YM dengan Izhar
Ahsan ada seorang
kawan. Nama dia Izhar. Dulu masa sekolah, Ahsan pernah satu sekolah dengan
Izhar. Izhar budak pandai. Dia selalu merungut kerana dihantar belajar di
sekolah yang tidak berapa boleh pergi jauh. Izhar hebat berdebat. Ahsan pernah
ikut Izhar berdebat di sekolah lain. Jika tidak silap semasa di tingkatan empat.
Izhar pernah pasang cita-cita mahu
jadi perdana menteri. Pernah juga mahu jadi peguam. Kemudian dia sambung
tingkatan enam. Ketika mahu mohon masuk universiti, dia mahu ambil masscomm.
Macam Ahsan. Ahsan waktu itu sedang ambil diploma masscomm dekat Puncak
Perdana.
Ayah Izhar tidak mengizinkan. Dia
saran ambil bidang pendidikan. Dengan paksa rela, Izhar pun menyambung
pengajiannya dalam bidang pilihan bapanya itu. Alhamdulillah, sekarang Izhar
sudah pun bergelar sebagai pendidik. Isterinya juga seorang guru. Sudah dapat
anak pun. Untunglah..
Dipendekkan cerita, Ahsan satu masa
ber-YM dengan Izhar. Ahsan memulakan:
pinky_bleuc: Assalamualaikum
pinky_bleuc: salam pagi terakhir
Rentetan YM sebelum ini dengan
Nizam, Ahsan terbawa-bawa ke dalam persembangannya dengan Izhar.
izhar_milo: salam
izhar_milo: pagi terakhir?
Hairanlah kawannya itu. Dibalas
sapaan dengan soalan.
izhar_milo: dh nk jiun ke?
izhar_milo: haha
‘Jiun’ ini adik-beradik dengan
‘kiok’ atau padam atau mati atau mampus atau mangkat.
pinky_bleuc: ye
Benarlah kenyataan Ahsan ini. Umpama
pesalah dalam 8 jam. Lumpuh tatkala hampir dihukum gantung. Bertuahlah
berpeluang untuk bertaubat. Hakikatnya, semua manusia sudah ada tarikh mati.
Berapa ramai yang tahu tarikh lahir Rasul Junjungan yang juga tahu tarikh wafat
Baginda? Radzi cakap, “Orang macam taknak
tau kan?”
Ahsan pernah dengar, orang paling
kuat, bukan yang tidak pernah sakit, tetapi mereka yang mampu menahan amarah.
Ustaz pernah beritahu, orang paling bijak, mereka yang sering fikir mati serta
buat persiapan untuk menghadapi kematian. Untuk itu, Ahsan taip seperti
berikut:
pinky_bleuc: maafin
Ahsan minta ampun dengan Tuhan,
minta maaf dengan manusia. Juga Ahsan taip: pinky_bleuc:
halalkanlah semua yang ter ngan kamu
Makan minum, ilmu, hutang. Jika
mampu lunas, Ahsan minta beritahu awal. Juga lain-lain yang sewaktu dengannya.
Ahsan hanya mampu taip:
pinky_bleuc: plz..
Sewaktu taip cerita ini, Ahsan
memang agak cuak pasal orang Melayu selalu cakap, “Kau dah buang tebiat ke apa ni?” Apabila difikir-fikirkan semula,
itu satu tabu. Manusia cuba elak atau istilah kasarnya mahu lari daripada
realiti yang kita semua akan mati. Topik ini tidak sejuk. This is not cool.
Ahsan balas, “Chill.” Ahsan baru lepas tonton Kil. Perasaannya persis menonton
cerita 500 Days Of Summer. Jarang dia rasa begini selepas tonton filem. Mesej
tentang hidup, mesej tentang kesan rumah hitam. Justeru perlu satu lagi filem
yang jika ada yang mampu arah, buatlah yang setanding cuaca dalam dua filem
tadi dari segi sinematografinya, konsepnya, lagu latarnya, paling penting
temanya kali ini, tentang mati. Bukan macam filem In Time. Rugi. Mati jadi
tanah. Amboi.. Life must be more than this, right?
No comments:
Post a Comment