Thursday, July 4, 2013

Tentang kita


YM Joe
Ahsan meneruskan YM bersama kawannya yang lain. Kali ini bersama Joekhairizam atau lebih mesra dengan sapaan Joe. Joe ialah kawan Ahsan semasa di IPT. Hubungan tersebut berlanjutan hingga kini. Joe pernah jadi kawan serumah, sebilik bahkan waktu itu, Ahsan tidur katil atas, Joe pula katil bawah.

            Antara kenangan bersama Joe yang Ahsan ingat sampai sekarang, Joe pernah bawa skuter ke kolej kediaman mereka di Puncak Perdana. Ahsan pinjam tunggang ke kampus induk Shah Alam. Sedang elok Ahsan menunggang, dekat jalan lurus, sebelah kanan simpang naik ke bangunan menara UiTM, ada sebuah motosikal yang ditunggang seorang perempuan, elok-elok belok masuk ke simpang kanan itu tanpa signal. Ahsan yang tidaklah berapa laju penunggangannya waktu itu, dalam babak seakan mengelak, hilang sedikit kawalan. Lalu terjatuhlah skuter, Ahsan dan Maxx, kawan Ahsan yang jika tidak silap memakai seluar jeans baharunya. Malang tidak berbau.

            Walau tidak serius mana, calar di skuter tetap ada. Joe sedih, tetapi tidak pula marah-marah. Joe jenis hati lembut, mudah maafkan orang. Mudah juga hulur pinjaman. Ahsan tabik dengan sikap Joe yang diibarat seorang abang walau mereka sebaya tahun, berbeza bulan.

            Pagi itu, Ahsan menyapa Joe yang sedang bertugas sebagai kakitangan kerajaan.

pinky_bleuc: Assalamualaikum

pinky_bleuc: salam pagi yg terakir..

jo khairizam: w'slm

jo khairizam: ye

pinky_bleuc: maafkn ak

jo khairizam: y?

pinky_bleuc: manusia tidak pernah lepas dari kekhilafan

jo khairizam: aky maafkn

jo khairizam: so do i

pinky_bleuc: i'll always forgive u

jo khairizam: ye

jo khairizam: betul tu

Joe positif, tidak kalut macam Izhar. Ditukar pula topik perbualan.

jo khairizam: aku kesejukan...!!!!

jo khairizam: m'gigil nih

jo khairizam: huhuhu

pinky_bleuc:

jo khairizam: wanna hug me??

jo khairizam: big one eh..!!!

pinky_bleuc: i love u

jo khairizam: luv u 2,3,4

jo khairizam: air cond kt opis ni sejuk sgt

jo khairizam: selalu ok je

pinky_bleuc: Dia bagi sejuk

pinky_bleuc: ak dah off kan je

jo khairizam: haaha

jo khairizam: aku pun dh kena penyakit ko mir

            Ahsan lagi suka panas sikit daripada sejuk-sejuk. Jika sesiapa pernah jadi teman biliknya, Ahsan kadang-kadang tidur tanpa hidupkan kipas. Orang lain mungkin rimas, kepanasan, tetapi dia lebih selesa begitu. Jimat elektrik katanya.

pinky_bleuc: Dia bagi sakit

pinky_bleuc: Dia sayang kita

pinky_bleuc: suruh ingat Dia salu

jo khairizam: betul2

jo khairizam: p'hapus dosa

            Joe sudah biasa dengan tazkirah Ahsan, justeru dia pun tidaklah kekok dengan bicara Ahsan. Setakat berbalas nasihat, apa ada hal bagi Joe.

jo khairizam: kak anne tny apa dkt ko??

jo khairizam: aku tgk dlm link vid tu sakan dia tny sapa ko

jo khairizam: hehehehe

pinky_bleuc: dia tanya siapa ak

jo khairizam: haah

            Kak Anne ini pula kawan sekelas Joe dan Ahsan. Mereka pernah sekumpulan semasa projek buat video klip lagu. Dalam kumpulan itu ada lapan orang iaitu Ahsan, Joe, Sam, Kak Anne, Shiela, Mala, Nina dan Nurul. Kali terakhir yang Ahsan tahu, tiga orang perempuan dalam kumpulannya itu kini sudah berhijrah dengan memakai tudung sebagai permulaan. Seorang memang dah pakai lama, seorang lagi tidak tahu pula apa cerita. Ahsan teruskan bersangka baik.

