sepatutnya, bila lihat orang lain salah, terus saja salahkan diri sendiri, sebab apa?
sebab kita yg diberi secuil, dipinjam sedikit cahaya faham agama, hidayat pentingnya amal agama, apa yg saya buat untuk berkongsi cahaya itu dengan si pesalah itu?
dia dalam kesalahan kerana dia tidak tahu
kita yang sikit tahu, apa yg kita buat?
ada kita dakwah dengan tangan, lisan dan hati?
pernahkah saya doakan dia?
bencikan salah, bukan pesalah
sedangkan saya yang salah letak cahaya itu untuk saya seorang, bukan terus-terusan berkongsi dengan mereka dengan kasih sayang, zalim itulah saya, meletakkan cahaya bukan pada tempatnya :'(
istighfar untuk saya :'(
Showing posts with label i was there. Show all posts

Friday, August 4, 2017
Wednesday, January 29, 2014
Trip UK France
Antara perkara yang
menarik pasal travel negara orang, kita jumpa pelbagai manusia dari pelbagai
latar belakang. Manusia dicipta untuk saling mengenali di samping tujuan utama
ke arah mengenali keagungan Tuhan. Di sini Ahsan berbual dengan beberapa orang
yang signifikan sepanjang travelnya.
Pertama sewaktu sampai mahu check in apartment di pekan Camden. Bini dia tegur tolong hello dan tunjuk kedai ayam goreng halal pasal sejuk di luar.

Rupanya dia ni preacher to
non-muslim di hydepark tiap Ahad. Ahmad namanya. Tinggal sini dah 14 tahun.
Kedua,
Abd Kazim tak silap, penjual souvenir, asal India, negara Zakir Naik. Dia ni pi
markaz tiap Khamis di West Ham.
Ketiga, pak cik berumur 52 tahun, no wife and
kid, bekas ahli arkeologi, pernah sampai Thailand, jurucakap bus tour yang
penuh eksperesi, origin London.
Keempat, mak cik Ghana yang peramah, staf
Eurostar, dah 8 tahun duduk UK, dia cakap, “Women cook, men do the rest.”
Seronok
tengok budaya dan cara mereka berfikir. Tetap manusia. Cuma sedih. Doakan hidayat
semua dapat mati dalam iman.
Tuesday, January 28, 2014
Sesat di Kota London
Tiada makanan. Tiada uang. Kau berjalan bertanya orang. Di mana masjid. Mencari Tuhan.
Saat kau kebingungan. Kau terasa keseorangan.
Walau dalam keramaian.
Kau bertemu satu taman. Mereka bilang,
itu ‘heavens park’. Kau mula mengambil wuduk. Melangkah masuk kaki kanan. Dua rakaat
solah ditunaikan.
Kau kemudian menadah tangan. Mengadu
mengaku segala kelemahan. Kau mula rasa kebesaran Tuhan. Kekerdilan insan.
Air mata mengalir perlahan. Kau dhaif
juga terkilan. Betapa alpa selama di jalan. Mengenang dosa tingkah dan lisan. Akal
sembilan, nafsu perempuan.
Benar hidup ini ujian. Atas nama
iman.
Lalu kini kau cari keadaan. Masih belum
terlewat kawan. Selagi nyawa masih di badan. Mentari terbit di sebelah kanan. Bertaubatlah
dengan penuh kesalan. Dengan azam tiada pengulangan.
Sesat ini tanda teguran. Lahir disambut
dengan azan. Ini masa untuk amalan. Kau yakin doa diperkenan. Lambat cepat jadi
penantian.
