Alhamdulillah, 23.6.2010 pos pertama untuk blog ni, boleh klik pautan:
https://melesap.blogspot.com/search?updated-max=2010-07-01T19:40:00-07:00&max-results=20&start=237&by-date=false&m=0
Blog Archive
- ► 2010 (48)
- Alhamdulillah, baru perasan ada hiatus tahun: 2016, 2019, 2020, 2021; 11 tahun ada, 4 tahun hilang. Makanya 2025 ni azam paling kurang 1 bulan 1 pos. Sama ada rumusan, atau lebih kepada cetusan rasa untuk catatan diri sendiri.
- Alhamdulillah, selamanya puji mutlak milik Dia, 2010 masuk Galeri Ilmu sebagai editor perolehan novel, beranjak kepada editor komik 8 tahun kemudian, pernah rasa acah pencipta kandungan sekitar 2020, banyak buat siaran langsung di medium Instagram, boleh tengok sini:
- https://www.youtube.com/channel/UCHToW1u70V00wO6RYcPB39g
- Alhamdulillah, rezeki masih kuat di Kota Damansara. Selama 10 ke 12 tahun berkerjaya buat buku termasuklah e-buku, hujung tahun 2022 secara rasmi berpindah ke bahagian jual buku, lebih spesifik, jualan untuk perpustakaan sekolah.
- Alhamdulillah, pengalaman bersama rakan taulan penulis dan pelukis sepanjang kendalikan Buku Puris, tetap dibawa dengan pakej perpustakaan yang dijual, ini peringkat awal penglibatan dengan istilah LO bagai, faktanya masih guna pautan yang sama:
- https://ezy.la/pakejperpustakaan
- Alhamdulillah, untuk 2025, misi besar bersama pasukan AV, Layar Consult untuk perhebatkan TVPSS. Tadi juga direzekikan bertemu dengan penulis dari JDT, untuk rancakkan lagi program bagi sekolah yang beli pakej bersama kami. Memang 2 sudut pandang, cabaran berbeza daripada aspek buat dan jual buku. Buat, tulis buku, ujiannya lain. Jual, promosi buku, mehnahnya lain. Sebelum saya jawab soalan buku apa yang patut ditulis, soal dulu diri sendiri jika tujuan tulis buku itu untuk komersial, bukan sekadar catatan peribadi, "Siapa yang nak beli buku saya?"
- Alhamdulillah, begitulah. Ini semua episod dalam hidup saya, berperan sebagai seorang pedagang buku. Moga selari mahal adab dengan buku yang dijual, untuk diri sendiri pertama yang beramal. Suka saya dengan petikan buku Ingat Maut yang dibaca dulu kurang lebih begini frasanya, "Buatlah apa yang kamu mahu, akhirnya mati." Itulah cinta, itulah tanggung jawab. Tanggung di sini dengan iman, moga dapat jawab di sana dengan aman.
- Alhamdulillah, walau apa-apa jua posisi kita, pastikan berkoma pahala. Terima kasih pengalaman, teruskan buat baik. Niat untuk sukakan Allah, sampai tahap puji keji daripada makhluk tiada beza rasa. Wallahu a'lam. Syukran sudi baca. Wassalam.
- - kubikel pemasaran, aras 3, 17 Rejab 1446H