            Subjek video klip itu begini. Dalam satu kumpulan, skrip yang terbaik akan diangkat dibuat video. Memang menarik. Ahsan jadi jurugambar bidan terjun, dia juga yang edit video. The skill is there. Ahsan muat naik di Youtube. Boleh kata beribu juga penonton video itu. Bilamana makin tua, kawan-kawan pula sudah mahu tinggal dosa, Ahsan padam video tadi daripada akaunnya.

            Lirik lagu video Shiela ialah, “Waktu terasa semakin berlalu. Tinggalkan cerita tentang kita. Akan tiada lagi kini tawamu. Tuk hapuskan semua sepi di hati. Ada cerita tentang aku dan dia. Dan kita bersama saat dulu kala. Ada cerita tentang masa yang indah. Saat kita berduka saat kita tertawa. Teringat di saat kita tertawa bersama. Ceritakan semua tentang kita.”

Wednesday, July 3, 2013

Amboih!


YM dengan Izhar
Ahsan ada seorang kawan. Nama dia Izhar. Dulu masa sekolah, Ahsan pernah satu sekolah dengan Izhar. Izhar budak pandai. Dia selalu merungut kerana dihantar belajar di sekolah yang tidak berapa boleh pergi jauh. Izhar hebat berdebat. Ahsan pernah ikut Izhar berdebat di sekolah lain. Jika tidak silap semasa di tingkatan empat.

            Izhar pernah pasang cita-cita mahu jadi perdana menteri. Pernah juga mahu jadi peguam. Kemudian dia sambung tingkatan enam. Ketika mahu mohon masuk universiti, dia mahu ambil masscomm. Macam Ahsan. Ahsan waktu itu sedang ambil diploma masscomm dekat Puncak Perdana.

            Ayah Izhar tidak mengizinkan. Dia saran ambil bidang pendidikan. Dengan paksa rela, Izhar pun menyambung pengajiannya dalam bidang pilihan bapanya itu. Alhamdulillah, sekarang Izhar sudah pun bergelar sebagai pendidik. Isterinya juga seorang guru. Sudah dapat anak pun. Untunglah..

            Dipendekkan cerita, Ahsan satu masa ber-YM dengan Izhar. Ahsan memulakan:

pinky_bleuc: Assalamualaikum

pinky_bleuc: salam pagi terakhir

            Rentetan YM sebelum ini dengan Nizam, Ahsan terbawa-bawa ke dalam persembangannya dengan Izhar.

izhar_milo: salam

izhar_milo: pagi terakhir?

            Hairanlah kawannya itu. Dibalas sapaan dengan soalan.

izhar_milo: dh nk jiun ke?

izhar_milo: haha

            ‘Jiun’ ini adik-beradik dengan ‘kiok’ atau padam atau mati atau mampus atau mangkat.

pinky_bleuc: ye

            Benarlah kenyataan Ahsan ini. Umpama pesalah dalam 8 jam. Lumpuh tatkala hampir dihukum gantung. Bertuahlah berpeluang untuk bertaubat. Hakikatnya, semua manusia sudah ada tarikh mati. Berapa ramai yang tahu tarikh lahir Rasul Junjungan yang juga tahu tarikh wafat Baginda? Radzi cakap, “Orang macam taknak tau kan?”

            Ahsan pernah dengar, orang paling kuat, bukan yang tidak pernah sakit, tetapi mereka yang mampu menahan amarah. Ustaz pernah beritahu, orang paling bijak, mereka yang sering fikir mati serta buat persiapan untuk menghadapi kematian. Untuk itu, Ahsan taip seperti berikut:

pinky_bleuc: maafin

            Ahsan minta ampun dengan Tuhan, minta maaf dengan manusia. Juga Ahsan taip: pinky_bleuc: halalkanlah semua yang ter ngan kamu

            Makan minum, ilmu, hutang. Jika mampu lunas, Ahsan minta beritahu awal. Juga lain-lain yang sewaktu dengannya. Ahsan hanya mampu taip:

pinky_bleuc: plz..

            Sewaktu taip cerita ini, Ahsan memang agak cuak pasal orang Melayu selalu cakap, “Kau dah buang tebiat ke apa ni?” Apabila difikir-fikirkan semula, itu satu tabu. Manusia cuba elak atau istilah kasarnya mahu lari daripada realiti yang kita semua akan mati. Topik ini tidak sejuk. This is not cool.