Thursday, February 21, 2013
Cara Asas Pengurusan Uri
Ihsan: Hospital UMRA
1. Basuh uri dengan air sehingga bersih.
2. Lumur uri dengan garam serta air asam jawa.
3. Pasti dibilas tanpa ketulan darah dan bau.
4. Lumur sekali lagi dengan garam serta air asam jawa/asam gelugur.
5. Balut dan ikat dengan kkain putih.
6. Masukkan ke dalam bekas periuk tanah atau beg plastik biodegrable.
7. Ikat bekas itu dengan kemas.
8. Tanam sedalam 2 kaki lebih, supaya tidak dihidu oleh binatang.
9. Selawat sebelum menutup tanah tersebut.
Sila rujuk ustaz yang mursyid untuk keterangan lanjut.

Thursday, January 17, 2013
Pesakit Iman
Katakanlah, ketika tuan2 sedang khuruj di sesuatu kampung,
ada di'nusrah' oleh seseorang. "Penusrah" itu akan memberikan
"nusrahnya" ketika makan sahaja. Maknanya, dia sedia untuk "nusrah" tuan-tuan dengan makan
bersama-sama tuan-tuan.
Waktu ijtimaie hilang...
Waktu ghast hilang...
Waktu taklim hilang...Waktu ijtimaie hilang...
Orang buat taklim, dia buat hal dia...
Jika anda amersab, anda nak buat apa?
*buatlah solat hajat khas untuk orang sebegini dan semua umat puri alam insya-Allah
Monday, October 15, 2012
Apa yang anda tahu tentang peristiwa berkaitan petikan ini?
Wed, August 22, 2012 11:41 pm
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Saif meriwayatkan dari as-Sa'di bahwa dia pernah berkata, “Ketika para tawanan wanita dan anak-anak dari Nihawand sampai di Madinah, Abu Lu'luah Fairuz (hamba milik al-Mughirah bin Syu'bah) menyambut mereka dan mengusap setiap kepala anak kecil daripada para tawanan ini sambil menangis dan berkata, ‘Umar telah memakan jantungku.’ Ternyata Abu Lu'luah berasal dari Nihawand yang ditawan oleh seorang Romawi ketika mereka menaklukki Parsi. Setelah itu dia ditawan oleh kaum Muslimin. Sejak saat itu dia dinisbatkan ke daerah asal dia ditawan.”
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
![]() |
| sp |
Monday, October 8, 2012
TIP BERURUSAN DENGAN EDITOR PEROLEHAN MANUSKRIP
| pokok tumbang |
Dinyatakan beberapa tip untuk berurusan dengan editor perolehan manuskrip syarikat penerbitan secara umum. Berlainan penerbit mungkin berlainan gaya berurusan:
1. Sila buat janjitemu dengan editor perolehan seawal 1-2 hari sebelum pertemuan
2. Tanyakan kepada editor tentang keperluan manuskrip yang dihantar (softcopy atau hardcopy)
3. Burn-kan cd yang mengandungi manuskrip yang akan dihantar. Standby sahaja. Serahkan jika dikehendaki oleh editor
4. Sediakan profil diri yang lengkap mengandungi butiran peribadi, pengalaman kerja, pengalaman di bidang penulisan, senarai penulisan dan penglibatan profesional yang menyokong manuskrip anda itu.
5. Sediakan juga kertas cadangan buku mengandungi sinopsis buku, kandungan buku, watak jika novel. Serta nyatakan manuskrip anda itu wajar diterbitkan.
