Tuesday, March 6, 2012

nikahwin


terkadang manusia lupa
selalu lena
yg jaga dia
nabi kita

Definisi nikahwin= nikah itu satu kemenangan (win). Benarlah menyempurnakan perintah yg satu ini diberitahu separuh daripada agama. Wallahua'lam.

Saya melihat orang yg mampu nikahwin ini satu orang yg hebat. Hanya mereka yg berani dan sedia menyahut cabaran mampu melaksanakan tanggungjawab ini. Sedangkan diri sendiri lagikan terkial, inikan pula menyara anak orang, mengambil alih tugas melengkapi yg lain. Walau apa pun, ianya tetap berkaitan dengan jodoh. Duit dah ada, pilihan ramai, serta pelbagai kemungkinan yg DIA kuasa cipta, selagi jodohnya belum. Tidak jadi juga.

Lalu, kata-kata pembuka bicara di atas sekadar ingatan untuk diri sendiri jua, bilamana DIA beri taufiq, hidayah, kekuatan, peluang dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya, jangan sesekali alpa atau leka, semua itu dengan izin-Nya semata. Jangan biar ada hati terasa dengan nikmat ujian yg dikecapi.

Kita cuma hamba, lemah, dhaif, hina, dina, asal pula daripada setitik air jijik. Renung-renungkanlah.

Berbalik pada isu nikahwin, tahniah, harungilah dengan syukur dan sabar, takut dan harap. Doa kalian kami tagih. Sokongan moral lebih diperlukan berbanding nilai material.

Inilah ujian, cubaan, dugaan nikahwin. Bak kata seorang penceramah kursus kahwin, kahwin itu syurga, baiti jannati. Tidak layak masuk syurga-Mu. Letakkanlah kepercayaan kita pada pasangan masing-masing walau apa kata-kata orang lain tidak searus, namun selagi tidak bertentang syarak, dan ajaran agama, pertahankanlah. Kalian cuma ada kalian dan DIA.

Thursday, March 1, 2012

hidup berkecuali


?
kau kau, aku aku, nafsi-nafsi

Kenyataan di atas seringkali kita dengar dalam masyarakat la ni. Silap besar tuan. Bukan begitu, bukan di sini. Sana. Itu pasal saya suka guna kata kunci bijak sana.

Di sini buatlah apa yg kamu suka, akhirnya mati. Tang mati tu yg full stop tu. Orang putih cakap, no turning back.

Di sini tempat menanam, sana tempat menuai hasil. Sini buat, sana dapat.

Berbalik pada kenyataan "none of my business", umat Islam diibaratkan seperti satu badan, cubit paha kiri, paha kanan terasa. Terus cakap, tiap kita punya hak untuk ditunaikan. Satu soalan popular dalam kubur, siapa saudara kamu? Bukan dengan mulut bai, amal. Tahu sudah. Dah tu? Masa raya saja ziarah? Mana cukup. Jiran-jiran, kawan-kawan ofis, masyarakat keliling sedari lahir yg dok tahu kita wujud, 40 kiri kanan depan belakang atas bawah tu apa cerita bai?

Inilah maksud saya, nafsi-nafsi itu di sana. Hinggakan seorang ibu sanggup pijak bayi sendiri masa di mahsyar, suami tidak kenal isteri, anak tidak mengaku bapak, dan macam-macam lagi situasi yg tidak terfikirkan dek akal terbatas manusia hurufiah (harfiah) macam kita ni. Jika ada istilah dahsyat, sana itu atas lagi. Astaghfirullah.

Lalu, ingatan untuk diri sendiri jua, cukup-cukuplah gunakan istilah lantaklah dia. Sini boleh, sana merana, mahu? Na'uzubillahiminzalik. Task kill (tasykil-ajak-sediakan orang lain untuk tunaikan hak semua orang, wallahua'lam) insya-Allah! Doa tuan.

Wednesday, February 29, 2012

life is not about blaming


Ini semua salah awak!
Kenapa saya? Salah awaklah!
vs
Stop pointing finger, the blame is on me.
I've only got myself to blame.
So you can put the blame on me.


Antara 2 situasi di atas, solusinya begini. Ada istilah ikramul muslimin. Lebih kurang konsepnya ialah, tunaikan hak saudara kamu, tanpa tuntut hak atas dasar iman. Jika bukan orang Islam sekalipun, akhlak itu dakwah tidak berlisan, lagi mudah terkesan, dengan tingkah laku yg dipamerkan. Jadi tidak terlintaslah frasa cakap tidak serupa bikin.