            Ahsan balas, “Chill.” Ahsan baru lepas tonton Kil. Perasaannya persis menonton cerita 500 Days Of Summer. Jarang dia rasa begini selepas tonton filem. Mesej tentang hidup, mesej tentang kesan rumah hitam. Justeru perlu satu lagi filem yang jika ada yang mampu arah, buatlah yang setanding cuaca dalam dua filem tadi dari segi sinematografinya, konsepnya, lagu latarnya, paling penting temanya kali ini, tentang mati. Bukan macam filem In Time. Rugi. Mati jadi tanah. Amboi.. Life must be more than this, right?

Tuesday, July 2, 2013

Wawasan akhirat


Yahoo! Messenger dengan Nizam
Satu pagi yang biasa lewat tahun 2010, Ahsan membuka akaun YM-nya. Satu orang kawannya, bekas kawan rumahnya di Seksyen 7 Shah Alam, sudi bertamu menyapa Ahsan pagi itu.

syedshahrulnizam: hye

pinky_bleuc: salam

Ahsan dulu guna model 3310. Bagi yang perasan, hanya 10 abjad boleh digunakan untuk beri nama pada profil handphone itu. Antara nama profil 3310-nya ialah pinkybleuc. Kenapa Ahsan pilih pinky? Pasal dia suka perhatian, mahu lain daripada lain. Kenapa pilih bleuc? Nokianya itu berwarna biru. Blue become bleuc become his yahoo email address eventually.

syedshahrulnizam: selamat pagi

pinky_bleuc: pagi terakhir thn ini

syedshahrulnizam: wow ayat yg mengingati kematian

pinky_bleuc: begitulah

Nizam ialah satu orang kawan surau yang banyak beri input akhirat kepada Ahsan. Bilamana berbual dengan Nizam, Ahsan sendiri terdorong berbual ke arah itu. Ini baru betul kawan baik dunia akhirat namanya.

syedshahrulnizam: so apa arah tuju anta hari ni..

pinky_bleuc: biasalah

syedshahrulnizam: adakah anta begitu bertenang dgn tahap kebiasaan sekarang

pinky_bleuc: astaghfirullah

pinky_bleuc: ketenangan datang dengan mengingati-Nya

Ahsan tersilap dengan ‘kebiasaan’, kembali mengarah ke perbualan yang sepatutnya.

syedshahrulnizam: wow

pinky_bleuc: semua kata akan dihitung

pinky_bleuc: melainkan yg mengajak kepada ma'ruf

syedshahrulnizam: oh..saya begitu terharu

pinky_bleuc: setiap pertemuan pasti ada perpisahan

pinky_bleuc: setiap yg bernyawa pasti akan mati

pinky_bleuc: sebanyak pasir di bumi

pinky_bleuc: banyak lagi bintang di langit

pinky_bleuc: banyak lagilah dosa saya yg hina ini

pinky_bleuc: rahmat Allah Maha Luas daripada itu

syedshahrulnizam:

Terus-terusan pula Ahsan bertazkirah menyebabkan hanya baris kosong yang di-enter Nizam.

pinky_bleuc: menangislah apabila harus menangis

syedshahrulnizam: tapi bagaimana keaadan 7 bilion umat tu      

Nizam mula menimbulkan persoalan yang membuahkan kerisauan. Fikir seorang da’i tegar.

pinky_bleuc: ini semua salah saya

syedshahrulnizam: saya nak 7 bilion sedar jugak

pinky_bleuc: tugas kita hanya menyampaikan

syedshahrulnizam: bukan salah anta tetapi salah syaitan yg hasut anta..

pinky_bleuc: sesungguhnya mereka telah berkompromi dengan nafsu serakah yang diam dalam diri ini sekian lamanya..

Ayat di atas dirasakan ayat penyimpul segala kelemahan diri Ahsan. Dia akur, dia lemah iman. Dia juga akui, dia gemar berbual dengan Nizam. Pada sela waktu yang kebanyakan remaja lelaki lain lebih suka berbicara soal bola, wanita serta lagha yang sewaktu dengannya, Ahsan memilih untuk topik noktah. Bukan topik entah apa-apa yang tidak membawa ke mana. Terus pada topik mati. Itu noktah. Itu juga matlamat. Bukan takat 2020. Ya. Wawasan akhirat.

