I lost my phone and it on silent
Ahsan baru perasan yang dia kehilangan handphone. Nokia 1280. Lama juga dia
hadapi hari-harinya tanpa handphone. Waktu menunggu isteri datang ofis, barulah
terasa fungsi handphone murahnya itu. Terfikir dia sejenak.. bagaimanalah orang
dulu-dulu berurusan, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan bab masa. Lalu bilamana
masuk saja gaji, dengan pantas dia membeli handphone baharu. Model sama, harga
murah sikit. Dulu 100, sekarang tinggal 75, baru ini dia perasan 65. Hmm..
dunia dunia..
Ahsan beli nombor baharu. Sms beberapa orang maklumkan
nombor baharunya. Dalam ramai-ramai, satu orang kawan perihatin lebih. Sms dibalas
lebih kurang berikut:
San,
baik ko pi beli balik no. lama tu. Rugi san. Ramai dah tau no. tu. Pergi beli
balik ya.
Berulang-ulang kali ulang sms lebih kurang sama. Ahsan tak
berapa ambil pusing. Satu hari isterinya beritahu, ada kejutan mahu diberi
kepada Ahsan. “Apa dia?”
“Sayang
teman adik beli handphone and nombor. Tanya budak jual tu boleh tak beli balik
nombor lama. Boleh, bayar dua puluh ringgit. Nah cubalah.”
Ahsan tak fikir panjang terus pakai semula nombor lama. Dia
terfikir satu benda. Hikmah di sebalik kejadian handphone hilang. Masa dia buat
umrah, dia sempat doa semua nama yang ada dalam buku telefon handphone-nya itu.
Sekarang ini, dia fikir mungkin dia tak tunaikan hak semua nama yang ada dalam
handphone-nya itu. Itu pasal Allah bagi hilang.
Bagi Ahsan senang, apabila hilang satu-satu benda dunia,
Allah akan ganti lebih baik. Jadi dia tiadalah melatah sangat. Ralat itu tetap
ada.
Kesimpulan yang Ahsan
buat, setiap nama dalam handphone anda ialah tanggungjawab masing-masing. Paling
kurang doakanlah mereka, mati kelak dalam iman, moga tak bergaduh dekat sana
nanti. Selamat berdoa.
No comments:
Post a Comment