Hidup ini qisas. What you give, you get back. Bumi ini bulat, macam glob, sfera. Ibarat roda, sekejap di atas, sekejap di bawah. Roller coaster.

Enough said: Apabila masing-masing fokus untuk tunaikan hak orang lain, tidak timbul soal hak yg tidak tertunai. Jika ada sekalipun, periksa balik hak yg sudah tertunai, syukur tambah nikmat, sabar ada hikmah. Ujian iman. Wallahua'lam.

Tuesday, February 28, 2012

12 orang pertama yg perlu saya doa:


1. Abd Hamid Hasan
2. Rosminah Ma'sum
3. Renee Abd Hamid
4. Mohd Resha Abd Hamid
5. Kamarudin Mansor
6. Muhammad Aidil Aiman Kamarudin
7. Yasmin Hanani Kamarudin
8. Hasan Taib
9. Ma'sum Abd Jalil
10. Dijah Abdullah
11. Juriah Imam
12. Nazirah Mohd Saleh

Monday, February 27, 2012

Why so serius?


Ada satu golongan manusia yg suka kacau-bilau. Dah elok-elok aman, saja-saja bikin panas buat satu isu mahu tarik perhatian. Antara medium paling mudah dan cepat semestinya video di laman sesawang perkongsian video atau muat naik di laman sosial. Motifnya jelas. Publisiti murahan. Sukakan pecah-belah. Bodoh yg amat. Suka benar jadi pintu dosa. Cuba-cubalah bijak sana. Suka sangatkah darah daging sendiri jadi mangsa silap sendiri yg sengaja dicetus tanpa secuil rasa bersalah? Sarkastik yg tak kena tempat, berkoma bala. Istighfar selagi sempat. Ada benda boleh gurau, ada masa perlu serius. Astaghfirullah.

Sunday, February 26, 2012

Sesuatu perlu ditulis


Sesuatu perlu dikongsi, atas nama rasa, pendapat, atau sisi pandang seorang manusia.
Kehidupan dan anda, perkara yg tidak terpisahkan. Bulan itu terang, mentari itu asbab. Jadilah pencetus keceriaan orang lain, penyebab kebaikan dan juga seseorang yg menginspirasikan individu lain agar menghargai tiap masa dalam jasad yg dinafasi. Cuma yg indah-indah saja!

Tuesday, February 21, 2012

random

Sebetulnya tiada istilah random, bebelan itu mungkin terlahir atas maksud perkongsian. Kesibukan itu makhluk. Bukan suatu yg berkuasa untuk beri mudarat. Seperkara yg pasti, bilamana kita disibukkan dengan sesuatu tugas atau tanggungjawab, lihatlah ia dari sudut positif.

Dunia semata-mata ujian, akhirnya mati. Mati itu pula merupakan satu transisi ke alam yg sebenar tiada noktah. Wallahua'alam.

Monday, January 30, 2012

update es

Jumaat lepas, wakil pencetak datang beri dummy untuk pruf. Dukacita dimaklumkan, pembetulan yg dibuat masih belum diambil semalam. Mungkin hari ini wakil pencetak akan datang ambil pembetulan. Walau bagaimanapun, pembetulan telah pun dihantar Jumaat lalu menerusi e-mel kepada pencetak. Sementara itu, berikut merupakan idea kasar kad bisnes es, layan:

Wednesday, January 18, 2012

Info Eee ... sayur! sebelum cetak=)

Why do kids turn up their noses at broccoli but beg for ice cream? It may be genetic. A study done by researchers at Monell Chemical Senses Center in Philadelphia shows that a gene called TAS2R38 may be responsible for children's aversion to bitter tastes. Every one of us carries two of these genes. There are two different versions of this gene, with one being more sensitive to bitter tastes than the other. If one or both of those bitter-sensitive genes are present, we are more likely to dislike bitter tastes.

The study included 143 children and their mothers, and over 79% of the children had one or two copies of the bitter-sensitive gene present. Interestingly, the presence of the bitter-sensitive gene made a bigger impact on the children's food preferences than their mothers. The mothers tastes seemed to be influenced more by race and ethnicity than the children. In a sense, they grew out of their aversion to bitter foods.

If this study holds true, then about 80% of children aren't going to be thrilled about eating broccoli and cauliflower. It may be difficult to convince your children to eat more vegetables if they are over-sensitive to bitter flavors.
You don't need to look longingly at those 20% of youngsters that do like vegetables while cringing at your own bitter-sensitive kids' reaction. You can disguise the bitter taste, or choose sweeter vegetables. Over time, your children's aversion to bitter tastes will ease.

