
6. Masukkan ke dalam bekas periuk tanah atau beg plastik biodegrable.
7. Ikat bekas itu dengan kemas.
8. Tanam sedalam 2 kaki lebih, supaya tidak dihidu oleh binatang.
9. Selawat sebelum menutup tanah tersebut.
Sila rujuk ustaz yang mursyid untuk keterangan lanjut.
Thursday, February 21, 2013
Tuesday, February 19, 2013
7 Rabiulakhir 1434
http://www.al-azim.com/masjid/rabiulakhir/home.htm
Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
Jika Rabiulawwal bererti bermulanya musim
bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan
ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.
Pada waktu itu biasanya
tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum
musim sejuk tiba. Selain daripada Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama
Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.
Perlu diketahui bahawa itu
adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud
sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati
nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w
mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada
perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.
Cuaca, iklim, suhu dan musim
adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain
sedangkan taqwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan
mengelilingi bumi.
Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
Tamar berbunga maka sempena
kebetulan ini umat Arab dahulu menamakan bulan ini dengan Rabiulakhir.
Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul
Akhir
Peperangan - ada beberapa peperangan yang
dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir
diantaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan
Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
Pengepungan Damsyik - pada
zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah
dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada
pembukaan Damsyik.
Khalifah Abu Bakar As-Siddiq
r.a meninggal dunia dan Saidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah
yang kedua.
Peperangan Jamal - tahun
fitnah di mana Saidatina Aisyah r.ha terheret dalam kancah peperangan menentang
Khalifah Ali r.a.
Ramai sahabat yang
gugur syahid di antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
Imam Ghazali r.h meninggal
dunia.
Ada pendapat yang mengatakan
27 Rabiulakhir adalah tarikh Isra` dan Mi`raj Rasulullah s.a.w (tarikh
difardhukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di
Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu
atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Isra` dan Mi`raj
Rasulullah s.a.w.
Fadhilat
Berbahagialah bagi yang
sentiasa membaca dan menghayati al-Qur`an.
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu
mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang
lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan
ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari semasa ke
semasa walau dalam bulan mana sekalipun.
Terdapat banyak lagi amalan
sunat yang masih kita tak buat atau tak berkesempatan buat. Maka pada bulan ini
adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita
tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.
Di samping kita menjaga dan
meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan
amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung
atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.
Di antara amalan-amalan sunat
yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat
qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan
lain-lain lagi.
Sumber Rujukan;
1. Jab. Mufti Terengganu,
http://mufti.islam.gov.my/terengganu
2. Dr.(H) Hj. Kassim bin
Bahali, Jab. Mufti Melaka, jkmmufti@tm.net.my
3. Shaykh Muhammad Saleem
Dhorat, Riyadul Jannah ; Gardens of Paradise issue 1 (2004),
http://www.riyaduljannah.com
4. Majlis Ugama Islam
Singapura,Warita 1996, http://www.muis.gov.sg
Disemak oleh;
1. Dr.(H) Hj. Kassim bin
Bahali, Peg. Falak dan Sumber Maklumat, Jab. Mufti Negeri Melaka.
2. Ust. Mohd Nazri bin Abd.
Majid, Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka.
3. Ust. Mohd Ali bin Zainal,
Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, Jab. Mufti Negeri Melaka
Pengunjung / pembaca boleh
menghubungi penulis untuk pertanyaan, maklumat lanjut, cadangan atau berkongsi
pendapat di alamat jkmmufti@tm.net.my.
Subscribe to:
Posts (Atom)