My name is Ahsan
Ahsan. Bukan nama sebenar. Maknanya terbaik. Sekali dengar macam tagline Boboi Boy pun ada. Kenapa Ahsan memilih nama ini sebagai nama gelarannya? Adakah dia seorang yang macam bagus? Hobi suka menasihat orang? Apa neraka dia sudah terbaik sangatkah?
“Rilek brader, brader rilek.. Rilek brader, brader
rilek.. Rilek brader, brader rilek.. rilekkk..” sekali layan lagu Imudalah pula. Chill.
Tenang-tenang. “Jangan nak cepat sangat
‘menggelipitlah’ kawan oii..” itu istilah yang selalu Ahsan dan rakan-rakan
pakai semasa di IPT, yang dalam apostrophe itu. Melayu cakap melatahlah kurang
lebih.
Asalnya
begini, masa Ahsan masuk IPT, dia bertemu dengan seorang teman yang kaki surau.
Ditakdirkan namanya Hasan. Dia duduk kolej Meranti, asal Melaka. Kedua, Ahsan
dipertemukan dengan budak junior medik, duduk kolej Perindu. Namanya juga
Hasan, budak surau semestinya. Terbaharu, selepas menikah dengan isterinya,
Ahsan dijodohkan pula bertemu dengan abang sepupu isterinya itu.
Pandai!
Betullah itu. Hasan namanya. Juga orang yang baik-baik. Paling kuat intuisi Ahsan berbisik yakin, arwah
datuknya, Hasan juga orang yang baik-baik dan suka mengajak kepada kebaikan. Apa
kaitannya dengan Ahsan? Kenapa tidak guna nama Hasan jika begitu?
Baru-baru
ini Ahsan bersembang dengan isterinya, “Sayang,
pasni insya-Allah kalo ada rezeki dapat anak lelaki, sayang tahu kan sayang nak
namakan dia apa?”
“Tanaklah Hasan,”
manja sungguh isterinya menolak. “Nak A
jugek.”
“Ahsan? ‘Azra tu pun bukan A awalnya, ada apostrophe
kot. Ke nak ‘ain cam ‘azra? ‘uqbah? Berat lak pak cik sayang cakap.. huhu..”
‘Azra
yang baru menginjak usia 3 bulan 18 Februari lalu, sama dengan tarikh lahir
sepupu Ahsan, Alea yang sudah pun menikah Sabtu lepas, agak kurang faham atau
tidak faham langsung dengan telatah ibu bapanya itu.
Kembali
kepada pemilihan nama Ahsan, bukan saja-saja diguna pakai gelaran itu. Ahsanu ‘amala.
Kurang lebih maknanya amalan siapakah yang terbaik antara kita atas muka bumi
selepas dihantar ke sini. Itulah antara tujuan dunia tercipta, untuk menguji
amalan manusia dengan iman masing-masing.
Ayat
lagi satu yang diterjemah, umat Nabi SAW adalah umat yang terbaik kerana kerja
terbaik yang diamanahkan iaitu mengajak manusia berbuat baik dan mereka sendiri
mengamalkan kebaikan itu. Lalu, Ahsan memilih Ahsan. Nama Hasan mungkin akan
digunakan untuk anak lelakinya jika ada rezeki. Tidak salah berharapan yang
baik-baik bukan?
Lagi
satu, Ahsan ingin memperingatkan dirinya sendiri bahawa Ahsan itu sendiri
memberitahu dirinya dan orang keliling mereka ialah umat yang terbaik yang
dimaksudkan dalam perenggan di atas. Justeru, Ahsan bertegas, amat penting
baginya sentiasa ingatkan diri sendiri merasakan amanah yang diberi berkenaan
tugas menyeru kebaikan bukan tugas main-main.
Nada
serius, ada masa Ahsan bergurau, tenang-tenang. Chill. Namun semua itu ada
batasnya. Peri penting untuk Ahsan memikirkan cara terbaik untuk dia libatkan
semua orang ke arah yang Nabi SAW risaukan. Atas maksud Nabi SAW dihantar untuk
umat, itulah juga maksud Ahsan dan mereka yang lain dihantar atas muka bumi
ini.
Bak
prinsip Hilal Asyraf dalam novel Heronya, semua manusia adalah hero. Hero itu
bermaksud khalifah. Lalu, manusia itu lahir bukan untuk diri sendiri, sekolah, kerja,
kahwin, mati.. itu saja. Bahkan tidak! Khalifah itu apa, pergi mengaji dengan
ustaz berhampiran.
Bagi
Ahsan, semua manusia adalah agen yang dihantar atas kepakaran masing-masing. Niatkan
dakwah dalam setiap misi yang dihantar. Jalankan atas kemampuan. Layan sepertimana
mahu dilayan. Motonya mudah: jom jadi baik! Nama itu amanah, nama itu doa. Jika
tidak elok atau tiada makna, carilah nama gelaran yang baik-baik. Mudah bukan?
No comments:
Post a Comment