Informer: Miss Farah Fauzi

Tuesday, January 17, 2012

Pendapat daripada beberapa orang pelajar SK Kuala Dungun, Dungun:



• Membazir duit. Makanan tak seberapa tapi harga bapak mahal. Kalau banding harga satu set meal di fast food restaurant kadang-kadang boleh makan untuk 2 orang kalau di restoran biasa.

• Menyumbang kepada yahudi. Tak tahu la kot mana yang sumbangnya tapi itulah yang parents selalu cakap kalau isu makan di fast food restaurant ni diutarakan.

• Kenapa nak susah-susah spend duit banyak-banyak makan makanan camtu sedangkan boleh buat sendiri di rumah yang confirm-confirm kos pembuatan lebih murah. Ayam KFC contohnya, boleh apa buat kat rumah. Mak saya penah buat tau. Bukan cakap kosong ni.

Wartawan: Cik Farah Fauzi

Monday, January 16, 2012

KENAPA KANAK-KANAK SUKA MAKAN FAST FOOD? (2)


(gambar dari novel "Eee... Sayur!)

Manakala bagi pasangan kembar Izyan Aina bt Zailan dan Izyan Aiza bt Zailan, pelajar Tahun 5 SK Sultan Omar, KFC, McD dan Pizza Hut menjadi kegemaran kerana:

• Makanan di sana sedap. Contoh macam pizza. Ada buah-buah apa semua. Macam-macam rasa. Burger McD pula sedap sebab banyak sayur(?). Padat.

• Ayam KFC mana nak jumpa kat restoran biasa-biasa? Lagi satu, KFC sedap sebab kadang-kadang hidangan yang kita pesan tu ada barang percuma macam mainan ke apa. Restoran biasa bila nak bagi barangan percuma begitu? Tisu percuma adalah.

• Tempat bersih. Kami tak tahulah fast food restaurant di tempat lain macam mana, tapi yang di Dungun memang terbaiklah. Kalau nak banding dengan restoran biasa, jauh bezalah. Kecualilah untuk restoran mewah-mewah yang semestinya bersih bukan?

• Bukan dapat makan selalu makanan-makanan macam ni. Bukan macam makan nasi. Jadi apabila jarang-jarang dapat, memang sedap dan nikmat tak terkatalah.

• Rasa macam bangga sikit sebab makan di Pizza Hut dan McD pasal makanan di sana agak mahal. Rakan sekelas kami pun tak semua yang dah merasa makan pizza. Ada tu tak pernah jejak pun lagi dalam restoran fast food ni.

Wartawan: Cik Farah Fauzi

Sunday, January 15, 2012

KENAPA BUDAK PEREMPUAN HENDAK KE ASRAMA? (3)


*Lady_Muslimah_by_didihime
Pelajar Tahun 6 SK Gong Pasir, Dungun, Ainun Najihah Saifuddin ketika ditanya sama ada mahu memilih tinggal di asrama ataupun di rumah apabila memasuki sekolah menengah, lancar menjawab ingin tinggal di asrama atas alasan:

• Mak suruh.

• Geng-geng semua ingin tinggal di asrama.

• Bosan dengan kehidupan di rumah, melakukan aktiviti harian yang sama.

• Ingin mencuba dan merasa kehidupan di asrama

• Kalau tinggal di asrama,ibu bapa akan memberi wang saku yang banyak.

Wartawan: Cik Farah Fauzi

Thursday, January 12, 2012

KENAPA BUDAK PEREMPUAN HENDAK KE ASRAMA? (2)


Pendapat Hajar Md. Daud, bekas pelajar SM Imtiaz berikutan soalan yang sama:

• Pengaruh ahli keluarga. Kebanyakan daripada ahli keluarga yang memilih sekolah berasrama telah mendapat keputusan yang cemerlang dan ada sesetengah mereka telah pun mempunyai kerjaya yang membanggakan.

• Tinggal di asrama dapat mengurangkan beban ibu bapa saya.

• Persediaan untuk masa hadapan. Saya berpendapat sekolah berasrama pastinya akan memberi peluang yang lebih cerah untuk saya menyambung belajar ke luar negeri.

• ‘Experience is the best teacher.’ Jadi, saya menginginkan pengalaman itu.

