Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Seorang lelaki bukan Islam telah memeluk Islam. Seorang ulama bertanya kepadanya,
“Apakah asbab kamu memeluk Islam?”
Jawabnya, “Dahulu, saya melihat kamu semua seperti anjing. Kamu menjaga kebun
buah-buahan tapi kamu tidak berupaya untuk memetik buah-buahan itu. Setelah itu,
kamu menakut-nakutkan orang lain yang cuba mengambil buah-buahan di kebun itu.”
Ulama itu tercengang. Ada orang lain di sekeliling mereka mendengar perbualan itu.
Ada yang hendak marah kerana si muallaf itu menuduh orang Islam seperti anjing.
Dia meneruskan lagi, “Sehinggalah saya bertemu dengan orang Islam yang sifatnya
seperti pemilik kebun. Dia menjaga kebunnya dengan baik. Dia mampu memetik
buah-buahan dan merasai nikmatnya. Kemudian, nikmat yang dikecapinya itu
dikongsikan dengan orang lain. Saya turut mendapat ‘buah’ pemberiannya.”
Moral: Orang kafir tidak tersekat daripada memeluk Islam atau merasai agama Islam
yang haq disebabkan oleh sifat ‘anjing’ (hanya tahu menyalak, menakut-nakutkan orang
tetapi ia sendiri tidak mengambil manfaat daripada kebun Islam. Agama ada, tapi
tidak amalkan. Masjid ada, tapi tidak dipenuhkan. Akhlak ada, tapi tidak
ditonjolkan).
Jadilah Muslim yang sifatnya seperti pemilik kebun.
Peringatan: Hendak komen boleh, tapi jangan ‘menyalak’.:-)
No comments:
Post a Comment