6. Berpakaian kemas dan berkeyakinan ketika membentangkan kertas cadangan buku anda.
7. Bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Anda sebenarnya baru sahaja memasuki gear pertama.
8. Ucapkan terima kasih kepada editor berkenaan di atas sebarang pertolongan yang diberikan.
Wednesday, October 3, 2012
Salahuddin
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Ciri-ciri tentera akhir zaman yang akan membebaskan Baitul Maqdis kali ketiga sama seperti ciri-ciri pemimpin mereka ketika Baitul Maqdis dibebaskan pada kali pertama dan kedua iaitu sifat Sayidina Umar dan Salahudin al-Ayyubi:
"Sultan Salahuddin adalah seorang pahlawan yang menghabiskan waktunya dengan bekerja keras siang dan malam untuk Islam. Hidupnya sangat sederhana. Minumnya hanya air kosong, makanannya sederhana, pakaiannya daripada jenis yang kasar. Beliau sentiasa menjaga waktu-waktu solat dan mengerjakannya secara berjamaah. Dikatakan bahawa beliau sepanjang hayatnya tidak pernah terlepas daripada mengerjakan solat jamaah, bahkan ketika sakit yang membawa pada ajalnya, beliau masih tetap mengerjakan solat berjamaah. Sebaik saja imam masuk berdiri di tempatnya, beliau sudah siap di dalam saf. Beliau suka mendengarkan bacaan Al-Quran, Hadis dan ilmu pengetahuan. Dalam bidang Hadis, beliau memang mendengarkannya secara teratur, sehingga beliau boleh mengenal jenis-jenis hadis. Hatinya sangat lembut dan pemurah, sering menangis apabila mendengarkan hadis."
![]() |
| feri |

Monday, October 1, 2012
pahlawan-pahlawan Islam
| Batu Feringgi |
Mari kita senaraikan pahlawan-pahlawan Islam yang berjaya menakluk:
1 - Baitul Maqdis - Umar al-Khattab, Salahudin Al-Ayyubi..
2 - Cyprus - Muawiyah
3 - Andalusia - Tariq bin Ziyad
4 - Mesir - Amru al-As..
Berikan nama-nama yang lain untuk kita kongsikan...
Monday, June 4, 2012
Friday, June 1, 2012
Thursday, May 24, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Wednesday, May 16, 2012
Wednesday, January 25, 2012
Tuesday, December 27, 2011
Alhamdulillah
Sunday, May 15, 2011
Lelaki yang menyukai mufin
Dia lelaki yang menyukai Muffin. Beritahulah muffin apa, pasti dia ingin merasanya. Muffin berbentuk bulat, bujur, kecil, sederhana comel dan tidak terkecuali muffin daripada bakal tunangnya adalah yang paling disukainya sekali. Lalu pada saat hari jadinya semalam dia menerima kejutan itu. Satu kejutan di waktu pagi. Semasa semua manusia semua mahu ke tempat kerja. Dia menerima muffin daripada bakal tunangnya dengan begitu romantis. Pada jam sembilan pagi muffin itu tiba di atas mejanya.
"Siapa yang menghantar muffin ini dan meletakkannya pada meja saya. Bagaimana muffin boleh berada disini? Siapa yang melakukannya. Bagaimana dia menghantarnya?"
Lalu saya yang berada di hadapannya berkata"Adalah seseorang yang menghantarnya, cuba buka dahulu apa nota yang ditulisnya. Saya menyambung sebagai pemudah cara dan kata walhal siapa sebenarnya yang menghantar amat saya ketahui. Tetapi saya hanya diam. Saya tidak mahu mengganggu perasaannya yang sedang gembira dan terus gembira.
Saya dapat rasakan sepenuh hati. Jika saya ditempatnya ibarat saya adalah sang kumbang yang menerima madu sebagai hadiah paling berharga. Lalu saya akan berkata. "Terima kasih atas madu yang diberi ini. Saya akan menghargai detik pemberian ini. Akan saya baluti dan kasihi ia sehingga saya dapat mengerti betapa siapalah diri saya untuk dihargai cara sebegini.
Dialah lelaki yang suka pada muffin. Ia sederhana comelnya. Berbalut dengan plastik yang comel serta bungkusan yang 'manis' juga. Kini saya tahu secara betul, memang benarlah cara ini membuat kejutan yang besar pada dia. Saya gembira kerana bakal tunangnya bijak membuat satu kejutan yang luar biasa. Pasti apabila mereka berumahtangga, pelbagai jenis muffin terhias indah di halaman rumah. Penuh kemanisan dan kesejahteraan. Sahabat saya ini kreatif orangnya, sehingga saya ketahui bahawa 'sticker' tunang yang terhasil untuk majlis pertunangannya adalah hasil seni tangannya.