Wartawan: Cik Farah Fauzi

Wednesday, January 11, 2012

Bagaimana menggalakkan kanak-kanak makan sayur dan buah? (6)



• Pastikan anak anda tahu mengapa anda ingin mereka makan sayur mereka. Hal ini mungkin kedengaran sederhana, tapi agak menakjubkan betapa ramai orang tua hanya menuntut anak-anak mereka makan sayur tanpa menjelaskan alasannya mengapa. Jelaskan kepada mereka apa itu fitokimia, bagaimana mereka hanya boleh mendapatkan fitokimia dalam lobak merah segar atau batang saderi, dan bagaimana mereka akan lebih sihat dan lebih kuat ketika mereka makan sayur-sayuran.

• Jaga kuantiti kecil. Jika anak anda hanya akan makan tiga suap kacang polong dan satu batang lobak merah, itu baik-baik saja. Mereka tidak memerlukan sebahagian besar sayuran.

• Tidak apa-apa untuk tawar-menawar. Empat gigitan bayam dalam pertukaran untuk pencuci mulut. Hanya cuba untuk menjaga makanan penutup sesihat mungkin: buah adalah yang terbaik. Elakkan masuk ke kebiasaan memiliki makanan penutup manis seperti ais krim, kuih atau pie setiap malam. Itu set-up untuk mengidam gula dan obesiti.

*dipetik dan diterjemah daripada http://www.virginiahopkinstestkits.com/kids_veggies_dr_john_lee.html

pemburu info: Cik Farah Fauzi

Tuesday, January 10, 2012

Bagaimana menggalakkan kanak-kanak makan sayur dan buah? (4)



• Menjauhkan mereka daripada gula-gula dan makanan ringan tidak sihat:
Anak-anak kehilangan nafsu makan apabila mereka makan gula-gula dan makanan ringan yang sarat kalori kosong seperti kerepek masin atau keropok. Hal ini juga menjadikan deria rasa mereka ketagihan makanan sangat manis atau masin. Sayuran lazat tetapi tidak manis atau masin sehingga anak-anak akan menyimpang jauh dari mereka.

• Jangan memarahi mereka jika mereka tidak makan sayur:
Dalam kekecewaan, beberapa orang tua mungkin mengalah untuk menghukum anak-anak mereka jika mereka tidak makan sayur. Mereka berfikir bahawa, dengan melakukannya, mereka menggalakkan anak-anak mereka untuk makan sayur-sayuran. Di sisi lain, anak-anak 'takut' akan sayuran kerana dihukum kerana tidak makan sayur. Hal ini juga akan mendorong anak-anak untuk menjadi kreatif yang negatif dalam memikirkan cara-cara supaya mereka tidak perlu makan sayuran.

*dipetik dan diterjemah daripada http://hubpages.com/hub/Encourage-Kids-to-Eat-Vegetables

pemburu info: Cik Farah Fauzi

Monday, January 9, 2012

Bagaimana menggalakkan kanak-kanak makan sayur dan buah? (2)



• Menawarkan sayur-sayuran cincang dengan sos, seperti ladang rias (ranch dressing).
• Menghidang sayuran sebagai goreng aduk (stir-fry).
• Biarkan anak anda membantu menyiapkan makanan.
• Bermula dengan sebuah kebun sayur di rumah sehingga anak-anak anda boleh makan sayur-sayuran mereka tanam atau melawat ladang atau pasar tani.

*diterjemah daripada http://www.keepkidshealthy.com/nutrition/kids_vegetables.html

pencari info: Cik Farah Fauzi

Sunday, January 8, 2012

Tips untuk menggalakkan kanak-kanak makan sayur dan buah-buahan (2)



Sebaiknya sayur-sayuran dijadikan hidangan harian dalam menu kita.

Satu petua mudah untuk menggalakkan bayi makan sayur ialah dengan mencantikkan hidangan sayur yang kita masak. Contohnya apabila kita goreng sayur, gunakan sayuran berwarna yang menarik perhatian mereka. Reka sayur tersebut supaya menjadi corak kartun seperti corak binatang dan susun dalam pinggan. Potong sayur dalam bentuk yang menarik. Sayur yang mempunyai warna yang terang seperti lobak merah, brokoli memang sangat menarik. Brokoli boleh direbus dan dihias seperti bentuk kartun di dalam pinggan.

*dipetik daripada http://mysetbersalin.com/blog/2009/07/petua-menggalakkan-anak-makan-sayur/

pemburu info: Cik Farah Fauzi