Monday, July 1, 2013

Love hate

Cinta dalam hati
“Betullah.. kadang tu, dalam ramai-ramai, masa semua orang seronok layan satu benda, teruja sangat-sangat pasal satu-satu perkara, utamanya yang berkaitan dengan nafsu dalam diri, ada satu orang rasa lain. Bengang. Geram dan boleh jatuh tak percaya, lebih-lebih lagi perkara atau benda yang dilayan tadi datang dari satu orang yang dia ingat taklah sampai macam tu kurangnya. Dia ngeluh. Angkat kaki. Tak senyum. Sedih sangat dalam hati. Satu ayat tersedik, 'Aku kesian kat kau, tapi kau..? Sigh.  Aku sayang kat kau kau tau tak. Kau tak sayang aku pun tak apa, just love yourself please..”
“Apa yang kau mengarut ni San?” Jasman yang berdiri belakang Ahsan menegur tulisan Ahsan di new post-nya.
“Hmm.. macam yang kau baca. Kau pernah tak duduk kat satu situasi, satu orang yang kau suka, tetiba dia buat benda yang kau tak suka? Di mata orang lain benda tu mungkin normal. Contoh macam menyanyi bagai, pastu slowly nari macam kucing. Bukan nak cakap kau alim ke apa.. tapi apa yang dia buat tu memang salah la dari sudut batasnya. Betul.. mula kau just percaya yang dia sedang nak berubah. Tapi bila dia buat camtu.. kau jadi tawar hati. Memang kau tak perlu give up, pasal kau rasa kaulah hero yang bakal selamatkan dia. Huh.”
Jasman teguk liur sebentar, “Entahlah San..”
“Kau just bayang benda tu jadi kat kau, apa kau buat?”
Diam sebentar. “Doa dari jauh je la kot.”
Jawapan Jasman mengingatkan Ahsan pada tahap-tahap iman. Dia pernah baca dan belajar, iman terbahagi kepada tiga tahap. Didatangkan situasi yang bertentangan syariat. Iman paling kuat, cegah dengan tangan (perbuatan). Iman sederhana, cegah dengan mulut (lisan). Iman paling lemah, cegah dengan hati yakni doa sungguh-sungguh agar si pelaku hentikan perbuatan salahnya itu.
Ahsan kesal dengan diri sendiri. Selalu apabila tiba bab agama, suka benar ambil yang sekurang-kurangnya. Bab-bab dunia tidak pula begitu. Sebut pasal doa, walau bukan sampai tahap bersungguh, Ahsan ambil doa dari jauh macam yang dijawab Jasman.
Perasaan untuk menyukai satu orang akan lahir apabila tiba masanya. Perasaan ini juga selalu keliru sama ada untuk suka-suka atau untuk bersatu. Setakat suka satu orang, tanpa sempat meluahkannya adalah perkara yang lali dalam hidup seorang Ahsan pada zaman bujangnya. Perasaan suka satu orang, cinta dalam hati, kemudian orang itu pergi entah ke mana, memang sangat biasa berlaku dalam hidup orang yang pendiam macam Ahsan.
Kali itu, Ahsan sering dikacau perasaannya oleh rakan sekelas yang Ahsan rasa, dialah hero untuk gadis itu. Tiba masa Ahsan mahu tunjuk taman dalam hati, gadis itu lebih dulu bersuara. Rupa-rupanya dia memang demikian, jenis layan semua lelaki segedik itu. Hanya Ahsan yang lambat tangkap.
Takdir itu penuh hikmah. Kasihan tetap Ahsan kasihan. Cuma dia terus doa dari jauh agar gadis tadi dijodohkan dengan lelaki yang lebih baik daripada dirinya. Pernah Ahsan dengar ustaz beritahu, jangan dakwah tanpa kias dengan tiga golongan. Pertama, mak ayah, kedua, orang alim, ketiga, perempuan.
Pernah satu waktu, Ahsan beri hadiah tudung kepada seorang kawan perempuan. Ayahnya sudah meninggal. Ujar Ahsan, “Kesian la kat ayah kau..” Punya melenting budak perempuan itu, Ahsan sendiri mati kutu. Ingatkan makin baik, sebaliknya pula yang berlaku. Tidak pasal-pasal jadi fitnah.
Untuk mereka ini, ustaz pesan, dakwah dengan akhlak. Antara dakwah terbaik, balas keburukan dengan kebaikan. “Mampu?”Ahsan tunduk lesu. Dia dalam usahanya menjadi pemaaf tegar. Ibarat memadam tulisan yang tetap meninggalkan bekas tekanan pensel itu tadi.