Wed, September 5, 2012 8:48 am
Khairy Tajudin posted in RAKAN SEPERJUANGAN
Pada hari kiamat kelak, Allah SWT akan memanggil seorang hamba-Nya. Kemudian, hamba itu diberikan 99 buah buku catatan amalan yang setiap satunya mempunyai lembaran sejauh mata memandang. Kemudian, Allah bertanya, “Adakah kamu mahu menafikan apa-apa yang telah ditulis oleh malaikat dalam buku catatan amalanmu ini?”
Jawab si hamba, “Tidak (semua yang ditulis ini adalah benar).”
Si hamba itu juga tidak dapat menafikan dosa-dosa yang dilakukannya semasa di dunia.
Semuanya dicatat dengan teliti dan betul sehingga tiada alasan untuk memohon maaf.
Kemudian, Allah berkata, “Pada hari ini, kamu tidak akan dizalimi. Ada kebaikan yang terdapat padamu.”
Lalu, Allah mengeluarkan sekeping kertas yang tertulis di atasnya Kalimah Syahadah.
Kemudian, Allah berkata, “Mulakan penghisaban (timbang amalan di mizan).”
Hamba itu berkata, “Apalah yang ada pada sekeping kertas ini jika dibandingkan dengan 99 buah catatan amalanku itu.”
Tatkala ditimbang di atas neraca (mizan), maka sekeping kertas yang tertulis Kalimah Syahadah tadi lebih berat berbanding 99 buah buku catatan amalannya.
Sabda Rasulullah SAW mafhumnya, “Sesungguhnya tiada sesuatu yang lebih berat berbanding nama Allah.”
(Riwayat Tirmizi, hadis hasan gharib)
No comments:
Post a Comment