Eloklah, yang seorang pandai memasak dan seorang pandai pula menggunakan seni tangan menghasilkan sesuatu. Mereka sepadan dan bijak mencari kesepadanan itu. Saya tidak cemburu, malah saya bangga kerana mereka dipertemukan.
Itulah dia sahabat saya. Dia suka pada cara kekasih hatinya mengambil hati dan perasaannya. Tidak saya tahu, dia adalah lelaki yang suka pada muffin. Tetapi saya tahu, akibat daripada kepandaian kekasih hatinya memasak pelbagai makanan yang sedap dia begitu senang dan gembira. Benar, bertuahnya si jejaka apabila ada seseorang iaitu kekasihnya pandai menggunakan kuali, oven, api dapur, senduk dan segala alatan dapur yang memerlukan teknik kesenian memasak untuk mengendalikannya.
Teramat benar, kepandaian memasak ini begitu penting. Mak saya sering mengingatkan saya apabila saya bercerita mengenai jodoh saya. "Jika mahu mencari bakal isteri, carilah yang tahu memasak. Jangan sampai mahu siang ikan pun dia tidak tahu". Saya pada masa itu hanya tergelak dan ketawa keci sayal. Masih merakan perkara itu lucu. Tetapi saya pegang kuat katanya. Bukan saya mahukan si isteri nanti tahu masak segalanya. Tetapi jika tahu segalanya itu bonus.
Bertuahnya saya nanti.
Mudah saja. Hanya pandai memasak nasi, menyiang ikan. menggoreng telur, itu pun sudah mencukupi. Itu kata-kata saya pada waktu remaja dahulu. Iyalah gila-gila juga saya. Tetapi apabila sudah dewasa saya kini memahami. Alangkah bertuah jika menjadi seperti sahabat saya. Dia mempunyai seorang kekasih yang begitu mengambil berat perihal masakan. Sehingga muffin dan kek begitu mudah saja cara menyediakannya.
Selepas sahabat saya mengetahui secara benar siapa yang menghantar muffin itu saya hanya tersenyum. Dia memandang saya dan berkata "Pandai berlakon mengatakan bahawa bukan kau yang meletakkan hadiah itu dia atas meja. Saya diam dan terus menidakkan. Saya bukan tidak mahu megiyakan tetapi biarlah perasaan kejutan itu lebih lama dia rasakan. Pasti lama-kelamaan perasaan itu akan menyebabkan semangat adrenalinnya berjalan lancar. Selancar cara kekasihnya mengadun bahan untuk menghasilkan beberapa ketul muffin. Seseni cara kekasihnya menuang perisa muffin ke dalam cawan kecil. Ah, romantiknya.
"Sebenarnya saya yang meletakkan di atas meja tadi. Sengaja mahu melakukan kejutan kepada kamu'.
Semalam saya mengambil muffin itu daripada kekasihnya.
Kata bakal tunangya itu, letakkanlah hadiah ini di atas mejanya.
Pantas saya berkata letakkan sedikit surat cinta atau sedikit nota pada hadiah itu. Pasti sahabat saya itu akan menghargainya. Akhirnya perkara yang saya katakan itu benar-benar berlaku. Dia suka dan segera menelefon kekasihya itu.
Pasti bukan sahaja ucapan terima kasih yang diterimanya. Saya tahu, ianya pasti lebih daripada itu.
Selamat Hari lahir yang ke-25 kepada sahabat saya.
Akhirnya Pie dan Muffin akan bersama.
yg benar:lalan

Tuesday, May 3, 2011
Sunday, March 13, 2011
momentum
yah! itu yg yg kita cari! lan, alhamdulillah, haji dah siap bab 2. now its your turn. dont let us down my man. go2 power rangers!
Subscribe to:
Posts (Atom)